Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Emas lebih sesuai dikatakan sebagai SIMPANAN, ianya bukan PELABURAN dalam erti kata yang sebenar. Kerana ianya tidak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya adalah untuk melindungi kekayaan kita daripada hilang atau susut. 

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu anda simpan, dan ada yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. 


Tujuan utama saya simpan emas lebih kepada untuk SELAMATKAN nilainya. Walau tidak berkembang pun simpanan itu tidak mengapa, yang penting, kuasa belinya tidak hilang sebagaimana duit kertas. SELAMATKAN nilainya dahulu kemudian KEMBANGKAN

EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda


DUIT SIFATNYA UNTUK DIGUNA, EMAS SIFATNYA UNTUK DISIMPAN 


Sekarang, sudah ramai yang semakin prihatin terhadap jatuhnya nilai RM. Lagi disimpan, lagi tinggi susut nilai RM.. kalau RM tak jatuh, ianya dimamah inflasi.. kalau RM jatuh.. lagi laa sedih..=( 

Duit (fiat money) memang dicipta untuk digunakan (dibelanjakan). Sifat asalnya memang perlu digunakan dan ramai antara kita yang agak sukar menyimpan dengan duit. 

Selain daripada itu, kita sering tewas dengan emosi berkaitan matematik Wang. Apabila kita lihat Nilainya besar, kita sudah mula goyang.. rasa nak beli itu.. nak beli ini.. 

Oleh kerana itu, Emas boleh dijadikan alternatif sebagai aset terbaik dan cara paling kukuh untuh menyimpan kekayaan,

ok, setelah menyimpan emas, mesti ada sesetengah orang yang tertanya-tanya, berapa banyak pula kita perlu simpan dalam bentuk emas??

“Nak Simpan Emas Banyak Mana?” 


Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Datuk Steve Ong menyarankan setiap orang untuk menyimpan lebihan 10 peratus daripada setiap gaji bulanan berbanding 23 peratus potongan automatik simpanan KWSP. 

Jadi, pakar menyarankan supaya orang ramai menyimpankan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji bulanan agar boleh bersara dengan wang yang mencukupi. 

Oleh itu, saya mencadangkan anda menukarkan 10% daripada gaji anda setiap bulan tersebut kepada aset emas untuk menyelamatkan simpanan anda ‘bocor’ disebabkan kalah dengan emosi terutamanya. 

Kenapa Emas?

Sebaiknya, buatlah simpanan emas selepas anda cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji dan emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi 6 bulan pendapatan atau lebih. Duit dalam Tabung Haji itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi simpanan di akaun bank juga ada risiko NILAINYA naik turun. Ramai orang menyangka duit simpannnya dalam Tabung Haji atau akaun bank lebih selamat dan tidak ada risiko, tapi sebenarnya itu sangkaan yang salah.. Duit Tabung Haji dan duit yang kita simpan dalam akaun bank itu hakikatnya sentiasa menyusut (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM50 pada tahun 90-an pasti tidak sama dengan hari ini dan hari ini pastinya tidak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Ia makin mengecil! 

Kata mentor emas saya (Tuan Zulkifli), pakar kewangan Tuan Azizi Ali, menyarankan 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu. 

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita daripada jatuh miskin! 

Wallahua’lam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign