Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti TinggiSedar ataupun tidak, manusia itu sering memusuhi apa yang belum dia ketahui. Namun, sikap yang perlu ada dalam diri setiap individu itu adalah mengkaji dan meneliti sesuatu perkara sebelum percaya dan berpegang padanya. Dalam Islam, konsep ini disebut "tabayyun" iaitu memeriksa dengan teliti. Jadi, apa kaitannya dengan artikel kali ini? Teruskan membaca =)

Saya sering ditanya oleh mereka yang belum mengenali Public Gold mengenai status syarikat dan emas keluaran Public Gold sendiri. 

"Adakah Public Gold sebuah syarikat yang dipercayai dan bagaimana pula dengan kredibilitinya?" Di sini saya kongsikan buat anda para pembaca yang budiman. 

Public Gold merupakan sebuah syarikat emas terbesar di Malaysia yang menjalankan jual beli emas pelaburan. Public Gold telah bertapak sejak tahun 2008 lagi, sangat telus menjalankan jual beli emas dan tidak sedikit pun terlibat dengan apa-apa skim pelaburan cepat kayap. 
Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Nama "Public Gold" sangat menunjukkan bahawa ia dibangunkan oleh Dato Wira dengan tujuan membantu masyarakat. 
Asal usul nama "Public Gold" dan rangkaiannya bermula dengan kepercayaan Dato' Wira  Louis Ng bahawa masyarakat umum (PUBLIC) perlu diberi peluang sama rata untuk memiliki emas (GOLD). 'Memberikan yang terbaik kepada pelanggan' itulah misi utamanya. Oleh kerana itu, pelbagai inisiatif telah diwujudkan untuk membantu / memudahkan masyarakat menyimpan emas terutamanya penyediaan akaun emas fizikal (GAP) & seminar secara percuma yang aktif diadakan untuk memberi suntikan ILMU yang betul.

Alhamdulillah, sehingga kini pelanggan Public Gold telah hampir mencecah 80 ribu orang!

Ini antara asbab saya bertambah percaya & yakin dengan kekuatan emas Public Gold sebagai medium simpanan. :-) Public Gold sebuah syarikat yang berkredibiliti dan dipercayai!

Tahukah anda, bahawa Public Gold adalah jenama emas pertama yang telah mendapat Malaysia Book Of Record sebagai jongkong emas pertama mendapat certified assayer tau. Hebat ke hebat?

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Emas Public Gold emas pertama mendapat pengisytiharaan The Malaysia Book Of Record
Bukan itu sahaja. Emas Public Gold bertaraf antarabangsa (LBMA). Sejak tahun 2014, Nadir Metal Refinary telah dilantik untuk mencetak kesemua jongkong emas Public Gold. Ianya adalah syarikat pengeluar emas terbesar Tukri dan 100% milik muslim (http://nadirmetal.com.tr/en/home/).

Produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinary diterima dan diiktiraf di seluruh dunia kerana ia merupakan ahli London Bullion Market Assosiation.(LBMA). Oleh kerana emas Public Gold berstatus LBMA dan berketulenan 999.9, ia dikecualikan dari GST 6%. Jimat ke sangat jimat?

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Emas Public Gold satu-satunya emas yang bebas GST di Malaysia
Pada 20 dan 21 Ogos 2016 yang lalu, kami menghadiri PG SIP ORIENTATION kali ke 14. SIP ini merupakan program yang memberi pendedahan kepada kita untuk lebih mengenali Public Gold. Tempat pertama yang kami kunjungi adalah di HQ Public Gold, Bayan Lepas Pulau Pinang. Selepas ucapan pembukaan oleh Dato Wira Louis Ng dan perkenalan antara kami peserta SIP bersama semua staff PG, kami dibawa oleh staff untuk melawat setiap satu department yang ada dalam HQ Public Gold. Bukan satu tetapi setiap satu. Ya, kesemuanya.! Saya yakin, sesiapa sahaja yang menyertai SIP akan lebih yakin dan bertambah kepercayaan terhadap kredibiliti Public Gold.
Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Dalam Office Dato' Louis yang sangat sporting orangnya
Apa yang bermain dalam fikiran saya ketika itu, bergerak bersama-sama membolehkan kita untuk melangkah lebih jauh. Public Gold dahulunya bermula hanya dengan sebuah lot sahaja di Bukit Jambul. Langkah demi langkah mereka berkembang maju dengan begitu komited untuk sama-sama membantu masyarakat menyimpan emas.

Hari ini, Public Gold telah pun mempunyai 20 buah cawangan termasuk luar negara iaitu di Singapura dan Indonesia. Public Gold juga mempunyai anak syarikat iaitu Public Safe yang beroperasi sebagai peti simpanan selamat (safety deposit box) di Pulau Pinang. Public Safe merupakan antara tempat yang kami kunjungi di sana. Pintu besi yang begitu tebal melindungi simpanan emas, perak dan segala dokumen penting oleh berlainan pemilik.

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Hadapan Public Safe
Ya Tuhan... Gembiranya kami dapat mengenali Public Gold dengan lebih dekat. Kami juga dibawa mengunjungi PG Gold Museum, satu-satunya muzium emas di Asia Tenggara. Ada live show bagaimana melebur dan membentuk perak, dapat pula pengalaman mendulang emas. Kami berjaya mengumpul 6 butiran emas semasa mendulang emas. Boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. =)
PG Gold Museum
Mendulang Emas
SIP kali ke 14 ini sedikit berlainan warnanya kerana kami diberi peluang menaiki sunset cruise, lalu di bawah jambatan Pulau Pinang, wowww.!! Santai istimewa dalam cruise yang berharga RM6juta bersama keluarga Public Gold. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah..

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Sales Incentive Program 14th - Sunset Cruise
Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Cruise Mewah
Saya sarankan agar anda merebut peluang menghadirkan diri ke PG SIP ORIENTATION akan datang. Bercuti sambil menuntut ilmu emas. Untuk maklumat lanjut SIP yang akan datang, sila klik sini.

Berbalik kepada emas Public Gold. Emas Public Gold disertakan dengan sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer. Jadi, kita tidak perlu risau tentang ketulenan emas tersebut, memang tulen lah.!
Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi

Perkara penting yang anda perlu tahu, sejak tahun 2008 emas Public Gold tidak pernah ada masalah ketulenan. Juga, tidak pernah ada pembeli yang tidak mendapat emas. Setiap pembeli hanya perlu membayar harga emas mengikut item yang diingini dan untuk pengeluaran hanya perlu membayar caj premium (kos pengangkutan emas dari Turki) sahaja. Tiada yuran tersembunyi atau apa-apa yuran keahlian. Ini membuktikan rekod jual beli emas Public Gold telus, dipercayai dan berkredibiliti.

Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
HQ Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Pinang
Selain platform jual beli yang telus dan dipercayai, kita boleh melihat kekukuhan dan kredibiliti Public Gold berdasarkan sistem online yang digunapakai iaitu Oracle. Sistem database Oracle ini mampu menampung kapasiti besar dan backup segala data online. Hanya syarikat besar dan kukuh sahaja yang mampu menggunakan sistem hebat ini.
Public Gold Dipercayai Kerana Kredibiliti Tinggi
Terbaru, Tuan Azizi Ali (tengah) iaitu mentor kewangan yang tersohor di Malaysia juga penulis lebih daripada 30 buku bestseller kewangan dan hartanah telah menjadi sebahagian ahli (partner) Public Gold. Bersama-sama beliau di sebelah kiri Tuan Azizi adalah Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Zero Hutang dan penasihat kewangan serta speaker rasmi Public Gold dan sebelah kanan sekali ialah Tuan Syukor Hashim, penulis buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas yang juga speaker rasmi Public Gold. Mereka inilah mentor/sifu kewangan kami.

Jika orang-orang hebat ini memilih Public Gold, kenapa tidak anda ?

Walaupun emas Public Gold bukanlah yang paling murah, tetapi ianya adalah emas yang mempunyai kredibiliti tinggi dan permintaan yang banyak. Senang beli, senang jual balik, spread antara terendah (4.5%-8% sahaja) dan ada 20 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore dan terbaru telah menembusi pasaran Indonesia!

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

#1 - Harga emas 
#2 - Ketulenan emas 
#3 - Stok tiada had 
#4 - Cawangan banyak 
#5 - Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
#6 - Tidak cerewet 

Mana-mana emas yang bermasalah walaupun hanya 1 daripada 6 kriteria di atas, pelabur boleh mengalami kerugian yang besar. Saya berani katakan, syarikat emas Public Gold adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia setakat ini kerana telah mengungguli kombinasi 6 kriteria terpenting tersebut.

Jadi, pilihlah platform yang telus, selamat dan berprestasi hebat serta kukuh untuk memulakan simpanan atau pelaburan emas fizikal anda.

Yaa, Public Gold dipercayai kerana kredibiliti yang tinggi.! =)
Ini fakta bukan auta.

Wallahua'lam, renung-renungkan dan selamat beramal.! ^^

Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki

Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki
Ilmu menguruskan risiko

Apa kaitan antara Risiko dan Rezeki?risiko, 
Sebenarnya, risiko adalah rezeki. Risiko dalam bahasa inggeris disebut 'risk' yang diambil daripada perkataan bahasa arab yaitu 'rizq' yang bermaksud rezeki. 

Maksudnya, jika kita tidak mahu langsung mengambil risiko dan tidak ada kemahiran menguruskan risiko maka kita tidak akan dapat menjemput rezeki masuk ke dalam rumah kita.

Saya pernah terbaca seorang tokoh yang berjaya (lupa namanya) mengatakan bahawa salah satu kunci kejayaan seseorang usahawan terletak kepada keberanian mengambil risiko. Kalau berani ambil risiko, maka rezeki akan datang.

Jika difikirkan, memang betul orang yang tidak berani mengambil risiko, mereka tidak akan buat apa-apa dan tidak akan dapat mendatangkan apa-apa hasil. Ramai orang bertangguh untuk bertindak kerana takut gagal, padahal bertangguh itu sendiri merupakan kegagalan yang sudah nyata. Dalam kehidupan ini, risiko tetap harus kita ambil kerana bahaya terbesar dalam kehidupan adalah tidak berani mengambil risiko.

Risiko memang perlu diambil,
Tetapi perlu dikawal.

"YOU CAN'T WIN UNLESS YOU LEARN HOW TO LOSE"

Deliberation by Dr Daud Bakar on the above quote:

"Great. Once you managed to avoid loss factors, you are on the right track to win. It doesn't matter whether you really won, but you are away from all factors that can bring you down. We just need a good time to be the winner. Winning is also a process as much as avoiding loss is also a process."

TIADA KEUNTUNGAN TANPA RISIKO

Ia bertepatan dengan kaedah syariah "al-ghunm bil ghurm- الغنم بالغرم) yang terpakai apabila melibatkan muamalat.

Tiada keuntungan tanpa risiko. Apa jua aktiviti ekonomi yang sebenar akan melibatkan Risiko. Dalam erti kata lain, untuk mengaut keuntungan, mesti kerja dan usaha. Dalam kerja dan usaha ada risiko. Dari situ jualah kita berhak mendapat untung dan modal.

Jangan mencari-cari matematik pelaburan yang kononnya dapat menyukat risiko dengan tepat. Jangan cari kaedah melabur yang perfect 100%. Jangan buang masa mahu menjadi pelabur yang sempurna, langsung tidak pernah rugi kerana ianya tidak wujud.

Jadi, jika anda ditawarkan oleh syarikat/pihak tertentu yang menjanjikan pulangan keuntungan tetap (samada hibah/hadiah/faedah) setiap bulan/tahun yang tak logik, tutup mata dan telinga, lari jauh-jauh!😎

Ingatlah, pelaburan emas fizikal khususnya adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, ia bukanlah skim cepat kaya yang penuh dengan penipuan yang menjanjikan pulangan dalam masa terdekat.

MELABURLAH KE DALAM DIRI ANDA SENDIRI

"Apakah pelaburan terbaik untuk diri saya?"

Inilah soalan yang paling kerap ditanya kepada Tuan Azizi Ali (pakar kewangan). Hakikatnya, soalan ini kerap sangat ditanya sehingga seolah-olah ianya telah menjadi bayang-bayang yang mengekori ke mana sahaja beliau pergi.

Jawapan yang selalu Tuan Azizi Ali berikan ialah "Melaburlah ke dalam diri anda sendiri."

Mereka yang bertanya selalunya akan mengerutkan muka tanda kecewa. Majoriti, jika tidak kesemuanya, sebenarnya menunggu-nunggu tip-tip dengan harapan dapat membuatkan mereka kaya dalam masa semalaman, menyelesaikan semua masalah mereka dan memastikan hidup mereka bahagia selama-lamanya seperti kisah Cinderella. 

Hakikatnya tidak ada pelaburan yang sempurna, semuanya ada risiko tersendiri.

"Melaburlah ke dalam diri anda sendiri", apa yang dimaksudkan ialah untuk menambahkan ilmu secara berterusan. 

+ melanjutkan pendidikan dengan mendapatkan sijil atau ijazah yang lebih tinggi. 
+ membaca buku, majalah, mendengar kaset motivasi dan menghadiri seminar. 
+ bertanya soalan, memerhati dan mendekatkan diri dengan orang yang telah berjaya. 

Dengan melakukan semua ini, anda sebenarnya memperbaiki diri anda dalam segenap aspek.

Mengapakah pelaburan terbaik yang boleh dibuat ialah ke atas diri kita sendiri? 

Jawapannya mudah sahaja kerana ia tidak hanya membayar 10 kali ganda wang yang telah kita laburkan, malahan juga akan mengajar kita cara bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut dengan lebih bijak. 

Apa yang lebih penting lagi ialah memastikan kita dapat menyimpan sebahagian daripada wang tersebut. Ia pasti akan memberikan pulangan pelaburan beratus kali ganda lebih daripada pelaburan lain yang boleh kita buat. 

Dengan kata lain, ilmu akan membantu kita menjadi kaya, menikmati kekayaan dan kekal kaya! ^^,

BAGAIMANA MENGURUSKAN RISIKO

Menurut Tuan Azizi Ali, "risiko" adalah kembar siam bagi pelaburan. Kalau melabur, jangan hanya fikir untung sahaja, tapi bersedia juga tanggung kerugian.

Walaupun begitu, kata Tuan Zulkifli Mohd Shafie (mentor emas saya), risiko boleh diurus ibarat risiko kapal terbang bila ia terbang. Ada risiko ianya terhempas. Kapal terbang paling selamat ialah kapal terbang yang tidak terbang, tetapi kapal terbang itu tidak berguna!

Jika terlalu takut untuk mengambil risiko, hanya mahu simpan duit dalam akaun simpanan (bank), maka kita pasti menghadapi risiko yang satu lagi iaitu risiko kuasa membeli yang semakin habis ditelan akibat inflasi. Betul, duit dari segi nombonya tidak nampak hilang akibat turun naik harga misalnya, tetapi kuasa membeli (nilai) duit tersebut hilang tanpa kita sedar.

Orang yang faham dan tahu tentang sejarah wang kertas, institusi perbankan, inflasi, kepentingan emas dan perak, pasti tidak akan membiarkan wang tunai berlebihan dalam tangan. Dalam konteks duit simpanan, membiarkan duit dalam akaun bank tanpa dilaburkan, ia sangat berisiko. Risiko paling utama ialah ia susut di makan INFLASI dan KEBOCORAN WANG.

Memahami Kaitan antara Risiko dan Rezeki
"Gold as protection from a dangerous combination of tremendous government debt and massive bond-buying by central banks globally trying to fight off recession with near-zero interest rates".

~ Marc Faber

Cara mengurus duit yang tidak dilaburkan (selain daripada DANA KECEMASAN) ialah menyimpannya dalam bentuk ASET FIZIKAL seperti emas. Emas kalau hanya disimpan, ia selamat dari inflasi sebab sifatnya yang memegang nilai dan mengekalkan KUASA BELI sebagaimana teori 1 dinar dan seekor kambing. Nilainya dipegang kuat oleh BERAT & KETULENANNYA sendiri tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak. Ia satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri.

Kesimpulannya, risiko mesti diambil. Kemahiran menguruskan risiko mesti ada. Kemahiran ini adalah sesuatu yang dapat dipelajari dan bukannya bakat.

High skill, high return.
Low skill, low return.

Wallahua'lam.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui

Seminggu dua ini harga emas meningkat naik. Ada yang gembira dan tak kurang juga yang susah hati. Bagi mereka yang beli emas untuk sekadar 'buy low, sell high', inilah masa mereka menjual untuk merasa keuntungan. 

Tapi, bagi mereka yang membeli emas fizikal untuk melindungi kekayaan, terutamanya daripada bencana kewangan, mereka tidak akan membazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Mereka akan terus konsisten membeli emas walau dalam apa jua keadaan harga emas, yang paling penting, gram emas yang telah mereka miliki terus bertambah.  Jadi, kuncinya, tetapkan dulu posisi anda di mana dalam dunia emas.

Hakikatnya harga emas baru di sekitar $1360++, jauh lagi perjalanannya dan emas memang aset yang bernilai sepanjang zaman. Pada tahun 2012, harga emas pernah mencecah $1800++. 
"Menyimpan emas tidak menjadikan kita kaya raya, tapi mampu mengelakkan kita daripada jatuh miskin".

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
Robert Kiyosaki pernah menggelar wang kertas sebagai 'funny money'

Duit RM (Ringgit) kita yang semakin melemah.. =(

Kita semua tahu bahawa sistem wang kertas adalah wang yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Ia bukan duit yang sebenar, sebab ia dikeluarkan tanpa disandarkan (backup) dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar ialah emas dan perak.

Jika anda menabung wang kertas, ianya tidak akan mempunyai kuasa beli yang sama selepas 10, 20 atau 30 tahun seperti hari ini. Inflasi akan sentiasa memakan sebahagian besar daripada simpanan anda tanpa sedar. Perlu diingat, bahawa NILAI hari ini tidak akan pernah sama dengan akan datang.

Wang kertas yang mendominasi perdagangan antarabangsa sekarang ini ialah dolar Amerika (US$). Duit kertas kita hari ni dah tidak ada kena mengena lagi dengan emas. Jika US Dollar runtuh, seluruh dunia akan runtuh sebab rizab terbesar negara kita (dan kebanyakkan negara lain di dunia) ialah foreign currency (iaitu US Dollar).

Dollar America is Dying

Prof Dr. Zuhaimy telah mengulas isu Dollar Amerika yang semakin tenat dengan begitu baik sekali. Menurut beliau, dollar terkenal sebagai mata wang dunia yang paling banyak digunakan dalam perdagangan antarabangsa. Kebanyakan mata wang dunia yang lain menjadikan US$ sebagai sandaran dan banyak negara di dunia tidak mahu US$ yang tidak bernilai intrinsik ini terus hilang daripada menguasai pasaran dunia.

Wang Sudah Mati!

Sejak peristiwa Bretton Wood, wang kertas telah menggantikan wang emas. Dollar Amerika dan wang kertas dunia lain tidak lagi mempunyai sandaran emas. Berkembangnya sistem wang kertas bersama institusi perbankan turut disertakan dengan simbol sebuah institusi riba yang menjana wang lebihan. Institusi bank berhak malah bebas daripada kuasa pemerintah untuk menentukan tahap susut dan lebihan nilai dalam percetakan wang.

Walaupun begitu, hakikatnya mata wang dollar Amerika ini semakin tenat dan secara perlahan-lahan telah mula diganti oleh mata wang kertas Euro dan Yen. Dunia perdagangan mula kurang percaya kepada dollar Amerika, menyebabkan semakin kurangnya kuasa beli wang kertas tersebut. Secara statistiknya lebih daripada 50% wang dollar Amerika digunakan di luar Amerika. Oleh itu, sebarang kekurangan kuasa beli wang kertas ini sering merungsingkan Amerika Syarikat. 

Wang kini telah berubah wajah kepada berbentuk wang elektronik (e-money) seiring perkembangan teknologi maklumat. 

"Sekarang wang bukan lagi suatu barangan atau benda yang boleh ditemui di pantai atau di mana-mana, tetapi wang telah menjadi suatu sistem. Wang elektronik ini mudah meruap dan tidak stabil dengan kadar faedah, nilai saham, nilai wang kertas dan nilai bon turun naik tanpa kawalan lagi. Kini wang khasnya dollar Amerika merupakan nombor-nombor dalam akaun simpanan, menjadi nombor-nombor di London Stock Exchange, seterusnya berubah ke indeks Nikkei, kemudiannya menjelma sebagai Euro dan seterusnya bertukar kepada Rupiah, yang kemudiannya mengambil dollar Amerika dalam kuantiti yang lebih banyak daripada asal". ~ Kurtzman dalam bukunya The Death of Money. 

Kini pedagang antarabangsa mula mencari alternatif kepada dollar Amerika kerana setiap syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa akan merasai kerugian yang berlaku disebabkan kadar pertukaran mata wang. 

Ringgit Malaysia adalah wang kertas yang disandarkan kepada dollar Amerika. Jadi, oleh kerana sifat wang kertas Ringgit Malaysia sama dengan sifat wang kertas Dollar Amerika, maka sudah tentu kemerosotan dollar bermakna kemerosotan Ringgit Malaysia. Kehancuran Dollar Amerika juga kehancuran Ringgit Malaysia. 

Oleh kerana hampir semua wang kertas bersandarkan dollar Amerika, semua kerajaan berkewajipan untuk melindungi wang kertas ini. Alangkah beruntungnya mereka...alangkah bodohnya dunia lain. Mereka boleh melakukan apa sahaja tetapi negara lain yang menanggungnya. Sedarlah bahawa kuasa khayalan ini tidak akan kekal lama dan dengan izin Allah, akan tiba masa kehancurannya. OLEH ITU BERSEDIALAH DENGAN WANG ALTERNATIF SEBELUM TERLAMBAT... Sedarlah tentang hakikat sebenar wang kertas.

Matawang fiat - matawang bernilai sifar!

Wang kertas tidak akan berharga tanpa jaminan nilai daripada kerajaan untuk diterima masyarakat sebagai alat tukar. Atas sebab inilah, wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
Gabernor Bank Negara yang berkuasa memperakukan nilai Ringgit kita

Jika berlaku hyper inflasi, peperangan, penjajahan, bencana, dll boleh menyebabkan wang kita tidak diakui lagi nilainya.

Hakikatnya, wang kertas yang kita pegang harini tidak akan dianggap sebagai wang lagi belasan atau puluhan tahun daripada sekarang.

Buktinya, syiling $1 yang pernah dipakai rakyat Malaysia suatu masa dahulu kini hanya boleh dijadikan hiasan dan koleksi lama.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui
RM1 yang dah tidak laku digunakan sekarang

Jelas, wang fiat semakin lama semakin tiada nilai, tetapi berbeza dengan emas yang semakin lama disimpan, semakin tinggi pula nilainya.

SIMPAN WANG KERTAS SEKADAR KEPERLUAN

Pakar-pakar selalu mengesyorkan, simpan wang kertas sekadar nak pakai sekitar 3 - 6 bulan pendapatan sahaja. Selebihnya tukarkanlah kepada aset fizikal seperti emas, perak, rumah, tanah dll. Jangan biarkan duit terbiar dalam bentuk tunai berlebihan.

Mereka yang tahu tentang emas, sejarah matawang, dan penipuan dalam sistem matawang dunia,  akan sedar bahawa risiko simpan mata wang kertas jauh lebih besar berbanding turun naik harga emas. Mereka tidak akan membiarkan simpanan duitnya terbiar dalam bentuk tunai yang berlebihan & mula menjadikan emas sebagai INSURAN KEWANGAN.

CARA MENGEMBANGKAN & MENYELAMATKAN 'NILAI DUIT'

Anda boleh 'kembangkan' duit melalui bisnes, dropship, asb, unit trust, tabung haji, pelaburan saham, pelaburan hartanah, dan sebagainya.

Manakala CARA terbaik untuk 'selamatkan nilai' duit anda adalah dengan 'menukarkan' sekurangnya 10% daripada simpanan tunai RM anda kepada aset yang dikenali sebagai 'safe heaven' iaitu jongkong emas (gold bar) atau syiling emas (dinar emas). Kerana emas kalis inflasi dan dapat mengekalkan kuasa beli., sebaliknya wang kertas hanya bergantung pada persepsi dan 'confidence' sahaja.

Hakikat Wang Kertas Yang Perlu Anda Ketahui

Usaha untuk merealisaikan kembalinya Dinar Emas sebagai wang atau alat pertukaran mesti diteruskan. Apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam khususnya sekarang ini sekurang-kurangnya memiliki dinar emas secara fizikal.

Dominasi terkecil dinar emas yang ada sekarang adalah 1/2 dinar sehinggalah yang terbesar iaitu 10 dinar dan anda boleh mulakan dengan serendah 1 gram emas dengan modal yang rendah.

Ayuh sama-sama kita merealisasikan wawasan Public Gold untuk menjadikan emas sebagai 'medium of transaction'. Emas adalah alternatif terbaik kepada dollar Amerika dan matawang kertas yang lain.

Wallahua'lam.

Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu

Cara Atasi Rasa Takut Terhadap Perkara Baru Yang Perlu Anda Tahu
1001 langkah bermula dengan langkah pertama
Tanpa langkah pertama tidak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Kejayaan kita hari esok adakah kesan daripada tindakan kita hari ini.

Rasa takut merupakan penyebab utama mengapa ramai yang tidak mahu mula membuat sesuatu yang baru.

Rasa takut ini adalah kerana beberapa faktor;
+ takut rugi
+ takut tak menjadi
+ takut cemuhan rakan
+ takut rejection

Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain di fikiran mereka yang mahu mula melangkah. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu malah sukar bertindak untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. 

#1- Berhenti berfikir mengenai perkara yang kita takuti.


Berfikir perkara-perkara yang kita takuti, menjauhkan kita daripada membuat tindakan. Ini akan menurunkan produktiviti harian. Hidup dalam ketakutan akan membuatkan kita kurang motivasi diri. Emosi negatif akan membawa tindakan & hasil yang negatif. Sebaliknya emosi positif akan melahirkan tindakan & hasil yang positif pula. Hidup ini sentiasa ada pilihan.

#2- Tetapkan matlamat & buat perancangan untuk mencapainya.


Setelah ada matlamat, rancang untuk capai bermula dengan mencari ilmu. Atasi ketakutan untuk bermula dengan mendapatkan ILMU yang betul tentang perkara yang kita ingin ceburi. Segala risiko dapat diminimakan dengan ilmu. 

Jika kita ingin bina tabungan untuk jangka masa panjang tapi simpanan selalu 'bocor', kita mungkin akan simpan dalam bentuk emas. Jadi, mula belajar bagaimana cara membeli emas dengan betul & menguntungkan. Biar beli dengan kesedaran, bukan ikut-ikutan. Jika kita betul-betul mahu mencapai matlamat, tidak sukar untuk membuat perancangan. Apa-apa pun, matlamat boleh dicapai dengan berbagai cara. Pastikan kita pilih cara yang terbaik.:-)

Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Dapat sesuatu? #caretoshare ^^,

Nak belajar Ilmu Emas..?
Rajin-rajinlah ziarah ke sini {www.nuqudnabawi.com}

Sebelum Beli Emas, Pastikan Anda TAHU Hal Ini



Sebelum Beli Emas, Pastikan Anda TAHU Hal Ini
Jangan Malu Bertanya..
Cuba tanya soalan ni sebelum membeli emas:

"ADAKAH EMAS INI BOLEH DIJUAL SEMULA JIKA DIBUKA PLASTIK @ BERLAKU KECACATAN PADANYA? & BERAPA SPREAD EMAS TERSEBUT?

Sebelum membeli emas, sebaiknya anda bertanya individu/syarikat yang menjual emas tersebut samada mereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut jika:

+ Plastiknya dibuka
+ Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.

Ada 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:

+ Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sealnya dibuka, ada kesan calar, gores dan bengkok. Tetapi ada penambahan susut nilai.
+ Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesan calar, gores atau bengkok.

Anda perlu tahu, kalau seal emas anda dibuka, spread emas anda akan jadi 25% - 30% sebab emas tersebut dianggap sebagai USED GOLD (emas terpakai). 

Kesilapan Utama kebanyakan pelabur emas ialah tidak memeriksa berapa susutnilai atau lebih tepat disebut spread sebelum membeli emas. (Baca lebih lanjut di sini).

Tahukah anda, bahawa kadar spread used gold yang PALING NIPIS dalam pasaran buat masa sekarang hanyalah emas jenama Public Gold iaitu hanya 4.5 - 8% sahaja!

Emas Public Gold paling diterima meluas ar-Rahnu dan buat masa ini, hanya ar-Rahnu POS (arrahnu terbesar di Malaysia) sahaja yang menerima emas Public Gold TANPA PERLU BUKA SEAL, tanpa perlu test ketulenan. Ini disebabkan reputasi tinggi yang dimiliki emas jenama Public Gold.

Semua emas keluaran Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24k) dan satu-satunya emas di Malaysia yang bebas GST buat masa ini serta diiktiraf LBMA (London Billion Marketing Association). 

Oleh kerana itu, semua item emas keluaran Public Gold ber'sealed'. Kebiasaannya, pajak gadai tidak akan menerima emas yg berseal kerana ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan. Anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas!

Tapi..dengan Public Gold, anda tidak perlu risau lagi. Anda boleh pergi ke mana-mana pajak gadai yang menjadi rakan niaga Public Gold seperti berikut dan boleh menggadaikan emas anda dengan mudah;

1. Ar-Rahnu Pos Malaysia.
2. Bank Rakyat.
3. Agro Bank.
4. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad.
5. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia.
6. Koperasi Dagang Emas.
7. Bank Muamalat.
8. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Kelantan Berhad.
9. Bank Islam.
10. Ar-Rahnu Xchange.

Kenapa bayar lebih untuk mendapatkan emas yang sama ketulenannya? 

Pilihlah produk Public Gold dengan harga lebih murah, stok tiada had, packaging menarik, ekslusif, spread nipis, o% GST, bertaraf antarabangsa, cawangan jual beli banyak, jaminan beli balik yang tidak cerewet dll. (Baca Kelebihan Utama Public Gold di sini).

Wallahua'lam.

Kriteria Penting Emas Raih Keuntungan Maksimum

Apakah yang dimaksudkan berILMU dalam pelaburan Emas?

✔ mengetahui bagaimana memilih emas pelaburan yang betul 
✔ membeli daripada institusi yang betul 
✔ membeli emas yang mempunyai spread (susutnilai) yang betul
✔ mengetahui cara menyimpan emas di tempat yang betul
✔ bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas.

*Untuk mempelajari semua perkara di atas, sila klik Tip Bijak Melabur Ilmu Emas =)

Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh mengalami kerugian yang banyak.
Melabur jangan sampai lebur..!

Harga emas dunia sangat dipengaruhi antaranya oleh nilai mata wang dollar Amerika, permintaan yang banyak dan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Tetapi apa yang lebih penting untuk anda ketahui ialah, harga emas yang murah semata-mata belum tentu menguntungkan.

Emas paling murah tidak semestinya terbaik untuk pelaburan. Sebagai contoh, emas Public Gold bukanlah yang paling murah, tetapi ianya adalah emas yang mempunyai kredibiliti tinggi dan permintaan yang banyak. Senang beli, senang jual balik. Spread emas hanya sekitar 4.5 - 8% sahaja dan ada lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore dan terbaru telah menembusi pasaran Indonesia!

Bagi memaksimumkan keuntungan, penyimpan/pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

#1 - Harga emas 
Semakin murah harganya maka semakin baik.

#2 - Ketulenan emas 
Sebaiknya emas 999.9 & disertai sijil ketulenannya.

#3 - Stok tiada had 
Mudah diperoleh samada harga rendah atau tinggi.

#4 - Cawangan banyak 
Mudah urusan jual beli.

#5 - Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
Spread tidak melebihi 10%.

#6 - Tidak cerewet 
Jaminan beli balik yang tidak cerewet; syarat-syarat yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dll.

Mana-mana emas yang bermasalah walaupun hanya 1 daripada 6 kriteria penting di atas, pelabur boleh mengalami kerugian yang besar.

Saya berani katakan, syarikat emas Public Gold adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia setakat ini kerana telah mengungguli kombinasi 6 kriteria terpenting tersebut untuk meraih keuntungan yang maksimum;

1. Harga antara termurah
2. Spread antara terendah
3. Cawangan jual beli banyak
4. Stok tiada had
5. Disertai sijil Ketulenan
6. Jaminan beli balik yang tidak cerewet

Jadi, pilihlah platform yang telus, selamat dan berprestasi hebat serta kukuh untuk anda memulakan simpanan@pelaburan emas fizikal anda.

Fast Action, Fast Result!

Wallahua'lam.

POS Malaysia Jalin Kerjasama Bersama Public Gold

Reputasi tinggi yang dimiliki oleh Public Gold telah memberikan keyakinan kepada POS Malaysia untuk bekerjasama dan memasarkan emas Public Gold. 

Public Gold adalah syarikat jual beli emas terunggul di Malaysia kerana menawarkan emas memenuhi 3 kriteria Investment Precious Metal yang dikecualikan GST :

1. Berketulenan 999.9%.
2. Dalam bentuk jongkong (Gold Bar), koin (Dinar Emas).
3. Diiktiraf LBMA (London Bullion Market Association).


Adakah Emas Anda Boleh Digadaikan di Ar-Rahnu?


Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya di institusi Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera. Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan.

Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank seperti Bank Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank dan Bank Islam. Institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi-koperasi tertentu.

Oleh itu, sebelum anda membeli emas, pastikan emas tersebut mudah digadaikan di Ar-Rahnu jika ada keperluan untuk anda mendapatkan tunai kecemasan. Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika ada keperluan terdesak.

Sebab apa??

Kerana ada sesetengah jenama dan design emas yang tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada juga sesetengah packaging yang tidak boleh dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau dengan Emas Public Gold, kerjasama antara POS Malaysia dengan Public Gold menyebabkan emas keluaran Public Gold sangat mudah digadaikan di arrahnu Pos seluruh Malaysia. Emas anda boleh dipajak untuk mendapatkan wang dengan mudah dan boleh ditebus semula dengan selamat.

*Ar-Rahnu POS (antara arrahnu terbesar di Malaysia) menerima gadaian semua jenis emas Public Gold TANPA PERLU MEMBUKA SEAL untuk ujian ketulenan.

Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh mendapatkan emas Public Gold Edisi POS Malaysia (terhad) di seluruh cawangan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

limited edition
Limited Edition!
📌 Oleh itu, pastikan anda mendapatkan emas Public Gold, sebab emas Public Gold paling di terima meluas oleh Ar-Rahnu. Bila-bila kalau nak pakai duit, boleh pajak emas anda dan dapatkan pinjaman bercagar dengan mudah tanpa risau lagi..!



Jom kita tengok sikit Emas Public Gold Edisi Terhad POS Malaysia yang sangat EXCLUSIVE, Sangat sesuai bagi siapa yang berminat menjadikannya sebagai koleksi (collection item) atau hadiah ;
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9
1 Gram Emas 999.9

1/2 Dinar Emas 999.9
1/2 Dinar Emas 999.9

RTM1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pernah menemubual Tuan Abd Razak Mohd A Kadir (Naib Presiden Kanan Pos Ar-Rahnu).

POS Malaysia telah melangkah kedepan menjadi 'Pusat Sehenti Emas' & memilih Syarikat pembuat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold untuk menjalin kerjasama kerana meyakini kekuatan & kelebihan yang dimilikinya.

65 cawangan ar-Rahnu Pos (dalam pejabat Pos) seluruh negara menerima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal & sedia menjual, membeli, mencuci serta menyimpan emas anda dengan harga yang kompetatif. (Lihat rakaman tersebut di sini).

Dengan kerjasama POS Malaysia dan prestasi serta kreadibiliti Public Gold, membuktikan Public Gold sangat serius dalam membantu masyarakat Malaysia khasnya menyimpan dan melabur emas fizikal dengan telus.

Jika nama besar seperti Pos Malaysia yakin dengan Public Gold, kenapa tidak anda? =)

Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar

"Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.."
Tinta Emas: Matlamat Besar Mendorong Kejayaan Besar
Simpan Aset Fizikal 
... Pagi itu terasa lebih damai. Juga lebih sepi dari kebiasaannya, kerana jiran-jiran di sekitar rumah kontrakkan kami majoriti pulang beraya di kampung masing-masing. Takbir bergema dari masjid berdekatan rumah kami. Sesekali terasa sayu, mengenangkan keluarga yang jauh di mata. Namun dalam hati tetap berkata, insyaAllah semuanya baik-baik dan bahagia berhari raya di sana. 

Usai solat aidilfitri, kami pulang ke rumah sebentar. Telekung yang dipakai diganti dengan tudung. Beg berwarna merah digalas. Sambil tersenyum memandang kakak... "Lepas pergi rumah Dr. Dewi ni, kita terus pergi rumah ibuk Rosidah kan?". "Ya. Tapi tak boleh lama-lama tau dekat rumah Dr. Dewi. Bukan apa, takut ibuk Rosidah tunggu lama je". "Ok"...

Maka selepas bersilaturrahim bersama keluarga Dr. Dewi, kami terus pecut ke destinasi seterusnya; rumah seorang kerani di kampus kami a.k.a. ibuk Rosidah :). Pagi itu tiada proses 'menyelit' berlaku, kerana jalan agak lengang. Hehe.

"Assalamualaikum ibuk.. Ini saya, Nurul. Sekarang saya sudah ada di depan Kampoeng Radja.."

"Wa'alaikumussalam. Iya Nurul, kamu langsung masuk lorong di sebelah masjid itu ya, ibuk tunggu di depan simpang rumah ibuk".

(Oleh kerana ini kali pertama kami ke rumah beliau, jadi aku telefon dulu untuk pastikan tempatnya betul. Oh ya, ibuk Rosidah memang panggil aku dengan nama Nurul. Comel kan? :P ).

Sampai saja di rumahnya, anak perempuan beliau keluar menghidangkan lontong bersama sate padang. Suami beliau pula terus duduk di hadapan kami. "Makanlah ya, ndak usah segan. Kita kan saudara, serumpun.. Bapak senang nian kamu bisa bergaul dengan kami orang Indonesia. Oh ya, kamu sudah semester berapa?"

"Semester lapan pak".

"Maksudnya kamu di Jambi ni sudah hampir empat tahun?"

"Ndak lah pak, dua tahun aja. Kami di sini transfer..".

Peramah juga suami ibuk Rosidah ni.. Cerita pengalaman bekerja di IAIN dan berurusan dengan mahasiswa Malaysia sejak batch pertama dulu. Perlahan-lahan aku suap makanan ke dalam mulut sambil mendengar apa yang beliau mahu ceritakan. Setelah beliau masuk ke dalam....

"Makanlah ya.. Kalau mau nambah silakan aja.. Rumah saya buruk, tak cantik.. Saya segan nak undang orang-orang kampus ke rumah saya.." Ibuk Rosidah memuncungkan bibirnya.

"Cantiklah ni buk, warna biru lagi.. Tenang aja." Senyum.

"Tak ada yang cantiknya.. Kalau kamu ke rumah orang-orang kampus, tengoklah rumah mereka besar-besar, mahal, cantik.. Beda dengan rumah saya". Merendah diri betul ibuk Rosidah ni..

Hmm.. Belum sempat aku membalas, ibuk Rosidah meneruskan kata-katanya.

"Tapi saya tak suka punya utang. Biarlah apa adanya, asalkan saya tak membazir. Ramai teman saya di sini 'meminjam' (baca: buat pinjaman) buat besarkan rumah sendiri, dekorasi untuk cantik-cantik. Beda dengan saya.. Uang yang saya dapat, saya simpan. Kapan cukup jumlahnya, saya bangunkan rumah untuk dikontrakkan". 

Wahh. Menarik ni. Getus hatiku.

"Berarti, ibuk kontrakkan rumah? Di mana tu?". Sengaja aku tanyakan lagi..

"Ya.. sebaris dengan rumah saya ni, ada tiga rumah. Di lorong depan ada enam".

Sembilan. Banyaknyaa... Dalam hati aku terus tertanya-tanya, macam mana seorang kerani boleh ada 9 buah rumah sewa, dan semua rumah tersebut ada penghuni.! Bijaknya ibuk Rosidah ni. 

Aku terus luahkan pertanyaan yang terdetik di hati aku tadi. Tapi macam bertapis sikit mula-mula. 

"Artinya ibuk mulai kerja di IAIN sudah lama ya?"

"Tak... ibuk baru 6 tahun. Kalau bapak, iya sudah agak lama juga sejak tahun 2000".

"Jadi, gimana ibuk bisa punya 9 buah rumah kontrakkan, kasih tau sih sama saya...". Aku sedikit tergelak. Yelah, tadi ibuk Rosidah merendah diri sangat. Rupa-rupanya, bijak membina aset dan passive income. 

"Ibuk sebenarnya masih baru di fakultas kamu, Syariah ni. 5 tahun lebih ibuk kerja di fakultas Tarbiah. Di sana selalu ada program yang ibu ikut dan programnya berbayar. Jadi gaji tambahan di situ agak tinggi. Nah setiap kali ibuk dapat uang dari program yang ibuk ikut tadi, ibu simpan di toko bangunan. Gaji pokok ibuk tak usik".

Hah? Sekali lagi aku tertanya-tertanya. Macam mana boleh simpan duit dekat kedai bangunan? Belum pernah aku dengar cara begini. Mungkinkah hanya ada di Indonesia?

"Toko bangunan?" Soalku lagi.

"Iya lah.. Simpan dengan orang di toko bangunan tu, kapan sudah cukup uang simen dan barang-barangnya untuk bangunkan satu rumah, mereka datang ke sini dan terus mulai kerja. Begitulah, sampai selesai membangunkan rumah ke sembilan di depan sana". 

"Jadi ibuk sama bapak saling membantu?"

"Tak.. ibuk uruskan sendiri sampai semua sudah selesai dibangun baru ibuk tunjukkan ke bapak. Ibuk memang niat mau kasih tau bapak kapan semuanya sudah siap. Setelah itu, ibuk ngomong dengan bapak.. Nah, ini hasilku...". Sambil tersenyum bangga.

"Ibuk tak suka membazir. Setiap kali terima uang, ibuk simpan terus di toko bangunan tu. Teman-teman yang sama ikut program dengan ibuk, sering ngajak ibuk shopping waktu kami dapat uang. Tapi ibuk tak mahu. Buat apa menghabisi uang dengan shopping? Lebih baik lah ibuk banguni rumah. Kan aset.. Tambahan lagi, ibuk syukur anak-anak ibuk semuanya kuliah tanpa utang. Sekarang alhamdulillah tinggal yang terakhir aja masih kuliah. Yang lain sudah selesai". Ceritanya sambil menunjukkan gambar keempat-empat anak beliau. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Aku masih ada pertanyaan. Belum sempat aku bertanya...

"Tak apalah rumah saya buruk, asalkan saya punya simpanan masa depan, punya rumah yang dikontrakkan, anak saya semuanya tidak berutang untuk biaya kuliah. Hidup begini lebih tenang. Tak perlu sibuk mikirin soal utang. Kadang-kadang saya kasihan dengan teman-teman saya. Dulu kami sama-sama sering ikut program kerja, sama-sama dapat gaji tambahan. Tapi mereka tak mahu dengar nasihat saya. Saya ini orangnya berprinsip. Kalau saya memang mahu sesuatu, saya tak mudah dipengaruhi orang untuk berhenti mengusahakan keinginan saya".

"Jadi, ibuk simpan emas juga?"

"Ya, benar. Dari dulu saya simpan terus. Belum pernah lagi saya jualkan. Siapa tahu kapan kapan kita perlu uang, barulah nanti saya pikir untuk jual". 

Aku senyum. Kagum dengan tabiat menyimpan dan pengurusan kewangan beliau. Ibuk Rosidah memang seorang yang bijak dan bermatlamat. Bijak merancang dan berusaha merealisasikan matlamatnya. Ia bukan soal berapa banyak gaji, tetapi berapa banyak simpanan. Hakikatnya orang yang berjaya tidak gemar memberikan alasan, sebaliknya melangkah menyusun tindakan demi tindakan.

...
Alhamdulillah. Kedatangan kami ke rumahnya mendapat inspirasi, bukan saja dapat bersilaturrahim. Haa.. siapa kata raya di perantauan ni membosankan? Bahagia itu ketika kita memilih untuk merasainya :)

Jika kita seorang yang bermatlamat dan berprinsip, kita teguh dan tidak mudah cair dengan godaan sekeliling. Walau apapun cabaran, kita tetap melangkah ke depan. Mungkin hari ini hasilnya belum begitu memberansangkan, namun jika konsisten mengusahakan yang terbaik, pasti ada kejayaan menunggu di depan.

Jika sering mengalami kebocoran wang, maka bersegeralah mencari ubatnya. Ubah tabiat gemar berbelanja dan pupuk tabiat menyimpan.

Beli Emas Beli Hartanah


Bagi saya, emas dan hartanah kedua-duanya merupakan instrumen yang bagus. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatannya. Kita boleh menjana keuntungan jika didasari dengan ilmu yang betul. Itu kuncinya, ILMU.

Beli emas sekarang ni semudah ABC, hanya di hujung jari je. Lebih-lebih lagi dengan GAP (Gold Accumulation Program) yang diperkenalkan Public Gold bertujuan memudahkan masyarakat menabung emas bermula serendah 1 gram dengan konsisten tanpa komitmen. Tukarkanlah sebahagian simpanan tunai anda kepada aset emas yang mampu melindungi nilai simpanan jangka masa panjang. Emas sangat ideal dijadikan simpanan jangka panjang yang mudah dicairkan kerana ianya insurans sebenar kewangan anda. Dengan menyimpan emas, kita mampu menutup kebocoran wang sebab ia menghilangkan NOMBOR dari kepala kita, tetapi akhir sekali akan membuatkan kita lebih kaya dalam jangka panjang, insyaAllah. Nombor-nombor itulah sebenarnya yang menggoda kita untuk berbelanja.

Beli hartanah sebagai pelaburan pula merupakan idea bijak untuk menggandakan kekayaan melalui 'hutang baik'.  Secara asasnya ada 2 cara untuk mendapatkan pulangan dengan hartanah, iaitu dengan (1) Pendapatan sewa dan (2) Peningkatan harga hartanah. Antara cara terbaik untuk memgumpulkan deposit membeli hartanah adalah dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit. Umpama kita mengumpul aset kecil (emas) untuk mendapatkan aset yang lebih besar (hartanah).

Apapun, semuanya bergantung kepada pilihan kita. Hidup ini adalah pilihan. Maka buatlah pilihan dengan sebaiknya. Nak tahu kenapa pentingnya membuat simpanan emas sebagai insurans kewangan anda? Baca di sini.

Wallahua'lam.

Mengapa Penting Mengenal Posisi Kita..?

Tetapkan matlamat yang jelas
Tetapkan Matlamat Yang Jelas
Sering dipesan oleh orang-orang berjaya, kita mesti kenal dan tahu di mana posisi kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Ya, di mana kita berada sekarang bakal menentukan pencapaian kita akan datang. Samada dalam jangka masa pendek, mahupun panjang. 

Bagi saya, ini #tiga sebab utama kenapa pentingnya kita tahu posisi kita sebagai apa dan di mana:

#1- Lebih Jelas Dengan Matlamat


Saya beri contoh. Kita berimpian mempunyai emas sebanyak 1 kilogram dalam tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Namun, kita nak menjadi seorang penyimpan emas atau pelabur emas? Jika kita memilih berada pada posisi penyimpan emas, kita akan tetap membeli emas dan simpan tak kira pada waktu harga emas rendah atau tinggi (mengikut benchmark kita). Kerana apa? Kerana fokus seorang penyimpan emas adalah pada GRAM, bukan pada RM.

Berbeza halnya dengan pelabur emas. Walaupun hakikatnya menyimpan emas ini merupakan suatu pelaburan yang sangat menguntungkan dan bermanfaat untuk masa depan kita, tetap ada bezanya antara istilah penyimpan dengan pelabur. Fokus seorang pelabur emas adalah pada RM. Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, pelabur membeli emas ketika harga rendah, dan menjual semula ketika harga sedang tinggi untuk mendapat keuntungan dari segi wang.

#2- Fokus Berusaha Mencapai Target


Bila kita ada target, secara automatiknya kita akan fokus dan berusaha ke arah merealisasikannya. Contoh mudah: Visi kita ingin khatam bacaan al-Quran pada setiap bulan. Lalu misinya kita pecahkan kepada dua bahagian. Pertama, setiap hari kita mesti membaca satu juzuk. Untuk mencapai bacaan satu juzuk sehari, kita mesti membaca sekurang-kurangnya 4 muka surat setiap kali lepas solat fardhu. 4 muka surat pada 5 waktu solat fardhu, jumlahnya kan 1 juzuk.! :)

Begitulah.. Jika kita ingin mencapai 12 gram simpanan emas dalam masa setahun, setiap bulan kita mesti menyimpan 1 gram. Secara kasarnya kita lihat angka "12" itu macam sedikit, tetapi cuba kita kira.. Harga semasa 1 gram emas Public Gold sekitar RM180-200. RM180 x 12 bulan = RM2160. Wahh, syukur. Kita berjaya menyimpan RM2160 dalam bentuk emas. Paling penting, 'duit' tersebut selamat i.e. tidak 'bocor' kerana kita telah pun protect ia dengan emas. Seronok bukan?

#3- Tidak Mudah Terpengaruh


Bagi saya, siapapun yang ada prinsip dalam dirinya akan teguh dan tetap melangkah biar apapun rintangan bersifat sementara yang dihadapi. Jika kita tahu posisi, maka telah ada prinsip yang berdiri di samping kita. Prinsip ini diibaratkan seperti tiang-tiang yang menyokong rumah agar iateguh berdiri. 

Tahu dan jelas dengan posisi, disertai prinsip yang meneguhkan pendirian, kita akan terus maju ke depan untuk merealisasikan impian. Biar pada ketika harga emas meningkat tinggi, penyimpan emas (orang putih kata gold saver) akan tetap membeli dan menyimpan emas. Mata dan jiwa mereka tertumpu pada bilangan GRAM, bukan bilangan RM. 

Belum kenal posisi anda dalam dunia emas? Baca artikel terdahulu di sini. Jangan lupa ambil pen dan kertas, kemudian tuliskan posisi anda serta matlamat yang ingin anda capai. Lekatkan kertas tadi di tempat yang membolehkan anda selalu melihatnya. Semoga berjaya.! =)

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

KHAS BUAT 'PENCINTA ILMU'
[MESTI HADIR] JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!
"Manusia lebih memerlukan kepada ilmu berbanding keperluan mereka kepada makanan dan minuman. Ini kerana, seseorang itu memerlukan kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sahaja sehari. Sedangkan keperluan manusia kepada ilmu adalah sebanyak bilangan nafasnya."

Ingin mendapatkan EMAS PERCUMA???
ILMU EMAS PERCUMA???
Hanya di UNIVERSITI EMAS PUBLIC GOLD.!

Public Gold sangat komited untuk melahirkan masyarakat yang membeli emas dengan kesedaran & ilmu yang betul. Sebab itu Public Gold sentiasa menganjurkan seminar percuma untuk memandaikan masyarakat di seluruh negara demi mencapai matlamat tersebut.

 >> MEGA SEMINAR SEPANJANG APRIL 2017 <<
"Pendedahan Asas Kepada Emas Sebagai Pelindung Kejayaan"

Ada yang menarik di Seminar Emas Public Gold, Jom =)

✔ Cabutan bertuah jongkong emas berjumlah 50gram secara percuma.
✔ Fire Sales (jualan emas bawah harga pasaran).
✔ Introducer Award.
✔ Promosi menjadi Dealer.

*Program Adalah Terbuka, Umum & masuk adalah PERCUMA!!

Maklumat program:
Insyaallah SEMINAR EMAS PUBLIC GOLD Sepanjang Bulan April adalah Seperti Berikut :

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold


Adakah anda sedang mencari peluang perniagaan?


Public Gold menawarkan peluang keemasan kepada individu yang bersemangat seperti anda untuk menyertai kami!

Jom, hadirkan diri untuk menghadiri Business Opportunity Presentation (BOP) bagi mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan kami.

Jadi, tuan Puan yang membeli emas bukan sahaja untuk simpanan jangka masa panjang tetapi ingin mengambil peluang menjana keuntungan besar pada semua keadaan harga emas (naik atau turun) digalakkan hadir BUSINESS OPPORTUNITY PREVIEW (BOP) yang julung-julung kali diadakan oleh Public Gold.

Bagi dealer emas Public Gold, harga naik dah memang untung, harga emas turun mendadak lebih besar keuntungannya sebab seorang dealer sentiasa berada di 2 POSISI, iaitu PELABUR/ PENYIMPAN dan posisi sebagai PENIAGA.

InsyaAllah sesi BOP ini akan membongkar perkara-perkara berikut:

1. Mengapa produk emas Public Gold mudah dan menjadi pilihan untuk menjana pendapatan?
2. Bagaimana menjana keuntungan pasif dan aktif dengan produk emas Public Gold?
3. Apakah cara untuk membina empayar emas Public Gold sebagai punca pendapatan utama dan kerjaya yang menjamin masa depan?

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold

Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold


>> PERCUMA <<
Daftar : whatsapp; nama penuh > lokasi ke +6013-360 9680 / +6013-317 3107 untuk dapatkan maklumat lanjut dan bimbingan yang betul secara percuma seumur hidup ^^,


Seminar Emas PERCUMA di Universiti Public Gold
Public Gold Branches (klik gambar untuk lihat lebih jelas)

===========================
SOALAN KERAP DITANYA? (FAQ)
===========================
#1- Betul ke Seminar Ini Percuma??

Benar ianya percuma seperti yang tertera dalam Poster.

#2- Bagaimana untuk mendaftar?

Sesiapa yang belum ada akaun GAP,  boleh berhubung dengan saya/pengedar/cawangan yang berdekatan dengan anda, untuk melayakkan anda untuk memenangi cabutan bertuah (emas percuma)! Boleh juga daftar secara walk-in dan sertakan PG kod introducer yang anda yakini boleh memberi bimbingan yang betul.

#3- Kalau tidak mendaftar apakah saya akan dibenarkan masuk?

Pendaftaran bertujuan untuk anggaran penyediaan tempat. Peserta akan tetap dibenarkan masuk dan tiada halangan walaupun tidak mendaftar tetapi tidak berpeluang untuk memenangi 50gram emas secara percuma.

P/S: Dalam Mega Seminar akan diadakan jualan emas dengan harga paling murah di Malaysia. Harga tersebut hanya akan dapat dalam mega seminar sahaja. Jadi stand-by duit ye. :-)

Knowledge + Action = Success! =)


Selamat Menuntut Ilmu.

Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik

buatlah pilihan terbaik
Life is a Choice
Hidup adalah pilihan
maka segala sesuatu yang telah terjadi,
yang sedang terjadi, dan akan terjadi
adalah hasil pilihan kita

Hidup ini hanya sebentar, hanya sekali
Hidup seperti mana yang kita pilih?

Tepuk dada, tanya diri dengan penuh kesedaran. =) 

"Ketahuilah! Sesungguhnya bila kalian bersabar atas kesusahan yang sebentar sahaja, maka kalian akan menikmati kesenangan yang panjang." ~ Thariq bin Ziyad

Satu Masa Satu Pilihan


Perkara yang sangat jelas, manusia tidak boleh membuat dua pilihan yang sama dalam satu masa. Kerana apa? Pilihan itu ibarat fokus kepada kamera, kita tidak boleh membuat dua fokus kepada gambar yang sama. Ketika anda membaca tulisan ini, bererti anda meninggalkan pilihan untuk melihat paragraf yang ada sebelum dan selepas tulisan ini. Jadi, terang lagi bersuluh bahawa anda tidak akan mampu untuk memilih dua perkara bersamaan bukan?

Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Fokus hanya boleh dibuat pada satu pilihan sahaja
Apabila kita memilih untuk menjadi beriman maka pada saat yang sama, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi orang yang kufur kepada Allah. Apabila kita taat kepada Allah, kita tidak mungkin bermaksiat kepada Allah dalam waktu yang sama.

Begitulah halnya dengan pengurusan kewangan anda.

Orang yang memilih untuk menabung dengan perancangan yang jelas maka pada saat yang sama, dia memilih untuk mengelakkan diri daripada kebocoran wang. Pada saat kita memilih untuk berjimat cermat, pada masa yang sama pula, kita meninggalkan pilihan untuk menjadi boros.

Setiap Perbuatan Harus Sesuai Dengan Pilihan

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya..." (Q.S Yunus (10): 26)
"Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan mendapat balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan.." (Q.S Yunus (10): 27)

Seorang mukmin yang menginginkan syurga Allah di akhirat kelak, tentu dia akan menyesuaikan setiap perbuatan dan pilihannya di dunia agar selaras dengan perintah dan larangan Allah.

Dengan penuh kesedaran, setiap pilihan yang dia buat akan mendekatkan atau menjauhkan daripada syurga Allah.

Apabila seseorang tidak mahu menyesuaikan seluruh  perbuatannya dengan perintah dan larangan Allah maka sebenarnya dia telah memilih tempat akhirat selain syurga bagi dirinya sendiri.

Sama keadaannya ketika seseorang menginginkan kedudukan ekonomi yang stabil seperti memiliki dana pendidikan anak, dana persaraan, dana untuk menunaikan Haji dll.... Jika dia bersungguh-sungguh dan serius dalam keinginannya itu maka dia akan selalu membuat pilihan-pilihan yang berkorelasi dengan keinginannya itu. 

Dia akan berusaha membuat simpanan khas mengikut tujuan dengan menabung sedikit-sedikit secara konsisten. Dia akan semakin bersemangat mencari rezki yang halal untuk menyokong rancangannya. Dia akan membuka buku-buku ihwal kewangan dan yang berkaitan untuk menimba ilmu yang betul. Dia juga akan melaburkan wangnya kedalam beberapa jenis pelaburan yang dia yakini boleh memberikan pulangan yang besar dan yang paling penting simpanan tersebut mampu bertahan walau apapun situasi ekonomi dan matawang Ringgit Malaysia pada masa akan datang.

Adakah kita adalah 'dia' yang dimaksudkan.?? 

Wallahua'lam.


Today is yesterday
Yesterday is today

The future is shaped not only by the past 
but also by choices that we make 
and by what we think is possible.

People 
can change their Future

You can do anything you want

You can be anything you want

people can change their future
Hidup Adalah Pilihan, Maka Buatlah Pilihan Terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign