Tips Menghadapi Krisis Ekonomi

Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan berita Petronas dalam pertimbangan untuk membuang kira-kira 51,000 kakitangan (http://www.majalahniaga.com/petronas-potong-belanja-rm50-bilion-dalam-4-tahun.html).

Tips Menghadapi Krisis Ekonomi
Sediakan Payung Sebelum Hujan

Cuba kita kenang kembali suatu ketika dahulu.. pada tahun 1997, zaman Tun Dr Mahathir.

Hampir semua pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara akibat krisis matawang.

Banyak cerita-cerita didengari, gaji dipotong, kereta terpaksa dijual murah-murah. Ramai yang belajar di luar negara tersepit, terpaksa balik ke Malaysia dan memulakan semula pengajian dari tahun satu.

Jika krisis ekonomi tahun 1997 berulang, adakah kita mampu bertahan?

Kini, ramai pekerja dibuang. Pekerja sektor2 lain juga dikhabarkan ada menerima nasib yang sama. Sektor oil and gas yang suatu ketika dulu dikira sektor hebat, gaji mahal pun terjejas disebabkan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran.


Apakah persediaan kita untuk menghadapi situasi ini?

Krisis ekonomi 1997 mengambil masa beberapa tahun untuk pulih. Tetapi adakah jika ia berlaku sekali lagi, tempoh untuk pulih sama atau berlarutan seperti yang berlaku di Greece?

Apa yang saya boleh rumuskan melalui pembacaaan saya ialah:

  •  Tiada siapa boleh meramal apa yang berlaku jika krisis ekonomi melanda.
  • Krisis ekonomi adalah lumrah kitaran yang pasti berlaku.
  • Yang penting ialah persediaan kita untuk menghadapinya.
  • Jika ekonomi negara berada pada tahap sangat baik sekalipun, adakah ekonomi kita confirm baik? Belum tentu...

Apa yang boleh kita lakukan daripada sekarang?


✔ Pastikan mempunyai simpanan wang tunai kecemasan yang cukup, paling kurang setahun pendapatan.

✔ Kurangkan kos sara hidup dengan berjimat cermat. (Walaupun kenyataan ini agak pahit. Kerana sekarang ini rakyat disuruh jimat cermat, sedangkan pemimpin sebaliknya).

✔ Buat side income. Bisnes kecil-kecilan atau kerja sampingan. 

✔ Tetapkan matlamat kewangan. 

✔ Simpan aset fizikal seperti emas sebagai insurans kewangan keluarga. (Nak tahu kenapa perlu ada simpanan emas? Baca di sini).

✔ Tunaikan Zakat dan sebarkan sedekah. Hikmahnya sangat besar. (Harta kita yang sesungguhnya bukanlah yang kita miliki dan nikmati, melainkan yang disedekahkan).

✔ Elakkan hutang2 jahat sebaik mungkin seperti personal loan. (Awas, penyakit ni sangat merbahaya! Kalau dah berjangkit, susah nak sembuh)


EMAS | POLISI INSURANS KEWANGAN YANG UTAMA

 Tiada aset lain yang menawarkan tahap keselamatan yang sama; PRIVACY & LIQUIDITY.

 Nilai emas ditentukan oleh pasaran bebas dan tidak bergantung kepada kerajaan, bank , atau pasaran saham.

 Kerajaan seperti Amerika Syarikat taksub dengan hanya satu penyelesaian kepada masalah hutang mereka : jenayah mata wang, yang juga dikenali sebagai inflasi.

 Amerika Syarikat secara autopilot ke arah kemusnahan kekal dolar dengan dasar inflasi kewangan. 

 Emas adalah cara terbaik dan paling mudah untuk melindungi diri anda daripada kemusnahan itu selain dapat mengembangkan kekayaan anda pada masa yang sama.

Jika mahu lebih penjelasan, sila picit link  di bawah untuk baca artikel yang pernah saya tulis (EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda). Semoga bermanfaat.


Bukan senang untuk senang, tetapi amat senang untuk susah. Renung-renungkanlah...

"Usah sibuk menghitung cuaca. Terkadang mengena, banyak kali tersasar. Usah membilang hari mengira hujan akan turun dan banjiir bakal mendatang. Bina sahaja boat laju sekarang. Sembang sembang tiada maknanya." 
~ Tuan Roslan Ab Hamid (Public Speaking Guru)
Wallahua'lam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign