Manfaat & Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Manfaat & Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
Maksimumkan Keuntungan Dengan Menjadi Dealer Emas
Pada mulanya, saya tidak ada niat langsung beli emas, patah lagi nak berniaga emas! Alasannya sebab emas mahal.. tak mampu. Sedangkan dari dulu sampai bila-bila memang emas mahal disebabkan nilai yang dimiliki emas tersebut.

Selepas mula celik emas kesan membaca blog Mentor Emas saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie, tanpa ragu-ragu saya mulakan pertama membeli emas dan terus jadi dealer.

Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Memikirkan daripada saya menyimpan di bank dan Tabung Haji yang untung kebiasaannya cuma 5% setahun (itu pun belum tolak inflasi), lebih baik simpan emas yang untungnya boleh mencecah 10% – 20% atau lebih setahun!

Fokus utama saya bersama Public Gold BUKAN untuk mengumpul KOMISYEN sebagai dealer dengan 'jual' emas. Tetapi lebih kepada perkongsian ilmu tentang keuntungan simpan emas. Saya ada misi yang jauh lebih penting dan utama iaitu dengan niat ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan keperluan menyimpan emas

Fokus saya lebih terarah kepada perkongsian ilmu emas yang betul, tepat, selamat dan menguntungkan (asas mengenai simpanan, pelaburan dan perniagaan emas/perak).

Oleh itu, saya cuba kongsikan di FB personal dan blog ini dengan menggabungkan konsep memberi kesedaran, ditambah kefahaman, diperkukuh dengan bimbingan dan disulam didikan, insyaallah akan mencetuskan evolusi baru dengan wujudnya budaya menyimpan emas di kalangan masyarakat. Semoga perkongsian ilmu dalam blog ini dapat menjadi saluran yang memberi manfaat kepada semua. 

Secara peribadi, saya kagum dengan wawasan dan usaha Public Gold ke arah menjadikan emas sebagai 'medium of transaction' sebab kita semua tahu bahwa emas adalah alternatif terbaik tukaran dagangan yang lebih adil berbanding wang kertas.

Public Gold sangat aktif mengadakan seminar emas secara PERCUMA seluruh Malaysia untuk mempromosikan potensi emas sebagai alternatif matawang sebagai galakan kepada masyarakat untuk menyimpan emas dan tidak menjalankan perniagaan emas berkonsep MLM (ada yuran-yuran tertentu, bonus pairing, bonus cari orang/ahli dll). 

Bonus dealer Public Gold datangnya daripada jualan, bukan bonus besar sebab dapat ahli baru. Hati-hati, jika bonus daripada perniagaan yang anda jalankan, banyak dijana oleh perekrutan ahli berbanding jualan, percayalah itu skim piramid! Kata mentor emas saya, Tuan Zulkifli Shafie, komisyen bukanlah yang utama, kerana boleh dikatakan komisyen dealer Public Gold adalah yang paling kecil dalam pasaran.

Hakikat yang tidak boleh disangkal lagi, Public Gold adalah sebuah syarikat emas terbesar di Malaysia yang sangat 'investor-friendly', dan antara kelebihan utamanya ialah;

1. Harga lebih murah
2. Spread terendah
3. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia
4. Jimat 6% sebab bebas GST (diiktiraf LBMA)
5. Urusan jual beli mudah sebab ada lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore dan akan menembusi pasaran Indonesia pertengahan tahun ini.

Selebihnya boleh baca di sini.

Orang yang menyimpan emas Public Gold lebih PEACE OF MIND.=) Kenapa saya berani katakan begitu? Klik link di atas.

Satu Harga Untuk Semua


Public Gold International Sdn. Bhd. tidak mengamalkan konsep 'harga ahli' 'yuran penyertaan' atau seangkatan. Oleh kerana, tiada konsep 'keahlian' maka tiada juga 'yuran penyertaan' atau 'yuran ahli'. Cuma yang ada hanyalah DEALER PUBLIC GOLD

Bagaimana menjadi Dealer Public Gold? 

Apabila anda MEMBELI EMAS dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Public Gold (minimum belian emas/perak dalam satu resit), automatik anda akan menjadi DEALER PUBLIC GOLD. Dengan menjadi dealer, anda layak menjadi INTRODUCER kepada customer.

Kesimpulannya di sini, tiada diskriminasi harga antara CUSTOMER dan DEALER. Harga jualan dan belian emas adalah sama untuk semua. Tapi..dengan menjadi Dealer, anda boleh dapat komisyen daripada pembelian emas sendiri dan orang lain, umpama anda beli emas dengan harga diskaun!

Jika anda ingin menjana pendapatan dengan emas maka anda boleh berniaga emas dengan menjadi Dealer Public Gold. Ini kerana berniaga emas memberikan pulangan yang lumayan. 

  • Jual emas = untung
  • Beli balik emas = untung
  • Tidak boleh menjual = tetap untung sebab harga emas semakin naik
Jom, jana keuntungan ketika apa keadaan harga emas sekalipun! =)

Antara Jenis Keuntungan Dealer Public Gold:


1. Untung Capital Gain
2. Untung Komisyen
3. Untung Buy Back
4. Untung Jual Kepada Syarikat
5. Untung Komisyen 'Overriding'

Setiap orang yang bergelar dealer dengan Public Gold, bila membeli atau menjual emas, anda akan dapat insentif. 


#1 – Rebat Belian Emas Sendiri


Untuk jadi normal dealer, anda kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu resit. Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1% daripada harga belian. Untungnya beli emas PG, dapat beli emas lebih murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, lepastu dapat jimat lagi rebat 1%. 
  • Normal dealer- 1% dari harga belian.
  • Priority dealer - 1.5%
  • Master dealer - 2%
Rebat 1% boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.


#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri


Jika anda jual balik emas anda kepada Public Gold, anda akan dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Walaupun nampak macam kecil, logiknya siapa nak bagi kan?.jual pun boleh dapat duit lagi.

Semua dealer mendapat 0.3% dari harga jualan balik.
Maksudnya, kalau harga jualan balik ialah 100, maka tambah 0.3%, kita akan dapat RM100.30.


#3 – Komisyen Introduce Pembeli (Syorkan Beli Emas PG)


Bukan sekadar KOMISYEN, tetapi TANGGUNGJAWAB. Niatkanlah untuk sebarkan ilmu apa yang kita tahu pada masyarakat terutama keluarga sendiri. Jangan simpan emas hanya untuk diri sendiri. Ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Anda tidak perlu menjual, hanya share manfaat dan bagi tunjuk ajar yang betul kepada siapa yang berminat.

Setiap orang yang membeli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level dealership masing-masing. Hanya memerlukan modal ilmu sahaja.. Anda hanya consult dan bantu mereka place order sahaja. Pembeli yang akan bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Mudah!

Jika jualan anda RM 30,000 sebulan x 1.0% = RM 300 SEBULAN x 12 Bulan = RM 3,600 SETAHUN.



#4 - Beli & Jual Dengan Harga Diskaun


Jika ada pembeli emas nak jual emas mereka,. anda berpeluang membeli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga selepas tolak susut nilai (spread) 4.5% – 8.0%. Spread ikut fahaman PG ialah : beza harga beli dengan jual pada ketika kita beli. Itulah spread.

“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh menjual emas mereka di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya ikut website. Biasanya pembeli suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Jadi, sebagai dealer anda boleh beli emas seolah-olah tanpa susut nilai! Jika harga emas naik 5%, maksudnya anda terus untung 5%! 

Emas yang anda beli pada harga diskaun “PG Buy” tu, anda boleh jual pula bila ada pembeli baru mengikut harga “PG Sell” dan anda akan dapat keuntungan sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu boleh dapat sekejap je, insyaAllah. Bukankah itu lebih baik daripada simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 - Komisyen 'OVERRIDING' (sepanjang hayat..)


  • 1.0% > Normal Dealer
  • 1.5% > Priority Dealer
  • 2.0% > Master Dealer
  • 0.15% > Overriding
Komisyen 'ROYALTI' setiap belian ulangan oleh customer dan dealer bawahan anda selagi akaun itu aktif.


Beli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. Untuk lihat produk-produk emas keluaran Public Gold, klik gambar.


Jadi, kesimpulannya..Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

+ Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
+ Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
+ Peluang beli emas dengan harga diskaun 4.5% – 8% (susut nilai).
+ Untung berganda bila bantu orang lain (komisyen jualan).
+ Untung simpan emas bila harga emas naik.
+ Untung komiyen lagi besar bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
+ Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
+ Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

** Menjadi dealer tidak semestinya anda perlu aktif menjual emas kepada orang lain. Sebaliknya, jadi dealer untuk diri sendiri kerana anda boleh membeli emas pada harga yang lebih murah serta mendapat susut nilai emas yang lebih kecil.

Masa Depan Bisnes Emas


Alhamdulillah, kini kesedaran masyarakat dunia terhadap penipuan sistem wang kertas semakin meningkat. Sistem kewangan RESET setiap 100 tahun. Oleh kerana itu, Emas telah dijadikan penyimpan kekayaan sejak zaman berzaman oleh sesiapa yang tahu "apa itu emas".

Anda berada di landasan yang tepat bersama Public Gold kerana wawasan utama Public Gold ialah:

  • World Currency Issuer
  • Global Leader in Pyhsical Gold Bullion Exchange Centre
  • Global Gold Mint Centre
Public Gold hari ini adalah Syarikat jual beli emas pelaburan no. 1 di Malaysia! Dan baru 100,000 registered customer (0.004%) daripada 29 juta rakyat Malaysia.

EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda : http://goo.gl/4GphSg

Emas Rizab Keluarga - Kelebihan menyimpan emas ~ http://goo.gl/FmcPNX

Kenapa Emas? : http://goo.gl/k3xV93

Masa Depan Anda Bersama Public Gold?



Cuba fikirkan, ketika 1% daripada rakyat Malaysia menjadikan emas sebagai medium of exchange, di manakah anda?

Tidak tahu, kita boleh belajar. Public Gold ada menyediakan latihan khusus untuk membimbing anda untuk membina empayar perniagaan emas anda dengan betul.

Antara sistem latihan yang diwujudkan selain seminar-seminar emas secara percuma yang giat diadakan di seluruh Malaysia termasuk Singapura, anda boleh menyertai:

1- SIP (Sales Incentive Program)
2- JLT (Jutawan Emas Leadership Training)
3- PG 1 System

Public Gold telah terbukti sebagai syarikat bereputasi dan berkredibiliti tinggi. Ini fakta!
Lebih lanjut, boleh baca di sini.

Strategi Menjana "Passive Income"


Usahakan bisnes sekali, tapi untungnya berkali-kali.
"Bisnes bertukar menjadi harta apabila ia dapat menjana pendapatan berterusan tanpa perlu kehadiran 'owner', sebagaimana sebuah rumah sewa".
Jadi, fokuslah membina network, bukan sekadar sales.. Jana RM 10 hasil daripada setiap 1 daripada 100 network lebih baik daripada menjana RM 1,000 hasil kerja seorang.

Oleh itu, anda boleh jana "DUIT PENCEN" daripada belian ulangan network.
  • 1.0% > Normal Dealer
  • 1.5% > Priority Dealer
  • 2.0% > Master Dealer
  • 0.15% > Overriding
Belian ulangan oleh customer dan dealer bawahan anda hanya akan berlaku apabila anda PANDAIKAN ORANG LAIN.

Andaikan jika anda berjaya menjadi introducer kepada 1000 orang dan didik mereka menjadi customer yang 'merdeka', setiap kali belian emas yang mereka buat anda kan dapat komisyen sampai mati. Jika setiap orang buat belian hanya 1 gram emas sebulan, sekurang-kurangnya anda kan dapat passive income RM 2,000 sebulan!

1,000 registered customer x RM 200 sebulan = RM 200,000
RM 200,000 x 1% komisyen = RM 2,000

Formula: Number > Volume > Profit


Jika ada sebarang kemusykilan @ sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 013-3609680.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign