Simpanan Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak


nuqudnabawi.com
Rancang Dana Pendidikan Anak Anda
Pendidikan diiktiraf secara meluas sebagai faktor yang paling asas mempengaruhi kejayaan masa depan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa generasi semasa untuk memastikan bahawa anda membuat peruntukan bagi struktur pendidikan yang akan membantu negara ini menyelesaikan masalah sosio-ekonomi yang menjadi halangan terbesar untuk merealisasikan potensi yang luar biasa di negara kita.

Perkara yang amat menyedihkan adalah majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya menyimpan, tetapi menanggung hutang. Sukar dibayangkan, kebanyakan orang mempunyai telefon pintar terkini, iPad, dan lain-lain tetapi mereka tidak mampu menabung untuk pendidikan anak-anak mereka apatah lagi persaraan mereka sendiri.

nuqudnabawi.comSebagai ibu bapa, adalah penting untuk menyedari bahawa keputusan kewangan yang anda buat hari ini boleh membawa perbezaan untuk masa depan anak anda. Terutamanya apabila anda mempertimbangkan fakta ... bahawa menurut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sejumlah 412,245 orang dari 1.24 juta peminjam yang telah mengambil pinjaman pendidikan masih belum membayar semula wang yang mereka pinjam melalui skim tersebut.

Pinjaman pendidikan boleh menjadi satu beban besar. Dan anda sentiasa ada pilihan untuk tidak membuat pinjaman tersebut sekiranya telah menyediakan dana untuk pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

Antara tanggungjawab utama sebagai ibubapa selain memberi didikan agama kepada anak-anak, ibu bapa mesti berusaha untuk menyediakan sebaik mungkin landasan untuk anak-anak berjaya di masa hadapan (dana pendidikan).

Namun, berapa ramai antara ibubapa yang mempunyai kesedaran untuk mula menguruskan kewangan anak-anak ketika mereka masih kecil lagi? 

Cuba anda renungkan, kalau daripada hari pertama anak anda lahir, anda simpankan RM1 sehari khas untuknya dengan konsisten sehingga umur anak mencecah 17 tahun. Maka anak anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM 6120. Kalau disimpan dalam Tabung Haji pula (dividen 6%), maka duit tadi akan jadi RM 10,624. Mungkin jumlah yang dipaparkan tidak impressive, tapi cuba bayangkan diri anda sendiri, habis je SPM, anda dah ada modal bisnes sekurangnya RM 10,000. Tidakkah itu memberi sedikit kelebihan berbanding totally start from zero?? kan kan?

Saving For Your Children's Education

Kuasa Beli Wang Kertas Semalam Dan Hari ini



Adakah anda telah menabung untuk pendidikan anak-anak anda? 

Jika ya, Tahniah! anda adalah ibu bapa yang peka terhadap kebajikan anak anda. Tetapi adakah anda benar-benar yakin bahawa menabung untuk pendidikan mereka dalam bentuk wang kertas adalah satu idea yang terbaik? 

Mungkin lebih baik anda menukarkan kepada sesuatu yang lebih stabil. Pada pendapat saya, adalah satu idea yang baik untuk menyimpan sekurang-kurangnya sebahagian wang anda dengan bijak dan membeli jongkong @ syiling emas. 

Mengapa? 

Jika anda menabung wang kertas, ianya tidak akan mempunyai kuasa beli yang sama selepas 10, 20 atau 30 tahun seperti hari ini. Inflasi akan memakan sebahagian besar daripada simpanan anda. Perlu diingat, bahawa NILAI hari ini tidak akan sama dengan akan datang. Duit yang kita simpan di bawah bantal, dalam bank dan Tabung Haji pasti akan tetap dimamah inflasi setiap tahun. Walau dari sudut nombornya pasti bertambah, tetapi KUASA BELInya akan semakin jatuh dari tahun ke tahun ditambah lagi dengan ketidaktentuan ringgit (RM).
Contoh mudah, zaman dahulu sekitar tahun 80-an, harga aiskrim cornetto sebatang berharga 80 sen sahaja. Perhatikan hari ini,  harga aiskrim yang sama saiznya, paling murah pun RM 2.50 sebatang! Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi, kuasa beli duit kertas telah pun susut 80% dalam tempoh 30 tahun! 

Terbukti bahawa hari ini anda memerlukan lebih banyak wang tunai untuk membeli sesuatu yang sama saiznya berbanding hari 'semalam'. Wang RM 50 hari ini tidak akan mampu membeli pelbagai barangan di pasaraya seperti dulu.. Keperluan kepada lebih banyak keping wang tunai ini dikenali sebagai susut nilai atau dalam bahasa ekonominya sebagai inflasi.

Emas Penyimpan Nilai Paling Ampuh


Kalau anda simpan duit dalam ASB dan Tabung Haji, pulangan hanya sekitar 5% hingga 8% sahaja. Itu belum ditolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila dah tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB.… jauh lebih baik anda simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang.

Apa yang saya nampak, emas boleh dijadikan alternatif terbaik untuk menyelamatkan NILAI pada masa depan. Emas mampu mengekalkan kuasa beli sejak 1,400! 1 dinar (4.25 gram) mampu beli seekor kambing pada zaman 1,400 tahun yang lalu dan hingga hari ini, masih mampu membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar sekitar RM750.

emas penyimpan nilai paling ampuh
Perbandingan antara dinar dan kambing adalah contoh bagi memudahkan kita faham bagaimana dikatakan emas mengkekalkan kuasa beli. Zaman Nabi dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Lepas 1,400 tahun, ia masih mampu beli seekor kambing.

Jadikan emas sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Daripada sudut kewangan, anda mesti wujudkan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tidak akan bertahan lama. Akhirnya simpanan pun habis dibelanjakan. 

Menabung Emas Sebagai Dana Pendidikan Anak


simpanan emas debagai dana pendidikan

Sekarang tahun 2016 dan pada 20 tahun akan datang, ketika anak-anak anda mahu masuk ke universiti, adakah anda mampu menyediakan pembiayaan pengajian untuk anak-anak yang setara dengan kos semasa itu jika anda tiada perancangan yang betul hari ini?

Mari kita buat pengiraan.

Berapakah nisbah gram emas yang diperlukan untuk kos pengajian universiti hari ini? Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian di IPTA katakan paling banyak  RM 8,000 setahun untuk 5 tahun pengajian. Maka kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM40,000 pada hari ini bersamaan nilai 222 gram emas.

Kalau anda menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan mengambil masa 18 sehingga 20 tahun untuk mencukupkan emas sebanyak itu. 
Pada umur anak anda 18 tahun, setiap anak akan memiliki sekrang-kurangnya 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM 22,680 (RM180 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu anak anda mendapatkan pinjaman.

Anda tidak perlu risau lagi, kerana simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk menampung kos pendidikan anak-anak walau apapun situasi ekonomi dan matawang ringgit pada masa akan datang.

Nampak tak? Dengan menyimpan emas sedikit demi sedikit, anda mampu menyara kos pengajian anak-anak anda sepanjang tempoh pengajian mereka. Insyaallah dengan teknik ini anda boleh mengurangkan beban anak-anak anda apabila mereka menyambung pengajian nanti. 


Cara Terbaik Manabung Emas


Walaupun emas tidak mampu membeli semua benda di dunia ini, tetapi kebanyakan benda di dunia ini boleh dibeli dengan emas. =)

menabung emas serendah 1 gramJadi, buatlah simpanan emas khas untuk anak kesayangan anda. Bagi yang berkemampuan lebih, boleh terus beli banyak-banyak. Bagi yang kurang berkemampuan, ukur baju di badan sendiri. Tak perlu tergopoh-gapah "Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga".

Kini, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang adalah melalui akaun emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) yang disediakan oleh Public Gold untuk memberi galakan kepada masyarakat untuk menyimpan emas.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal tersebut dan simpan sendiri (kalau mahu). Emas fizikal tersebut akan disimpankan secara PERCUMA tanpa had dalam safety deposit box oleh Public Safe selagi anda tidak mengeluarkannya.

Anda boleh buka satu akaun (joint account) untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama). Anda akan mentadbir akaun ini sehingga anak mencecah umur 18 tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana menyimpan emas dengan modal yang rendah, klik Tips Menyimpan Emas Modal Rendah.


Mulakan Sekarang


Pembuangan masa adalah musuh paling dahsyat apabila ianya berhubung dengan perkara berkaitan dengan wang. Jangan buang masa untuk memulakan pelan simpanan khususnya untuk dana pendidikan anak-anak anda. Lebih lama anda berlengah, lebih lama masa yang akan diambil untuk mencapai matlamat anda. 
mulakan langkah pertama
Put Your Plan Into ACTION

Menyimpan untuk mencapai matlamat umpama marathon, dan bukannya acara pecut. Jumlah yang kecil dalam jangka masa yang lama boleh menghasilkan keputusan yang besar. Jangan lakukan kesilapan untuk tidak menyimpan langsung hanya kerana matlamat dilihat seperti tidak mampu dicapai serta merta. Masa terlalu cepat berlalu. Mulakan langkah anda yang pertama.

"Nilai wang kita semakin menurun, namun kita tidak menyedarinya kerana inflasi berlaku dari semasa ke semasa. Sekiranya hal ini berlaku seperti cukai yang dikenakan kepada kita, sudah pasti kita naik berang." 
~ Rolf Dobelli (The Art of Thinking Clearly)

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign