Tips‬ Kawal Kebocoran Wang


Ada dua situasi yang dialami oleh golongan yang makan gaji di dunia ini: 

1) Gaji kecil dan tidak pernah cukup setiap bulan. (Tetapi kenapa ada rakan yang sama bergaji kecil elok sahaja?)


2) Gaji besar, tapi cukup bulan habis.

Anda di mana??

Hakikatnya, sebilangan besar orang dalam senario di atas tidak TAHU pun apa yang mereka beli dengan gaji mereka. Apabila tidak tahu, janganlah kata mahu merancang perbelanjaan, jauh sekali mahu MENGAWAL perbelanjaan.

"Sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar" ~ Irfan Khairi

Duit seperti air sungai yang mengalir. Masuk dan keluar begitu sahaja. Walhal kita berpenat lelah mengejar rezeki tetapi seperti tidak terasa apa manfaatnya gaji yang masuk itu.

Sebab itulah saya galakkan simpan emas sebagai aset/harta yang lebih kukuh untuk menampal kebocoran wang tunai supaya dapat kawal EMOSI berbelanja dan memupuk tabiat menyimpan seperti yang dibuat oleh orang-orang kaya.

Duit yang kita simpan dalam bentuk tunai risiko kebocorannya sangat2 tinggi!

Letakkan matlamat bekerja untuk mengumpul harta bukan sekadar untuk cari makan semata.

tips kawal kebocoran wang


Kawal Kebocoran Wang Dengan Emas

Tips‬ Kawal Kebocoran Wang
Kadang-kadang tak tahu cara macam mana nak jawab 'tidak' kepada orang-orang yang suka pinjam duit kita tapi liat nak bayar. Kan?

Haa. Ni ada caranya.. Tukarkan wang simpanan kita kepada emas. .

"Man, aku nak pinjam duit sikit boleh?" .

"Maaf la duit aku, aku dah tukar jadi emas.." .

Nak taknak dia akan cari orang lain untuk pinjam duit.

Takkan dia nak pinjam emas kita pula kan?   #selamat ..... =)


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign