PG MALL: Coming Soon


Salah seorang mentor emas saya yang juga 'orang kuat' Public Gold iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri (Ahli Pengawasan Syariah Sumitomo Mitsui Banking Corporation) menceritakan bahawa beliau baru-baru ini berpeluang duduk beberapa jam bersama Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Datuk Dr. Daud bin Bakar. Mereka berbiara tentang perkembangan industri kewangan Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. 

Kata Datuk Dr. Daud, tidak lama lagi emas bukan sekadar barang perhiasan atau barang perdagangan dalam urusniaga jual beli. Ia akan jadi lebih dari itu. Salah satu daripada perkara utama dalam Basel III sebagai contoh, Ratio Perlindungan Kecairan (Liquidity Coverage Ratio) ataupun LCR memerlukan bank untuk mempunyai Aset Mudah Cair Berkualiti Tinggi (High-Quality Liquid Assets) atau HQLA dalam kadar yang mencukupi. Ia penting kerana aset seperti ini sangat senang untik ditukar kepada bentuk tunai dalam kadar segera.


Emas sebenarnya HQLA yang dicari kerana :

1. Paling mudah dicairkan.
2. Kekayaan sebenar di tangan kita.
3. Sebagai modal pusingan.
4. Aset mudah alih.
5. Aset "wujud" yang "tiada" dalam sistem kewangan.

Akhir sekali nasihat beliau, mulakan kumpul emas daripada sekarang. Masanya sudah tiba untuk semuanya berasaskan kepada kekayaan sebenar dan bukan lagi kekayaan “tiruan” hasil cetakan kepingan-kepingan nota tunai.

Public Gold Introduced The Future Platform For Spending In Gold!



Public Gold berada pada landasan yang betul sekarang apabila sudah mula memperkenalkan Public Gold Mall pada Januari 2016 secara atas talian yang menjadikan emas sebagai medium tukaran, alternatif kepada tunai yang sungguh rapuh dan tidak stabil. Ini adalah inisiatif yang mendahului masa kerana lambat laun, transaksi perniagaan sebegini akan muncul dan digunakan oleh masyarakat juga.

Alhamdulillah, jadi antara perkembangan terbaik, akan datang anda boleh letakkan produk-produk anda sendiri dalam PG MALL. Nak jual apa-apa pun boleh setelah mendaftar dengan PUBLIC GOLD. Semua transaksi jual beli akan menggunakan emas dalam akaun GAP.

Untuk ketahui apa itu akaun GAP (Gold Accumulation Program), sila baca artikel ini.

The Formation of a Gold Financial System

GAP (Gold Accumulation Program) >>> GPS ( Gold Payment System) >>> PG Mall (Use to buy goods)

Antara transaksi yang boleh menggunakan emas sekarang di Public Gold sekarang ialah:

PG Mall Merchants

  • PG Museum - entrance ticket
  • Public Safe - service subscription fee
  • Public Jewellery - product purchase
  • Jutawanemas - Langkawi Homestay
  • Jutawanemas - Gold Investment 101 seminar fee
  • Safari Haramain Travel & Tours Sdn Bhd - Travel packages (umrah)

Semoga usaha Public Gold untuk menjadikan emas sebagai 'medium of transaction' tercapai demi menegakkan ekonomi yang lebih adil. Insyaallah.

Sama-sama kita tunggu pelancarannya nanti =)

Wallahua'lam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign