DINAR EMAS Mampu Mengurangkan KOS HAJI

Tahukah anda❓

Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun ada peningkatan kos Haji.

Kos seorang jemaah pada tahun lalu ialah RM15,150.

Dan kos Haji sebenar pada tahun 2015 meningkat kepada RM 15,555!

Jemaah Haji Malaysia kekal hanya membayar RM 9,980. Kerajaan melalui Tabung Haji memberikan subsidiRM 7,290 bagi setiap jemaah Haji Malaysia. Bermaksud 42% kos setiap jemaah adalah ditaja oleh kerajaan Malaysia. 
"Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," (Dato Seri Jamil Khir)

OK, mari kita lihat harga kos Haji melalui simpanan matawang kertas berbanding Dinar Emas:

Tahun 1998
***********
Kos tambang Haji- RM7831.
Harga emas - 1 gram dalam RM32.00. 
1 dinar emas (4.25gram) = RM136.00
Jadi kita perlukan dalam 58 keping 1 dinar.
= (RM7831/RM 136.00)

Tahun 2001
************
Kos tambang Haji - meningkat kepada RM8585. 
Harga emas - 1 gram dalam RM40.00. 
1 dinar emas (4.25gram) = RM 149.00 
Jadi kita perlukan dalam 57 keping 1 dinar 
= (RM8585/RM149.00)

Tahun 2005
************
Kos tambang haji - terus meningkat RM9445
Harga emas - 1 gram dalam RM50.00. 
1 dinar emas (4.25gram) - RM213.00. 
Jadi kita perlukan dalam 44 keping 1 dinar 
= (RM9445 /RM213.00)

Tahun 2015,
************
Kos tambang haji - semakin tinggi iaitu dalam RM9980.
Harga emas - 1 gram dalam RM153
1 dinar emas (4.25gram) - RM650
Jadi kita perlukan dalam 15 keping sahaja 
= (RM9980/RM650)

1998 - 58 keping 1 dinar emas

2001 - 57 keping 1 dinar emas

2005 - 44 keping 1 dinar emas

2015 - 15 keping 1 dinar emas

Jelas, kos menunaikan HAJI saban tahun semakin MAHAL! Tapi jumlah DINAR EMAS yang diperlukan semakin SEDIKIT.

Kenapa????

Sebab nilai emas naik dalam jangka panjang (secara purata harga emas meningkat dalam 15-20% setahun), sebaliknya nilai wang pula semakin jatuh.


Jom simpan dari sekarang, sekiranya anda bermula dari sekarang, insyaAllah walaupun harga tambang haji meningkat anda masih mampu tersenyum.

5 tahun akan datang, mungkin kita hanya memerlukan beberapa keping dinar emas sahaja untuk menunaikan Haji!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign