Tips Menjual Emas Yang Kita Miliki Agar Bernilai Tinggi

Walaupun emas amat mudah di jual dan laku seluruh dunia, pastinya kita mahukan harga jualan emas yang kita miliki dapat di jual dengan harga tertinggi, kalau boleh lebih daripada harga masa beli dulu. 

Setiap syarikat emas atau kedai emas meletakkan harga jual emas dan harga beli emas yang berbeza.
Tetapi jika memang terdesak, harga lebih rendah berbanding dengan masa beli pun kita akan diterima, asalkan tidak terlalu rendah. Oleh kerana itu, penting bagi anda untuk memahami bagaimana caranya agar anda tidak rugi semasa menjual emas anda.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapatkan nilai tertinggi untuk emas yang mahu dijual:

1. Telitilah Semasa Membeli 


Jika anda mahu pada suatu masa nanti emas yang akan anda jual harganya tidak jatuh terlalu jauh daripada harga beli, maka telitilah semasa membeli. 

Sejak awal harus teliti agar tidak kecewa di kemudian hari. Anda harus meneliti syarikat emas yang terbaik untuk membeli emas iaitu syarikat emas yang besar, kukuh, cawangan banyak, kemudahan jual beli emas yang tidak cerewet dan sebagainya untuk mendapat harga jual emas yang tinggi. 

Teliti juga susut nilai emas yang mempunyai peratus spread emas yang rendah. Emas fizikal adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang, penelitian membeli emas akan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi ke atas harga jual emas atau mendapat keuntungan yang maksima.

Sijil ketulenan daripada pencetak logam emas wajib ada dan wajib disimpan. Sijil ini nantinya akan menjadi jaminan semasa menjualnya. Jika di Malaysia, secara umum ramai lebih memilih emas keluaran Public Gold kerena setiap Gold Bar dan Dinar keluaran Public Gold disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi anda tidak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. 


Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tiada sijil ketulenan.

2. Buat Perbandingan Harga Jual


Harga emas bukan harga kawalan. Oleh itu, harga beli emas, harga jual emas dan peratus spread (susutnilai) harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas atau kedai emas, jadi sebelum menjual emas hendaklah menyemak harga jual emas terlebih dahulu supaya nilai harga jual emas mendapat harga yang tertinggi. 

Harga jual (buyback) emas adalah lebih rendah daripada harga semasa emas. Biasanya harga jual emas di kedai emas kurang 20% hingga 30% daripada harga semasa emas. Harga jual emas yang berkurang ini dikenali peratus susut nilai emas yang dikenakan oleh semua syarikat emas atau kedai emas. 

Untuk mendapatkan harga tertinggi bagi nilai emas, sebelum menjual emas anda hendaklah membuat perbandingan harga jual emas untuk beberapa syarikat atau kedai emas, pastikan mendapatkan dua atau tiga penawaran harga dari kedai atau syarikat emas yang berbeza. Walaupun kedai yang bersebelahan, harga boleh berbeza jauh.  

Pada zaman era globalisasi ini, anda boleh membuat perbandingan harga jual emas dengan mudah iaitu menyemak harga jual emas secara online pada website syarikat pelaburan emas dan tanya harga jual emas syarikat emas terbabit. Cari Kedai emas dengan Harga Buyback Terbaik. Sebelum bersetuju menjual emas, 

Untuk emas Perhiasan, cuba  jual semula di mana kedai semasa anda membelinya dulu. Emas perhiasan trend sifatnya, Maka dalam jangka lama harganya akan turun bukan kerana KANDUNGAN emasnya tapi karena model-nya yang sudah tidak UpToDate.

2. Ketahui Ketulenan (Karat)


Fahamilah bahawa kualiti emas berbeza-beza. Kadar ketulenan emas dinilai melalui karat atau ‘k’. Emas paling tulen ialah emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k. Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.

Biasanya karat tertera pada sijil ketulenan semasa membelinya. Setiap kadar karat tentu mempunyai harga yang berbeza. Oleh itu, agar tidak tertipu, anda harus tahu ketulenan emas yang akan anda jual semula.

Public Gold ada menyediakan alat menguji ketulenan emas di semua 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia untuk kemudahan pelanggan menguji ketulenan emas yang dibeli. Emas Public Gold juga disertakan sijil ketulenan emas yang diiktiraf antarabangsa. 


3. Tukar Emas Kemudian Jual


Rahsia menjual emas dan memperolehi nilai tertinggi anda boleh dapatkan melalui program X-PLAN Public Gold. 


Program Xplan Public Gold adalah program tukar emas, barangan kemas atau jongkong emas bereketulenan 916 (22k) jenama lain kepada emas public gold yang berketulenan 999.9 (24k). 

Setelah itu, anda boleh jualkan atau gadai emas anda di arrahnu untuk mendapat wang tunai. Harga jual emas yang di tawarkan oleh public gold adalah tinggi kerana mempunyai susut nilai yang jauh lebih rendah berbanding kedai emas. 

Anda boleh menukar emas lama kepada emas Public Gold dengan mengunjungi cawangan Public Gold terdekat dengan membawa emas anda untuk di periksa ketulenan dan di nilai. Kemudian pilih produk emas yang anda kehendaki seperti jongkong emas, emas dinar atau barangan kemas yang bersamaan nilai emas anda dan daftar jadi pelanggan public gold dengan menulis nama introducer Hidayah Abdul Kadir dan kod introducer PG054316, 

4. Jual Semula Dimana Anda Membelinya


Emas memang senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat TERBAIK menjual emas ialah di mana anda membelinya kerana anda akan dapat harga tertinggi. Jika anda beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. 

Kalau jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja.

Inilah antara‘rule’ penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign