Institusi Perbankan Kini Ibarat Rumah Ibadah

Buat renungan kita bersama..

Cuba anda perhatikan bagaimana institusi bank kini sudah menjadi ibarat rumah ibadah. Jika setiap minggu umat Islam berbondong-bondong menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat, bagi agama Kristian setiap hari Ahad mereka ke gereja, bagi institusi bank pula manusia beratur di bank setiap hujung bulan. 

Bagaimana kita harus lakukan untuk mengubah keadaan ini?

Institusi Perbankan Kini Ibarat Rumah Ibadah
Rakyat Greece beratur untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik di sebuah bank di Iraklio, Greece 
Kita semua tahu tentang banyak ramalan ekonomi bahawa penguasaan perbankan ini akan tamat tidak lama lagi. Kita tidak mahu mengikuti atau terlibat dengan peristiwa berbaris panjang di bank bersama orang ramai yang cuba untuk mendapatkan wang mereka keluar sementara masih mempunyai beberapa nilai seperti yang berlaku di greece.

Dalam masa terdekat, pasti wang kertas akan diterbitkan dalam denominasi yang lebih besar dan lebih besar dan lebih besar.

Institusi Perbankan Kini Ibarat Rumah Ibadah
Wang Kertas Greece
Perhatikan wang Indonesia, Wang Zimbabwe, wang Bosnia dan lain-lainnya. Makanan dan keperluan lain dari kehidupan akan meroket (memuncak) harganya. Pihak kerajaan akan mengumumkan hari cuti bank dan pemerintah akan melakukan sesuatu sementara cuba untuk mengawal keadaan panik.

Penguatkuasa undang-undang akan dilaksanakan bagi menyekat berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan pada suatu masa. Sedangkan wang yang ada di bank itu adalah wang rakyat bukan wang kerajaan atau wang milik bank. 

Yang pasti, dalam masa terdekat ini kita dapati orang yang memiliki tabungan wang dolar (wang kertas) akan menjadi miskin sebaliknya orang yang memiliki emas dan perak, tanah dan komoditi berintrinsik akan menjadi kaya. 

Kita akan dapati sitem barter mungkin kembali untuk barang dan perkhidmatan. Yang jelas akan rugi adalah mereka yang terus menerus memegang kertas yang mereka rasakan berharga sedangkan kepercayaan kepada wang kertas sudah tidak ada lagi.

Cubalah kita bayangkan keadaan dimana wang kertas dan wang elektronik tidak memberi apa-apa makna lagi. Apa yang kita ada sebagai alat tukar untuk mendapatkan makanan bagi menghilangkan kelaparan?

Apakah yang akan terjadi apabila berlaku keadaan dimana wang kertas sudah tidak boleh membeli makanan untuk mengatasi masalah kelaparan?

Perubahan keadaan kepada suasana dimana manusia tidak boleh membeli roti atau nasi dibandar-bandar besar, sudah tentu akan menjadikan tempat atau bandar itu satu tempat yang sangat merbahaya. 

Bersedia Hadapi Kemusnahan Sistem Kewangan Dunia

Oleh itu, bagi mereka yang ada mata boleh melihat, yang ada telinga mendengar dan ada anggota untuk bertindak, maka bertindaklah dari sekarang bagi membuat persediaan menghadapi masa depan dan seterusnya dapat mengelakkan aspek yang paling parah dari senario ini.

Oleh itu,, jangan simpan wang kertas banyak-banyak, tukarkan sebahagian simpanan kepada emas yang terbukti dalam sejarah adalah aset yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu, kini dan selamanya..

Wallahua'lam.

Emas Boleh Menguntungkan Walau Apapun Situasi Ekonomi

Emas Boleh Menguntungkan Walau Apapun Situasi EkonomiTahukah anda, dalam apa jua situasi ekonomi dan politik, menyimpan emas boleh menguntungkan anda!

Mari kita lihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

#1 - Ketika keadaan aman, seperti negara kita di Malaysia.
#2 - Ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang berlaku di negara Zimbabwe.



Peranan emas ketika negara aman dan makmur


Bagi rakyat Malaysia, kebiasaannya ada 4 tujuan membeli emas:

1. Untuk menyelamatkan kekayaan (Kawal Kebocoran Wang)
2. Untuk pelaburan - beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Untuk dijadikan barang kemas sebagai perhiasan diri wanita
4. Untuk dibuat Hantaran perkahwinan


Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang agak stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak??


Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik


Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! Tidak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong).

5 ,000,000,000,000,000,000,000% hyperinflasi. sangat-sangat teruk... =(

Jika dalam buku tabungan anda terdapat sebuah angka dengan deretan 6 sifar di belakangnya, maka anda boleh menganggap diri anda sebagai orang kaya. Namun, tidak demikian bagi warga Zimbabwe yang kini pemerintahnya terpaksa menarik peredaran wang tempatan dan menggantikannya dengan wang dollar AS. 

Hyperinflasi yang berlaku beberapa tahun lalu menghancurkan nilai pertukaran dollar Zimbabwe. Kini, 1 dollar AS bersamaan dengan 35 kuadriliun dollar Zimbabwe. Bilangan 35 kuadriliun adalah angka 35 dengan deretan 15 angka sifar di belakangnya.

Inflasi yang teruk
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya.

Semasa puncak krisis ekonomi Zimbabwe pada tahun 2008, harga barang-barang keperluan asas melonjak naik sehingga dua kali sehari. Untuk membeli keperluan asas seperti roti atau susu, warga Zimbabwe harus menyediakan beberapa beg plastik untuk membawa sekumpul wang.!

Wang kertas tak laku…

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil, kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? 

Bermula (16/6/2015) waktu setempat, warga Zimbabwe boleh mengatakan selamat tinggal untuk mata wang mereka yang tidak berharga itu. Mereka telah pergi ke bank tempatan untuk menukarkan wang lama mereka dengan dollar AS. Setiap orang yang menukarkan 250 trilion dollar Zimbabwe akan memperoleh 1 dollar AS. Bermaksud, pemilik 100 trilion dollar Zimbabwe hanya akan mendapatkan wang sebanyak 40 sen AS atau kurang dari RM 1 lebih sahaja!.

AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH


"The further you look into the past, the further that you can see into the future." ~winston churchill

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Ambil iktibar daripada banyak kisah hyperinflasi yang telah berlaku, Duit nilai besar tapi tak ada harga! Adakah mustahil berlaku di Malaysia?

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku :

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Kalau ringgit (RM) jatuh, apa yang masih tinggal? Yang tinggal hanyalah kertas yang tak ada nilai sebenar di dalamnya. Ia cuma sekeping kertas yang ditulis nombor dan nilainya bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik negara. Bila hilang kestabilan negara, ia tak ada nilai yang melekat pada kertas tu sendiri.

Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang.

EMAS ADALAH PEMEGANG NILAI YANG PALING UNGGUL.


Kita tak mampu nak menahan inflasi daripada terus berlaku, jadi mulalah menyimpan emas mulai sekarang. 

Kenapa perlu tukar wang yang disimpan ke dalam bentuk emas?

Jawapannya adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang yang kita pegang ketika ini. Harga barangan dan perkhidmatan kini terus melambung tinggi.

Cuba bayangkan kos sara hidup 10 tahun lalu dengan kos sara hidup sekarang. Sudah tentu harga barangan dan perkhidmatan pada masa ini jauh lebih besar bukan?

Bayangkan apa akan terjadi pada 10 tahun dari sekarang pula?
Inilah kesan yang disebabkan oleh INFLASI. Kita kehilangan kuasa beli. Nilai mata wang semakin besar tetapi nilainya semakin menyusut, macam contoh matawang di negara Zimbabwe yang saya ceritakan di atas.

Mungkin kita semua sedar dan perasan yang harga barang keperluan dan barangan pengguna lain terus meningkat saban tahun. Kenaikan kos bahan api seperti petrol, diesel dan gas.

Kenaikan kos perkhidmatan tenaga seperti tenaga elektrik. Kenaikan kadar perkhidmatan pengangkutan awam dan pelbagai lagi kenaikan yang pasti berlaku sepanjang tahun.

Mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita kita tetap perlu terima kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku pada masa ini. Itu tidak mengambil kira kenaikan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan lagi.

Ringkasnya, inflasi secara mudahnya membawa maksud kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pada keadaan normal, dalam setahun kadar inflasi ialah sebanyak 4-5%. Itu yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP) ianya lebih tinggi bergantung di mana lokasi anda.

Jika sesuatu tempat seperti di W.P.Labuan yang mana harga barangannya semua mahal, maka inflasinya lebih tinggi. Namun begitu jika berlaku kemelesetan ekonomi, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda dari kadar normal.

Jadi sekarang ni kalau anda ada duit cepat-cepat tukar jadi emas! Walaupun bertahun-tahun anda menabung wang kertas, wang tersebut akan terus dimamah inflasi sehingga nilai wang semakin rendah dan harga barangan semakin meningkat setiap tahun.

Maka solusinya, tukarkanlah tabungan wang kepada tabungan emas kerana ianya kalis inflasi dan semakin bernilai tinggi.

Oleh itu, walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Simpanlah emas untuk melindungi kekayaan dan sebagai insurans kewangan anda yang sebenar.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas sekarang yang masih rendah, tukarkan simpanan anda kepada emas.

So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!

Wallahua'lam.
---------------------------------------
Kredit: Sifu Tuan Syukor Hashim


500 Bilion Zimbabwe Tidak Cukup Untuk Beli Satu Tin Susu

HARARE: Rakyat Zimbabwe dibenarkan menukar mata wang tempatan sehingga 'quadrilion' kepada Dolar Amerika Syarikat (AS$) ekoran kejatuhan nilai mata wang negara itu.

Mata Wang Jatuh: 500 Bilion Zimbabwe Tidak Cukup Untuk Beli Satu Tin Susu

Langkah tersebut diambil sebagai salah satu usaha menghentikan penggunaan nilai mata wang negara tersebut.

Negara Afrika itu mula menggunakan nilai mata wang AS$ dan Rand selepas nilai mata wang Zimbabwe terjejas akibat inflasi teruk yang jatuh sebanyak 500 bilion peratus pada 2008.

Semasa kejatuhan ekonomi negara itu pada 2008, rakyat Zimbabwe terpaksa membawa beg plastik yang dipenuhi dengan wang untuk membeli barangan keperluan seperti roti dan susu dan harga barangan yang turut meningkat sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Gabenor Reserve Bank of Zimbabwe, John Mangudya menjelaskan, para pelanggan yang masih memiliki akaun Dolar Zimbabwe boleh berkunjung ke bank-bank berdekatan untuk menukar baki wang mereka kepada AS$ bermula Isnin.

Rakyat negara itu diberi masa sehingga September untuk membuat penukaran wang kertas Zimbabwe yang kadang kala dijual kepada pelancong sebagai cenderamata.

Baki akaun bank yang berjumlah 175 quadrilion Dolar Zimbabwe akan dibayar sebanyak AS$5 manakala mereka yang mempunyai baki akaun melebihi 175 quadrilion pula akan dibayar dengan AS$1 Dolar AS bagi setiap 35 quadrilion Dolar Zimbabwe.

Nilai wang kertas tertinggi yang dicetak kali terakhir pada 2008 adalah berjumlah 100 trilion Dolar Zimbabwe tetapi jumlah tersebut tidak mencukupi untuk membayar tambang bas selama seminggu.

Pihak bank menjelaskan, para pelanggan yang mempunyai wang kertas Zimbabwe boleh mengunjungi mana-mana bank di situ dan mendapat AS$1 bagi setiap 250 trilion Dolar Zimbabwe yang ditukar.

Ini bermakna orang ramai yang memiliki wang kertas 100 trilion akan menerima 40 sen apabila membuat penukaran.

Pihak bank dilaporkan telah memperuntukkan AS$20 juta untuk membayar pemegang mata wang Dolar Zimbabwe yang membuat penukaran.

-------------
Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 1:22 PM

Tip Bijak Melabur Ilmu Emas

Sebelum melabur dalam apa-apa instrumen pelaburan, mulakan 3 perkara asas ini untuk membina ketahanan kewangan yang paling kebal supaya pelaburan anda lebih terjamin.

✔ persediaan takaful
✔ merancang duit kecemasan 
✔ pembacaan tentang pelaburan 

Insyaallah, segala pertembungan antara persepsi dan realiti dapat diselesaikan dengan JAMBATAN ILMU ^^,

Saya perhatikan, di antara kemusykilan yang sering bermain di fikiran orang yang ingin mendapatkan ilmu mengenai emas adalah:
  • Tak tahu nak cari di mana sumber-sumber rujukan berkaitan ilmu emas.
  • Sumber berbahasa Malaysia sangat terhad, yang banyak ada dalam Inggeris di Internet. Itu pun semakin banyak dibaca, semakin pening lalat pula.
  • Kurang pasti nak bermula dari mana untuk langkah-langkah melabur dalam emas khususnya di Malaysia ini dengan selamat.

Penting!

Jika anda ingin membeli emas samada bertujuan sebagai simpanan atau pelaburan, perkara pertama dan utama yang anda kena ada adalah ILMU. Bukan setakat ilmu emas, tetapi ilmu pengurusan kewangan juga perlu dipakejkan sekali.

Antara perkara yang anda perlu (wajib) tahu?

✔ mengetahui bagaimana memilih emas pelaburan yang betul (http://goo.gl/ZY4l6e).

✔ membeli daripada institusi yang betul (http://goo.gl/5UJQMG).

✔ membeli emas yang mempunyai spread (susutnilai) yang betul (http://goo.gl/v1sFKA).

✔ mengetahui cara menyimpan emas di tempat yang betul (http://goo.gl/tHH4BP).

✔ mengetahui bagaimana menjual emas yang dimiliki agar bernilai tinggi (http://goo.gl/vkuMuq).

✔ bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (http://goo.gl/cqTvDB). 


*Bagi anda yang masih mencari-cari cara /tip sebelum memulakan langkah melabur emas dengan mudah dan selamat, klik 5 Cara Pelaburan Emas Untuk Beginner.


Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh mengalami kerugian yang banyak. Ingat, Melabur jangan sampai lebur..!

Ilmu emas dan kewangan banyak yang percuma di FB. Follow sahaja mentor-mentor emas seperti Tuan Syukor Hashim & Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Mentor kewangan seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Khairul Ridzuan dan Tuan Zaidi Ismail serta ramai lagi. Malah, pakcik Google juga sangat membantu, namun anda harus berhati-hati memilih.

Membaca perkongsian di FB adalah satu permulaan yang baik, tapi sebenarnya itu tidak cukup. Baca buku, dengar audio, tengok video dan hadiri seminar emas supaya boleh nampak pelan simpanan secara lebih lengkap dan menyeluruh.

Tips Bijak Melabur Ilmu Emas
Seminar April 2017

SEMINAR


Bagi anda yang baru nak belajar asas mengenai emas, sebaiknya hadir dahulu ke seminar-seminar percuma yang Public Gold sediakan di seluruh Malaysia. Rujuk jadual seminar di www.publicgold.com.my > Event > Seminar. Itu sebenarnya dah mencukupi.

Jika nak pergi yang berbayar, pastikan yuran seminar tidak melebihi 10% daripada gaji anda. Jika anda bergaji RM2000, 10% daripada gaji anda adalah RM2000 x 10% = RM200.



BUKU/EBOOK


Walaupun anda boleh dapatkan ilmu free daripada internet, terus-terang saya katakan, bukan semua buku-buku dan sumber ilmu yang betul boleh didapati dengan mudah di Malaysia atau artikel-artikel dari Internet. Jadi berhati-hati, pastikan anda mengambil ilmu daripada orang/sumber yang berautoriti. 

Tip Bijak Melabur Ilmu Emas
Klik Gambar Untuk Membuat Tempahan
Oleh itu, untuk mendapatkan ilmu mahal dengan harga yang murah berbahasa melayu, saya sarankan anda dapatkan antaranya buku penulisan Tuan Syukor Hashim (Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, Analisis Teknikal Harga Emas, Analisis Fundamental Harga Emas), Tuan Azizi Ali (Rahsia Emas) dan ebook percuma daripada Tuan Mohd Zulkifli Shafie (5 Minit Review Emas) - rujuk di bawah.

Pelaburan untuk Ilmu Yang Betul boleh membuatkan anda untung berlipat kali ganda dengan emas!

Apa lagi yang anda tunggu?
Ingat, buat masa ini anda memiliki 2 aset terbesar dan terpenting dalam hidup anda.

Aset tersebut adalah .. MASA & ILMU.

Jika anda tidak menggunakan kedua-duanya dengan bijak dan berhemah, sukar untuk anda membina kekayaan yang mampu menjamin kebahagiaan dalam hidup.

Jangan tunggu lama-lama untuk mulakan terus langkah anda melabur dalam sumber alam (logam mulia) yang akan sentiasa meningkat nilainya ini. Harga emas akan sentiasa naik, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun.

Tetapi sebelum itu, anda perlulah lengkapkan diri anda dengan ILMU pelaburan emas yang betul daripada mereka yang benar-benar boleh dipercayai dan berpengalaman. 


Setiap Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

Ada ilmu jika tiada tindakan pula akan menjadi sia-sia. Mulakan dengan apa yang ada, usah menunggu sempurna. Dengan sedikit ilmu yang ada, beranikan diri untuk mulakan langkah pertama dahulu, insyaallah langkah seterusnya akan lebih mudah kerana Ilmu adalah proses.

Semakin banyak yang kita belajar, maka akan bertambah bijak dan mahir kita dalam sesuatu perkara.

" If you think knowledge is expensive, then be prepared to pay the price of being stupid."

Wallahua'lam.

Reviu Buku: Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

Bismillah...

Reviu Buku: Pelukis Jalanan
BestSeller!! Top 10 Iman Publications
Seringkali, apa yang dipaparkan di media sosial tidak menggambarkan realiti perjalanan hidup pemilik akaun tersebut. Namun, begitulah manusia. Hanya melihat secara zahir, jarang sekali ingin merenung hakikat di sebalik keindahan yang dipamerkan. 

Pelukis Jalanan merupakan tulisan seorang anak muda yang dikenali sebagai Teme Abdullah. Saya mengenali penulis daripada hasil lukisan-lukisannya di laman intagram milik beliau (@itsteme).

Mungkin seperti orang lain, yang pada awalnya hanya memikirkan keseronokan berjalan di negara orang berdasarkan gambar-gambar indah yang dimuat naik. Tetapi saya akhirnya kembali merenung diri selepas membaca, bahkan semasa dan sepanjang melirikkan mata menghayati setiap bait tulisan dalam buku ini.

Teme, segala ujian dan cabaran sejak mula menjejakkan kakinya di negara orang (London) ditempuhinya dengan tabah dan sabar. Manakan tidak, dia tahu dia perlu kuat dan terus melangkah walau apapun terjadi kerana bertekad menyambung degree di UK tanpa biasiswa atau tajaan daripada mana-mana pihak.

Bekerja sambilan di restoran fast food bukanlah suatu perkara yang mudah sebenarnya bagi seorang mahasiswa architecture yang sememangnya padat dari segi masa dan tugasan yang perlu dilakukan. Namun, atas keinginan dan kesungguhan yang tinggi demi menampung kos sara hidupnya di negara yang maju, dia terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja sambilan.

Peristiwa ditikam belakang oleh rakan sekelas membuatkan Teme lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya sebarangan. Ketika sampai di episod ini, saya menahan airmata membayangkan bagaimana keadaan Teme jika terpaksa mengulang semester, dalam situasi kewangan yang benar-benar tidak mengizinkan. Bayangkan, sebulan makan nasi berlaukkan telur dan garam. Bagaimana nak membayar yuran pengajian, penginapan dan segala perbelanjaan di sana?

Tapi Teme cekal. Dia tahu Allah berikan ujian sebegitu kerana dia mampu. Lalu mula melukis di jalanan. Syukur, lukisan-lukisannya berjaya menarik perhatian ramai. Hasil lukisan tersebut digunakan untuk menyara hidupnya. Sehinggakan, lukisannya telah menempah nama di instagram. Alhamdulillah. Puji dan syukur ke hadrat Allah.

Saranan saya, cepat-cepat dapatkan buku Pelukis Jalanan ini kerana ianya bukan sahaja sesuai dibaca oleh golongan muda, bahkan juga sesuai buat ibu bapa di luar sana. Jangan bimbang untuk mengizinkan anak-anak kalian merantau ke negara orang, yakinlah, segala penat lelah yang akan ditempuhi adalah tarbiah dari Allah yang benar-benar mahu mendidik hambaNya menjadi lebih baik.
Reviu Buku: Pelukis Jalanan
Cover Belakang


Wallahua'lam, tahniah buat Teme Abdullah (bukan nama sebenar). #PelukisJalanan telah berjaya menyentuh hati ramai pembaca termasuk saya yang juga sedang bermusafir menimba ilmu dan pengalaman di negara jiran. Semoga Allah berkati segala usaha yang bermanfaat buat ummah.!

"Sesungguhnya tiap-tiap kesusahan disertai kemudahan."
[Surah Al-Insyirah, ayat ke 7]

7 Tips Mudah Istiqamah Menabung Emas

Emas memang menjadi pilihan pelaburan yang bijak dan mampu menjaga nilai harta yang anda miliki yakni simpanan untuk persediaan keperluan pada masa depan. 

7 Tips Mudah Istiqamah Menabung Emas
Emas adalah aset yang diiktiraf bernilai di seluruh pelosok dunia zaman berzaman

Berikut ini saya kongsikan beberapa tips-tips mudah yang anda dapat gunakan untuk merealisasikan harapan menabung emas dengan konsisten.

#1 - Pasang Niat


Niatkan menabung emas sebagai jalan pelaburan yang tepat untuk keperluan di masa mendatang seperti dana untuk pernikahan, persaraan, membeli rumah, rolling bisnes dan pendidikan anak. Menabung emas juga untuk melindungi harta anda daripada dimamah inflasi dan mengawal nafsu berbelanja agar kekayaan lebih bertahan lama. Pasang niat kuat-kuat, agar impian anda boleh menjadi kenyataan.


#2 - Sisihkan Pendapatan


Langkah mudah untuk mempunyai simpanan emas adalah dengan menyisihkan sebahagian pendapatan di awal setelah anda menerima gaji. Asingkan tabungan khusus pelaburan emas ini dengan akaun perbelanjaan dan tabungan lain. Jumlah tabungan ini biasanya sekitar 10 % daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

Apabila jumlah wang dalam akaun anda sudah cukup untuk membeli emas (gold bar@dinar), maka teruskan membeli tanpa menunda lagi. Bukan apa..bimbang pula tergoda untuk membelanjakan wang yang sudah susah payah dikumpulkan..sebab duit memang sifatnya untuk dibelanjakan =)

#3 - Miliki Ilmu Tentang Emas


Sebelum membuat pilihan kepada pelaburan emas, sebaiknya anda memiliki pengetahuan yang cukup tentang selok belok emas. Anda boleh membaca buku, artikel di internet, atau berbincang dengan pakar kewangan. Usahakan mengetahui asas-asas ilmu tentang emas, agar anda boleh menetapkan matlamat & langkah-langkah untuk menabung emas yang tepat. 

#4 - Tentukan Target


Semasa memilih pelaburan emas, sebaiknya anda menentukan target khusus, contohnya dengan merekod keperluan anda di masa akan datang. Kemudian peruntukkan dana yang biasanya anda simpan di bank dan tukarkan dengan emas. Sasaran yang boleh diukur dan jelas akan memudahkan anda untuk mencapai matlamat anda menabung emas.

#5 - Disiplin


Sikap disiplin dalam menabung sangat diperlukan. Anda tidak akan boleh memiliki tabungan emas tanpa memiliki disiplin yang tinggi. Usahakan untuk selalu menyimpan dana pelaburan ke dalam tabungan khusus secara teratur. Atau kumpul lah duit anda sikit-sikit dengan tertib. Insyaallah, Anda dapat menabung emas secara istiqamah.

#6 - Manfaatkan Duit Lebih


Pendapatan luar gaji seperti gaji ke-13, bonus tahunan, bonus bulanan, fee, dan sebagainya dapat digunakan untuk mewujudkan tabungan emas. Segera asingkan dana tersebut untuk ditukarkan kepada emas, agar dana yang ada tidak habis untuk belanja harian sahaja.

#7 - Kenali Penjual


Usahakan membeli di tempat atau melalui individu yang berkredibiliti dan berautoriti tinggi. Ini sangat penting untuk memastikan emas yang anda miliki benar-benar tulen & boleh memberi pulangan keuntungan yang tinggi. Saya sangat rekemen anda memilih emas keluaran Public Gold. Nak tahu kenapa? Sila baca di sini.

Selain itu, pastikan agar anda tidak menggunakan transaksi yang bertentangan dengan Islam. Keharaman akad jual beli akan menghilangkan keberkatan dalam usaha anda menabung emas.

Itulah antara beberapa tips ringkas menabung emas yang boleh anda cuba amalkan semudah alif ba ta..=) Anda tertarik dengan pelaburan emas? Jangan tangguh-tangguh lagi!


"Take action to see reward. Do nothing and be ignored."
Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign