Nilai Matawang Jatuh, Kedaulatan Runtuh


Walau daripada segala sudut pandang ekonomi sentiasa ada jawapan atas semakin melemahnya RM selama ini, sebagai warganegara Malaysia, kita tetap tidak akan senang hati. Hilang kebanggaan. Bisnes terganggu. Mengapa ringgit melemah sehingga 4.22 per USD?

Nilai Matawang Jatuh, Kedaulatan Runtuh

Salah satu simbol kedaulatan negara adalah R.I.N.G.G.I.T. Dalam situasi ini kita perlu lakukan revolusi kewangan (berterusan). 

Mengapa sampai perlu sejauh itu? Kerana wang merupakan salah satu faktor kekuasaan dan kemajuan ekonomi serta wang merupakan salah satu bidikan terpenting dalam perang ekonomi antara negara. 

Goyahnya nilai wang, akan menyebabkan goyahnya ekonomi secara keseluruhan. Lama kelamaan, kemerdekaan, harga diri dan hak-hak negara diragut. Sebagai panduan, kita boleh melihat bagaimana Khalifah Umar ibn Khattab melakukan reformasi kewangannya :

» Islam melarang setiap hal yang membawa kesan kepada ada bertambahnya pergolakan dalam kuasa beli wang, dan ketidakstabilan nilainya yang dengan cara :

a) Pengharaman perdagangan wang, iaitu dengan mengharamkan riba yang merupakan salah satu persoalan terbesar kewangan sehingga saat ini.

b) Pengharaman penimbunan, kerana kesannya terhadap harga dan kuasa beli wang. Sekarang ini pula, penyimpan ditawarkan hadiah agar memperbanyakkan simpanan di dalam bank.

c) Pengendalian inflasi, diantaranya dengan cara pengawasan kestabilan wang dan kebijaksanaan politik yang mengarah padanya.

d) Memastikan tidak beredarnya wang palsu, terutama Dirham dengan terlalu banyak campuran logam tidak berharga di dalamnya, karena wang berperanan sesuai fungsinya dan terlindung nilainya jika tulen dan dipercayai rakyat.

e) Menguruskan inflasi, cukup dengan menyeru rakyat agar melabur wang (dengan betul), bersederhana dalam perbelanjaan, melarang berlebih-lebihan dan pembaziran wang.

f) Penyatuan wang / mata wang tunggal, kerana selain mencerminkan usaha ekonomi, hal ini juga menunjukkan kesatuan politik dan kepimpinan. Dasar penyatuan ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW “Timbangan adalah timbangan penduduk Makkah, sedangkan takaran adalah takaran penduduk Madinah”. Implikasi dasar kewangan yang satu ini kelihatan pada pencetakan Dirham Sesuai timbangan syar'i dan Dinar, sebuah standard baru dalam kewangan Islam yang kemudian menjadi acuan generasi-generasi Islam seterusnya.

Inilah jawapan Islam atas segala persoalan ketidaktentuan ekonomi saat ini. Islam adalah pandangan hidup sekaligus jati diri seorang muslim. Akankah kita kembali padanya?

Wallahua'lam.
---------------------------
Hidayah Abdul Kadir
2 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign