Ibrah Surah Yusuf Dalam Menangani Krisis Ekonomi

Assalamua'laikum. Moga pembaca blog ini sentiasa sihat dalam rahmat Allah SWT. Ameen..

Cuma nak tanya, sedar tak kita kini sedang berhadapan saat yang amat luar biasa?

Ekonomi Malaysia sedang dilanda ‘ribut badai’ yang cukup dahsyat. Dalam mendepani cabaran ekonom & risiko kemiskinan tanpa sedar pada Tahun 2016 ini, pelbagai persiapan perlu dilakukan. 

Al-Quran ada menceritakan tentang pengurusan simpanan dalam musim gawat yang tidak menentu..dan Allah SWT apabila menceritakan sesuatu kisah menerusi al-Quran, sudah pasti ia bukan semata-mata releven untuk zaman tersebut sahaja, bahkan ia sesuai untuk menjadi pengajaran sampai bila-bila.

Insyaallah saya akan kongsikan lebih lanjut mengenai cara menangani krisis ekonomi menerusi Ibrah kisah daripada al-Quran dalam artikel kali ini.

Ilmu ini sangat ideal untuk anda yang memerlukan penyelesaian dan jalan keluar daripada krisis ekonomi berpandukan al-Quran. 

------------------------------

Usaha Berterusan, Utama Simpanan Masa Depan


Sebagai Muslim, yakinlah krisis ekonomi dan isu yang hangat dan hebat adalah ujian ALLAH. Krisis ini juga turut berlaku pada zaman nabi. Contohnya, kisah Nabi Yusuf AS dalam menghadapi tujuh tahun masa yang perit dan genting. Mari kita mengambil ibrah dari kisah kegawatan ekonomi yang diceritakan dalam Al-Quran, surah Yusuf ayat 47-49. Kerja keras untuk 7 tahun, untuk hadapi gawat 7 tahun berikutnya.

FORMULA KEJAYAAN Nabi Yusuf AS agar Mesir mampu bertahan ketika musim kemarau panjang yang berlarutan tersebut telah diringkaskan oleh Ustaz Syaari melalui segmen Ibrah yang lalu melalui perkataan YUSUF itu sendiri:

Y = yakin rezki milikNya

U = usaha luar biasa

S = simpan dahulu, belanja kemudian

U = utamakan yang utama (bila berbelanja)

F = fokus bulatan kawalan (bukan bulatan kebimbangan)

Antara ibrah yang boleh di ambil;

✔ Apabila kita menghadapi krisis ekonomi, kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu ada dan Dia ciptakan kita dengan tujuan. Kita hidup di dunia ini adalah untuk diuji termasuk ujian ekonomi yang didatangkan oleh Allah SWT.

✔ Dalam menghadapi sebarang kesulitan, umat Islam wajib merujuk kepada pakar (orang yang di dalam bidangnya). 

✔ Betapa penting perancangan dibuat bagi menghadapai kesulitan pada masa akan datang.

✔ Dapat gaji, buat simpanan dulu (dalam kadaran yang logik dan mampu) kemudian baru guna untuk belanja. Itu kaedah menabung yang sebenarnya. Tapi, kebanyakan kita buat adalah belanja dulu, ada lebih baru saving. 

✔ Utamakan yang utama diajarkan oleh Nabi Yusuf AS apabila kita beroleh rezeki jangan digunakan mengikut hawa nafsu. Berjimat cermatlah.

✔ Fokus kepada perkara yang boleh kita kawal. Jangan kita fokus kepada perkara yang dliuar kawalan kita seperti zaman yang semakin mencabar atau ekonomi yang semakin merosot. Sedangkan kita perlu fikirkan apa usaha yang perlu kita lakukan yang di dalam kawalan kita agar masalah yang mendatang dapat kita selesaikan.

✔ Kita tidak boleh mengubah sesuatu takdir yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat setiap takdir yang berlaku.

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf: ayat 111).

Gawat Gawat Gawat..!


Ibrah Surah Yusuf Dalam Menangani Krisis Ekonomi

Semua orang bercakap tentang gawat. Gawat sana, gawat sini. Dengan bebanan kos sara hidup tinggi yang mesti ditanggung, nilai RM yang merudum pula semakin memburukkan keadaan.

Oleh kerana percayakan tunai sebagai simpanan yang ampuh, ada yang sanggup mencipta hutang demi untuk menjana sejumlah besar wang. 

Mengapa tidak dibeli emas fizikal sebanyak RM1500 sebulan selama 25 tahun? Jika diambil RM150 sebagai harga segram emas, selepas 25 tahun anda sudah berjaya mengumpul sebanyak 3 kilogram emas!

Nilai RM300,000 pada masa sekarang pun susah nak dapat membeli walau seunit apartment, apatah lagi 25 tahun akan datang?

Paling minimum, cuba simpan 1gram emas je sebulan bermula sekarang. Setahun dah ada 12gram. Dalam tempoh 5 tahun, 12 x 5 = 60gram. Nilai emas 5 tahun akan datang dijangkakan mencecah RM 503/g! Jadi, simpanan emas anda menjelang tahun 2020 nanti paling kurang pun RM 30,180!!

Nilai segram emas sekarang secara purata RM160. (RM 503) = nilai segram emas 5 tahun akan datang, Siapa tahu nilai segram emas 25 tahun akan datang = ??

Semoga beroleh manfaat!

#ReturnOfTheIslamicRealthWealthCurrency
#BringingYouToABrighterFuture
#ToFollowYourReligionUseGold
#ToSaveYourFamilyBuyGold
#ToHelpOurNationKeepGold

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign