Kenapa selalu disarankan Jangan Menyimpan Terlalu banyak 'cash'?


Kenapa selalu disarankan Jangan Menyimpan Terlalu banyak 'cash'?
SaveInvestOwnGold
Marilah kita belajar daripada sejarah..

Pada tahun 1946, tampuk kepimpinan Negara Hungary telah berubah. Kerajaan lama digantikan dengan kerajaan yang baru. 

Wang kertas yang lama (di zaman Kerajaan Lama) sudah tidak lagi laku digunakan, sebaliknya Kerajaan baru sudah mengeluarkan wang kertasnya sendiri.

Bagaimana dengan nasib rakyat yang masih lagi menyimpan wang kertas lama? 

Dah tentu wang kertas itu tidak laku lagi. Tiada nilai. Daripada wang kertas yang diakui nilainya menjadi kertas yang tak bernilai sekelip mata.

Hakikat Wang Kertas


Semua wang kertas didunia ini boleh dikategorikan kepada 2 kategori sahaja iaitu; mereka yang telah gagal dan mereka yang akan gagal.

Kenapa selalu disarankan Jangan Menyimpan Terlalu banyak 'cash'?
Wang kertas semasa penjajahan Jepun
Sebenarnya sudah terlalu banyak cacatan sejarah yang memberi petunjuk kepada kita tentang kegagalan sistem wang kertas.

Di Semenanjung Tanah Melayu, datuk nenek moyang kita telah merasai bagaimana ‘banana money’, wang kertas Jepun sewaktu penjajahan mereka di Tanah Melayu tidak diterima (tidak laku) setelah tamatnya perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun.

Wang negara Kuwait tidak bernilai langsung setelah negara itu ditakluki Iraq dan kini berlaku pula kepada wang kertas Zimbabwe tanpa ada sebarang peperangan pun.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 15 buah negara telah mengalami kegawatan ekonomi yang menyebab keruntuhan nilai wang kertas mereka..

Masalah Hyperinflasi


Kenapa selalu disarankan Jangan Menyimpan Terlalu banyak 'cash'?
Sekarang kita cuba lihat pula masalah inflasi yang teruk di alami oleh sesebuah negara pada zaman ini seperti Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi. Ia merupakan sebuah negara di benua Afrika..berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Hyperinflasi berlaku disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Hari ini, rata-rata ibu-bapa memberikan anak mereka RM5 ke RM10 sehari untuk membeli.... nasi, mee goreng dan juga air minuman. Berbanding pada tahun 1980-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah hanya membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja. Paling banyak pun 50 sen.Duit tersebut cukup untuk membeli nasi, mee goreng dan air minuman. Bahkah ada baki lagi...

Nilai duit makin besar tetapi benda yang dibeli tetap sama. Jadi inilah kesan kejatuhan nilai matawang dan kuasa membelinya.

Berdasarkan keadaan di atas anda boleh tengok bagaimana menjunamnya kuasa beli matawang dan kesan ini akan berterusan dengan terus-menerus sehingga walaupun anda menyimpan SEJUTA ringgit sekali pun belum tentu anda mampu menahan nilai kuasa beliannya pada nilai yang sama.

Jadi nak selamat simpanlah emas. Kerana apa? kerana takut keadaan menjadi lebih teruk sehingga sampai taraf inflasi kritikal seperti negara Zimbabwe.

Bertindak sebelum terlambat. Emas untuk bangunkan keluarga, agama dan negara.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi..

Bagi mereka yang ada mata boleh melihat, yang ada telinga mendengar dan ada anggota untuk bertindak, maka bertindaklah dari sekarang bagi membuat persediaan menghadapi masa depan dan seterusnya dapat mengelakkan aspek yang paling parah dari senario ini. 

Oleh itu, Jangan simpan wang kertas banyak2, tukarkan sebahagian simpanan wang kertas kepada Emas Fizikal sebagai PELINDUNG HARTA anda yang terbukti dalam sejarah adalah aset yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu, kini dan selamanya..

Emas Mampu Melindungi Diri Daripada Krisis Hutang & Penurunan Nilai Mata Wang

Kenapa selalu disarankan Jangan Menyimpan Terlalu banyak 'cash'?

Satu trend utama kita saksikan sekarang, semakin ramai individu dan pelabur di peringkat global memiliki emas & perak untuk melindungi diri mereka dari segi kewangan.

Pada masa yang sama, bank-bank pusat di seluruh dunia sedang mengumpul emas secara besar-besaran: mereka menjadi pembeli bersih emas sejak tahun 2008 (secara kebetulan tahun di mana krisis kewangan diputar di luar kawalan).

Miliki & jadikanlah emas sebagai perlindungan harta benda dan kuasa membeli anda (simpanan jangka panjang). Emas satu bentuk pelaburan alternatif terkini.


Berhati-hatilah dengan 'pelaburan-pelaburan' (skim) yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat.

Tiada jalan pintas untuk menjadi 'kaya'.

Jika nak melabur, siasat / kaji betul-betul syarikat tersebut, adakah ia benar-benar ber authority, bagaimana sistemnya, dan lain-lain.

Paling penting, pastikan ia tidak berada dalam senarai hitam (black list) Bank Negara Malaysia.

"An Idiot repeats his mistakes.
A smart person learns from his mistakes.
But a genius learns from the other's mistakes".


Wallahua'lam.
😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign