Hati-Hati Dengan Emas Palsu!

Pelaburan dalam bentuk emas kini mula popular kembali. Walaupun harga emas kian melambung tinggi, hal ini tidak mengurangkan minat pembeli emas. 

Selain mudah disimpan, harga emas yang sentiasa meningkat menjadi daya tarikan utama dalam pelaburan emas. Malangnya, penjual emas yang 'nakal' pun turut muncul. Dengan umpan harga lebih murah, bukan emas tulen yang anda dapatkan, tapi emas palsu yang kadar emasnya sangat rendah - kebiasaannya di bawah 10 karat. 

Oleh itu, bagaimana caranya membezakan emas tulen dan emas palsu? Bagi orang awam, sudah tentu sukar untuk membezakan jika tidak tahu ciri-cirinya. 

Jadi, disini saya akan jelaskan ciri-ciri emas palsu yang wajib anda fahami jika bercadang menyimpan wang anda ke dalam bentuk aset yang lebih selamat iaitu emas.

Ciri-Ciri Emas Palsu dan Cara Menguji Keasliannya :


Pemerhatian secara visual

Perhatikan Bentuk Emas Anda
Cara pertama sudah tentu dengan melihatnya secara visual. Biasanya, emas asli mempunyai tanda berupa cop yang menjelaskan berapa kadar emas yang terkandung di dalamnya. Boleh ditulis dalam karat (24K, 22K, 18K, 14K, 10K) ataupun dalam fineness (0,1-0,999 atau 1-999). Gunakan kanta pembesar jika sukar melihat cop yang tertera. 

Namun perlu diketahui, beberapa model lama tidak mempunyai cop dan ada juga emas palsu diberi cop untuk mengelirukan pembeli. Oleh kerana itu, cuba cek keaslian emas dengan cara kedua, iaitu melihat perubahan warna emas. 

Emas tulen mempunyai warna yang konsisten. Jika emas anda mempunyai warna yang pudar atau pada kawasan tertentu yang apabila terkena gesekan mudah terjadi perbezaan warna, maka kemungkinan emas yang anda miliki hanyalah logam bersalut emas. Malangnya, semakin tua usia emas, semakin sukar juga untuk memerhatikan perubahannya, kajian lebih lanjut perlu dilakukan.

Menggigit Emas



Jika anda melihat filem-filem ada orang menggigit emas atau atlit Olimpik menggigit pingat emas yang baru mereka peroleh, hal tersebut lazim dan bukannya dibuat tanpa tujuan.
Gigit emas anda dengan tekanan yang sederhana. Cek apakah emas tersebut terdapat bekas gigitan. 

Secara teori, jika emas asli maka akan menunjukkan bekas calar gigi, bekas tersebut semakin dalam jika emasnya adalah tulen 24 karat.  Bekas gigitan akan semakin dalam seiring semakin tingginya kadar emas yang terdapat di dalam emas tersebut. 

Cara mengigit ini ujian yang tidak digalakkan, kerana selain boleh merosakkan gigi, boleh juga merosakkan keadaan fizikal emas. Dan para pemalsu emas juga tidak kurang pintarnya, mereka masih boleh menggunakan timah bersalut emas yang mempunyai konsistensi cukup "empuk" untuk digigit.

Diuji Dengan Magnet


Uji keaslian emas menggunakan magnet
Cara berikut ini sebenarnya bukan cara yang paling efektif untuk menguji keaslian emas, tetapi boleh anda cuba. Ini adalah ujian yang mudah walaupun tidak menentukan secara pasti bahawa emas anda benar-benar asli. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa emas kita bukan logam besi yang bersalut emas.

Pegang magnet dan arahkan ke emas. Emas, tidak seperti logam lainnya, ia bukanlah logam magnetik, bermakna ianya tidak akan bertindak balas pada magnet. Jangan gunakan magnet biasa, tapi gunakan magnet yang kuat.

Jika jelas emas anda memberikan reaksi pada magnet, maka kemungkinan emas anda adalah emas palsu. Namun berhati-hatilah, kerana pemalsu boleh menggunakan logam non magnetik lain, menyebabkan cara ini tidak akan berhasil.


Ujian Ketumpatan Emas


Density jenis emas cukup besar berbanding dengan logam lain dan tidak banyak logam yang density jenisnya lebih besar dari emas. Dalam 24 karat emas, density sekitar 19.3 gram / ml. Tipsnya mudah, semakin tinggi density jenis emas, maka semakin tulen emas tersebut. 

Namun, ujian ini hanya boleh dilakukan apabila emas tersebut tidak bercampur dengan batu-batuan apapun. Maksudnya, hanya sesuai untuk emas solid. Ujian keaslian emas dengan cara menghitung density jenis emas ini cukup mudah untuk dilakukan. 

Berikut cara ujian: 

  • Timbanglah emas terlebih dahulu dalam unit gram. 
  • Anda dapat menimbangnya di penjual perhiasan terdekat jika tidak mempunyai timbangan sendiri. 
  • Sediakan tabung ukur atau gelas yang sudah terisi air. Sebaiknya menggunakan tabung ukur yang mempunyai penanda takaran dalam milimeter. 
  • Catat tinggi permukaan air sebelum emas dimasukkan. 
  • Sekarang, masukkan emas ke dalam tabung ukur. 
  • Catat perubahan tinggi permukaan air selepas emas dimasukkan dan hitung perbezaannya dengan tinggi permukaan sebelum emas dimasukkan. 
  • Kemudian gunakan formula mudah untuk menghitung density jenis. 
  • Caranya, density (berat emas dalam gram) dibahagikan dengan perubahan volume (perbezaan tinggi permukaan air sebelum dan sesudah dalam millimeter).
  • Jika angka yang dihasilkan mendekati 19 gram/ml, maka emas anda asli atau mungkin diperbuat daripada campuran logam yang density jenisnya seperti emas.

Gosokkan Emas


Cara ini cukup berisiko akan merosakkan emas kerana tercalar. Caranya mudah, hanya dengan menggosok atau mencalarkan emas pada seramik yang tidak mempunyai lapisan kaca-kaca. Jika semasa digores emas, muncul calar hitam, maka dapat dipastikan emas anda palsu.

Anda juga boleh cuba asahkan emas pada seluar (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

Uji Emas Menggunakan Bahan Kimia


Menguji emas menggunakan bahan kimia perlukan
kepakaran khusus
Daripada banyak cara di atas, cara ini adalah yang paling baik sekaligus paling berisiko kerana menggunakan bahan kimia dalam bentuk asid. 

Jika ada kesalahan dalam menanganinya, boleh membahayakan keselamatan anda. Kalau anda ingin mencuba kaedah ini, lakukan dengan sangat berhati-hati dan jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak. 

Jika anda tidak yakin boleh melakukannya sendiri, serahkan pada penjual barang kemas yang profesional. Ingatlah bahawa cecair asid bersifat menghakis, yang bermaksud jika emas anda tercampur logam lain, kemungkinan bentuknya akan rosak setelah terkena cecair asid. 

Berikut cara menguji emas dengan larutan asid: 
  • Sediakan bekas yang diperbuat daripada bahan keluli tahan karat dan letakkan emas anda di bekas tersebut. 
  • Titiskan cecair kimia Nitric Acid dengan pipet dan tunggu reaksi yang muncul. 
  • Jika reaksi yang muncul mempunyai warna: - Hijau, maka emas anda berasaskan logam - Emas, maka emas anda berbahan dasar tembaga - Susu (putih pekat), maka emas anda berbahan dasar perak bermutu - jika tidak ada reaksi apapun, selamat! Emas anda asli. 
Hal-hal di atas sebenarnya tidak perlu anda lakukan jika anda membeli emas di kedai-kedai emas yang dipercayai, sudah teruji, dan mempunyai sijil ketulenannya. Akan tetapi, lebih baik jika anda mengenal dan mengetahui ciri-ciri emas palsu agar tidak mudah terpedaya. 


Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda.

Wallahua'lam.

5 Cara Pelaburan Emas Untuk Beginner

5 cara pelaburan jongkong emas ini ditujukan kepada anda yang baru menjinakkan diri dengan emas.

Bagi yang sudah expert, boleh skip baca artikel ini. 

Seperti yang kita sedia maklum, Emas merupakan pilihan pelaburan masa kini yang  digemari oleh masyarakat.

Pilihan emas sebagai pelaburan berkait rapat dengan harga emas yang cenderung mengikut “harga mata wang dunia yang asli” (yang pasti bukan mata wang buatan manusia) dan tidak dimamah oleh inflasi.

Jom kita bincangkan bersama 5 hal tersebut.

Berikut adalah 5 cara pelaburan emas yang mudah dan selamat :


1. Pilih Emas Daripada Pengeluar Yang Sah & Dipercayai 



Jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan anda membeli emas daripada pengeluar EMAS yang mana kesahihan dan keaslian produknya terjamin. Emas ini dilengkapi sijil ketulenannya pada setiap emas samada jongkong emas atau dinar emas. Contohnya Syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia, iaitu Public Gold. Anda boleh menjual emas ini di mana-mana ar-Rahnu ataupun di kedai emas biasa.

Selagi anda memegang sijil dan emas tersebut, maka anda boleh menjualnya pada bila-bila saja di saat anda memerlukan wang. Antara kelebihan membeli emas keluaran Public Gold, emas tersebut dijamin untuk dibeli balik oleh Public Gold.

Jika anda ingin membeli emas selain yang dicetak atau dikeluarkan oleh Public Gold, ia tidaklah menjadi masalah. Namun saya mencadangkan, anda perlu memastikan bahawa anda membeli emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain yang telah mempunyai reputasi yang baik.

Reputasi boleh diukur daripada sisi syarikat, produk (emas dan perak) yang telah mempunyai standard antarabangsa, lulus ujian makmal, sudah diiktiraf dan diakui oleh London Bullion Market Association serta boleh pertimbangkan emas yang Bebas GST.

2. Beli Emas Semasa Harga Emas Turun dan Jual Semasa Harga Naik


Ini adalah cara yang mudah untuk beginner, iaitu beli emas pada harga rendah dan jual semula pada harga emas tinggi. Harga emas memang jarang sekali turun, tetapi ada tempoh ketika harga beli emas kadang sedikit turun dalam jangka masa pendek. Semasa harga emas sedikit turun ini adalah masa yang sesuai bagi anda untuk membeli emas dan memulakan pelaburan.

Masa harga emas naik, anda boleh menjualnya kembali. Kenaikan harga emas akan lebih terasa dan ketara selepas beberapa tahun, jadi sebaiknya anda menunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun selepas pembelian untuk menjual emas anda semula.

Tips penting bagi beginner dalam melabur emas,: Berhenti Fikir Bila Harga Emas Akan Turun! Mulakan langkah pertama, beli emas walau apapun harganya, kerana anda tidak akan tahu harga emas samada tinggi @ rendah selagi anda tidak pernah membeli emas. Mulakan dengan yang kecil dahulu, samada 1 Dinar atau 1 gram. Kemudian baru anda ada benchmark yang betul untuk mengukur harga emas.

3. Simpan Emas Dengan Selamat



Simpan emas anda dengan selamat. Anda boleh menyimpannya di safe deposit box yang disediakan oleh Public Safe (anak syarikat Public Gold) secara percuma dengan membeli emas menggunakan kaedah GAP atau simpan emas anda dalam peti besi di rumah. Jika anda masih merasa kurang selamat, maka anda boleh menyewa peti simpanan emas di ar-Rahnu ataupun bank.

Pada hari ini boleh dikatakan untuk menyimpan emas jauh lebih mudah berbanding zaman dahulu. Kerana sudah banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan atau swasta untuk melindungi Aset logam (emas & perak) yang dimiliki, baik individu mahupun syarikat. 

Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan itu perlu disewa, tapi itu sudah lebih baik. Nak simpan emas lebih murah dan selamat? Simpan di rumah je. Contohnya di dalam peti, longgokan pakaian, loteng, (dalam tanah pun boleh ye). Anda hanya perlu kreatif sahaja untuk membuat tempat penyimpanan di rumah. 

Cuba berfikir di luar kotak sehingga sukar dikesan oleh orang lain. Lebih jimat dan praktikal. Lebih jimat kerana tidak perlu membayar sewa bulanan atau tahunan, seperti yang ditawarkan pihak Bank. Ia juga lebih praktikal kerana anda boleh mengubahsuai tempat simpanan tersebut mengikut kreativiti anda agar lebih selamat. Cuma anda perlu pastikan anda ingat dimana tempat 'persembunyiannya'. Beritahu rahsia anda ni kepada salah seorang waris agar aset anda dapat diwariskan setelah anda mati nanti.


4. Beli Emas yang Besar untuk Harga yang Lebih Murah & Spread Terendah



Salah satu rahsianya, Semakin besar saiz emas, maka semakin murah harga per gramnya. Semakin besar saiz emas, maka semakin rendah susut nilai emas tersebut.

Ketahui Bagaimana susut nilai yang kecil boleh menguntungkan anda di sini : Kesilapan Utama Pelabur Emas iaitu tidak memeriksa berapa susut nilai


5. Emas Diterima Meluas ar-Rahnu 



Jika anda memerlukan wang tunai segera, nasihat saya jangan buru-buru menjual emas anda. Tapi cubalah untuk menyekolahkannya dengan cara gadaikan di ar-arahnu. Jual emas dalam waktu dekat (short term) kurang menguntungkan anda.

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit, boleh pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Untuk pengetahuan anda, mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain seperti Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.

Demikianlah sedikit tips tentang 5 cara pelaburan emas yang mudah dan selamat untuk beginner.


Nak tahu kenapa saya memilih emas syarikat Public Gold? Baca di sini: Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold.

Moga bermanfaat dan Selamat Melabur dengan Simpanan Emas!

Wallahua'lam.

Tunaikan UMRAH Hanya Dengan 10 Dinar!

Alhamdulillah, Public Gold melangkah setapak lagi sebagai syarikat emas pertama di Malaysia yang menyediakan pakej umrah ke Mekah.

10 Dinar to UMRAH untuk ahli atau pengedar emas Public Gold iaitu pakej umrah termurah dan termudah dengan tajaan public gold melalui Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. 

Program GAP adalah program yang diwujudkan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat membeli emas dengan modal kecil iaitu menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP serendah 1 Gram. 

Untuk promosi terbaru Public Gold ini, pengumpulan emas sebanyak 10 Dinar (42.5g) emas 999.9 melayakkan anda menunaikan umrah ke Mekah di bawah tajaan Public Gold. Maksudnya anda hanya perlu ada emas sekurangnya 10 Dinar emas ataupun 42.5 gram dalam akaun GAP untuk mengerjakan umrah pada tahun 2016.

Menyimpan emas dengan tujuan menunaikan umrah di Mekah adalah satu tindakan bijak untuk mengelakkan kebocoran wang dan anda dapat mengerjakan umrah dengan mudah dimana urusan tiket, visa, tempat penginapan di uruskan oleh pihak Public Gold.

Reputasi hebat dan kekukuhan syarikat emas Public Gold sebagai pengeluar emas fizikal terbesar malaysia tidak perlu disangkalkan lagi. Klik KELEBIHAN UTAMA EMAS PUBLIC GOLD untuk mengenali syarikat Public Gold dengan lebih dekat lagi.


PROMOSI

*Terhad hanya kepada 50 orang sahaja!

Travel Date: 31/5/2016 - 11/6/2016
(Bulan Ramadhan - Super peak season)
Tarikh Tutup: 15/2/2016

Booking fee: 2 Dinar GAP

PAKEJ UMRAH PUBLIC GOLD BERSAMA SAFARI HARAMAIN


Diuruskan oleh syarikat umrah berpengalaman iaitu Safari Haramain Travel and Tour Sdn Bhd. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun Disember 2008 dan pemiliknya mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam menguruskan Umrah Dan Ziarah. 

Syarikat yang beroperasi di alamat 16E, tingkat 1, Taman Permatang Indah, Permatang Damar Laut, 11960, Bayan Lepas Pulau Pinang ini telah berdaftar dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan Luar Negara dan berkelulusan dalam menguruskan penerbangan Haji, Umrah dan percutian luar negara. Dengan pimpinan pemiliknya, Ustaz Khalid Ibnu Jaafar.


KELEBIHAN MENGIKUTI PROGRAM 10 DINAR TO UMRAH



✔ 1st Batch Pakej Umrah bersama Public Gold dengan hanya 10 Dinar
✔ Umrah pada bulan Ramadhan
✔ Penginapan 2 orang satu bilik
✔ Berdekatan Masjidil haram (50 - 100meter)
✔ Kenderaan disediakan untuk setiap waktu Solat
✔ Tempoh Umrah 12 hari 10 malam
✔ Makanan buffet Melayu disediakan 3 kali sehari
✔ Ziarah tempat barakah, Arafah dan Mina
✔ Tiket pergi dan balik serta visa disediakan oleh Public Gold
✔ Hotel bertaraf 4 bintang: Makkah di Hotel Saif Yamani dan Madinah di Hotel Ansar Jaddid
✔ Tiada caj tersembunyi atau yuran hangus, hanya beli emas automatik menjadi ahli Public Gold.
✔ Pengumpulan emas yang belum mencukupi 10 dinar emas hingga akhir tahun 2016, boleh menunaikan umrah tahun berikutnya.


Harga adalah hanya 10 Dinar sahaja walaupun dalam waktu Puncak seperti Bulan Ramadhan dan Musim Cuti!!! Kebiasaanya pakej pada waktu begini mencecah hingga RM9,000. tetapi dengan Public Gold, anda hanya perlukan 10 Dinar (lebih kurang RM7,000) sahaja. Anda jimat lebih kurang RM2,000.

Terhad kepada 50 orang yang terawal.

Macam mana nak daftar???

***Mulakan dengan membuka Akaun GAP.

Bagaimana cara nak Buka Akaun GAP???

Klik di sini : http://goo.gl/jRyhTL


Fahami Posisi Anda Dalam Pelaburan Emas


Konflik yang sering bermain dalam pemikiran mereka yang terlibat dengan pelaburan emas ialah:

1. Bila waktu terbaik membeli emas?
2. Bila waktu terbaik menjual emas?
3. Apa item terbaik untuk dibeli?
4. Perlu beli / jual sekarang atau tunggu dulu?

Sila baca juga :  Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu
Konflik sebegini tidak akan selesai selagi anda belum tentukan POSISI sebenar anda dalam pelaburan emas.

Samada anda memilih sebagai (1) penyimpan, (2) pelabur (trader), atau (3) peniaga emas. Atau boleh jadi kita ambil kesemua posisi itu.

Nak Tambah GRAM atau DUIT?

nak tambah gram atau duit
Tentukan Posisi Anda
Bagi sahabat-sahabat yang membeli emas, anda mesti buat keputusan dan tetapkan matlamat yang jelas, beli emas untuk apa? Tanya diri anda, samada untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan (wealth protection), atau untuk 'bermain' dengan turun naik harga emas, atau untuk berniaga emas?


Ketiga-tiga tujuan itu memerlukan ILMU DAN MINDSET berbeza.


1. PENYIMPAN EMAS

Matlamatnya ialah kumpul GRAM emas.

Emas naik atau turun, dia tak peduli sangat. Yang penting, kepingan emasnya bertambah. Asalkan duit jadi emas. Penyimpan emas sangat jatuh hati dengan emas.

Dalam kepala dia cuma beli, beli, dan beli. Nak jual rasa sayang. Akhir sekali dia semakin kaya sebab harta dia sentiasa bertambah.

2. TRADER

Bagi trader, mereka tidak peduli berapa banyak kepingan/gram emas yang dimiliki. Yang penting, BUY LOW, SELL HIGH. Asalkan DUIT dia bertambah.

Trader tidak boleh jatuh hati dengan emas. Bila harga naik, jual. Bila harga jatuh, mesti beli lagi untuk cost averaging (untuk pendekkan lagi tempoh menunggu). Kalau tidak ada modal untuk beli lagi, terpaksa tunggu je la dulu..

3. PENIAGA EMAS

Peniaga emas lebih mudah untuk tambah GRAM, dan dalam masa sama, dia boleh tambah DUIT dengan emas. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer dibayar komisyen. Dealer bukan sahaja "pelabur", tapi dealer juga adalah "peniaga". Dengan keuntungan tu, dia berpeluang tambah kepingan emas dari semasa ke semasa.

Kalau nak GRAM emas bertambah, dalam masa yang sama DUIT pun bertambah (tidak kira samada harga emas naik atau turun), maka posisi terbaik ialah jadi peniaga emas.

Kalau tidak, pilih salah satu sahaja. Nak jadi PENYIMPAN, ataupun TRADER?

Wallahua'lam.

DINAR EMAS Mampu Mengurangkan KOS HAJI

Tahukah anda❓

Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun ada peningkatan kos Haji.

Kos seorang jemaah pada tahun lalu ialah RM15,150.

Dan kos Haji sebenar pada tahun 2015 meningkat kepada RM 15,555!

Jemaah Haji Malaysia kekal hanya membayar RM 9,980. Kerajaan melalui Tabung Haji memberikan subsidiRM 7,290 bagi setiap jemaah Haji Malaysia. Bermaksud 42% kos setiap jemaah adalah ditaja oleh kerajaan Malaysia. 
"Tetapi di atas sifat kemurahan Tabung Haji melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," (Dato Seri Jamil Khir)

OK, mari kita lihat harga kos Haji melalui simpanan matawang kertas berbanding Dinar Emas:

Tahun 1998
***********
Kos tambang Haji- RM7831.
Harga emas - 1 gram dalam RM32.00. 
1 dinar emas (4.25gram) = RM136.00
Jadi kita perlukan dalam 58 keping 1 dinar.
= (RM7831/RM 136.00)

Tahun 2001
************
Kos tambang Haji - meningkat kepada RM8585. 
Harga emas - 1 gram dalam RM40.00. 
1 dinar emas (4.25gram) = RM 149.00 
Jadi kita perlukan dalam 57 keping 1 dinar 
= (RM8585/RM149.00)

Tahun 2005
************
Kos tambang haji - terus meningkat RM9445
Harga emas - 1 gram dalam RM50.00. 
1 dinar emas (4.25gram) - RM213.00. 
Jadi kita perlukan dalam 44 keping 1 dinar 
= (RM9445 /RM213.00)

Tahun 2015,
************
Kos tambang haji - semakin tinggi iaitu dalam RM9980.
Harga emas - 1 gram dalam RM153
1 dinar emas (4.25gram) - RM650
Jadi kita perlukan dalam 15 keping sahaja 
= (RM9980/RM650)

1998 - 58 keping 1 dinar emas

2001 - 57 keping 1 dinar emas

2005 - 44 keping 1 dinar emas

2015 - 15 keping 1 dinar emas

Jelas, kos menunaikan HAJI saban tahun semakin MAHAL! Tapi jumlah DINAR EMAS yang diperlukan semakin SEDIKIT.

Kenapa????

Sebab nilai emas naik dalam jangka panjang (secara purata harga emas meningkat dalam 15-20% setahun), sebaliknya nilai wang pula semakin jatuh.


Jom simpan dari sekarang, sekiranya anda bermula dari sekarang, insyaAllah walaupun harga tambang haji meningkat anda masih mampu tersenyum.

5 tahun akan datang, mungkin kita hanya memerlukan beberapa keping dinar emas sahaja untuk menunaikan Haji!

Tips Menjual Emas Yang Kita Miliki Agar Bernilai Tinggi

Walaupun emas amat mudah di jual dan laku seluruh dunia, pastinya kita mahukan harga jualan emas yang kita miliki dapat di jual dengan harga tertinggi, kalau boleh lebih daripada harga masa beli dulu. 

Setiap syarikat emas atau kedai emas meletakkan harga jual emas dan harga beli emas yang berbeza.
Tetapi jika memang terdesak, harga lebih rendah berbanding dengan masa beli pun kita akan diterima, asalkan tidak terlalu rendah. Oleh kerana itu, penting bagi anda untuk memahami bagaimana caranya agar anda tidak rugi semasa menjual emas anda.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapatkan nilai tertinggi untuk emas yang mahu dijual:

1. Telitilah Semasa Membeli 


Jika anda mahu pada suatu masa nanti emas yang akan anda jual harganya tidak jatuh terlalu jauh daripada harga beli, maka telitilah semasa membeli. 

Sejak awal harus teliti agar tidak kecewa di kemudian hari. Anda harus meneliti syarikat emas yang terbaik untuk membeli emas iaitu syarikat emas yang besar, kukuh, cawangan banyak, kemudahan jual beli emas yang tidak cerewet dan sebagainya untuk mendapat harga jual emas yang tinggi. 

Teliti juga susut nilai emas yang mempunyai peratus spread emas yang rendah. Emas fizikal adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang, penelitian membeli emas akan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi ke atas harga jual emas atau mendapat keuntungan yang maksima.

Sijil ketulenan daripada pencetak logam emas wajib ada dan wajib disimpan. Sijil ini nantinya akan menjadi jaminan semasa menjualnya. Jika di Malaysia, secara umum ramai lebih memilih emas keluaran Public Gold kerena setiap Gold Bar dan Dinar keluaran Public Gold disertakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi anda tidak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. 


Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tiada sijil ketulenan.

2. Buat Perbandingan Harga Jual


Harga emas bukan harga kawalan. Oleh itu, harga beli emas, harga jual emas dan peratus spread (susutnilai) harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas atau kedai emas, jadi sebelum menjual emas hendaklah menyemak harga jual emas terlebih dahulu supaya nilai harga jual emas mendapat harga yang tertinggi. 

Harga jual (buyback) emas adalah lebih rendah daripada harga semasa emas. Biasanya harga jual emas di kedai emas kurang 20% hingga 30% daripada harga semasa emas. Harga jual emas yang berkurang ini dikenali peratus susut nilai emas yang dikenakan oleh semua syarikat emas atau kedai emas. 

Untuk mendapatkan harga tertinggi bagi nilai emas, sebelum menjual emas anda hendaklah membuat perbandingan harga jual emas untuk beberapa syarikat atau kedai emas, pastikan mendapatkan dua atau tiga penawaran harga dari kedai atau syarikat emas yang berbeza. Walaupun kedai yang bersebelahan, harga boleh berbeza jauh.  

Pada zaman era globalisasi ini, anda boleh membuat perbandingan harga jual emas dengan mudah iaitu menyemak harga jual emas secara online pada website syarikat pelaburan emas dan tanya harga jual emas syarikat emas terbabit. Cari Kedai emas dengan Harga Buyback Terbaik. Sebelum bersetuju menjual emas, 

Untuk emas Perhiasan, cuba  jual semula di mana kedai semasa anda membelinya dulu. Emas perhiasan trend sifatnya, Maka dalam jangka lama harganya akan turun bukan kerana KANDUNGAN emasnya tapi karena model-nya yang sudah tidak UpToDate.

2. Ketahui Ketulenan (Karat)


Fahamilah bahawa kualiti emas berbeza-beza. Kadar ketulenan emas dinilai melalui karat atau ‘k’. Emas paling tulen ialah emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k. Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.

Biasanya karat tertera pada sijil ketulenan semasa membelinya. Setiap kadar karat tentu mempunyai harga yang berbeza. Oleh itu, agar tidak tertipu, anda harus tahu ketulenan emas yang akan anda jual semula.

Public Gold ada menyediakan alat menguji ketulenan emas di semua 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia untuk kemudahan pelanggan menguji ketulenan emas yang dibeli. Emas Public Gold juga disertakan sijil ketulenan emas yang diiktiraf antarabangsa. 


3. Tukar Emas Kemudian Jual


Rahsia menjual emas dan memperolehi nilai tertinggi anda boleh dapatkan melalui program X-PLAN Public Gold. 


Program Xplan Public Gold adalah program tukar emas, barangan kemas atau jongkong emas bereketulenan 916 (22k) jenama lain kepada emas public gold yang berketulenan 999.9 (24k). 

Setelah itu, anda boleh jualkan atau gadai emas anda di arrahnu untuk mendapat wang tunai. Harga jual emas yang di tawarkan oleh public gold adalah tinggi kerana mempunyai susut nilai yang jauh lebih rendah berbanding kedai emas. 

Anda boleh menukar emas lama kepada emas Public Gold dengan mengunjungi cawangan Public Gold terdekat dengan membawa emas anda untuk di periksa ketulenan dan di nilai. Kemudian pilih produk emas yang anda kehendaki seperti jongkong emas, emas dinar atau barangan kemas yang bersamaan nilai emas anda dan daftar jadi pelanggan public gold dengan menulis nama introducer Hidayah Abdul Kadir dan kod introducer PG054316, 

4. Jual Semula Dimana Anda Membelinya


Emas memang senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat TERBAIK menjual emas ialah di mana anda membelinya kerana anda akan dapat harga tertinggi. Jika anda beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. 

Kalau jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja.

Inilah antara‘rule’ penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Semoga bermanfaat.

Wallahua'lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign