5 Cara Pelaburan Emas Untuk Beginner

5 cara pelaburan jongkong emas ini ditujukan kepada anda yang baru menjinakkan diri dengan emas.

Bagi yang sudah expert, boleh skip baca artikel ini. 

Seperti yang kita sedia maklum, Emas merupakan pilihan pelaburan masa kini yang  digemari oleh masyarakat.

Pilihan emas sebagai pelaburan berkait rapat dengan harga emas yang cenderung mengikut “harga mata wang dunia yang asli” (yang pasti bukan mata wang buatan manusia) dan tidak dimamah oleh inflasi.

Jom kita bincangkan bersama 5 hal tersebut.

Berikut adalah 5 cara pelaburan emas yang mudah dan selamat :


1. Pilih Emas Daripada Pengeluar Yang Sah & Dipercayai 



Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda membeli emas daripada pengeluar EMAS yang mana kesahihan dan keaslian produknya terjamin. Emas ini dilengkapi sijil ketulenannya pada setiap emas samada jongkong emas atau dinar emas. Contohnya Syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold. Anda boleh menjual emas ini di mana-mana ar-Rahnu ataupun di kedai emas biasa.

Selagi anda memegang sijil dan emas tersebut, maka anda boleh menjualnya pada bila-bila saja di saat anda memerlukan wang. Antara kelebihan membeli emas keluaran Public Gold, emas tersebut dijamin untuk dibeli balik oleh Public Gold.

Jika anda ingin membeli emas selain yang dicetak atau dikeluarkan oleh Public Gold, ia tidaklah menjadi masalah. Namun saya mencadangkan, anda perlu memastikan bahawa anda membeli emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain yang telah mempunyai reputasi yang baik.

Reputasi boleh diukur daripada sisi syarikat, produk (emas dan perak) yang telah mempunyai standard antarabangsa, lulus ujian makmal, sudah diiktiraf dan diakui oleh London Bullion Market Association serta boleh pertimbangkan emas yang Bebas GST.

2. Beli Emas Semasa Harga Emas Turun dan Jual Semasa Harga Naik


Ini adalah cara yang mudah untuk beginner, iaitu beli emas pada harga rendah dan jual semula pada harga emas tinggi. Harga emas memang jarang sekali turun, tetapi ada tempoh ketika harga beli emas kadang sedikit turun dalam jangka masa pendek. Semasa harga emas sedikit turun ini adalah masa yang sesuai bagi anda untuk membeli emas dan memulakan pelaburan.

Masa harga emas naik, anda boleh menjualnya kembali. Kenaikan harga emas akan lebih terasa dan ketara selepas beberapa tahun, jadi sebaiknya anda menunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun selepas pembelian untuk menjual emas anda semula.

Tips penting bagi beginner dalam melabur emas,: Berhenti Fikir Bila Harga Emas Akan Turun! Mulakan langkah pertama, beli emas walau apapun harganya, kerana anda tidak akan tahu harga emas samada tinggi @ rendah selagi anda tidak pernah membeli emas. Mulakan dengan yang kecil dahulu, samada 1 Dinar atau 1 gram. Kemudian baru anda ada benchmark yang betul untuk mengukur harga emas.

3. Simpan Emas Dengan Selamat



Simpan emas anda dengan selamat. Anda boleh menyimpannya di safe deposit box yang disediakan oleh Public Safe (anak syarikat Public Gold) secara percuma dengan membeli emas menggunakan kaedah GAP atau simpan emas anda dalam peti besi di rumah. Jika anda masih merasa kurang selamat, maka anda boleh menyewa peti simpanan emas di ar-Rahnu ataupun bank.

Pada hari ini boleh dikatakan untuk menyimpan emas jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu. Kerana sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan atau swasta untuk melindungi Aset logam (emas & perak) yang dimiliki, baik individu mahupun syarikat. 

Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan itu perlu disewa, tapi itu sudah lebih baik. Nak simpan emas lebih murah dan selamat? Simpan di rumah je. Contohnya di dalam peti, longgokan pakaian, loteng, (dalam tanah pun boleh ye). Anda hanya perlu kreatif sahaja untuk membuat tempat penyimpanan di rumah. 

Cuba berfikir di luar kotak sehingga sukar dikesan oleh orang lain. Lebih jimat dan praktikal. Lebih jimat kerana tidak perlu membayar sewa bulanan atau tahunan, seperti yang ditawarkan pihak Bank. Ia juga lebih praktikal kerana anda boleh mengubahsuai tempat simpanan tersebut mengikut kreativiti anda agar lebih selamat. Cuma anda perlu pastikan anda ingat dimana tempat 'persembunyiannya'. Beritahu rahsia anda ni kepada salah seorang waris agar aset anda dapat diwariskan setelah anda mati nanti.


4. Beli Emas yang Besar untuk Harga yang Lebih Murah & Spread Terendah



Salah satu rahsianya, Semakin besar saiz emas, maka semakin murah harga per gramnya. Semakin besar saiz emas, maka semakin rendah susut nilai emas tersebut.

Ketahui Bagaimana susut nilai yang kecil boleh menguntungkan anda di sini : Kesilapan Utama Pelabur Emas iaitu tidak memeriksa berapa susut nilai


5. Emas Diterima Meluas ar-Rahnu 



Jika anda memerlukan wang tunai segera, nasihat saya jangan buru-buru menjual emas anda. Tapi cubalah untuk menyekolahkannya dengan cara gadaikan di ar-arahnu. Jual emas dalam waktu dekat (short term) kurang menguntungkan anda.

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit, boleh pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Untuk pengetahuan anda, mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain seperti Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.

Demikianlah sedikit tips tentang 5 cara pelaburan emas yang mudah dan selamat untuk beginner.


Nak tahu kenapa saya memilih emas syarikat Public Gold? Baca di sini: Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold.

Moga bermanfaat dan Selamat Melabur dengan Simpanan Emas!

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign