Merdekakah kita??


Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 hari ini, saya ingin menyeru anda semua untuk merenung kembali adakah kaum muslimin telah benar-benar merdeka? 

Merdekakah kita??
Merdekakah Kita?
Merdeka bererti kita telah bebas daripada segala bentuk penjajahan (Tahrir). Sedarkah anda, walau penjajah telah 'angkat kaki' dari tanah air kita, tetapi hakikatnya kita masih terjajah dalam pelbagai bidang, khususnya sistem kapitalisme yang mencengkam kehidupan ekonomi!

Jom kita luangkan masa 30 minit menonton kartun mendidik yang insyaallah mampu menjawab persoalan2 'moneter' di bawah, mudah-mudahan dapat membuka fikiran kita:
🔎 Bagaimana kita ditipu sistem kewangan
🔎 Cara Bank & Federal mendapatkan wang
🔎 Apakah 'Bank' & 'Wang'?
🔎 DEBT = MONEY?
🔎 Kredit Card
🔎 Inflasi


Hari ini..Kemaksiatan yang terjadi tidak ada bezanya dengan zaman jahiliyah kaum Quraisy Makkah. 

Dahulu mereka menanam bayi wanita hidup-hidup, hari ini belum pun tahu jantina samada bayi lelaki atau perempuan, sudah di bunuh dengan pelbagai cara yang kejam, dibungkus dalam plastik dan di buang merata tempat. 

Dahulu khamr (minuman yang memabukkan) ada satu jenis sahaja, hari ini khamr pelbagai jenis berupa minuman bir, ganja, pil ekstasi dan shabu. 

Dahulu mereka melakukan transaksi riba, hari ini riba di perkemas dengan pelbagai istilah menarik seperti bunga/pembiyaan Bank. Jadi tidak salah jika Muhammad Quthb menyebut zaman hari ini sebagai Jahiliyah Modern.

Kita meyakini bahawa al-Quran dan sunnah sebagai tuntunan dalam menjalani kehidupan ini, jadi seharusnya kaum muslimin diberikan “kemerdekaan” juga untuk menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai hukum Negara dalam mengatur kehidupan bermasyarakat. Islam tidak hanya mengatur masalah ibadah semata-mata tetapi mengatur kehidupan politik, ekonomi, sosial dan kehakiman. 

Buktinya; Islam mengharamkan riba dalam bidang ekonomi, Islam mewajibkan menutup aurat dan melarang khalwat dalam bidang sosial, Islam melaksanakan qisas bagi pembunuh dan rejam bagi penzina dalam bidang kehakiman, serta hukum-hukum Islam yang lain. Jika Islam dipisahkan daripada kehidupan dan hanya berfungsi dalam masalah ibadah sahaja, maka hanya sekitar 10% sahaja al-Quran dan sunnah yang boleh diamalkan.

Jadi secara hakiki umat Islam masih belum merdeka, ini hanya kemerdekaaan palsu kerana kita masih terjajah dalam pelbagai bidang. Seharusnya sistem Islam yang mengatur kehidupan kaum muslimin, tetapi hakikatnya sistem sekuler yang dipaksakan kepada kita. Adalah wajar umat Islam tidak merasakan kemakmuran, kerana telah dijauhkan dari tuntunan kehidupan yang paling sempurna yakni al-Quran dan sunnah, sebagai alasan bagi Allah SWT untuk menurunkan berkah-Nya.

"Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".
 (Surah Al-A’raf 96).

Ketika syari'at Islam dilaksanakan dalam mengatur kehidupan ini maka boleh dikatakan bahawa umat Islam telah merdeka, kerana dengan demikian kehidupan berjalan sesuai dengan keinginan mereka untuk meraih redha Allah SWT. Kekayaan alam yang saat ini dikuasai oleh asing dikembalikan kepada negara dan digunakan sepenuhnya untuk kemakmuran rakyat, sehingga tidak aneh dalam sistem Islam pendidikan dan kesihatan secara percuma. Sistem kehakiman Islam ('uqubat) yang bersifat adil dan tegas mampu mengurangkan jenayah, kerana pembunuh di hukum qisas (diyat jika dimaafkan), penzina di hukum rejam, koruptor, homoseksual, pencuri / perompak, dadah dan pelbagai kemaksiaatan lain akan di hukum setimpal sesuai dengan aturan Islam. Kehidupan sosial menjadi lebih indah, tidak ada lagi budaya telanjang. 

Segala perkara yang memabukkan dan merosakkan akal dilarang, pengeluaran dan pengedaran arak (bir dan dadah) diharamkan. Para penguasa bersifat amanah dalam menjalankan kekuasaannya, semata-mata mereka melayani rakyat agar Allah SWT menilainya sebagai amal ibadah (nilai ruhiyah), bukan untuk mencari keuntungan duniawi semata (harta dan tahta).

Gambaran keindahan penerapan syari’at Islam di atas bukanlah suatu mimpi karena pernah dialami oleh umat Islam di zaman keemasan Kekhilafahan Islam yang di pimpin oleh para Khalifah. Salah satunya kegemilangan Islam di era Khalifah Umar bin Abdul Aziz, dimana harta Baitul Maal yang melimpah sementara kaum miskin sangat sulit dijumpai.

Sungguh, kita merindukan kembalinya syari’at Islam sebagai pengatur kehidupan ini, yakni dengan tegaknya Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah. Khilafah sebuah sistem pemerintahan Islam yang satu untuk seluruh kaum muslimin di dunia, yang di pimpin oleh seorang Khalifah yang bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya di dunia dan akhirat berdasarkan al-Quran dan sunnah, mengobarkan jihad ke negeri-negeri kuffar agar bangkit dari kegelapan dan masuk ke dalam cahaya Islam, yang akan menggetarkan musuh-musuh Islam dan melindungi darah kaum muslimin dari serangan kaum yahudi.
 --------------------------------------------------------------------------------
Kita masih belum lagi Merdeka. Hari di mana kita berjaya menghapuskan RIBA, hari itulah kita akan MERDEKA!

Ayuh, kembalilah kepada Dinar dan Dirham. Return of the Islamic real wealth currency. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign