EMAS Di Usia EMAS

Dalam satu kajian, hanya 21% responden yang melakukan perancangan teliti apabila mereka bersara.

Masih ramai lagi yang tidak memahami konsep “Menyimpan“, mungkin ada yang sudah menyedari bahawa simpanan itu amatlah diperlukan tetapi majoriti yang lain masih lagi berfikir sehingga sekarang, "perlukah saya menyimpan sedangkan wang kwsp dah ada, epf saya tentu boleh membantu saya masa TUA nanti".

Jika itu adalah cara anda berfikir, pemikiran anda sudah jauh terpesong.

Benjamin Franklin pernah berkata, "Dalam dunia ini tiada boleh dikatakan pasti, kecuali kematian dan cukai".

Wujudkan hari-hari bahagia di usia emas anda dengan simpanan emas yang dapat menaungi masa-masa istirehat anda kelak.

Tiada apa yang mustahil!

Kalau kita boleh berbelanja setiap hari tanpa gagal, logiknya kita mesti boleh juga menyimpan setiap hari.

Angka untuk bermula yang dicadangkan adalah sekitar RM10 - RM20. 

Ya, nampak kecil tetapi angka itu akan mula meningkat sedikit demi sedikit.

Aktiviti ini susah dan sukar pada awalnya, tetapi apabila ketagihan menyimpan lebih seronok dari berbelanja, kita sudah berada di trek yang betul.

Tidak ramai yang boleh lakukan ini. Ini teknik old school yang mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat.


Akhirnya umur dah jejak 50 tahun tapi simpanan masih ciput (sedikit) dan berangan nak tunggu duit KWSP pula untuk menyelesaikan masalah kewangan. Ramai yang mengharapkan KWSP kan? Sayangnya wang ini hanya dapat dinikmati selepas bersara atau digunakan yang membabitkan perumahan/pendidikan.Formula guna duit KWSP untuk persaraan sangat bahaya. Jangan dah bongkok baru nak belajar menguruskan wang peribadi.

Menyimpan untuk usia tua dan waktu bersara



Sesetengah orang merasa miskin apabila bersara disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah simpanan yang tidak mencukupi dan tidak arif mengatur kewangan.

Menurut Ketua Jabatan Strategi Perancangan KWSP, Farizan Kamaluddin, separuh daripada bekas ahli KWSP kehabisan wang simpanan persaraan mereka dalam tempoh lima tahun.

Sesetengah orang selalu terlepas pandang untuk menyimpan bagi menampung kos kesihatan yang semakin meningkat. Jika tiba-tiba anda mengalami sakit secara tiba-tiba, kemungkinan segelintir wang persaraan anda akan terpaksa digunakan untuk kos perubatan lebih-lebih lagi pesara yang tidak memiliki insurans kesihatan atau pembiayaan insurans tidak mencukupi.

Anda perlu ingat bahawa simpanan merupakan pendapatan yang digunakan untuk menampung kehidupan apabila bersara dan bukan untuk kegunaan masa bekerja. 

Kebanyakan simpanan KWSP tidak mencukupi kerana menyimpan dalam jumlah yang sikit disebabkan gaji yang rendah. Selepas beberapa tahun, gaji mereka meningkat tetapi gaya hidup juga telah berubah. 

Dalam satu kajian, hanya 21% responden yang melakukan perancangan teliti apabila mereka bersara.

Kita tidak mahu seperti ini bukan..?
Salah satu cara penyimpanan untuk hari tua yang sebaiknya dimulakan di usia muda ialah menyimpan aset kecil seperti Emas fizikal. Atau anda mungkin perlu bekerja di usia 60 tahun.

Itulah permasalahan dengan wang kertas dan digital, inflasi inflasi inflasi. Duit yang disimpan "hilang" tak sempat digunakan pada masa tua nanti.

Emas: Pelaburan Jangka Masa Panjang Sebagai Aset Persaraan


Bagi anda yang bekerja makan gaji, strategi ini sangat sesuai . Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak mahu bergantung pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata.

Asas strategi ini adalah seperti berikut:

  • Beli emas secara konsisten setiap bulan (konsep 10% daripada gaji bulanan untuk membeli emas) atau menabung emas sikit-sikit sekurangnya serendah 1 gram sebulan. Sila baca artikel ini untuk lebih mudah faham: Tips Menyimpan Emas Modal Rendah : dan Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold 
  • Simpan.
  • Sekiranya purata kenaikan harga emas meningkat sebanyak 20% setahun, maka kita akan peroleh nilai aset yang selesa apabila tiba masa untuk bersara nanti, insyaallah.

Strategi ini memerlukan perancangan yang teliti terhadap jumlah wang persaraan yang anda perlukan.

Dan yang paling penting, anda perlu bertindak cepat iaitu mula membeli emas secara berdisiplin setiap bulan mengikut kapasiti poket anda sendiri.

Rancang simpanan emas anda sebelum capai usia emas. Jom! =)

Fokus! Fokus! Fokus! Ayuh bersama kita bina Ketagihan Positif

"Orang yang miskin sekarang, belum pasti miskin selama-lamanya. Tetapi, orang yang menyimpan hari ini, sudah pasti lebih kaya daripada semalam"
Jimat semasa muda, Aman semasa tua.

Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign