Perniagaan Yang Sentiasa Untung & Tiada Rugi!


‪#‎MotivasiPagi_Bangkit!




Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 
(Surah As Saff: 10 – 11)

“Orang kaya yang bersyukur, yang berdiri dengan kebenarannya itu lebih utama dari orang fakir yang sabar.” – Ibnu ‘Atha
----------------------------------------

Ada orang.. tidak mahu berniaga kerana "takut kaya" - katanya boleh mengakibatkan penyakit 'hubbud dunya' (cintakan dunia).

Persoalannya, adakah penyakit itu hanya menimpa orang kaya???

Tidak, hakikatnya orang miskin pun ramai yang menderita penyakit ini.

Masalahnya bukan pada kaya atau miskin, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap kekayaan.

Dengan alasan inilah, ramai umat Islam tidak mahu bekerja keras, tidak mahu berusaha menjadi kaya & orang besar.


Umat Islam...

terlalu besar untuk mempunyai cita-cita kecil,

Umat Islam harus kaya,

seperti kayanya Abu Bakr as-Siddiq, seperti kayanya Umar al-Khattab,

seperti kayanya Uthman bin Affan,

Dan seperti kayanya Abdul Rahman bin Auf.

Kerana kekayaan merekalah Islam bisa berjaya.

Rasulullah saw mengajarkan kita untuk berdoa, "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kemiskinan dan kefakiran, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur".

Yang menjadi masalah bukan seberapa banyak kita mendapat wang, tapi wang itu dari mana dan untuk apa.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Tidak boleh iri hati melainkan dalam 2 perkara iaitu:

1. Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah).

2. Orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Al Bukhari)


Ingatlah, kita adalah harapan masa depan ummah,

Bangkitlah!

Harapan pasti ada,

Allah bersama kita.
---------------------------

Wallaua'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign