Bezakan Antara KEINGINAN Dan KEPERLUAN


Pada asasnya, ada 2 kategori penyebab terjadinya pengeluaran, iaitu keperluan dan keinginan, betul tak? 

Keperluan ni hampir tidak mungkin kita atur kerana biasanya kita keluarkan setiap hari secara rutin contohnya makan, sebaliknya keinginan boleh sangat kita nak atur.

Untuk lebih jelas mengenai perbezaan antara keduanya, jom kita cuba bincangkan.

  • "Keperluan" (Needs) adalah sesuatu yang kita benar-benar perlukan. Jika kita tidak mendapatkannya, maka kehidupan menjadi terancam atau menjadi susah. Contohnya: makanan. Manusia memerlukan makanan untuk terus hidup. Manusia akan mati jika tidak makan dalam waktu 3 hari.
  • "Keinginan" (Wants) pula adalah sesuatu yang kita beli hanya semata-mata untuk kesenangan atau mudah katanya nak memuaskan hati. Biasanya keinginan ini lebih didorong oleh rasa tamak sehingga rela mengeluarkan duit lebih banyak untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Contohnya: gajet seperti handphone, bila ada model baru yang keluar, hati mula mengidam, bila dah dapatkan yang baru, keinginan untuk mendapatkan yang lebih baru dan canggih sentiasa ada dan seterusnya. Ketahuilah, keinginan ini tidak akan ada penghujungnya.
Keperluan memang harus ditunaikan, sedangkan keinginan hanyalah sebatas keinginan kita sahaja. Siapa yang tidak meinginkan kereta mewah? Rumah banglo? Baju berjenama yang bling-bling? Permaidani indah yang diimport dari Turki? Atau perabot kayu jati dari Indonesia?? Tentu semua orang menginginkan dan keinginan kita semua berbeza-beza.

AWAS..! Sesuatu yang merupakan keperluan, boleh berubah menjadi keinginan jika dipenuhi secara berlebihan. Contohnya makanan. Keperluan kita sebenarnya dapat dipenuhi jika kita makan secukupnya, contohnya makan nasi goreng kampung yang harganya bawah RM5. Namun sebahagian orang lebih suka makan di restoran mewah yang harganya lebih mahal, ada yang sanggup membeli secawan kopi dengan harga RM 15 malah lebih! Itu baru kopi, belum cerita bab makanan lagi...

Ini merupakan harga yang harus dibayar untuk memuaskan keinginan. Keinginan akan kemewahan, suasana yang menyenangkan, service, dan lain-lain. Jika kondisi kewangan anda 'buruk', cubalah ketepikan dulu semua keinginan yang serbah WAH tersebut, kerana sampai bila pun keinginan tidak akan ada matinya. Walaupun anda sudah mendapatkan handphone mahal, keinginan anda akan menjadi semakin tinggi dan tinggi.

Kenapa Anda Harus Mendahulukan Keperluan Berbanding Keinginan?


Bezakan antara keinginan dan keperluanSeringkali saat berbelanja atau shopping tanpa disedari anda mengeluarkan wang lebih. Terkadang, keinginan kita untuk membeli sesuatu yang belum tentu bermanfaat bagi kita. Secara teori, sangat tidak baik jika kita membeli barang yang sebenarnya kita tidak perlukan (biasanya kita beli juga disebabkan keinginan yang tak dapat dibendung...). Oleh itu, tugas kita sekarang adalah membendung atau mengawal keinginan kita.

Keinginan manusia akan sesuatu memang besar, namun tidak bererti kita tidak mampu mengawalnya. Nasihat saya, sebelum memutuskan untuk membeli sesuatu yang kita ingini, sebaiknya jika kita mengutamakan nilai manfaat yang ada pada barang tersebut dan tentunya, yang kita harus lakukan adalah dengan memahami perbezaan antara keinginan dan keperluan.

Apabila tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan, memang akan membuat anda terjebak dalam masalah kewangan. Kesannya, tujuan anda untuk mencapai kebebasan kewangan akan terasa semakin jauh kerana godaan untuk membelanjakan wang lebih daripada keperluan.

Walaupun gaji anda naik atau dapat bonus, jangan sesekali terus membeli semua barang-barang yang anda inginkan. Tetapi cukuplah sekadar memenuhi keperluan hidup anda dan pastikan juga untuk mengasingkan sebahagian pendapatan anda untuk simpanan atau dilaburkan terlebih dahulu.

Untuk dapat membezakan keduanya, berikut diberikan beberapa tips sebagai panduan iaitu:

Keinginan Kebutuhan

Membuat Senarai Belanja
Tips pertama iaitu dengan membuat senarai membeli-belah. Senarai membeli-belah ini tidak hanya memberi gambaran tentang seberapa besar wang yang mesti disiapkan untuk pengeluaran. Namun, lebih penting dapat membantu anda mengawal membelanjakan wang secara berlebihan. Agar apa yang anda beli hanya merujuk kepada keperluan dan bukan keinginan.

Jangan Terpengaruh Dengan Brand
Jika sebelum ini anda temasuk orang yang suka mengejar jenama terutama dalam hal pakaian, maka ubah tabiat tersebut bermula daripada sekarang. Biasakan untuk berfikir brand bukanlah segalanya. Kerana siapa diri anda sebenarnya bukan bergantung dari apa yang anda gunakan melainkan bagaimana anda menggunakannya. Tips ini pun cukup berkesan untuk menyelamatkan kewangan anda.

Hadkan Pergi ke Pusat Membeli-belah
Jangan terlalu sering pergi ke pusat membeli-belah, terutama apabila memang tidak ada senarai belanja yang perlu dibeli. Kerana hal ini boleh membuat anda membeli sesuatu yang sebenarnya tidak diperlukan. Dengan menghadkan berkunjung ke pusat membeli-belah, secara automatik anda juga mengurangkan masa hangout yang tentunya juga membantu menjimatkan perbelanjaan.

Semoga tips di atas dapat membantu anda semua membuat pilihan yang bijak semasa berbelanja. 

Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign