Fahami Posisi Anda Dalam Pelaburan Emas


Konflik yang sering bermain dalam pemikiran mereka yang terlibat dengan pelaburan emas ialah:

1. Bila waktu terbaik membeli emas?
2. Bila waktu terbaik menjual emas?
3. Apa item terbaik untuk dibeli?
4. Perlu beli / jual sekarang atau tunggu dulu?

Sila baca juga :  Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu
Konflik sebegini tidak akan selesai selagi anda belum tentukan POSISI sebenar anda dalam pelaburan emas.

Samada anda memilih sebagai (1) penyimpan, (2) pelabur (trader), atau (3) peniaga emas. Atau boleh jadi kita ambil kesemua posisi itu.

Nak Tambah GRAM atau DUIT?

nak tambah gram atau duit
Tentukan Posisi Anda
Bagi sahabat-sahabat yang membeli emas, anda mesti buat keputusan dan tetapkan matlamat yang jelas, beli emas untuk apa? Tanya diri anda, samada untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan (wealth protection), atau untuk 'bermain' dengan turun naik harga emas, atau untuk berniaga emas?


Ketiga-tiga tujuan itu memerlukan ILMU DAN MINDSET berbeza.


1. PENYIMPAN EMAS

Matlamatnya ialah kumpul GRAM emas.

Emas naik atau turun, dia tak peduli sangat. Yang penting, kepingan emasnya bertambah. Asalkan duit jadi emas. Penyimpan emas sangat jatuh hati dengan emas.

Dalam kepala dia cuma beli, beli, dan beli. Nak jual rasa sayang. Akhir sekali dia semakin kaya sebab harta dia sentiasa bertambah.

2. TRADER

Bagi trader, mereka tidak peduli berapa banyak kepingan/gram emas yang dimiliki. Yang penting, BUY LOW, SELL HIGH. Asalkan DUIT dia bertambah.

Trader tidak boleh jatuh hati dengan emas. Bila harga naik, jual. Bila harga jatuh, mesti beli lagi untuk cost averaging (untuk pendekkan lagi tempoh menunggu). Kalau tidak ada modal untuk beli lagi, terpaksa tunggu je la dulu..

3. PENIAGA EMAS

Peniaga emas lebih mudah untuk tambah GRAM, dan dalam masa sama, dia boleh tambah DUIT dengan emas. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer dibayar komisyen. Dealer bukan sahaja "pelabur", tapi dealer juga adalah "peniaga". Dengan keuntungan tu, dia berpeluang tambah kepingan emas dari semasa ke semasa.

Kalau nak GRAM emas bertambah, dalam masa yang sama DUIT pun bertambah (tidak kira samada harga emas naik atau turun), maka posisi terbaik ialah jadi peniaga emas.

Kalau tidak, pilih salah satu sahaja. Nak jadi PENYIMPAN, ataupun TRADER?

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign