Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh [Bahagian 2]


Bertemu kembali dalam bahagian kedua, hukum membeli emas dan perak secara hutang atau tertangguh . (Bahagian 1 telah dijelaskan di sini)
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Jauhi Riba


Sebelum kita pergi jauh dalam perbahasan ini, perkara yang paling penting adalah kita menyelesaikan punca atau asas perbahasan ini. Asasnya ialah, adakah perbahasan ini hanya tertumpu kepada enam barang ribawi sahaja seperti yang telah disebutkan dalam hadis atau ianya menjangkau barang-barang lain yang hampir sama sifat atau ‘illah dengan keenam-enam barang ribawi. 

Para ulama tidak bersepakat dalam hal ini. Berlaku khilaf dalam kalangan para ulama dalam menentukan barang-barang ribawi. Perbezaan pendapat para ulama terbahagi kepada 2 kelompok. Yang pertama, barang ribawi hanya terbatas kepada enam jenis barang ini sahaja.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Selain enam ini tidak termasuk barang ribawi. Ini adalah pendapat Az-Zahiri dan Ibnu Uqail dari mazhab Hanbali. 

Pendapat kedua, ulama memasukkan selain dari enam barang yang disebut oleh hadis sebagai barang ribawi. Bagi mereka, selain enam barang ribawi juga boleh terjadi riba apabila memiliki ‘illah yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
.Dalam pendapat kedua ini berlaku perselisihan pula dalam kalangan ulama dalam menentukan maksud ‘illah dalam riba. 

Mereka tidak sepakat dalam masalah ‘illah, hasilnya mereka tidak sepakat dalam menentukan barang apa yang termasuk riba, dan barang apa yang tidak termasuk sebagai barang riba.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Ulama' tidak sepakat dalam masalah ‘illah

Mari kita lihat perselisihan para ulama dalam masalah ‘illah :

1. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad - ‘illah emas dan perak adalah ukuran timbangan. Adapun barang-barang selainnya yang empat yang termasuk dalam nas adalah ukuran takaran yakni yang boleh diukur. Ini adalah pendapat
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad. 


Atas dasar pendapat inilah maka hukum riba berlaku pada setiap barang-barang yang dapat ditimbang, baik itu makanan atau selainnya, dan setiap barang-barang yang dapat ditakar atau diukur baik itu makanan atau selainnya. Atas dasar pendapat ini pula hukum riba berlaku untuk besi. Barangsiapa menukar besi dengan besi haruslah seukuran dan tunai, kerana memiliki jenis yang sama. 

Menurut pendapat ini, maka hukum riba juga berlaku pada emas, besi, tembaga, timah dan lain-lain. Begitu pula berlaku pada barang-barang lain yang dapat ditimbang seperti kain, sutera, kapas, dan semua barang yang dapat ditimbang dikira sebagai barang ribawi. Begitu pula hukum ini berlaku untuk barang-barang yang dapat diukur seperti gandum halus, gandum kasar, kurma, beras dan semua benda cair seperti minyak dan susu. Inilah pendapat pertama iaitu timbangan dan takaran menjadi ‘illah riba. Dengan itu, berlakulah hukum riba pada setiap barang yang dapat ditimbang dan ditakar, baik berupa makanan atau selainnya. 

2. Imam Syafi’I berpendapat - ‘illah emas dan perak adalah kerana keduanya merupakan standard harga. Adapun keempat barang yang lain maka ‘illahnya adalah jenis makanan.Saudara, manakala pendapat kedua adalah pendapat Imam Syafi’i, 


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Imam Syafi'i

Atas dasar pendapat ini, maka hukum riba berlaku untuk emas dan perak sahaja. Adapun timah, besi, tembaga dan sebagainya tidak berlaku hukum ribawi menurut mazhab Syafi’i. Jenis makanan pula, maka setiap makanan termasuk barang ribawi, tidak terkait dengan kondisinya yang biasa ditimbang atau ditakar. 

3. Imam Malik berpendapat bahawa ‘illah emas dan perak adalah sebagai alat tukaran. Adapun empat barang lainnya, maka ‘illahnya kerana barang-barang makanan tersebut merupakan makanan pokok dan makanan simpanan iaitu makanan sehari-hari dan makanan yang dapat disimpan dalam jangka waktu yang lama seperti gandum, maka ia adalah makanan pokok yang biasa disimpan dalam waktu yang lama. Begitu pula gandum, barli, jagung, dan lain-lainnya. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Imam Malik

4. Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa ‘illah emas dan perak adalah alat tukaran, iaitu barang yang boleh digunakan untuk pembayaran bagi barang lainnya. Adapun empat barang lainnya ‘illahnya adalah makanan yang biasa ditakar atau ditimbang. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Ibnu Taimiyyah
Jom kita lihat contoh yang lebih dalam lagi terhadap perbahasan yang kita bincangkan tadi. 1 kilogram gandum halus ditukar dengan 2 kilogram gandum halus, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berlaku hukum riba, kerana pertukaran terjadi dengan barang yang boleh diukur dan ditimbang. Menurut mazhab Syafi’I berlaku juga kerana pertukaran terjadi pada makanan. Menurut mazhab Maliki berlaku juga hukum riba kerana pertukaran terjadi pada makanan pokok yang biasa disimpan. Manakala menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga berlaku kerana pertukaran terjadi pada makanan yang biasa diukur, ditakar dan ditimbang.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
1 kilogram gandum halus ditukar dengan 2 kilogram gandum halus, apakah berlaku hukum riba?

Mari kita lihat pula bagaimana jika ditukar 1 kilogram besi dengan dua kilogram besi, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, berlaku hukum riba kerana besi termasuk barang yang boleh diukur dengan timbangan. Manakala menurut mazhab Syafi’I, ia tidak termasuk dalam bab riba kerana bukan emas atau perak dan ia buykan makanan pokok yang disimpan. Manakala menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, tidak berlaku kerana ‘illah menurut beliau adalah alat tukaran makanan yang ditakar atau ditimbang.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
jika ditukar 1 kilogram besi dengan dua kilogram besi, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut perbahasan tadi, memang di kalangan para ulama berbeza pendapat dalam menentukan masalah ‘illah. Oleh itu, kita mengetahui barang ribawi menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, barang yang menjadi alat tukar seperti riyal, dinar, dan pound serta apa sahaja yang menjadi alat tukaran manusia.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh


Kesimpulannya, dalam masalah selain enam barang ribawi yang disebut dalam hadis, maka para ulama berselisih pendapat mengenainya. Maksudnya selain enam barang ribawi tersebut adalah masalah ikhtilaf dan ijtihad, bukan termasuk dalam masalah ittifaq atau masalah ijma’ sorih yang wajib kita pakai pendapat itu sahaja. Dalam islam, selagimana ia khilaf, kita boleh memakai pendapat khilaf tersebut selama tujuan kita bukan mengikut hawa nafsu dan ia tidak menimbulkan fitnah tambahan pula keadaan masyaqqah yakni susah, menyebabkan ia menjadi rahmat kepada kita memakai pendapat-pendapat yang khilaf itu. 

Perbahasan ini belum selesai, bertemu lagi di bahagian ketiga. Teruskan membaca!

Wallahua'lam.

-------------------------------
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign