7 strategi Elak Duit Bocor

EMOSI adalah salah satu pengaruh besar yang menjadi punca utama menggagalkan kita mengurus kewangan dengan baik.

7 strategi Elak Duit Bocor
Penting Ada Ilmu Kewangan
Kebocoran wang adalah masalah kritikal dalam pengurusan kewangan rakyat Malaysia. Di mana kita tidak sedar duit kita pergi ke mana setiap bulan.

Menariknya, kita sendiri yang merancang untuk membocorkan wang itu tanpa sedar. Situasi ini biasa dihadapi bila tiba hujung bulan.

Manusia yang mengalami masalah kebocoran wang adalah mereka yang gagal mengenal pasti keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masa, kita anggap kehendak itu satu keperluan.
(baca lebih lanjut tentang beza keperluan dan kehendak di sini).

Tindakan membeli sesuatu mengikut kehendak biasanya akan merugikan diri kita. Ini punca kebocoran wang yang paling ketara dan selalu berlaku. 

Cuba lihat dan kaji cara orang dulu-dulu buat duit.

Mereka tidak gemar simpan duit kertas. Mereka menyimpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar seperti tanah kebun, emas, rumah, dan sebagainya.

Jadi, eloklah kita letak matlamat untuk mengumpul real aset berbanding “cash” banyak-banyak.


Menyimpan dalam bentuk harta sebenar, merupakan cara melatih diri untuk mengelakkan kebocoran kewangan. Mesti ada ilmu dan disiplin diri.

Ini antara '7 Strategi Elak Kebocoran Wang' secara ringkas hasil daripada perkongsian mentor saya yang hebat, Tuan Zulkifli Shafie:

+ Bayar diri sendiri dulu setiap kali sebelum berbelanja (simpan 10% daripada gaji/hasil bisnes).

+ Tukarkan duit kepada harta fizikal (emas/hartanah).

+ Potong punca “kanser kewangan” (kad kredit).

+ Amalkan berbelanja secara tunai.

+ Langsaikan hutang kecil terlebih dahulu.

+ Buat “hutang baik” dan tambah koleksi harta fizikal anda.

+ Elakkan tabiat “window shopping”.

Gaji yang banyak bukan penentu kita boleh menyimpan banyak. Kalau banyak wang bocor, sampai bila-bila pun simpanan tidak akan meningkat.

-------------->

PETUA DOMPET TAK BOCOR

.
"Awak, tahu ke petua orang tua-tua supaya wang dalam dompet tak pernah kering?"

Lohh, ada ke? 
Saya tak pernah tahu pun.

"Cube teka?"
.
.
.
Teringat pesan mak, jangan letak semua duit dalam satu tempat. Selit² la kat tempat lain..Dan jangan pakai dompet yang berlubang :-D
.
Ngee.^^, ada lagi petua yang best untuk diamalkan.
Iaitu beli emas 1 gram, letak dalam dompet.
Wang tak mudah mengalir keluar macam air, insyaAllah.

Sebab apa?

Hukum tarikan kekayaan (law of attraction).
RM0 tarik RM0, Emas tarik Emas dan duit tarik duit.

Faham konsep ini?

Moga bermanfaat.

Ilmu + Tindakan = KEJAYAAN!

Jom, ayuh bersama Kawal Kebocoran Wang! ^^,

Wallahua'lam.

17 ulasan:

  1. Yup. Saya suka emas. Memang bagus emas di buat investment.Perhiasan pun saya suka. Asalkan emas saya suka ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sihat semulajadi manusia terhadap emas. =) EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan.
      Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang
      baik dari dahulu, kini, dan selamanya.

      Padam
  2. Alhamdulillah, banyak yang telah Mek ila amalkan kecuali kredit Kad tu. Namun tetap guna kad secara berhemah sebab malas nak bawa cash. Dapat juga kumpul point ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Mek ila..=) guna kredit kad dengan ilmu insyaallah boleh jana pendapatan lagi tapi kalau xd ilmu @ boros berbelanja, kredit kad memang boleh jadi 'pembunuh senyap' tu.

      Padam
  3. kalo ada lebih wang memang berkeinginan utk menyimpan emas sebagai antara instrumen pelaburan yang baik utk jangka panjang...

    InshaALLAH harap dapat dipermudahkan...amenn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahummaftah alaik, insyaallah dah boleh mula simpan emas dah tu, sekarang dah banyak alternatif yang disediakan Public Gold untuk bantu & menggalakkan masyarakat menabung emas serendah 1 gram. Jika kita boleh berbelanja, maksudnya boleh la menyimpan =) nothing Impossible.

      Simpan Emas Serendah 1 Gram dengan GAP Public Gold : http://goo.gl/jRyhTL

      Padam
  4. alhamdulillah sy sejak kecil lg parent simpankan emas...ad je duit mcm duit raya ke mesti tukar kpd emas..smpai skrg ada lg malah value makin increase..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, bertuahnya memiliki parents yang ada kesedaran & celik kewangan. TERBAIK! =)

    BalasPadam
  6. sekarang saya dalam proses melatih diri untuk berbelanja secara berhemah dan memastikan penambahan income

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga Allah permudahkan segala usaha tuan mrhanafi.:-)

      Padam
    2. terima kasih kerana mendoakan kejaayaan tersebut..sapun mendoakan perkara yang sama untuk pihak admin..

      Padam
  7. DT selalu ada masalah ni.
    sedih sangat.
    huhu

    BalasPadam
  8. kuat berbelanja saya ni...entah kenapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu normal..duit memang sifatnya untuk dibelanjakan, berbeza dengan Emas yang sifatnya untuk disimpan. Kita boleh atasi masalah ini dengan ilmu. Jemput baca artikel ini, Bezakan Antara KEINGINAN Dan KEPERLUAN : http://goo.gl/GYB4R6. Moga bermanfaat =)

      Padam
  9. memang kena pandai jaga agar duit tak bocor.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign