Ambil IBRAH DARI SEJARAH


Sejarah adalah TINGKAP untuk melihat semalam. Memahami semalam adalah kunci untuk memahami SEMASA.

Emas adalah simbol kesejahteraan yang motifnya sangat mendasar. Emas adalah motif kekayaan yang ‘kuno’.

Ambil IBRAH DARI SEJARAH

Nabi Sulaiman menghiasi istananya daripada emas, sebagai lambang keindahan dan keagungan.

Kerajaan Romawi pun telah menggunakan emas sebagai alat tukar dalam bentuk koin. Sesuatu yang kemudian diguna pakai Islam, selama beribu-ribu tahun sebelum runtuhnya kekhalifahan Uthmaniyah.

Kerajaan-kerajaan di nusantara (Majapahit & Sriwijaya) juga mengenali emas sebagai simbol wibawa dan penyimpan harta yang agung.

Bahkan ketika sistem wang kertas digunakan, wang kertas itu masih harus dicetak dengan sandaran emas, sebelum diporakperandakan Amerika sendiri pada tahun 1971 oleh Nixon dengan Smithsonian.

Emas adalah harta langka yang hakiki. Itu sebabnya kemudian Islam menjadikannya sebagai alat pertukaran, penyimpan harta dan sukatan nilai dalam bentuk Dinar sebagai mata wang.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang, semakin perlu kita mencari alternatif tadbir urus ekonomi dunia yang lebih fitrah.

Jom selamatkan harta dan aset kewangan anda daripada hentaman krisis dengan menyimpan dalam aset yang hakiki, iaitu EMAS.


Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign