Adakah Membeli Emas di China Lebih Murah??

Ada yang bertanya saya berdasarkan fakta di bawah ini bahawa China pengeluar terbesar emas dunia, oleh itu, adakah membeli emas di china lebih murah?


China merupakan negara pengeluar emas terbesar di dunia. Emas yang dihasilkan oleh China mencapai sekurang-kurangnya 355 tan. Menurut data daripada US Geologial Survey, jumlah pengeluaran emas China mencapai 450 tan sepanjang tahun 2014. 


CHINA ADALAH NEGARA YANG MENGHASILKAN EMAS TERBANYAK PERTAMA DI DUNIA 


Angka ini semakin meningkat 4,65% berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencapai jumlah 430 tan. 

Emas di China diambil daripada beberapa sumber perlombongan yang produktif, di antaranya: Shandong, Henan, Jiangxi, Yunnan, dan Fujian. Selain itu, China juga merupakan negara dengan penggunaan emas yang terbesar, yakni mencapai 813,6 tan pada tahun 2014.

1. China
2. Australia
3. Rusia
4. Amerika Syarikat
5. Kanada
6. Peru
7. Afrika Selatan
8. Uzbekistan
9. Mexico
10. Ghana

Bagaimana dengan Malaysia?

http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/gold/mcs-2015-gold.pdf

Apa yang anda perlu tahu, Harga emas samada murah atau mahal bukan dilihat dimana negara kita dapatkan sebab kenaikan dan penurunan Harga emas dunia antaranya sangat dipengaruhi oleh nilai mata wang dollar Amerika, permintaan yang banyak dan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Apa yang lebih penting untuk anda ketahui ialah, harga emas yang murah semata-mata belum tentu menguntungkan. Emas paling murah tidak semestinya terbaik untuk pelaburan.


5 kriteria terpenting yang perlu kita pastikan untuk memaksimakan keuntungan:


1. Harga antara termurah
2. Spread antara terendah
3. Cawangan jual beli banyak
4. Stok tiada had
5. Jaminan beli balik yang tak cerewet

Mana-mana emas yang bermasalah walaupun hanya 1 daripada 5 kriteria di atas, pelabur boleh mengalami kerugian yang besar.

Sebagai contoh, emas Public Gold bukanlah yang paling murah, tetapi ianya adalah emas yang mempunyai kredibiliti tinggi dan permintaan yang banyak. Senang beli, senang jual balik. Susut nilai emas hanya sekitar 4.5 - 8% sahaja dan ada lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore dan bakal menembusi pasaran Indonesia sebelum pertengahan tahun ini, insya Allah.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign