Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas

Di Malaysia, terdapat 2 cara untuk kita menyimpan dan melabur emas. Iaitu samada dalam bentuk pelaburan emas fizikal atau dengan membuat pelaburan emas melalui membuka akaun simpanan emas. 

Persoalannya, melabur dalam Akaun Pelaburan Emas di bank atau beli emas fizikal, mana yang lebih baik??

1. Emas Fizikal


Emas fizikal ialah jongkong emas (gold bar), syiling emas (dinar) dan emas hiasan (barang kemas). Antara 3 pilihan yang ada, pelaburan emas dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) merupakan yang terbaik jika dibandingkan pelaburan emas dalam bentuk emas hiasan (barang kemas). 

Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas
Emas Fizikal Pilihan Terbaik
Ini kerana, jongkong emas dan syiling emas mempunyai bentuk dan berat yang standard, oleh itu, sebarang jualan dan pembelian emas akan lebih mudah. Selain itu, emas hiasan juga mempunyai harga yang tinggi kerana kos upah membentuk emas tersebut serta nilai susut emas hiasan adalah tinggi, iaitu kira-kira 25-40%. 

Oleh sebab itulah pelaburan dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) adalah yang terbaik, dimana anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas. Sebaliknya, pelaburan emas hiasan menjadi pilihan terbaik apabila kita laburkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. 

Pelaburan dengan cara ini lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan emas dari institusi yang menawarkan pembelian emas secara fizikal, kemudian bayar dan emas itu telah menjadi milik anda sepenuhnya. 

Pelaburan dalam emas fizikal ini terdapat kelebihannya kerana anda dapat secara fizikal emas yang anda beli dan anda boleh menjual atau menggadaikannya pada bila-bila masa. Bagi mereka yang bijak, emas akan disimpan sebagai aset kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan kerana nilainya yang meningkat pada masa akan datang.


Kelebihan yang tedapat pada emas fizikal : 
  • Mudah dibawa 
  • Mudah ditunaikan 
  • Boleh digadaikan 
  • Nilai ‘spread/susut nilai’ (perbezaan harga jualan dan belian) yang rendah 
  • Urusan dan waktu jual beli fleksibel 
  • Patuh Syariah 
  • Selamat daripada dibekukan pihak Bank


2. Akaun emas

Sebelum memulakan simpanan dalam bentuk akaun simpanan emas, pastikan akaun tersebut patuh syariah. Hanya terdapat beberapa bank sahaja yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas yang patuh syariah, antaranya Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi.

Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas
Akaun Emas
Akaun simpanan emas ialah salah satu cara untuk anda menyimpan emas dalam bentuk buku akaun. 

Anda boleh membuka akaun simpanan emas di institusi kewangan yang menawarkan khidmat tersebut seperti Maybank, Public Bank dan sebagainya. 

Konsep yang digunakan dalam pelaburan ini adalah mudah kerana anda hanya membuka akaun simpanan emas di bank berkenaan dan anda tidak perlu risau dimana hendak menyimpan emas yang telah anda beli. 

Walaubagaimanapun, anda tidak akan mendapat emas fizikal tetapi belian emas dibuat berdasarkan harga semasa yang ditawarkan oleh bank. Belian adalah dalam bentuk tunai (RM) dan akan direkodkan di dalam buku akaun emas anda. Sama seperti rekod akaun simpanan tunai kita. Keuntungan diperolehi berdasarkan keuntungan modal yang anda laburkan iaitu berdasarkan kenaikkan harga emas. Paling penting untuk anda ketahui bahawa akaun emas yang tidak boleh dikeluarkan emas fizikal adalah tidak patuh syariah.
  • Ditawarkan oleh Maybank, Citibank, Public Bank* dalam bentuk akaun. 
  • Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit (5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank) 
  • Tiada melibatkan emas fizikal. Lihat laman web bank berkenaan. 
  • Harga tetap sama dalam satu hari walaupun berlaku penurunan harga yang mendadak, anda tetap menikmati harga yang tinggi (daily price). 
  • Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter. 
  • Emas yang anda beli tertulis dalam buku (account). 
  • Anda tidak dapat melihat dan merasa. Tiada sijil ketulenenan. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas ni. 
  • Memandangkan anda tidak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash.

Solusi bagi anda yang ingin membeli emas fizikal tetapi tidak mahu menyimpan emas terebut sendiri adalah buka akaun emas yang patuh syariah di bank (setakat ini yang bagus adalah KFH) atau membuka akaun GAP Public Gold sebagai pilihan terbaik.

Kesimpulan

Konklusinya, pada pendapat saya adalah lebih baik memulakan belian emas dalam bentuk emas fizikal berbanding akaun simpanan emas yang tidak patuh syariah berdasarkan point berikut:
  • Beli emas perlu dapat emas, bukan kertas bercetak. 
  • Emas fizikal mudah dicairkan (dijual atau digadaikan untuk mendapatkan tunai) berbanding akaun simpanan emas.
  • Syubhah dalam akaun simpanan emas menyebabkan saya lebih cenderung kepada emas fizikal (walaubagaimanapun, urus niaga emas fizikal juga ada syubhah nya, jadi dua-dua perlu diambil perhatian). 
  • Emas fizikal mempunyai nilai seni tersendiri, mana tidaknya ‘feeling’ pegang emas sangat mengujakan berbanding pegang kertas bercetak. 
  • Akaun simpanan emas di akaun bank tidak mendapat perlindungan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Kalau bank dah muflis, mane anda nak cekau duit lagi? 
  • Emas fizikal boleh dibeli semasa harga betul-betul murah, dan boleh dijual semula dengan harga yang lagi mahal mengikut harga pasaran 

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign