Riba Dalam Wang Kertas / Wang Fiat

Secarik-Kertas-3
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279). 
“Dan carilah (kebahagiaan) negeri akhirat, pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu. Dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (Al Qashash:77). 

Sistem kewangan hari ini semuanya berlandaskan kepada wang kertas dan wang elektronik (digital) yang tidak ada jaminan emas dan perak atau apa-apa yang mempunyai nilai intrinsik. Sedangkan saat ini majoriti sarjana Muslim telah mengenal pasti bunga sebagai kos dalam amalan perbankan dan kewangan sebagai riba, mereka tidak memberikan kenyataan yang jelas tentang sifat semula jadi daripada wang kertas atau wang fiat itu sendiri. Dalam entry kali ini, insyaallah kita akan membicarakan tentang wang fiat, yang boleh dikatakan riba bahkan lebih buruk daripada beban bunga.

Sebagai contoh; Apabila seseorang meminjam wang RM1.000.000 dari bank dengan dikenakan bunga 10 peratus per tahun, peminjam harus mengembalikan sebesar RM 1.100.000 pada akhir tahun. Tambahan RM 100.000 bunga pembayaran ini disebut sebagai riba, dengan pulangan yang sudah ditentukan, berdasarkan oleh masa dan tidak melibatkan risiko logik apapun. Tapi dalam sistem kewangan moden, RM 1,000,000 yang dipinjamkan oleh bank kepada pelanggan, memang di ciptakan dari sesuatu yang tidak ada.

Wang RM100.000 Itu adalah wang baru untuk ekonomi, dibuat ke dalam sistem hanya dengan cara rekod-rekod akutansi (digital) ini dicapai melalui apa yang disebut dengan Fractional Reserve Banking (FRB). Jika pembayaran bunga RM 100.000 ini dikatakan sebagai riba, kemudian penciptaan wang baru ini memberikan kuasa beli sepuluh kali dari bayaran bunga yang dikenakan boleh dikatakan sebagai riba yang jauh lebih besar, kerana ianya diperoleh tanpa usaha sedikitpun.

Fractional Reserve Banking adalah suatu sistem yang menetapkan pihak bank untuk menyimpan sebahagian wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan bank yang lain. Mereka beralasan dengan cara ini akan dapat memajukan dan mengembangkan ekonomi. Sedangkan Fractional Reserves Requirement adalah jumlah deposit yang wajib disimpan. Ada negara yang menetapkan 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, ada yang menetapkan 10%, 20% atau 50% yang wajib disimpan.


Dijelaskan sebagai berikut: Abu menyimpan wang sebanyak RM 1.000.000 di Bank A. Bank A wajib menyimpan (reserve) 20% dari wang RM1.000.000 iaitu sebanyak RM200.000. Manakala bakinya yang RM800.000 dipinjamkan ke amin. Amin menggunakan wang ini untuk membayar perabot yang dibeli dari Kedai Furniture. Kedai Furniture kemudian menyimpan RM800.000 ke Bank B. Bank B perlu menyimpan RM160.000, dan boleh memberi pinjaman selebihnya iaitu sebanyak RM640.000 kepada orang lain. Demikianlah wang (riba) itu berputar dari bank ke bank. Perhatikan jadual di bawah ini untuk menggambarkan perkara tersebut:

Tabel FRB

Bayangkan dengan simpanan sebanyak RM1.000, menyebabkan wang tersebut berkembang biak dalam sistem perbankan sehingga mencipta wang sebanyak RM4570 dalam pasaran. Padahal wang tunai yang ada cuma RM1.000. Sila kira sendiri berapa perputaran riba dengan simpanan permulaan bank sebesar RM1.000.000.000?

Begitulah wang fiat dicipta. Bank Sentral mencipta wang kertas atau fiat dan memberi pinjaman kepada bank-bank komersial dengan bunga. Wang kertas ini akan berkembang biak dengan cepat kerana bersandarkan kepada Fractional Reserve Banking

Disamping penjelasan di atas ada istilah yang disebut Seigniorage dalam wang kertas (Istilah ini harus difahami dengan betul. Istilah ini merujuk kepada keuntungan yang diperolehi oleh issuer (Bank Sentral) dari legal tender, umumnya ianya adalah hasil daripada perbezaan kos material (kertas) untuk menghasilkan currency (mata wang) dan nilai (angka) yang dilekatkan di atas sehelai kertas itu. Seigniorage adalah nilai yang diberikan kepada wang fiat. 

Sebagai contoh: kos pengeluaran dan material untuk sekeping wang kertas lebih kurang RM0.10 dan dengan diletakkan atau ditambah angka di atas kertas tersebut jadilah sehelai kertas tersebut bernilai RM 100, ada penambahan nilai sebanyak Rp 99.90). tentunya hal ini membuat sesuatu ketidakadilan dan pemindahan kekayaan dari setiap subjek ekonomi dalam perdagangan, individu, masyarakat, syarikat ataupun bangsa dalam muamalah secara luas, ini sebuah rompakan bank-bank! Wang kertas mengandungi dua jenis riba sekaligus, riba al fadl dan riba an nasi'ah.

Apa yang dapat kita ambil pelajaran ? Pertama bahawa sistem riba, bank wang kertas atau wang fiat ini telah menjadi amalan kaum muslim, komunis, liberal, moden dan semua orang, sama ada anda dapat melihat apa yang saya lihat? Sebenarnya kebebasan, persamaan dan persaudaraan, liberalisme, sosialis, komunisme atau keganasan yang terus disebarkan media mereka tidak lebih dari dialektika palsu bank global penyembah syaitan! Kedua, bahawa kekuasaan tertinggi berada di tangan lintah darat perbankan, bukan lagi di tangan kerajaan atau tidak berada di tangan rakyat atau suara rakyat sekalipun atau pura-pura mahu menjadi pelayan rakyat. Siapa presiden suatu negara atau kerajaan ini tidak lagi penting, selama pihak bank memegang bekalan wang yang telah dijelaskan di atas, merekalah (pemilik modal ribawi) penguasa sesungguhnya.

Kita semua telah masuk perangkap dalam jerat hutang riba dari sistem perbankan dan wang kertas atau wang fiat, hari ini kita hidup tanpa wang lagi seperti yang dimaksudkan dalam pengertian Islam, wang itu adalah emas dan perak atau dinar dan dirham, bukan sehelai kertas yang diciptakan dari angin seperti yang telah di jelaskan di atas.

Penjelasan singkat mekanisme penciptaan wang kertas ini adalah inti dari Bank dan Bank Syariah, keduanya tidaklah berbeza, bank dan bank syariah menyalurkan riba dalam proses mekanisme teras iaitu: Fractional Reserve Banking, Wang kertas atau wang fiat dengan meletakkan angka di atas sehelai kertas dan meciptakan hutang (kredit) bunga berbunga (multiple credit creation). 

Semoga penjelasan ringkas mengenai apa itu wang kertas atau wang fiat ini bermanfaat bagi kita semua. Maka bagi saya, demokrasi adalah pintu belakang kapitalisme global atau bank lintah darat global, orang Islam tanpa sedar telah menerima riba sebagai cara hidup yang dilarang oleh Allah dan rasul. Astagfirullah.
"Akan datang suatu zaman kepada manusia, yang seseorang tidak peduli apa yang ia ambil. Dari yang halal atau dari yang haram.” (H.R. Al Bukhari dari shahabat Abu Hurairah)
Jadi, bagaimana Islam memberikan jalan keluar ataupun langkah yang perlu dilakukan untuk melindungi diri, keluarga, bangsa dan sumber kekayaan alam ini atas kejahatan kapitalisme global yang didasarkan atas riba ini??

Kembalilah kepada matawang Islam yang sebenar iaitu, Dinar Emas dan Dirham perak.


Wallahua'lam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign