Memahami Maksud Sebenar Inflasi

Assalamualaikum w.b.t. 

Insyaallah kali ini kita akan membicarakan mengenai inflasi. Apakah itu inflasi? Kebiasaan kita mendengar, inflasi adalah kenaikan harga barang atau kenaikan cas perkhidmatan secara umum dan berterusan selama waktu tertentu. 

Namun hakikat sebenar inflasi selain daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berterusan, dalam masa yang sama kuasa membeli serta matawang kita juga semakin menyusut. Investopedia menerangkan maksud Monetary Inflation (inflasi kewangan).

    Inflasi

Inflasi Kewangan

Inflasi
Maksudnya inflasi kewangan adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat daripada kenaikan bekalan matawang akibat bertambah percetakan matawang.


Saudara, inflasi adalah berpunca daripada kuasa membeli menurun dan dari situ menyebabkan harga barang menjadi semakin tinggi. Atau lebih mudahnya semua barang dan perkhidmatan naik harga tetapi matawang kita tidak pula naik nilainya.

Dalam laman web PETE MITCHELL INC.com menyebut tentang inflasi secara mudah, “When the value of everything goes up except your money” – apabila semua nilai meningkat kecuali duit anda, itulah inflasi. 

Sebagai contoh, katakan harga sebuku roti tahun 2011 RM1. Pada tahun 2012 katakan inflasi 2%, jadi harga sebuku roti menjadi RM1.02.

Inflasi
Harga sebuku roti tahun 2011 RM1
 Inflasi
Pada tahun 2012 katakan inflasi 2%
Inflasi
Harga sebuku roti tahun 2012 RM1.02
Contoh lain, pada tahun ini Abu dapat membeli membeli 10 barang dengan harga RM100 di pasaraya.

Inflasi

10 barang dengan harga RM100
Inflasi
Inflasi 5%


Katakan inflasi pada tahun hadapan 5%, maka untuk membeli 10 barang yang sama pada tahun hadapan, Abu perlu menambah ringgitnya menjadi RM105.


Inflasi


Kalau Abu enggan menambah RM5, maka dia terpaksa mengurangkan barang yang ingin dibeli dari 10 kepada 9 barang.

Inflasi
Jadi, inflasi memandu kepada harga barang naik pada masa yang sama kuasa membeli menjadi semakin berkurangan. Fenomena inflasi ini berlaku dalam mana-mana negara pun. Puncanya adalah kerana kerajaan mencetak matawang lebih banyak tanpa disandarkan pada emas dan perak dan dinamakan pencetakan matawang ini sebagai country worth. 

Akibat pencetakan matawang baru sedangkan nilai aset negara tidak bertambah, menyebabkan setiap matawang menjadi susut nilai. Sudah menjadi kebiasaan mana-mana negara melalui central bank (bank pusat) meletakkan sasaran infasi 2 hingga 3% setahun. 

Alhamdulillah, setelah kita telah memahami definisi inflasi yang sebenarnya, kini kita akan membahaskan tentang inflasi dengan lebih mendalam lagi. 

Saudara, jika kita teliti daripada sejarah, inflasi hampir tidak berlaku ketika matawang masih terikat dengan nilai emas. Ketika sistem kewangan yang mengikat matawang dengan emas masih wujud, percetakan matawang mesti berdasarkan emas yang dimiliki oleh sesebuah negara.


Inflasi

Di Amerika, tahun 1833, 1 auns bersamaan $22.65. 

Jika diteliti daripada tahun 1833 hingga 1930 iaitu selama 97 tahun ketika emas masih terikat dengan matawang, perubahan US DOLLAR berbanding 1 auns emas hanyalah sekitar $20.58 hingga $21.32. Maknanya, sepanjang 97 tahun berlaku perubahan dollar berbanding 1 auns emas sekitar 74 sen sahaja.

Memahami Maksud Sebenar Inflasi


Saudara, maknanya sepanjang emas meningkat nilai matawang hampir tidak berlaku inflasi. Namun pada 15 Ogos 1971, ketika Presiden Amerika Richard Nixon memutuskan hubungan Dollar dengan emas, menyebabkan nilai dollar mula menghidapi penyakit inflasi.

Saudara, harga barang dan perkhidmatan naik pada setiap tahun akibat dollar dicetak tanpa apa-apa sandaran lagi dengan emas. 
Memahami Maksud Sebenar Inflasi


Mari kita lihat contoh inflasi ini. Harga sebuah kereta, sebagai contoh berharaga $55,000 dollar.



Memahami Maksud Sebenar Inflasi




Jika dibeli dengan emas, ketika harga emas 1 auns bersamaan dengan $930 dollar, maka ia memerlukan 60 auns keping emas.
Memahami Maksud Sebenar Inflasi

Kalau mengikut harga 1 auns bersamaan $20 dollar, maka harga kereta sepatutnya hanya berharga $1,200 dollar sahaja kerana 60 auns di darab dengan $20 dollar menyamai $1,200 us dollar.





Memahami Maksud Sebenar Inflasi



Oleh itu, inflasi yang terjadi pada harga kereta, adalah sebanyak $53,400 dollar. Sedangkan harga sebuah kereta hanyalah $1,200 dollar bukan $55,000 dollar.


Kesemua ini menunjukkan inflasi memamah hasil usaha kita. Kalau kita memiliki RM1 juta lalu kita menyimpan begitu sahaja tanpa mengikat dengan emas, maka jumlah Rm1 juta itu akan susut nilainya bukan angkanya pada tiap-tiap tahun.

Katakanlah dari tahun 2015, kita menyimpan RM1 juta dengan kadar inflasi 4% pada setiap tahun, maka pada tahun 2016, nilai kuasa membeli ringgit kita sudah menurun menjadi RM638,239. Cuba anda bayangkan. Oleh itu, siapa yang mengikat matawang yang berjumlah RM1 juta dengan menukarkannya kepada emas, maka ia dapat mempertahankan kekayaannya.

Sebab itulah pengajaran dari inflasi, kita tidak boleh mengubah sistem kerajaan terhadap ekonomi yang sentiasa mengalami inflasi, apa yang mampu kita buat, ialah mengubah sistem kewangan kita dengan menukarkan matawang kita kepada emas dan perak. 

Saya bukan mengajak anda menukarkan kesemua wang anda kepada emas, tetapi menukarkan wang simpanan anda untuk masa hadapan. RM yang tidak digunakan, itulah yang perlu ditukar. RM yang tidak digunakan dalam jangka masa sederhana dan panjang, itulah yang kita harus tukarkan kepada emas dan perak. 

Inilah cara terbaik melawan inflasi daripada terus memusnahkan kuasa membeli kita. Fikir-fikirkan, selamat menukarkan wang simpanan anda kepada emas. 


Wallahua’lam.

-------------------------------
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign