Hati-Hati Dengan Emas Palsu!

Pelaburan dalam bentuk emas kini mula popular kembali. Walaupun harga emas kian melambung tinggi, hal ini tidak mengurangkan minat pembeli emas. 

Selain mudah disimpan, harga emas yang sentiasa meningkat menjadi daya tarikan utama dalam pelaburan emas. Malangnya, penjual emas yang 'nakal' pun turut muncul. Dengan umpan harga lebih murah, bukan emas tulen yang anda dapatkan, tapi emas palsu yang kadar emasnya sangat rendah - kebiasaannya di bawah 10 karat. 

Oleh itu, bagaimana caranya membezakan emas tulen dan emas palsu? Bagi orang awam, sudah tentu sukar untuk membezakan jika tidak tahu ciri-cirinya. 

Jadi, disini saya akan jelaskan ciri-ciri emas palsu yang wajib anda fahami jika bercadang menyimpan wang anda ke dalam bentuk aset yang lebih selamat iaitu emas.

Ciri-Ciri Emas Palsu dan Cara Menguji Keasliannya :


Pemerhatian secara visual

Perhatikan Bentuk Emas Anda
Cara pertama sudah tentu dengan melihatnya secara visual. Biasanya, emas asli mempunyai tanda berupa cop yang menjelaskan berapa kadar emas yang terkandung di dalamnya. Boleh ditulis dalam karat (24K, 22K, 18K, 14K, 10K) ataupun dalam fineness (0,1-0,999 atau 1-999). Gunakan kanta pembesar jika sukar melihat cop yang tertera. 

Namun perlu diketahui, beberapa model lama tidak mempunyai cop dan ada juga emas palsu diberi cop untuk mengelirukan pembeli. Oleh kerana itu, cuba cek keaslian emas dengan cara kedua, iaitu melihat perubahan warna emas. 

Emas tulen mempunyai warna yang konsisten. Jika emas anda mempunyai warna yang pudar atau pada kawasan tertentu yang apabila terkena gesekan mudah terjadi perbezaan warna, maka kemungkinan emas yang anda miliki hanyalah logam bersalut emas. Malangnya, semakin tua usia emas, semakin sukar juga untuk memerhatikan perubahannya, kajian lebih lanjut perlu dilakukan.

Menggigit Emas



Jika anda melihat filem-filem ada orang menggigit emas atau atlit Olimpik menggigit pingat emas yang baru mereka peroleh, hal tersebut lazim dan bukannya dibuat tanpa tujuan.
Gigit emas anda dengan tekanan yang sederhana. Cek apakah emas tersebut terdapat bekas gigitan. 

Secara teori, jika emas asli maka akan menunjukkan bekas calar gigi, bekas tersebut semakin dalam jika emasnya adalah tulen 24 karat.  Bekas gigitan akan semakin dalam seiring semakin tingginya kadar emas yang terdapat di dalam emas tersebut. 

Cara mengigit ini ujian yang tidak digalakkan, kerana selain boleh merosakkan gigi, boleh juga merosakkan keadaan fizikal emas. Dan para pemalsu emas juga tidak kurang pintarnya, mereka masih boleh menggunakan timah bersalut emas yang mempunyai konsistensi cukup "empuk" untuk digigit.

Diuji Dengan Magnet


Uji keaslian emas menggunakan magnet
Cara berikut ini sebenarnya bukan cara yang paling efektif untuk menguji keaslian emas, tetapi boleh anda cuba. Ini adalah ujian yang mudah walaupun tidak menentukan secara pasti bahawa emas anda benar-benar asli. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa emas kita bukan logam besi yang bersalut emas.

Pegang magnet dan arahkan ke emas. Emas, tidak seperti logam lainnya, ia bukanlah logam magnetik, bermakna ianya tidak akan bertindak balas pada magnet. Jangan gunakan magnet biasa, tapi gunakan magnet yang kuat.

Jika jelas emas anda memberikan reaksi pada magnet, maka kemungkinan emas anda adalah emas palsu. Namun berhati-hatilah, kerana pemalsu boleh menggunakan logam non magnetik lain, menyebabkan cara ini tidak akan berhasil.


Ujian Ketumpatan Emas


Density jenis emas cukup besar berbanding dengan logam lain dan tidak banyak logam yang density jenisnya lebih besar dari emas. Dalam 24 karat emas, density sekitar 19.3 gram / ml. Tipsnya mudah, semakin tinggi density jenis emas, maka semakin tulen emas tersebut. 

Namun, ujian ini hanya boleh dilakukan apabila emas tersebut tidak bercampur dengan batu-batuan apapun. Maksudnya, hanya sesuai untuk emas solid. Ujian keaslian emas dengan cara menghitung density jenis emas ini cukup mudah untuk dilakukan. 

Berikut cara ujian: 

  • Timbanglah emas terlebih dahulu dalam unit gram. 
  • Anda dapat menimbangnya di penjual perhiasan terdekat jika tidak mempunyai timbangan sendiri. 
  • Sediakan tabung ukur atau gelas yang sudah terisi air. Sebaiknya menggunakan tabung ukur yang mempunyai penanda takaran dalam milimeter. 
  • Catat tinggi permukaan air sebelum emas dimasukkan. 
  • Sekarang, masukkan emas ke dalam tabung ukur. 
  • Catat perubahan tinggi permukaan air selepas emas dimasukkan dan hitung perbezaannya dengan tinggi permukaan sebelum emas dimasukkan. 
  • Kemudian gunakan formula mudah untuk menghitung density jenis. 
  • Caranya, density (berat emas dalam gram) dibahagikan dengan perubahan volume (perbezaan tinggi permukaan air sebelum dan sesudah dalam millimeter).
  • Jika angka yang dihasilkan mendekati 19 gram/ml, maka emas anda asli atau mungkin diperbuat daripada campuran logam yang density jenisnya seperti emas.

Gosokkan Emas


Cara ini cukup berisiko akan merosakkan emas kerana tercalar. Caranya mudah, hanya dengan menggosok atau mencalarkan emas pada seramik yang tidak mempunyai lapisan kaca-kaca. Jika semasa digores emas, muncul calar hitam, maka dapat dipastikan emas anda palsu.

Anda juga boleh cuba asahkan emas pada seluar (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

Uji Emas Menggunakan Bahan Kimia


Menguji emas menggunakan bahan kimia perlukan
kepakaran khusus
Daripada banyak cara di atas, cara ini adalah yang paling baik sekaligus paling berisiko kerana menggunakan bahan kimia dalam bentuk asid. 

Jika ada kesalahan dalam menanganinya, boleh membahayakan keselamatan anda. Kalau anda ingin mencuba kaedah ini, lakukan dengan sangat berhati-hati dan jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak. 

Jika anda tidak yakin boleh melakukannya sendiri, serahkan pada penjual barang kemas yang profesional. Ingatlah bahawa cecair asid bersifat menghakis, yang bermaksud jika emas anda tercampur logam lain, kemungkinan bentuknya akan rosak setelah terkena cecair asid. 

Berikut cara menguji emas dengan larutan asid: 
  • Sediakan bekas yang diperbuat daripada bahan keluli tahan karat dan letakkan emas anda di bekas tersebut. 
  • Titiskan cecair kimia Nitric Acid dengan pipet dan tunggu reaksi yang muncul. 
  • Jika reaksi yang muncul mempunyai warna: - Hijau, maka emas anda berasaskan logam - Emas, maka emas anda berbahan dasar tembaga - Susu (putih pekat), maka emas anda berbahan dasar perak bermutu - jika tidak ada reaksi apapun, selamat! Emas anda asli. 
Hal-hal di atas sebenarnya tidak perlu anda lakukan jika anda membeli emas di kedai-kedai emas yang dipercayai, sudah teruji, dan mempunyai sijil ketulenannya. Akan tetapi, lebih baik jika anda mengenal dan mengetahui ciri-ciri emas palsu agar tidak mudah terpedaya. 


Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign