Selamatkan Duit Daripada Melebur - Nasihat 5 Pakar Kewangan

Mari kita hayati seterusnya menjadikan nasihat daripada pakar sebagai panduan untuk mencapai kebebasan kewangan diri dan keluarga. Untuk pengetahuan anda, 5 orang Pakar Kewangan tersebut adalah pemenang Plutus Award, sebuah anugerah yang mengiktiraf dan menyokong komuniti penerbit blog kewangan. Bukan calang-calang orang tau..! ^^,

financial freedom
Tips Kawal Kebocoran Wang (klik gambar)


Nasihat #1 - “Rajinkan diri mengaudit perbelanjaan” ~Lauren Bowling (pengasas blog LBeeandtheMoneyTree.com)

+ Amalan mengira perbelanjaan setiap bulan memberikan anda peluang meneliti setiap perbelanjaan yang dibuat. Jadi, anda boleh mengesan ke mana duit itu mengalir dan menepis perbelanjaan yang tidak perlu.

+ Kebocoran dalam kewangan adalah satu penyakit, dan virus yang menyebabkan penyakit ini adalah sikap berbelanja yang tidak dikawal. Kalau nak kewangan anda sentiasa sihat, mula tumpukan perhatian kepada perkara ini.

+ Mula jadikan resit dan rekod perbelanjaan sebagai kawan karib. Buat satu fail khas dan simpan segala rekod perbelanjaan untuk memudahkan anda audit balik bila tiba hujung bulan.


Nasihat #2 - “Tumpukan perhatian menjana pendapatan tambahan” ~Steve Chou.

+ Pilihan sentiasa di tangan anda. Habiskan duit, atau gunakan duit buat lebih banyak duit. 

+ Sentiasa kekalkan fokus pada aktiviti yang menjana pendapatan sampingan. Belajar jinakkan nafsu berbelanja sebagai persediaan awal ke arah bebas masalah kewangan.

+ Ubah sikap boros untuk kembangkan portfolio kewangan dengan baik.


Nasihat #3 - “Buat analisis tentang tabiat perbelanjaan anda” ~Todd R. Tressider.

+ “ADAKAH PERBELANJAAN INI BERIKAN NILAI YANG BAIK UNTUK DUIT AKU?”

+ “ADAKAH PERBELANJAAN INI BUATKAN AKU SEMAKIN HAMPIR DENGAN MATLAMAT KEWANGAN AKU, ATAU SEBALIKNYA?”

+ Jawapan untuk 2 soalan ini bakal tentukan nasib kewangan anda untuk jangka masa panjang. Ia juga akan tingkatkan kesedaran tentang cara membelanjakan duit secara berhemat.


Nasihat #4 - “Buat bajet untuk simpanan dan pelaburan” ~ Holly dan Greg Johnson (pengasas blog ClubThrifty.com)

+ “CARA TERBAIK UNTUK SELAMATKAN DUIT ADALAH MENGANGGAP SIMPANAN SEPERTI BIL (YANG PERLU KITA JELASKAN SETIAP AKHIR BULAN).” 

+ Tetapkan gaya fikir (mindset) menyimpan dulu, baru belanjakan baki yang ada. Bukan belanja dulu, baru simpan. Ramai yang buat macam ini, dan akhirnya gagal menyimpan walaupun sikit.


Nasihat #5 - “Konsisten ingatkan diri tentang matlamat kewangan yang nak dicapai” ~Jim Wang (Blog Bargaineering.com dan WalletHacks.com adalah pemenang anugerah pencapaian sepanjang hayat Plutus Award. Jim berpengalaman menulis mengenai kewangan peribadi selama 10 tahun)

+ Fokus 100% kepada cara anda tetapkan matlamat yang nak dicapai. 

+ Tulis matlamat atas kertas (nota kecil) dan selitkan nota itu kat dalam dompet. Supaya senang nak baca setiap kali anda terfikir nak berbelanja. Cara ni boleh ingatkan diri kita kat matlamat yang kita nak capai secara konsisten.

[p/s: perkongsian ini diringkaskan daripada artikel yang disiarkan di gilahartanah.com.]



“If you don’t count your money, you are always going to be stressed about money.” 


Kebanyakan kita..
Kerja kuat-kuat, hutang makin lama makin meningkat.
Setiap bulan dapat duit, setiap bulan hilang duit.

Kenapa? Sebab tiada Ilmu.

Cara untuk mencapai matlamat kewangan terletak pada kemampuan kita untuk menguruskannya dengan baik.

Setuju??

Stop Wishing, Start Doing


stop wishing start doing
Mulakan Sekarang!
Untuk sesuatu yang kita cita-citakan, walaupun kecil, belajarlah untuk memulakan. Bermula tidak semestinya menunggu sempurna & cukup ada semua. 

Dengan bermula kita tahu silap dimana, lantas berfikir membaikinya untuk menjadi sempurna. Percayalah, itu adalah lebih baik daripada kita tidak bermula kerana tidak mahu silap pada akhirnya.

Kita perlu mengalami pengalaman jatuh, baru kita tahu bagaimana membina kemahiran untuk bangun.

Beri peluang kepada diri merasa betapa teruknya rasa sakit supaya dapat belajar bagaimana untuk mengubatinya. 

Hidup didunia ialah tentang usaha, jatuh dan bangun. Bukan hanya untuk menyenangkan sebongkah daging yang membalut tulang.

Jika kita jatuh kerana makhluk, bangkitlah kita kerana Allah. Bersenang lenang itu hanya ada di akhirat. Hanya diakhirat.

Dunia tempat berpenat,
Akhirat tempat berehat.

Wallahua'lam

Simpanan Emas Sebagai Tabung Pendidikan Anak


nuqudnabawi.com
Rancang Dana Pendidikan Anak Anda
Pendidikan diiktiraf secara meluas sebagai faktor yang paling asas mempengaruhi kejayaan masa depan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa generasi semasa untuk memastikan bahawa anda membuat peruntukan bagi struktur pendidikan yang akan membantu negara ini menyelesaikan masalah sosio-ekonomi yang menjadi halangan terbesar untuk merealisasikan potensi yang luar biasa di negara kita.

Perkara yang amat menyedihkan adalah majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya menyimpan, tetapi menanggung hutang. Sukar dibayangkan, kebanyakan orang mempunyai telefon pintar terkini, iPad, dan lain-lain tetapi mereka tidak mampu menabung untuk pendidikan anak-anak mereka apatah lagi persaraan mereka sendiri.

nuqudnabawi.comSebagai ibu bapa, adalah penting untuk menyedari bahawa keputusan kewangan yang anda buat hari ini boleh membawa perbezaan untuk masa depan anak anda. Terutamanya apabila anda mempertimbangkan fakta ... bahawa menurut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sejumlah 412,245 orang dari 1.24 juta peminjam yang telah mengambil pinjaman pendidikan masih belum membayar semula wang yang mereka pinjam melalui skim tersebut.

Pinjaman pendidikan boleh menjadi satu beban besar. Dan anda sentiasa ada pilihan untuk tidak membuat pinjaman tersebut sekiranya telah menyediakan dana untuk pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

Antara tanggungjawab utama sebagai ibubapa selain memberi didikan agama kepada anak-anak, ibu bapa mesti berusaha untuk menyediakan sebaik mungkin landasan untuk anak-anak berjaya di masa hadapan (dana pendidikan).

Namun, berapa ramai antara ibubapa yang mempunyai kesedaran untuk mula menguruskan kewangan anak-anak ketika mereka masih kecil lagi? 

Cuba anda renungkan, kalau daripada hari pertama anak anda lahir, anda simpankan RM1 sehari khas untuknya dengan konsisten sehingga umur anak mencecah 17 tahun. Maka anak anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM 6120. Kalau disimpan dalam Tabung Haji pula (dividen 6%), maka duit tadi akan jadi RM 10,624. Mungkin jumlah yang dipaparkan tidak impressive, tapi cuba bayangkan diri anda sendiri, habis je SPM, anda dah ada modal bisnes sekurangnya RM 10,000. Tidakkah itu memberi sedikit kelebihan berbanding totally start from zero?? kan kan?

Saving For Your Children's Education

Kuasa Beli Wang Kertas Semalam Dan Hari ini



Adakah anda telah menabung untuk pendidikan anak-anak anda? 

Jika ya, Tahniah! anda adalah ibu bapa yang peka terhadap kebajikan anak anda. Tetapi adakah anda benar-benar yakin bahawa menabung untuk pendidikan mereka dalam bentuk wang kertas adalah satu idea yang terbaik? 

Mungkin lebih baik anda menukarkan kepada sesuatu yang lebih stabil. Pada pendapat saya, adalah satu idea yang baik untuk menyimpan sekurang-kurangnya sebahagian wang anda dengan bijak dan membeli jongkong @ syiling emas. 

Mengapa? 

Jika anda menabung wang kertas, ianya tidak akan mempunyai kuasa beli yang sama selepas 10, 20 atau 30 tahun seperti hari ini. Inflasi akan memakan sebahagian besar daripada simpanan anda. Perlu diingat, bahawa NILAI hari ini tidak akan sama dengan akan datang. Duit yang kita simpan di bawah bantal, dalam bank dan Tabung Haji pasti akan tetap dimamah inflasi setiap tahun. Walau dari sudut nombornya pasti bertambah, tetapi KUASA BELInya akan semakin jatuh dari tahun ke tahun ditambah lagi dengan ketidaktentuan ringgit (RM).
Contoh mudah, zaman dahulu sekitar tahun 80-an, harga aiskrim cornetto sebatang berharga 80 sen sahaja. Perhatikan hari ini,  harga aiskrim yang sama saiznya, paling murah pun RM 2.50 sebatang! Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi, kuasa beli duit kertas telah pun susut 80% dalam tempoh 30 tahun! 

Terbukti bahawa hari ini anda memerlukan lebih banyak wang tunai untuk membeli sesuatu yang sama saiznya berbanding hari 'semalam'. Wang RM 50 hari ini tidak akan mampu membeli pelbagai barangan di pasaraya seperti dulu.. Keperluan kepada lebih banyak keping wang tunai ini dikenali sebagai susut nilai atau dalam bahasa ekonominya sebagai inflasi.

Emas Penyimpan Nilai Paling Ampuh


Kalau anda simpan duit dalam ASB dan Tabung Haji, pulangan hanya sekitar 5% hingga 8% sahaja. Itu belum ditolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila dah tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB.… jauh lebih baik anda simpan emas untuk simpanan jangka masa panjang.

Apa yang saya nampak, emas boleh dijadikan alternatif terbaik untuk menyelamatkan NILAI pada masa depan. Emas mampu mengekalkan kuasa beli sejak 1,400! 1 dinar (4.25 gram) mampu beli seekor kambing pada zaman 1,400 tahun yang lalu dan hingga hari ini, masih mampu membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar sekitar RM750.

emas penyimpan nilai paling ampuh
Perbandingan antara dinar dan kambing adalah contoh bagi memudahkan kita faham bagaimana dikatakan emas mengkekalkan kuasa beli. Zaman Nabi dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Lepas 1,400 tahun, ia masih mampu beli seekor kambing.

Jadikan emas sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Daripada sudut kewangan, anda mesti wujudkan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tidak akan bertahan lama. Akhirnya simpanan pun habis dibelanjakan. 

Menabung Emas Sebagai Dana Pendidikan Anak


simpanan emas debagai dana pendidikan

Sekarang tahun 2016 dan pada 20 tahun akan datang, ketika anak-anak anda mahu masuk ke universiti, adakah anda mampu menyediakan pembiayaan pengajian untuk anak-anak yang setara dengan kos semasa itu jika anda tiada perancangan yang betul hari ini?

Mari kita buat pengiraan.

Berapakah nisbah gram emas yang diperlukan untuk kos pengajian universiti hari ini? Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian di IPTA katakan paling banyak  RM 8,000 setahun untuk 5 tahun pengajian. Maka kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM40,000 pada hari ini bersamaan nilai 222 gram emas.

Kalau anda menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan mengambil masa 18 sehingga 20 tahun untuk mencukupkan emas sebanyak itu. 
Pada umur anak anda 18 tahun, setiap anak akan memiliki sekrang-kurangnya 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM 22,680 (RM180 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu anak anda mendapatkan pinjaman.

Anda tidak perlu risau lagi, kerana simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk menampung kos pendidikan anak-anak walau apapun situasi ekonomi dan matawang ringgit pada masa akan datang.

Nampak tak? Dengan menyimpan emas sedikit demi sedikit, anda mampu menyara kos pengajian anak-anak anda sepanjang tempoh pengajian mereka. Insyaallah dengan teknik ini anda boleh mengurangkan beban anak-anak anda apabila mereka menyambung pengajian nanti. 


Cara Terbaik Manabung Emas


Walaupun emas tidak mampu membeli semua benda di dunia ini, tetapi kebanyakan benda di dunia ini boleh dibeli dengan emas. =)

menabung emas serendah 1 gramJadi, buatlah simpanan emas khas untuk anak kesayangan anda. Bagi yang berkemampuan lebih, boleh terus beli banyak-banyak. Bagi yang kurang berkemampuan, ukur baju di badan sendiri. Tak perlu tergopoh-gapah "Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga".

Kini, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang adalah melalui akaun emas fizikal Gold Accumulation Program (GAP) yang disediakan oleh Public Gold untuk memberi galakan kepada masyarakat untuk menyimpan emas.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal tersebut dan simpan sendiri (kalau mahu). Emas fizikal tersebut akan disimpankan secara PERCUMA tanpa had dalam safety deposit box oleh Public Safe selagi anda tidak mengeluarkannya.

Anda boleh buka satu akaun (joint account) untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama). Anda akan mentadbir akaun ini sehingga anak mencecah umur 18 tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana menyimpan emas dengan modal yang rendah, klik Tips Menyimpan Emas Modal Rendah.


Mulakan Sekarang


Pembuangan masa adalah musuh paling dahsyat apabila ianya berhubung dengan perkara berkaitan dengan wang. Jangan buang masa untuk memulakan pelan simpanan khususnya untuk dana pendidikan anak-anak anda. Lebih lama anda berlengah, lebih lama masa yang akan diambil untuk mencapai matlamat anda. 
mulakan langkah pertama
Put Your Plan Into ACTION

Menyimpan untuk mencapai matlamat umpama marathon, dan bukannya acara pecut. Jumlah yang kecil dalam jangka masa yang lama boleh menghasilkan keputusan yang besar. Jangan lakukan kesilapan untuk tidak menyimpan langsung hanya kerana matlamat dilihat seperti tidak mampu dicapai serta merta. Masa terlalu cepat berlalu. Mulakan langkah anda yang pertama.

"Nilai wang kita semakin menurun, namun kita tidak menyedarinya kerana inflasi berlaku dari semasa ke semasa. Sekiranya hal ini berlaku seperti cukai yang dikenakan kepada kita, sudah pasti kita naik berang." 
~ Rolf Dobelli (The Art of Thinking Clearly)

Wallahua'lam.

Membetulkan Salahfaham Masyarakat Terhadap Isu ASB & ASN

Soalan:

Sebagaimana dimaklumi bahawa pelaburan ASB dan ASN telah difatwakan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Namun pada akhir-akhir ini ada pihak yang menyebarkan surat daripada Suruhanjaya Sekuriti dan juga kenyataan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ASB dan ASN adalah haram. Bagaimana percanggahan hukum seperti ini boleh berlaku?



Penjelasan:

Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jawatankuasa Fatwa merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.

Membetulkan Salahfaham Masyarakat Terhadap Isu ASB & ASNManakala Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah (bukan hukum atau fatwa) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti.

Metodologi yang diguna pakai oleh kedua-kedua badan tersebut dalam membuat keputusan juga adalah berbeza.

Sebagai badan pengeluar hukum, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah istinbat yang muktabar dalam membuat keputusan dengan bersumberkan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syar’iyyah dan siasasah syar’iyyah.

Berbeza dengan metodologi Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang antara lain mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan. Sebagai contoh, tanda aras lima peratus (5%) diguna pakai bagi perniagaan perjudian dan perbankan konvensional, dan tanda aras 20% diguna pakai bagi perniagaan pembrokeran saham dan operasi hotel serta rumah penginapan. Untuk tanda aras nisbah kewangan, nisbah 33% diambil kira sebagai tanda aras.

Oleh itu sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah apabila aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras. Tanda aras tersebut yang diletakkan oleh Suruhanjaya sekuriti adalah tanda aras umum bagi memudahkan penyenaraian sekuriti patuh syariah dan tidak patuh syariah. Tanda aras tersebut adalah berasaskan kepada ijtihad Suruhanjaya Sekuriti yang bukan bersifat qat’ie dan statik. Ia boleh berubah denagn berubahnya ijtihad. Bahkan tanda aras tersebut baru sahaja dibuat perubahan pada tahun 2013, di mana sebelum itu tanda aras yang diguna pakai untuk aktiviti perniagaan adalah 5%, 10%, 20% dan 25%, dan tidak mengambil kira nisbah kewangan.

Sebagai badan berautoriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah, Suruhanjaya Sekuriti mengambil pendekatan yang objektif dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh syariah berasaskan tanda aras yang telah ditetapkan, tanpa mempengaruhi elemen-elemen lain seperti siasah syar’iyyah, keperluan dan maslahat umum.

Justeru, Suruhanjaya Sekuriti tidak membuat sebarang pengecualian terhadap sekuriti yang tidak menepati tanda aras mereka. Oleh yang demikian, apabila skim pelaburan ASB dan ASN didapati tidak mematuhi tanda aras sebagaimana ditetapkan, ia tidak disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai patuh syariah.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam keputusannya tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama’i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini. Dalam hal ini, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah:

“…PNB tidak melabur dalam sector yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam”. 

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga menimbang faktor maslahat dan mudarat yang dijangka berlaku kesan daripada hukum yang dikeluarkan. Antara lain:

“…Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pegangan saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas”.

Dalam apa jua isu hukum hakam yang dibincang dan diputuskan yang melibatkan kepentingan nasional, faktor-faktor kemaslahatan, kemudaratan, kepentingan awam, siyasah syar’iyyah dan seumpamanya adalah perkara yang telah lama diamalkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Tidak terkecuali dalam isu ASB dan ASN, faktor-faktor tersebut juga diambil kira. Hifz Al-Mal merupakan satu masalah dharuriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah (Ulil Amri). Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Agama Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima (5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambil kira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.



KESIMPULAN:

Kedua-dua badan iaitu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti adalah badan yang berautoriti dalam bidang kuasa dan peranan masing-masing. Suruhanjaya Sekuriti mempunyai hak untuk tidak menyenaraikan ASB dan ASN sebagai patuh syariah kerana asas penyenaraian adalah tanda aras yang telah ditetapkan. Selaras dengan fungsi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan selaku badan yang bertanggungjawab dalam penentuan hukum hakam di peringkat nasional, maka keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama’i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada mufti, alim ulama’ dan pakar dalam pelbagai bidang, berasaskan kepada kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak PNB sendiri (yang juga mempunyai Majlis Penasihat Syariah bagi meneliti semua aspek pelaburan yang dilaksanakan) tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.

Pelaksanaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri iaitu sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan/keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri kerana matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia. 

Oleh itu, dalam isu hukum pelaburan ASB dan ASN ini, keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 tidak sewajarnya dipertikai atau disbanding-bandingkan dengan keputusan mana-mana badan lain atau kenyataan pihak-pihak tertentu yang jelas berbeza sama ada dari segi fungsi dan autoriti, metodologi atau garis panduan yang digunakan.

----------------------
Sumber: Buku Q&A Bersama Felo Fatwa Siri 1 (JAKIM), halaman 59 - 63.

Wallahu a’lam.

'Hantar & Menang' Hadiah Jongkong Emas bernilai RM 160,000!

Kuala Lumpur: Pos Malaysia Bhd (POS Malaysia) meneruskan kempen 'Hantar dan Menang' 4.0 dengan menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM160,000 sehingga 31 Mei depan.

Menangi jongkong emas bernilai RM 160,000


Istimewa pada kali ini, 240 pemenang bakal memenangi hadiah Jongkong Emas Pos Malaysia ArRahnu setiap bulan sepanjang kempen.

Ketua Eksekutif Kumpulan POS Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata penganjuran berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong produk syarikat.

"Usaha ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami, malah seiring dengan perubahan masa kita sentiasa memikirkan cara untuk menjadi peneraju kepada penghantaran secara fizikal dan digital.

“Pos Malaysia menyasarkan seramai 30,000 penyertaan dan istimewa peraduan kali ini kita menyediakan hadiah menarik iaitu jongkong emas,” katanya ketika melancarkan peraduan 'Hantar dan Menang' 2016 di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Azlan Shahrim dan Ketua Pegawai Operasi Pos Laju, Ahmad Najmi Mahfodz.

Mohd shukrie berkata, peraduan terbuka kepada semua pelanggan, mereka perlu mendaftar dan mengisi borang setiap kali urusan dilakukan bagi memudahkan cabutan nama pemenang dilakukan.

Pada akhir peraduan, pemenang hadiah utama bagi tiga kategori iaitu Hadiah Utama, bakal menerima 20 gram (g) Jongkong Emas Public Gold; 1g Jongkong Emas Pos Malaysia ArRahnu (Edisi Terhad); Hadiah Utama Super, 30 g dan 1g serta Extravaganza menerima 50g dan 1g.

Sementara itu, bagi 30 pemenang bertuah menerima 15g Jongkong Emas, lg Jongkong Emas Pos Malaysia ArRahnu dan 50 pemenang menerima 1g Jongkong Emas Pos Malaysia ArRahnu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang di www.hantardanmenang.poslaju.com.my.






“BELI EMAS DENGAN SAYA PLEASE…………….”

1- Sebagai seorang dealer emas, saya tidak pernah memaksa mana-mana pihak agar membeli emas dengan saya.


Gold Bar 999.9 1 Gram
Gold Bar 999.9 1 Gram
2- Saya hanya kongsikan manfaat dan kelebihan menyimpan emas, juga segala berkaitan emas Public Gold. Saya sarankan anda membaca lebih lanjut di sini (Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold).


3- Disamping berkongsi manfaat, saya juga mengajak anda agar mula menyimpan emas dengan kesedaran. Saya nak anda faham kenapa anda perlu menukarkan sebahagian simpanan anda kepada emas. Sebelum anda membeli emas, wujudkan pertanyaan dalam diri anda apakah tujuan dan matlamat anda untuk menyimpan emas? Jika anda masih kabur atau belum pasti apa matlamat anda, picit link ini dan baca sehingga selesai posisi pembeli emas, samada pelabur, penyimpan, peniaga, atau ketiga-tiganya. (Fahami Posisi Anda Dalam Pelaburan Emas)


4- Paksaan bukan cara saya. Saya selalu ingat akan pesan Mentor Emas, Tuan Zulkifli Shafie, tugas kita hanya menyampaikan. Selebihnya terpulang kepada pembaca dan customer untuk membuat pilihan. Kita sedia maklum bahawa terdapat banyak syarikat dan kedai emas menjual emas dengan ciri-ciri, kelebihan, kekurangan dan rekabentuk yang berbeza. Jadi untuk membuat pilihan yang tepat, anda perlu mengenalpasti kriteria penting yang perlu ada agar keuntungan pelaburan dan simpanan masa depan tercapai. (5 Cara Pelaburan Emas Untuk Beginner)


6- Sebarang pertanyaan/kemusykilan anda berkenaan emas umumnya dan khususnya mengenai Public Gold, bagaimana untuk bermula dan sebagainya, insyaallah saya akan cuba bantu menjawab dan bimbing step by step semampu saya.


7- Hanya tinggal anda membuat pilihan dan keputusan. Pada kebiasaannya, anda akan dapat membuat pilihan dengan betul dan tepat setelah anda membuat kajian dan penilaian terhadap jenama-jenama emas yang terdapat di Malaysia khususnya.


8- Suka untuk saya berpesan, sebelum anda membeli emas, pastikan syarikat emas tersebut benar-benar mempunyai kredibiliti dan bebas dari senarai hitam BNM (Bank Negara Malaysia). Beli emas mesti dapat emas. Dan pastikan juga dengan siapa serta bagaimana cara anda membeli emas. Untuk melihat alert list yang dikeluarkan oleh BNM, rujuk di sini.

senarai baru alert list bnm
Senarai Terbaru Alert List Daripada Bank Negara Malaysia


9- Ini bertujuan mengelakkan penyesalan di kemudian hari, juga supaya anda tahu bagaimana cara berjual beli emas yang betul.


10- Tak tahu, cari ilmu. Baca dan fahami. Tak faham boleh tanya. Jangan diam saja. “Fast action fast result” itu belum pasti, tetapi “NO ACTION NO RESULT” itu yang pasti.


SAYA KONGSIKAN, ANDA TENTUKAN. PILIHAN DITANGAN ANDA.

.
.
"Kenapa laa baru sekarang aku tahu simpan emas ni penting untuk masa depan... Kalau dari dulu dah simpan emas, mesti sekarang dah banyak simpanan aku..."


Sembang-sembang tiada maknanya. Fikir bagaimana, bertindak segera. Bagaimana nak bermula? Nah.. Picit, baca, scroll, take a step ahead dan cubalah menyusun langkah agar konsisten menabung emas. 

“Love gold and gold will love you back”

Selamat bertindak! :)

Wallahua'lam.

Public Gold Tembus Indonesia | Teroka Asean

Alhamdulillah & sekalung Tahniah kepada Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kerana telah berjaya menembusi pasaran emas secara rasminya di Indonesia.

Public Gold sudah ada 18 cawangan seluruh Malaysia dan telah masuk ke pasaran Singapore dan Vietnam. Insyaallah, Public Gold akan terus mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan meneroka pasaran Brunei menjelang Jun tahun ini. 

Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan) pernah berkata, "Kalau Dato Wira Louis Ng buka penjualan saham syarikat ini, dia akan jadi 2nd LARGEST SHAREHOLDER!" setelah melihat kekukuhan Public Gold

Hari ini, Public Gold sudah menjadi jenama emas pelaburan fizikal terbesar dan yang paling diyakini oleh pelabur dan institusi ar-rahnu di Malaysia. Alhamdulillah.


---------------->
Berita baik buat rakyat Indonesia, jemput hadir ke seminar emas - Gratis! =)

public gold tembus indonesia

Seminar Emas julung-julung kali diadakan di Indonesia

Seminar : "Gold Lights Up Indonesia's Economy" by top experienced speakers
Time : 10am - 1pm
Venue : Dreamtel Jakarta Pusat


public gold masuk pasaran singapura, indonesia dan brunei menjelang jun 2016
Public Gold Teroka Asean


Eksklusif Untuk WANITA sahaja! (Promosi Terbaru)


promosi dealer Public Gold
promosi dealer Public Gold

Bagi para wanita yang ingin menjadi USAHAWAN EMAS, Public Gold mengadakan promosi khas untuk wanita sahaja pada bulan Mac ini, anda berpeluang menjadi DEALERs Public Gold.

Promosi seperti berikut:


NEW DEALERS
  • Belian Emas 80gram GAP sahaja
  • Percuma 0.5gram GAP 
  • Semuanya dapat emas tanpa YURAN penyertaan (PERCUMA)
  • Terkini RM182/gram x 80 = (RM14,560) - semak harga semasa di sini : https://publicgold.com.my/v1/


PRIORITY DEALERS
  • Belian emas 200gram GAP sahaja
  • Percuma 1gram GAP
  • Semuanya dapat emas tanpa YURAN penyertaan (PERCUMA)
  • Terkini RM182/gram x 200gram = (RM36,400) - semak harga semasa di sini : https://publicgold.com.my/v1/
.
.
.
Kepada yang berminat, ambillah peluang ini. Tambahan lagi, dengan kerjasama POS Malaysia dan prestasi serta kreadibiliti Public Gold, membuktikan Public Gold sangat serius dalam membantu masyarakat Malaysia khasnya menyimpan dan melabur emas fizikal dengan telus.

Rebut peluang ini secepat mungkin selagi harga emas masih berada di paras rendah.

*TANPA YURAN PENYERTAAN


Kenapa anda perlu rebut peluang ini??

Manfaat & Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold ~ http://goo.gl/h7Owrq

Wallahua'lam.

Berapa Banyak Perlu Simpan Emas?

Emas lebih sesuai dikatakan sebagai SIMPANAN, ianya bukan PELABURAN dalam erti kata yang sebenar. Kerana ianya tidak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya adalah untuk melindungi kekayaan kita daripada hilang atau susut. 

Dalam merancang kewangan, ada duit yang perlu anda simpan, dan ada yang perlu dilaburkan supaya berkembang nilainya. Bukan semua duit perlu dilaburkan. 


Tujuan utama saya simpan emas lebih kepada untuk SELAMATKAN nilainya. Walau tidak berkembang pun simpanan itu tidak mengapa, yang penting, kuasa belinya tidak hilang sebagaimana duit kertas. SELAMATKAN nilainya dahulu kemudian KEMBANGKAN

EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda


DUIT SIFATNYA UNTUK DIGUNA, EMAS SIFATNYA UNTUK DISIMPAN 


Sekarang, sudah ramai yang semakin prihatin terhadap jatuhnya nilai RM. Lagi disimpan, lagi tinggi susut nilai RM.. kalau RM tak jatuh, ianya dimamah inflasi.. kalau RM jatuh.. lagi laa sedih..=( 

Duit (fiat money) memang dicipta untuk digunakan (dibelanjakan). Sifat asalnya memang perlu digunakan dan ramai antara kita yang agak sukar menyimpan dengan duit. 

Selain daripada itu, kita sering tewas dengan emosi berkaitan matematik Wang. Apabila kita lihat Nilainya besar, kita sudah mula goyang.. rasa nak beli itu.. nak beli ini.. 

Oleh kerana itu, Emas boleh dijadikan alternatif sebagai aset terbaik dan cara paling kukuh untuh menyimpan kekayaan,

ok, setelah menyimpan emas, mesti ada sesetengah orang yang tertanya-tanya, berapa banyak pula kita perlu simpan dalam bentuk emas??

“Nak Simpan Emas Banyak Mana?” 


Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbir Pencen Swasta (PPA), Datuk Steve Ong menyarankan setiap orang untuk menyimpan lebihan 10 peratus daripada setiap gaji bulanan berbanding 23 peratus potongan automatik simpanan KWSP. 

Jadi, pakar menyarankan supaya orang ramai menyimpankan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji bulanan agar boleh bersara dengan wang yang mencukupi. 

Oleh itu, saya mencadangkan anda menukarkan 10% daripada gaji anda setiap bulan tersebut kepada aset emas untuk menyelamatkan simpanan anda ‘bocor’ disebabkan kalah dengan emosi terutamanya. 

Kenapa Emas?

Sebaiknya, buatlah simpanan emas selepas anda cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai di bank seperti Tabung Haji dan emas boleh dijadikan simpanan tambahan untuk mencukupkan menjadi 6 bulan pendapatan atau lebih. Duit dalam Tabung Haji itu terjamin dari sudut NOMBORNYA, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang

Simpanan emas ada risiko HARGA naik turun, tetapi simpanan di akaun bank juga ada risiko NILAINYA naik turun. Ramai orang menyangka duit simpannnya dalam Tabung Haji atau akaun bank lebih selamat dan tidak ada risiko, tapi sebenarnya itu sangkaan yang salah.. Duit Tabung Haji dan duit yang kita simpan dalam akaun bank itu hakikatnya sentiasa menyusut (walaupun nombornya kekal) terutamanya disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit. RM50 pada tahun 90-an pasti tidak sama dengan hari ini dan hari ini pastinya tidak sama nilainya berbanding 10 tahun akan datang. Ia makin mengecil! 

Kata mentor emas saya (Tuan Zulkifli), pakar kewangan Tuan Azizi Ali, menyarankan 5% – 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Kalau kekayaan kita RM100,000, maksudnya RM10,000 perlu disimpan dalam bentuk emas. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan itu. 

Menyimpan emas mungkin tak membuatkan kita kaya raya, tetapi yang pastinya, emas melindungi kita daripada jatuh miskin! 

Wallahua’lam. 

Dimana Tempat Selamat Menyimpan Emas??

Kebiasaannya, perkara pertama yang merisaukan pembeli emas adalah - "Mana nak simpan dengan selamat?"

Oleh itu, artikel kali ini saya kan kongsikan dengan anda bagaimana menjadi penyimpan emas yang tenang (peace of mind)..=)
 


Tips Menyimpan Emas Dengan Selamat


1. Jika semuanya terkawal dan selamat, anda boleh menyimpannya sendiri di rumah. Kaedah ini memerlukan kreativiti yang tinggi dan pastikan sel-sel otak anda berhubung sepenuhnya ya =). Risikonya, anda lupa tempat simpanan tersebut jika hanya anda seorang yang tahu. Jadi, jika nak simpan sendiri di rumah, pastikan beritahu orang terdekat dengan anda. Kalau anda lupa, ada orang lain yang boleh ingatkan. Dan jika anda sudah tiada, emas tersebut dapat diwariskan kepada ahli kelurga anda.


2. Anda boleh menyewa peti keselamatan dengan mana-mana bank atau syarikat yang menawarkan khidmat tersebut. Tetapi sudah tentu caj perkhidmatan akan dikenakan. Kadar sewa bergantung kepada saiz peti, insurans dari pihak tersebut.

Antara Bank yang menawarkan perkhidmatan ini:
  • Maybank
  • Public Bank
  • Cimb Bank

3. Anda boleh menyewa khidmat yang disediakan oleh Public Safe (anak syarikat Public Gold) sebagai tempat menyimpan emas anda. Banyak promosi dari masa ke semasa. (www.publicsafe.com.my). Ini alternatif yang disediakan oleh Public Gold untuk memudahkan masyarakat menyimpan emas. Ketika membuat tempahan pembelian, anda boleh terus buat pilihan samada ingin menggunakan perkhidmatan simpanan Pulic Gold atau tidak.

Minimum caj adalah RM 50. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus berhubung dengan Public Gold atau introducer emas anda.


4. Jika anda mahu menyimpan emas dengan lebih SELAMAT dan TANPA perlu menyewa, anda boleh terus membeli emas melalui program pengumpulan emas (GAP). Konsepnya, selagi anda tidak mengeluarkan emas anda itu secara fizikal, Public Gold akan tolong simpankannya dalam safety deposit box secara PERCUMA tanpa had! 

Apa itu GAP dan Bagaimana caranya? 
Picit di SINI.

Public Gold Safe Deposit Facility


Public Safe menawarkan perkhidmatan menyimpan emas dengan kadar yang lebih murah, eksklusif untuk para pelanggan Public Gold.



Dengan kemudahan yang disediakan, rasanya sudah cukup membantu anda mengumpul emas fizikal secara konsisten dengan modal yang rendah sebagai ASET KECIL untuk mendapatkan ASET yang LEBIH BESAR seperti hartanah.

Maka beruntunglah sesiapa yang membeli emas dengan Public Gold. Harga rendah, spread nipis, diiktiraf LBMA, bebas GST dan tempat simpanan pun disediakan.

Tiada alasan lagi untuk tidak menyimpan emas!

Wallahua'lam.

Rakyat Malaysia Disaran Labur Dalam Emas Fizikal

Rakyat Malaysia Disaran Labur Dalam Emas Fizikal
Emas Memiliki Nilai Yang Tinggi
(Temuramah oleh pemberita Sinar Harian kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Marketing Sdn Bhd, Datuk Wira Louis Ng Chuu Hau) 



✔ RAKYAT Malaysia disaran memperuntukkan antara 5 - 10 % simpanan emas fizikal daripada portfolio simpanan keseluruhan bagi membantu mengurangkan kesan daripada penurunan nilai ringgit dan pertumbuhan perlahan ekonomi sekarang.

✔ Pelaburan emas fizikal memainkan peranan penting dalam situasi ekonomi berbeza dan ia merupakan instrumen paling mudah diurusniagakan berbanding derivatif yang lebih rumit serta mengandungi unsur spekulasi. 

"Harga emas ditetapkan berdasarkan harga antarabangsa dan didagangkan dalam mata wang dolar AS, jadi jika nilai ringgit jatuh berbanding dolar AS, ia akan memberi kelebihan kepada pemilik emas," 

✔ Dijangkakan ringgit akan terus diniagakan pada paras 4.4 hingga 4.5 pada tahun ini, dan ini akan memacu harga emas untuk menjadi lebih tinggi.

✔ Harga emas dijangka terus meningkat selari dengan perdagangan antarabangsa kerana faktor pertumbuhan ekonomi global yang tidak memberansangkan menyumbangkan sentimen positif kepada pasaran emas.

"Memperkukuhkan nilai ringgit bukanlah senang, ditambah lagi dengan faktor kebanyakan bank-bank pusat telah mewujudkan pelan baharu, polisi kadar faedah sifar dan pelbagai program pelonggaran kuantitatif dan ini sebenarnya menyebabkan lebih ramai memilih untuk membeli dan menyimpan emas berbanding menyimpan wang di bank," 

✔ Usaha bank pusat asing yang mengubah pelaburan bon ke dalam bentuk emas fizikal akan turut memberi kesan yang besar kepada permintaan emas dunia.

* Seminar Emas Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit yang julung kali diadakan pada 27 hb yang lalu, telah menggabungkan penceramah daripada sektor pelaburan emas dianjurkan oleh Public Gold dengan kerjasama Agrobank, Pos ArRahnu dan Koperasi Dagang Emas. - Bernama

Sumber : Sinar Harian (26 Februari 2016)
----------------------------------------------------------------

PETIKAN METRO AHAD : Rujuk Pakar Pelaburan Emas



Kuala Lumpur : Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan Internet sebagai rujukan utama untuk menyertai aktiviti pelaburan emas sebaliknya mendapatkan nasihat individu berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan Public Gold Syukor Hashim berkata, kebanyakan maklumat yang didedahkan melalui Internet direka pihak yang menyertai skim cepat kaya.

“Disebabkan ramai cenderung memilih Internet untuk mencari semua maklumat, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai mangsa.
“Jangan percaya dengan janji manis seperti keuntungan bulanan yang tinggi sekiranya melabur emas bersama syarikat yang belum tentu lagi statusnya,” 

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 peserta Seminar Emas Sebagai Penyelamat Kejatuhan Nilai Ringgit, di sini, semalam.

Antara penceramah dalam seminar berkenaan adalah penulis buku terlaris “Essentials of Finance Management' Prof Dr Hassanuddeen Abd Aziz, Ketua Ekonomi lQl Holdings Shan Saeed dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group Datuk Wira Louis Ng.

Dalam seminar itu, peserta didedahkan dengan peranan emas yang mampu berperanan sebagai penyelamat kepada kejatuhan ringgit sekali gus menyediakan lindungan nilai yang kukuh untuk mengimbangi kelas aset lain.

Menurut Shan, penting bagi mereka yang berminat menceburi bidang pelaburan emas untuk mengetahui sejarah mata wang dunia.

“Sejarah mata wang dunia dan pengetahuan meluas mengenai pengurusan wang penting untuk pergi lebih jauh dalam bidang pelaburan emas kerana kita boleh menjangkakan kekuatan mata wang negara pada situasi semasa, ” 

Sumber : Metro Ahad (28 Febuari 2016)

Betul Ke?: 70% Orang Sering 'TERGANGGU' Dengan "HARGA EMAS"...

Saya selalu ditanya oleh sahabat-sahabat yang ingin tahu tentang POTENSI EMAS pada masa hadapan.

"Bila harga emas akan jatuh?"

"Betul ke esok harga emas akan naik balik lebih tinggi?

"Tahun 2020 harga emas dijangkakan mencecah RM500/gram kan?"

Sejujurnya saya bagitahu, tiada siapa yang benar-benar pasti tentang pergerakan harga emas masa depan, berapa tinggi atau rendah harga emas boleh pergi dalam jangka masa pendek dan panjang.

70% Orang Sering 'TERGANGGU' Dengan "HARGA EMAS"...
Harga Emas Terus Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang

JANGAN PERCAYA bulat-bulat RAMALAN harga emas!


Ini adalah salah satu rahsia dalam perlaburan emas.

Tiada siapa yang boleh bagi ramalan yang betul-betul tepat tentang harga emas. Jika betul sekalipun, itu hanya kebetulan hasil daripada aplikasi ilmu analisis teknikal emas.

Percayalah tiada sesiapa di dunia ini boleh membuat ramalan tepat berkenaan turun dan naik harga emas. Bukti telah menunjukkan kebanyakkan ramalan yang di buat oleh pakar ekonomi sekali pun boleh tersasar. Jadi mempercayai ramalan harga emas 100% tepat boleh merugikan anda. 

Langkah yang paling bijak adalah mulakan sekarang dan simpan emas tersebut untuk perlaburan “long term” (jangka masa panjang) kerana kenaikan harga emas itu adalah pasti. Cepat dan lambat kenaikan harga emas bukan kita yang tentukan!

Cumanya, jika anda tanya saya tentang potensi emas dalam jangka masa panjang, saya boleh katakan, jika dikaji, harga emas sentiasa dalam trend meningkat. Anda boleh buat kajian sendiri berdasarkan sejarah harga emas di goldprice.org dan cuba nilai. Saya yakin, kuasa beli emas KEKAL SEPANJANG ZAMAN.

Jika 1400 tahun dulu, 1 dinar mampu beli 1 ekor kambing. Hari ini pun sama. Dan insyaallah, 100 tahun lagi atau 1000 tahun lagi pun, 1 dinar tetap mampu membeli seekor kambing.

Emas memiliki nilai yang sangat istimewa, berbeza dengan wang kertas yang kuasa belinya makin hari makin menyusut.

Mulakan simpanan emas anda, samada beli emas item yang kecil (serendah 1gram) sikit-sikit atau beli emas yang besar terus, kedua-duanya ada kelebihan.


1. Jika beli emas sikit-sikit, ada masa dapat beli dengan harga tinggi, ada masa harga rendah, Anda boleh lakukan pemurataan kos.

2. Jika beli emas item yang besar (100g, 250g, 10Dinar) susut nilainya lebih rendah. Sifir pelaburan emas, lagi rendah susut nilai, lagi cepat anda untung.

Tetapkan matlamat dan konsisten menyimpan untuk jangka masa panjang itu lebih saya galakkan. Contohnya target simpan sekurangya 1 gram sebulan dalam akaun emas fizikal GAP

Fahami apa matlamat anda menyimpan emas. Setiap tujuan memerlukan ilmu dan mindset yang berbeza. Baca ~ Pelaburan Emas: Nak Tambah GRAM atau DUIT 

Tidak perlu risau dan buang masa serta bazir emosi dengan turun naik harga emas jika anda fokus menyimpan emas sebagai 'wealth protector'. Bila ada duit lebih, terus tukarkan kepada emas bukan terus menunggu harga turun, akhirnya duit di tangan tadi habis dibelanjakan.

Jadi, tiada yang ruginya membeli emas samada item kecil/besar atau ketika harga rendah/tinggi. Apa yang penting KEKAYAAN anda dah ditukarkan ke dalam bentuk aset yang lebih SELAMAT. Jadilah penyimpan emas yang tenang..'peace of mind'.

Yang ruginya, tak mula-mula langkah membeli emas. Beli dulu baru tunggu.

Fast Action Fast Result! =)


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign