Selamatkan Duit Daripada Melebur - Nasihat 5 Pakar Kewangan

Mari kita hayati seterusnya menjadikan nasihat daripada pakar sebagai panduan untuk mencapai kebebasan kewangan diri dan keluarga. Untuk pengetahuan anda, 5 orang Pakar Kewangan tersebut adalah pemenang Plutus Award, sebuah anugerah yang mengiktiraf dan menyokong komuniti penerbit blog kewangan. Bukan calang-calang orang tau..! ^^,

financial freedom
Tips Kawal Kebocoran Wang (klik gambar)


Nasihat #1 - “Rajinkan diri mengaudit perbelanjaan” ~Lauren Bowling (pengasas blog LBeeandtheMoneyTree.com)

+ Amalan mengira perbelanjaan setiap bulan memberikan anda peluang meneliti setiap perbelanjaan yang dibuat. Jadi, anda boleh mengesan ke mana duit itu mengalir dan menepis perbelanjaan yang tidak perlu.

+ Kebocoran dalam kewangan adalah satu penyakit, dan virus yang menyebabkan penyakit ini adalah sikap berbelanja yang tidak dikawal. Kalau nak kewangan anda sentiasa sihat, mula tumpukan perhatian kepada perkara ini.

+ Mula jadikan resit dan rekod perbelanjaan sebagai kawan karib. Buat satu fail khas dan simpan segala rekod perbelanjaan untuk memudahkan anda audit balik bila tiba hujung bulan.


Nasihat #2 - “Tumpukan perhatian menjana pendapatan tambahan” ~Steve Chou.

+ Pilihan sentiasa di tangan anda. Habiskan duit, atau gunakan duit buat lebih banyak duit. 

+ Sentiasa kekalkan fokus pada aktiviti yang menjana pendapatan sampingan. Belajar jinakkan nafsu berbelanja sebagai persediaan awal ke arah bebas masalah kewangan.

+ Ubah sikap boros untuk kembangkan portfolio kewangan dengan baik.


Nasihat #3 - “Buat analisis tentang tabiat perbelanjaan anda” ~Todd R. Tressider.

+ “ADAKAH PERBELANJAAN INI BERIKAN NILAI YANG BAIK UNTUK DUIT AKU?”

+ “ADAKAH PERBELANJAAN INI BUATKAN AKU SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATLAMAT KEWANGAN AKU, ATAU SEBALIKNYA?”

+ Jawapan untuk 2 soalan ini bakal tentukan nasib kewangan anda untuk jangka masa panjang. Ia juga akan tingkatkan kesedaran tentang cara membelanjakan duit secara berhemat.


Nasihat #4 - “Buat bajet untuk simpanan dan pelaburan” ~ Holly dan Greg Johnson (pengasas blog ClubThrifty.com)

+ “CARA TERBAIK UNTUK SELAMATKAN DUIT ADALAH MENGANGGAP SIMPANAN SEPERTI BIL (YANG PERLU KITA JELASKAN SETIAP AKHIR BULAN).” 

+ Tetapkan gaya fikir (mindset) menyimpan dulu, baru belanjakan baki yang ada. Bukan belanja dulu, baru simpan. Ramai yang buat macam ini, dan akhirnya gagal menyimpan walaupun sikit.


Nasihat #5 - “Konsisten ingatkan diri tentang matlamat kewangan yang nak dicapai” ~Jim Wang (Blog Bargaineering.com dan WalletHacks.com adalah pemenang anugerah pencapaian sepanjang hayat Plutus Award. Jim berpengalaman menulis mengenai kewangan peribadi selama 10 tahun)

+ Fokus 100% kepada cara anda tetapkan matlamat yang nak dicapai. 

+ Tulis matlamat atas kertas (nota kecil) dan selitkan nota itu kat dalam dompet. Supaya senang nak baca setiap kali anda terfikir nak berbelanja. Cara ni boleh ingatkan diri kita kat matlamat yang kita nak capai secara konsisten.

[p/s: perkongsian ini diringkaskan daripada artikel yang disiarkan di gilahartanah.com.]



“If you don’t count your money, you are always going to be stressed about money.” 


Kebanyakan kita..
Kerja kuat-kuat, hutang makin lama makin meningkat.
Setiap bulan dapat duit, setiap bulan hilang duit.

Kenapa? Sebab tiada Ilmu.

Cara untuk mencapai matlamat kewangan terletak pada kemampuan kita untuk menguruskannya dengan baik.

Setuju??

Stop Wishing, Start Doing


stop wishing start doing
Mulakan Sekarang!
Untuk sesuatu yang kita cita-citakan, walaupun kecil, belajarlah untuk memulakan. Bermula tidak semestinya menunggu sempurna & cukup ada semua. 

Dengan bermula kita tahu silap dimana, lantas berfikir membaikinya untuk menjadi sempurna. Percayalah, itu adalah lebih baik daripada kita tidak bermula kerana tidak mahu silap pada akhirnya.

Kita perlu mengalami pengalaman jatuh, baru kita tahu bagaimana membina kemahiran untuk bangun.

Beri peluang kepada diri merasa betapa teruknya rasa sakit supaya dapat belajar bagaimana untuk mengubatinya. 

Hidup didunia ialah tentang usaha, jatuh dan bangun. Bukan hanya untuk menyenangkan sebongkah daging yang membalut tulang.

Jika kita jatuh kerana makhluk, bangkitlah kita kerana Allah. Bersenang lenang itu hanya ada di akhirat. Hanya diakhirat.

Dunia tempat berpenat,
Akhirat tempat berehat.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign