Kenapa?: Anda Perlu Elakkan Membeli EMAS Di 'Kedai Emas'..?

*Fokus saya dalam artikel ini ialah kepada emas pelaburan.

kenapa perlu elakkan membeli emas di kedai emas
Elakkan Membeli Emas Di Kedai Emas
Asasnya, pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas (Dinar Emas) dan jongkong emas (Gold Bar) yang boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan, sedangkan barang kemas hanyalah bertujuan untuk perhiasan dan kecantikan sahaja dan ianya tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang. 

Kenapa Barang Kemas Tidak Sesuai?


Ini kerana terdapat kos upah (workmanship)  untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda hendak menjual semula barang kemas itu, maka anda akan dikenakan susut nilai yang tinggi iaitu di antara 25 % sehingga 40%!

Jika anda nak beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar adalah item yang terbaik kerana ianya dikeluarkan khas dengan ciri-ciri yang sesuai untuk PELABURAN;

Antara kelebihan-kelebihan emas untuk PELABURAN ialah:


1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
2. Mudah dibawa dan disimpan
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai susut nilai (spread) yang rendah.
5. Boleh digadaikan di ar-Rahnu.
6. Harga lebih rendah
7. Tiada kos upah

Sedangkan, barang kemas pula dikeluarkan khas untuk tujuan PERHIASAN. Maka emasnya memang dibuat dengan ciri-ciri yang terbaik untuk perhiasan:

1. Pembuatan yang halus & cantik
2. Ketahanan yang tinggi
3. Reputasi jenamanya
4. Pelbagai pilihan design menarik

Kesemua ciri-ciri yang ada pada barang kemas tersebut membuatkan KOS MENJADI TINGGI, dan ini boleh menjejaskan potensinya bagi tujuan pelaburan. Jika anda perasan, kedai-kedai emas biasanya hanya akan paparkan SATU HARGA sahaja, iaitu harga mereka jual. Harga beli balik tidak penting kerana keutamaan pembelian barang kemas bukanlah keuntungan, tetapi hanya sebagai PERHIASAN, kecantikan, nilai sentimental dan kebanggaan pemakainya.

Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my).  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain.

Kenapa?: Anda Perlu Elakkan Membeli EMAS Di 'Kedai Emas'..?
Contoh Harga Jual Emas Di Kedai Emas Wah Chan
Harga emas pada 13/8/2011 adalah RM190/gram
Kesimpulannya, Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas sebenarnya  boleh juga menguntungkan anda. Namun anda perlu bijak memilih barang kemas dengan ciri-ciri tertentu yang terbaik agar dapat memaksimakan keuntungan melalui barang kemas. 

Antara 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas adalah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my).

2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah.

3. Pilih barang kemas yang mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.

4. Pilih design yang padu dan tebal kerana ianya lebih tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

5. Pilih design yang tidak ada batu permata (emas 100%).

6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Jika anda lihat tips-tips di atas, hakikatnya agak sukar untuk mencari barang kemas yang menepati semua ciri-ciri tersebut terutamanya no. 2 dan 6.

Maka oleh kerana itu, barang kemas tidak berapa sesuai dibeli kalau tujuan anda untuk mendapatkan keuntungan daripada simpanan dan pelaburan.

Pelanggan Dipaksa Beli di Kedai Emas Terkenal


Ada satu kes yang viral di media sosial berkaitan ini. Seorang pelanggan sebuah kedai emas popular telah menulis dalam facebook, menyatakan rasa ketidak puasan hatinya terhadap urusniaga yang dilakukan.

kena-tipu-wah-chan

Kedai emas yang popular biasanya menjual emas dengan harga yang tinggi dan membeli kembali dengan harga yang rendah disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, kerana mereka memerlukan margin yang tinggi untuk survival; sewa tempat mahal di kompleks beli belah yang besar, perlu membayar gaji pekerja yang ramai, terpaksa menampung kos insurans dan sebagainya yang membuatkan spread/susut nilai emas mereka menjadi lebih tinggi.

Ramai yang berfikir membeli emas atau menjual emas di kedai emas popular lebih selamat berbanding membeli atau menjual di kedai biasa, REALITINYA tidak begitu. Pembeli tidak 100% selamat dari dimanipulasikan dan tiada jaminan untuk mendapat kepuasan daripada jual beli yang dilakukan.

Keburukan Membeli Emas Pelaburan Di Kedai Emas

  •  Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM). 
  •  Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
  •  Tak boleh buka plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut maka emas tersebut akan dikira 'emas terpakai'
  • Spread/susutnilai yang tinggi, sekitar 20-30%

Jika anda adalah golongan yang tidak berkira dengan duit, beli emas putih batu permata, atau silver, pandora, platinum, Dengan memiliki item2 jewelry ini anda & orang lain akan tahu, anda ada wang yang banyak untuk dibakar.

Jika anda membeli emas untuk tujuan pelaburan dan simpanan jangka masa panjang, sebaiknya belilah jongkong atau dinar emas..bagi mereka yang nak membeli jongkong emas atau dinar emas daripada kedai emas, berhati-hatilah…

Oleh itu, apakah penyelesaian kepada masalah ini?

Belilah Gold Bar atau Dinar Public Gold =)

1. Harga lebih murah
2. Spread rendah iaitu antara 4% - 8% sahaja berbanding kedai emas.
3. Diterima meluas oleh ar-rahnu d Malaysia
4. Jimat 6% sebab bebas GST
5. Urusan jual beli mudah, ada lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore

Selebihnya anda boleh baca di artikel ini.

Jadi, bagi pembeli yang berminat untuk membuat simpanan emas yang lebih menguntungkan, buatlah pilihan yang bijak.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign