Emas Boleh Menguntungkan Walau Apapun Situasi Ekonomi

Emas Boleh Menguntungkan Walau Apapun Situasi EkonomiTahukah anda, dalam apa jua situasi ekonomi dan politik, menyimpan emas boleh menguntungkan anda!

Mari kita lihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

#1 - Ketika keadaan aman, seperti negara kita di Malaysia.
#2 - Ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang berlaku di negara Zimbabwe.



Peranan emas ketika negara aman dan makmur


Bagi rakyat Malaysia, kebiasaannya ada 4 tujuan membeli emas:

1. Untuk menyelamatkan kekayaan (Kawal Kebocoran Wang)
2. Untuk pelaburan - beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Untuk dijadikan barang kemas sebagai perhiasan diri wanita
4. Untuk dibuat Hantaran perkahwinan


Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang agak stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak??


Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik


Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! Tidak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong).

5 ,000,000,000,000,000,000,000% hyperinflasi. sangat-sangat teruk... =(

Jika dalam buku tabungan anda terdapat sebuah angka dengan deretan 6 sifar di belakangnya, maka anda boleh menganggap diri anda sebagai orang kaya. Namun, tidak demikian bagi warga Zimbabwe yang kini pemerintahnya terpaksa menarik peredaran wang tempatan dan menggantikannya dengan wang dollar AS. 

Hyperinflasi yang berlaku beberapa tahun lalu menghancurkan nilai pertukaran dollar Zimbabwe. Kini, 1 dollar AS bersamaan dengan 35 kuadriliun dollar Zimbabwe. Bilangan 35 kuadriliun adalah angka 35 dengan deretan 15 angka sifar di belakangnya.

Inflasi yang teruk
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya.

Semasa puncak krisis ekonomi Zimbabwe pada tahun 2008, harga barang-barang keperluan asas melonjak naik sehingga dua kali sehari. Untuk membeli keperluan asas seperti roti atau susu, warga Zimbabwe harus menyediakan beberapa beg plastik untuk membawa sekumpul wang.!

Wang kertas tak laku…

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil, kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? 

Bermula (16/6/2015) waktu setempat, warga Zimbabwe boleh mengatakan selamat tinggal untuk mata wang mereka yang tidak berharga itu. Mereka telah pergi ke bank tempatan untuk menukarkan wang lama mereka dengan dollar AS. Setiap orang yang menukarkan 250 trilion dollar Zimbabwe akan memperoleh 1 dollar AS. Bermaksud, pemilik 100 trilion dollar Zimbabwe hanya akan mendapatkan wang sebanyak 40 sen AS atau kurang dari RM 1 lebih sahaja!.

AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH


"The further you look into the past, the further that you can see into the future." ~winston churchill

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Ambil iktibar daripada banyak kisah hyperinflasi yang telah berlaku, Duit nilai besar tapi tak ada harga! Adakah mustahil berlaku di Malaysia?

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku :

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Kalau ringgit (RM) jatuh, apa yang masih tinggal? Yang tinggal hanyalah kertas yang tak ada nilai sebenar di dalamnya. Ia cuma sekeping kertas yang ditulis nombor dan nilainya bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Bila hilang kestabilan negara, ia tak ada nilai yang melekat pada kertas tu sendiri.

Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang.

EMAS ADALAH PEMEGANG NILAI YANG PALING UNGGUL.


Kita tak mampu nak menahan inflasi daripada terus berlaku, jadi mulalah menyimpan emas mulai sekarang. 

Kenapa perlu tukar wang yang disimpan ke dalam bentuk emas?

Jawapannya adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang yang kita pegang ketika ini. Harga barangan dan perkhidmatan kini terus melambung tinggi.

Cuba bayangkan kos sara hidup 10 tahun lalu dengan kos sara hidup sekarang. Sudah tentu harga barangan dan perkhidmatan pada masa ini jauh lebih besar bukan?

Bayangkan apa akan terjadi pada 10 tahun dari sekarang pula?
Inilah kesan yang disebabkan oleh INFLASI. Kita kehilangan kuasa beli. Nilai mata wang semakin besar tetapi nilainya semakin menyusut, macam contoh matawang di negara Zimbabwe yang saya ceritakan di atas.

Mungkin kita semua sedar dan perasan yang harga barang keperluan dan barangan pengguna lain terus meningkat saban tahun. Kenaikan kos bahan api seperti petrol, diesel dan gas.

Kenaikan kos perkhidmatan tenaga seperti tenaga elektrik. Kenaikan kadar perkhidmatan pengangkutan awam dan pelbagai lagi kenaikan yang pasti berlaku sepanjang tahun.

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita kita tetap perlu terima kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku pada masa ini. Itu tidak mengambil kira kenaikan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan lagi.

Ringkasnya, inflasi secara mudahnya membawa maksud kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pada keadaan normal, dalam setahun kadar inflasi ialah sebanyak 4-5%. Itu yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) ianya lebih tinggi bergantung di mana lokasi anda.

Jika sesuatu tempat seperti di W.P.Labuan yang mana harga barangannya semua mahal, maka inflasinya lebih tinggi. Namun begitu jika berlaku kemelesetan ekonomi, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda dari kadar normal.

Jadi sekarang ni kalau anda ada duit cepat-cepat tukar jadi emas! Walaupun bertahun-tahun anda menabung wang kertas, wang tersebut akan terus dimamah inflasi sehingga nilai wang semakin rendah dan harga barangan semakin meningkat setiap tahun.

Maka solusinya, tukarkanlah tabungan wang kepada tabungan emas kerana ianya kalis inflasi dan semakin bernilai tinggi.

Oleh itu, walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Simpanlah emas untuk melindungi kekayaan dan sebagai insurans kewangan anda yang sebenar.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas sekarang yang masih rendah, tukarkan simpanan anda kepada emas.

So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!

Wallahua'lam.
---------------------------------------
Kredit: Sifu Tuan Syukor Hashim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign