Ringgit Antara Paling Teruk Jatuh Di Asia

SINGAPURA: Ringgit menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia hari ini berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko. 

Ringgit Antara Paling Teruk Jatuh Di Asia
Won Korea Selatan
Ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Pihak berkuasa Singapura berkata, mereka menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram. 

Won Korea Selatan susut berikutan inflasi Januari semakin perlahan ke paras terendah empat bulan, menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat bagi pengurangan lanjut kadar faedah. 

Dolar Taiwan naik didorong peningkatan permintaan korporat sebelum cuti Tahun Baharu Cina minggu depan. 

Harga minyak meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berhubung keadaan ekonomi pengguna tenaga terbesar, China dan pertambahan bekalan. 

Pasaran saham Asia jatuh 


"Aset berisiko termasuk mata wang Asia belum lagi menjumpai momentum kenaikan. Malahan, belum ada kemungkinan untuk kita menyaksikan pengukuhan dalam tempoh singkat dalam data ekonomi," kata Jeong My-young, ketua penyelidik di Samsung Futures di Seoul. 

Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan. Malaysia adalah pembekal utama minyak sawit dan gas asli cecair. - REUTERS

Sumber asal di : http://www.bharian.com.my/node/120450?m=1

Emas: Pemampan Kejatuhan Ringgit


Salah satu sebab kenapa saya simpan emas adalah sebagai wealth protection. Tujuannya untuk melindungi kekayaan daripada hilang kesan kejatuhan nilai ringgit.

Sejarah telah mencatat, ringgit pernah jatuh sehingga 50% semasa krisis ekonomi pada tahun 1997! Selepas kejatuhan ringgit itulah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mula membuka mulut tentang emas dan mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan syiling emas pertama negara iaitu Kijang Emas.

Menurut mentor emas saya, hampir kesemua pakar emas; mereka cenderung mengatakan emas itu ialah SIMPANAN. Fungsi utamanya ialah sebagai penyelamat nilai, bukan sangat PELABURAN yang boleh berkembang nilainya. Cuma bila nak diistilahkan sebagai “simpanan”, ramai orang akan ‘confuse’. Jadi istilah “pelaburan” lebih selesa digunakan.

Emas sebenarnya alternatif bagi simpanan duit, sebab duit kertas yang kita gunakan pun asalnya disandarkan kepada emas. Kalau kita kaji betul-betul sejarah emas, 1400 tahun dulu (zaman Nabi Muhammad s.a.w), 1 dinar mampu beli satu atau dua ekor kambing (bergantung kepada saiz dan jenis kambing). Tetapi hari ini, 1 dinar (harganya sekitar RM700) masih mampu beli satu atau dua ekor kambing juga, ia tak menjadi 10 atau 100 ekor kambing!

Maksudnya, kuasa beli emas bersifat KEKAL walauapapun berlaku kepada ekonomi dan politik dunia. Pendek kata, kalau simpan emas, kekayaan kita tak akan susut atau hilang.


1 dinar mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu sampai sekarang. Berbeza dengan duit kertas. 30 tahun dahulu, anak-anak sekolah mampu makan kenyang di kantin sekolah dengan hanya berbekalkan duit 50 sen. Tetapi sekarang, sekurang-kurangnya RM3.00 sehari. Nombornya bertambah, tapi kuasa beli berkurangan.


Wallahu a’lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign