FRS - Raja Kepada Sistem Pemusnah Dunia!

Fractional Reserve System (sistem perbankan di seluruh dunia mencipta duit)

Saudara, harini saya nak jelaskan tentang FRS (Fractional Reserve System), satu sistem di mana perbankan membuat duit. Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - 'gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods). Ianya di panggil duit fiat iaitu duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut.



Di Sebalik Penutupan Bank Di Greece

Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.



Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini.

Bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita ;



(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.


(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau stop sampai Steve sahaja. Kalau teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!


Saudara, disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Ya, bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia.

Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi.

p/s: Jom tingkatkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi bank.

SEBARKAN. MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN KITA
----------------------------------------------------------------
Kredit : Carl Samsudin, Founder of Bellaammara.



Saudara, mesti ramai antara kita yang peka akan krisis yang berlaku di Greece. Apa iktibar yang boleh kita ambil?

Nasihat dari Pakar Kewangan No-1 Malaysia, Azizi Ali berkata, simpanlah at least 10% dari kekayaan kita di dalam bentuk Emas Fizikal. 

Dikala waktu begini di Greece, mereka yg simpan EMAS sahaja yang betul2 boleh survive balik. Jika ada asset2 lain seperti tanah, rumah dan lain2 tidak dapat membantu.

Ambil iktibar dan bertindaklah sebelum terlambat.

Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign