Rakyat Malaysia Disaran Labur Dalam Emas Fizikal

Rakyat Malaysia Disaran Labur Dalam Emas Fizikal
Emas Memiliki Nilai Yang Tinggi
(Temuramah oleh pemberita Sinar Harian kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Marketing Sdn Bhd, Datuk Wira Louis Ng Chuu Hau) 



✔ RAKYAT Malaysia disaran memperuntukkan antara 5 - 10 % simpanan emas fizikal daripada portfolio simpanan keseluruhan bagi membantu mengurangkan kesan daripada penurunan nilai ringgit dan pertumbuhan perlahan ekonomi sekarang.

✔ Pelaburan emas fizikal memainkan peranan penting dalam situasi ekonomi berbeza dan ia merupakan instrumen paling mudah diurusniagakan berbanding derivatif yang lebih rumit serta mengandungi unsur spekulasi. 

"Harga emas ditetapkan berdasarkan harga antarabangsa dan didagangkan dalam mata wang dolar AS, jadi jika nilai ringgit jatuh berbanding dolar AS, ia akan memberi kelebihan kepada pemilik emas," 

✔ Dijangkakan ringgit akan terus diniagakan pada paras 4.4 hingga 4.5 pada tahun ini, dan ini akan memacu harga emas untuk menjadi lebih tinggi.

✔ Harga emas dijangka terus meningkat selari dengan perdagangan antarabangsa kerana faktor pertumbuhan ekonomi global yang tidak memberansangkan menyumbangkan sentimen positif kepada pasaran emas.

"Memperkukuhkan nilai ringgit bukanlah senang, ditambah lagi dengan faktor kebanyakan bank-bank pusat telah mewujudkan pelan baharu, polisi kadar faedah sifar dan pelbagai program pelonggaran kuantitatif dan ini sebenarnya menyebabkan lebih ramai memilih untuk membeli dan menyimpan emas berbanding menyimpan wang di bank," 

✔ Usaha bank pusat asing yang mengubah pelaburan bon ke dalam bentuk emas fizikal akan turut memberi kesan yang besar kepada permintaan emas dunia.

* Seminar Emas Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit yang julung kali diadakan pada 27 hb yang lalu, telah menggabungkan penceramah daripada sektor pelaburan emas dianjurkan oleh Public Gold dengan kerjasama Agrobank, Pos ArRahnu dan Koperasi Dagang Emas. - Bernama

Sumber : Sinar Harian (26 Februari 2016)
----------------------------------------------------------------

PETIKAN METRO AHAD : Rujuk Pakar Pelaburan Emas



Kuala Lumpur : Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan Internet sebagai rujukan utama untuk menyertai aktiviti pelaburan emas sebaliknya mendapatkan nasihat individu berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan Public Gold Syukor Hashim berkata, kebanyakan maklumat yang didedahkan melalui Internet direka pihak yang menyertai skim cepat kaya.

“Disebabkan ramai cenderung memilih Internet untuk mencari semua maklumat, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai mangsa.
“Jangan percaya dengan janji manis seperti keuntungan bulanan yang tinggi sekiranya melabur emas bersama syarikat yang belum tentu lagi statusnya,” 

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 peserta Seminar Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit, di sini, semalam.

Antara penceramah dalam seminar berkenaan adalah penulis buku terlaris “Essentials of Finance Management' Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi lQl Holdings Shan Saeed dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Dalam seminar itu, peserta didedahkan dengan peranan emas yang mampu berperanan sebagai penyelamat kepada kejatuhan ringgit sekali gus menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain.

Menurut Shan, penting bagi mereka yang berminat menceburi bidang pelaburan emas untuk mengetahui sejarah mata wang dunia.

“Sejarah mata wang dunia dan pengetahuan meluas mengenai pengurusan wang penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang pelaburan emas kerana kita boleh menjangkakan kekuatan mata wang negara pada situasi semasa, ” 

Sumber : Metro Ahad (28 Febuari 2016)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign