Merdekakah kita??


Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 hari ini, saya ingin menyeru anda semua untuk merenung kembali adakah kaum muslimin telah benar-benar merdeka? 

Merdekakah kita??
Merdekakah Kita?
Merdeka bererti kita telah bebas daripada segala bentuk penjajahan (Tahrir). Sedarkah anda, walau penjajah telah 'angkat kaki' dari tanah air kita, tetapi hakikatnya kita masih terjajah dalam pelbagai bidang, khususnya sistem kapitalisme yang mencengkam kehidupan ekonomi!

Jom kita luangkan masa 30 minit menonton kartun mendidik yang insyaallah mampu menjawab persoalan2 'moneter' di bawah, mudah-mudahan dapat membuka fikiran kita:
🔎 Bagaimana kita ditipu sistem kewangan
🔎 Cara Bank & Federal mendapatkan wang
🔎 Apakah 'Bank' & 'Wang'?
🔎 DEBT = MONEY?
🔎 Kredit Card
🔎 Inflasi


Hari ini..Kemaksiatan yang terjadi tidak ada bezanya dengan zaman jahiliyah kaum Quraisy Makkah. 

Dahulu mereka menanam bayi wanita hidup-hidup, hari ini belum pun tahu jantina samada bayi lelaki atau perempuan, sudah di bunuh dengan pelbagai cara yang kejam, dibungkus dalam plastik dan di buang merata tempat. 

Dahulu khamr (minuman yang memabukkan) ada satu jenis sahaja, hari ini khamr pelbagai jenis berupa minuman bir, ganja, pil ekstasi dan shabu. 

Dahulu mereka melakukan transaksi riba, hari ini riba di perkemas dengan pelbagai istilah menarik seperti bunga/pembiyaan Bank. Jadi tidak salah jika Muhammad Quthb menyebut zaman hari ini sebagai Jahiliyah Modern.

Kita meyakini bahawa al-Quran dan sunnah sebagai tuntunan dalam menjalani kehidupan ini, jadi seharusnya kaum muslimin diberikan “kemerdekaan” juga untuk menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai hukum Negara dalam mengatur kehidupan bermasyarakat. Islam tidak hanya mengatur masalah ibadah semata-mata tetapi mengatur kehidupan politik, ekonomi, sosial dan kehakiman. 

Buktinya; Islam mengharamkan riba dalam bidang ekonomi, Islam mewajibkan menutup aurat dan melarang khalwat dalam bidang sosial, Islam melaksanakan qisas bagi pembunuh dan rejam bagi penzina dalam bidang kehakiman, serta hukum-hukum Islam yang lain. Jika Islam dipisahkan daripada kehidupan dan hanya berfungsi dalam masalah ibadah sahaja, maka hanya sekitar 10% sahaja al-Quran dan sunnah yang boleh diamalkan.

Jadi secara hakiki umat Islam masih belum merdeka, ini hanya kemerdekaaan palsu kerana kita masih terjajah dalam pelbagai bidang. Seharusnya sistem Islam yang mengatur kehidupan kaum muslimin, tetapi hakikatnya sistem sekuler yang dipaksakan kepada kita. Adalah wajar umat Islam tidak merasakan kemakmuran, kerana telah dijauhkan dari tuntunan kehidupan yang paling sempurna yakni al-Quran dan sunnah, sebagai alasan bagi Allah SWT untuk menurunkan berkah-Nya.

"Jikalau sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya".
 (Surah Al-A’raf 96).

Ketika syari'at Islam dilaksanakan dalam mengatur kehidupan ini maka boleh dikatakan bahawa umat Islam telah merdeka, kerana dengan demikian kehidupan berjalan sesuai dengan keinginan mereka untuk meraih redha Allah SWT. Kekayaan alam yang saat ini dikuasai oleh asing dikembalikan kepada negara dan digunakan sepenuhnya untuk kemakmuran rakyat, sehingga tidak aneh dalam sistem Islam pendidikan dan kesihatan secara percuma. Sistem kehakiman Islam ('uqubat) yang bersifat adil dan tegas mampu mengurangkan jenayah, kerana pembunuh di hukum qisas (diyat jika dimaafkan), penzina di hukum rejam, koruptor, homoseksual, pencuri / perompak, dadah dan pelbagai kemaksiaatan lain akan di hukum setimpal sesuai dengan aturan Islam. Kehidupan sosial menjadi lebih indah, tidak ada lagi budaya telanjang. 

Segala perkara yang memabukkan dan merosakkan akal dilarang, pengeluaran dan pengedaran arak (bir dan dadah) diharamkan. Para penguasa bersifat amanah dalam menjalankan kekuasaannya, semata-mata mereka melayani rakyat agar Allah SWT menilainya sebagai amal ibadah (nilai ruhiyah), bukan untuk mencari keuntungan duniawi semata (harta dan tahta).

Gambaran keindahan penerapan syari’at Islam di atas bukanlah suatu mimpi karena pernah dialami oleh umat Islam di zaman keemasan Kekhilafahan Islam yang di pimpin oleh para Khalifah. Salah satunya kegemilangan Islam di era Khalifah Umar bin Abdul Aziz, dimana harta Baitul Maal yang melimpah sementara kaum miskin sangat sulit dijumpai.

Sungguh, kita merindukan kembalinya syari’at Islam sebagai pengatur kehidupan ini, yakni dengan tegaknya Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah. Khilafah sebuah sistem pemerintahan Islam yang satu untuk seluruh kaum muslimin di dunia, yang di pimpin oleh seorang Khalifah yang bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya di dunia dan akhirat berdasarkan al-Quran dan sunnah, mengobarkan jihad ke negeri-negeri kuffar agar bangkit dari kegelapan dan masuk ke dalam cahaya Islam, yang akan menggetarkan musuh-musuh Islam dan melindungi darah kaum muslimin dari serangan kaum yahudi.
 --------------------------------------------------------------------------------
Kita masih belum lagi Merdeka. Hari di mana kita berjaya menghapuskan RIBA, hari itulah kita akan MERDEKA!

Ayuh, kembalilah kepada Dinar dan Dirham. Return of the Islamic real wealth currency. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Wallahua’lam

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak


Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam. 

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam. 

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. 

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam. 

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik. 

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.



Dinar dan Dirham - Profesor Umar Ibrahim Vadillo




Prof. Umar Ibrahim Vadillo
Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.

His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study of Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidak adilan ini?

Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula kerana  mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.

Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan sistem muamalat Islam.

Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:

Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?


Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri. Dinar Emas dan Dirham Perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.

Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?


Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.

Mengapa disebut sebagai perompakan ?


Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah jatuh nilainya.

Bank ikut selesa dalam sistem ini?


Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.

Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?


Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.

Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?


Allah swt telah menekankan bahawa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Moroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.

Nilai emas pernah tergugat ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas juga tak stabil ?


Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.

Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?


This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.

Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?


Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.

Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?


Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Seekor ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dirham, seekor ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong!

Caranya ?


Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.

Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?


Kita tahu bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.

Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?


Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri. Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat di hentikan.

 Wallahua'lam.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh [Bahagian 3]

Melalui perbahasan yang lalu, kita telah mengetahui bahawa ulama berselisih pendapat dalam menentukan ‘illah barang ribawi. Ada yang menyatakan barang ribawi hanya 6, sepertimana yang termaktub di dalam hadis. Ada ulama menyatakan selain 6 tersebut juga boleh menjadi barang ribawi. Semua perkara ini khilaf yang tidak patut menjadi perbalahan hukum. Kita mesti berlapang dada dalam menghadapi masalah khilaf ini.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
ulama berbeza pendapat menentukan barang ribawi [Bahagian 2]
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
6 Barang Ribawi yang disebut dalam hadis

Fokus kepada perbincangan kita, adakah matawang ringgit, dollar, reuro, dan matawang-matawang yang lain dianggap sebagai barang ribawi? Sebelum tahun 1971 iaitu sebelum matawang dollar diputuskan hubungan dengan emas dan perak, maka hukum matawang adalah sama dengan hukum emas dan perak. Pada masa itu, bila disebut dollar, maka semua orang mengakui ia mewakili emas dan perak. Begitu juga dengan matawang lain seluruh dunia merupakan sijil yang mewakili emas dan perak. Siapa yang membawa matawang kertas, ia sebenarnya membawa emas dan perak dalam bentuk perwakilan. Maka hukum wang kertas pada masa itu adalah sama hukum dengan emas dan perak yang termasuk sebagai barang ribawi.

Para ulama secara ittifaq menyatakan pada masa itu matawang kertas adalah barang ribawi kerana ianya mewakili emas dan perak. Sebarang pembelian ataupun pertukaran mesti dielakkan dari unsur ribawi. Sebagai contoh, bila menukarkan ringgit dengan ringgit, ianya mesti sama nilai. RM1 jika ditukar mestilah dengan RM1 juga. Jika RM1 ditukar dengan RM2, maka disitu terdapat unsur ribawi. Menukar RM1 dengan RM1 pada majlis akad yang berbeza adalah haram, kerana emas dan perak mestilah ditukar pada majlis akad yang sama. Manakala jika menukar RM1 dengan $2 atau 4 riyal, ianya dibolehkan dengan syarat ianya berlaku dalam satu majlis akad. Ini dibolehkan semasa wang kertas menjadi wakil kepada emas dan perak.

Namun setelah wang kertas menjadi wang fiat, ia tidak lagi terikat dengan emas dan perak. Maka menyatakan ia masih mewakili emas dan perak perlu dikaji semula. Inilah yang dikemukakan oleh Dr. Muhammad Sulaiman Al-Asyqar. Pada masa ini, wang kertas telah menjadi wang fiat yang bebas ikatan dari emas dan perak. Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum matawang kertas. Terdapat dua bahagian pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, duit kertas tidak ada unsur ribawi kerana ia berdiri dengan sendiri dan nilainya tidak ghalibah (tidak kekal). Tidak ghalibah bermaksud ia tidak ada nilai intrinsik dan ia bernilai kerana diberi nilai padanya. Ini berbeza dengan emas dan perak yang setiap masa bernilai dan diakui nilai oleh semua manusia. Pernah disebut oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu’, maksudnya “apabila fulus itu laku seperti lakunya nuqud (emas dan perak) tidak haram padanya riba inilah yang sahih dinaskan dan dengannya dipastikan musannif (al-Syirazi) dan Jumhur (al-Syafiiah) dan padanya terhadap satu wajah syaz ianya haram diriwayatkan al-Khurasaniyyun (daripada Ashab al-Syafiiah)” [al-Majmuk, 9/395]
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat 1
Wang kertas tiada unsur ribawi adalah pendapat Syeikh Muhammad Sulaiman al-asyqar dan Syeikh Hasan Ayub. Pendapat ini boleh dirujuk dalam kitab Buhus Fiqhiah fi Qaya Iqtisadiah Muasarah (1/267-300), dan kitab-kitab lain seperti di bawah:

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Rujukan 

Pendapat kedua pula, matawang kertas masih termasuk dalam barang ribawi kerana memiliki peranan dan ‘illah seumpama emas dan perak walaupun ia sudah tidak terikat dengan emas dan perak. Ini adalah pendapat Imam Malik, dan disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Pendapat ini diikuti kebanyakan ulama masa kini dan atas pendapat ini, Majma’ Fiqh Islam Rabithah al-Alam al-Islami mengeluarkan fatwa sedemikian.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat 2

Setelah melihat pendapat ulama ini, barangsiapa memakai pendapat pertama maka jual beli emas secara tertangguh atau hutang dibolehkan dan sah pada syarak, kerana mereka melihat wang fiat sudah hilang hubungan dengan emas dan perak. 

Barangsiapa yang memakai pendapat kedua maka hukum berjual beli emas secara tertangguh atau hutang tidak dibenarkan kerana mereka masih menganggap wang fiat mempunyai ‘illah yang sama dengan emas dan perak, iaitu sebagai alat pertukaran. Inilah yang telah dikemukakan Ibnu Taimiyyah yang menyatakan ‘illah ribawi pada emas dan perak adalah alat pertukaran. Jadi ‘illah ini ada pada wang fiat masa kini.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Kesimpulan

Kesimpulannya, barangsiapa yang menyatakan wang fiat iaitu ringgit, dollar, dan lain-lainnya mempunyai ‘illah yang sama dengan emas dan perak, haram membeli emas dan perak secara tertangguh. Maka pendapat ini betul dan benar. Namun sesiapa yang memakai pendapat kedua ; membenarkan pembelian emas dan perak secara tertangguh, pendapat ini juga adalah benar. Selagi ia termasuk dalam lingkungan khilafiah, memakai mana-mana pendapat pun masih dibenarkan.

 Kalau anda ingin memakai pendapat yang tidak membenarkan jual beli tertangguh, jangan anda menghalang orang lain memakai pandangan yang membenarkan jual beli tersebut. Ini kerana ia masih dalam lingkungan khilaf. Kita bukan membenarkan orang mengambil pendapat khilaf secara membabi buta, tetapi mustahil dalam muamalah hari ini kita membawa duit cash untuk ditukar dengan emas.

Dalam kaedah fiqh pun ada menyatakan “kepayahan menyebabkan kemudahan dibenarkan”. Kita hanya dilarang mengambil pendapat khilaf bilamana ia dalam keadaan yang mengikut nafsu dan menimbulkan fitnah. 

Perbahasan ini belum tamat. Jika benar wang fiat tidak termasuk barang ribawi, mengapa ia dikenakan zakat? InsyaAllah kita akan bahaskan pada entri yang akan datang. Nantikan ! 


Wallahua'lam. 
----------------------------------- 
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad

Perniagaan Yang Sentiasa Untung & Tiada Rugi!


‪#‎MotivasiPagi_Bangkit!




Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 
(Surah As Saff: 10 – 11)

“Orang kaya yang bersyukur, yang berdiri dengan kebenarannya itu lebih utama dari orang fakir yang sabar.” – Ibnu ‘Atha
----------------------------------------

Ada orang.. tidak mahu berniaga kerana "takut kaya" - katanya boleh mengakibatkan penyakit 'hubbud dunya' (cintakan dunia).

Persoalannya, adakah penyakit itu hanya menimpa orang kaya???

Tidak, hakikatnya orang miskin pun ramai yang menderita penyakit ini.

Masalahnya bukan pada kaya atau miskin, tetapi bagaimana kita bersikap terhadap kekayaan.

Dengan alasan inilah, ramai umat Islam tidak mahu bekerja keras, tidak mahu berusaha menjadi kaya & orang besar.


Umat Islam...

terlalu besar untuk mempunyai cita-cita kecil,

Umat Islam harus kaya,

seperti kayanya Abu Bakr as-Siddiq, seperti kayanya Umar al-Khattab,

seperti kayanya Uthman bin Affan,

Dan seperti kayanya Abdul Rahman bin Auf.

Kerana kekayaan merekalah Islam bisa berjaya.

Rasulullah saw mengajarkan kita untuk berdoa, "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kemiskinan dan kefakiran, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur".

Yang menjadi masalah bukan seberapa banyak kita mendapat wang, tapi wang itu dari mana dan untuk apa.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Tidak boleh iri hati melainkan dalam 2 perkara iaitu:

1. Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah).

2. Orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Al Bukhari)


Ingatlah, kita adalah harapan masa depan ummah,

Bangkitlah!

Harapan pasti ada,

Allah bersama kita.
---------------------------

Wallaua'alam.

Kisah Emas dan Penyesalan Akhir


#‎SalamJumaat ‪#‎selamatmembaca 


Tersebut al-kisah... 

Seorang Raja dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa. 

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Raja tersebut untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan. 

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Raja tersebut. 

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal. 

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang. 

2. Yang bawa sikit pun menyesal. “Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian” 

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya. 

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas. 

Gelap : Tidak pasti apa penghujungnya 

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat. 

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun. 

Orang-orang kafir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal. 

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Al-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin. wallahualam. 

~ Do something TODAY, That your future self, will THANK FOR.

Wallahua'lam.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh [Bahagian 2]


Bertemu kembali dalam bahagian kedua, hukum membeli emas dan perak secara hutang atau tertangguh . (Bahagian 1 telah dijelaskan di sini)
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Jauhi Riba


Sebelum kita pergi jauh dalam perbahasan ini, perkara yang paling penting adalah kita menyelesaikan punca atau asas perbahasan ini. Asasnya ialah, adakah perbahasan ini hanya tertumpu kepada enam barang ribawi sahaja seperti yang telah disebutkan dalam hadis atau ianya menjangkau barang-barang lain yang hampir sama sifat atau ‘illah dengan keenam-enam barang ribawi. 

Para ulama tidak bersepakat dalam hal ini. Berlaku khilaf dalam kalangan para ulama dalam menentukan barang-barang ribawi. Perbezaan pendapat para ulama terbahagi kepada 2 kelompok. Yang pertama, barang ribawi hanya terbatas kepada enam jenis barang ini sahaja.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Selain enam ini tidak termasuk barang ribawi. Ini adalah pendapat Az-Zahiri dan Ibnu Uqail dari mazhab Hanbali. 

Pendapat kedua, ulama memasukkan selain dari enam barang yang disebut oleh hadis sebagai barang ribawi. Bagi mereka, selain enam barang ribawi juga boleh terjadi riba apabila memiliki ‘illah yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
.Dalam pendapat kedua ini berlaku perselisihan pula dalam kalangan ulama dalam menentukan maksud ‘illah dalam riba. 

Mereka tidak sepakat dalam masalah ‘illah, hasilnya mereka tidak sepakat dalam menentukan barang apa yang termasuk riba, dan barang apa yang tidak termasuk sebagai barang riba.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Ulama' tidak sepakat dalam masalah ‘illah

Mari kita lihat perselisihan para ulama dalam masalah ‘illah :

1. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad - ‘illah emas dan perak adalah ukuran timbangan. Adapun barang-barang selainnya yang empat yang termasuk dalam nas adalah ukuran takaran yakni yang boleh diukur. Ini adalah pendapat
Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad. 


Atas dasar pendapat inilah maka hukum riba berlaku pada setiap barang-barang yang dapat ditimbang, baik itu makanan atau selainnya, dan setiap barang-barang yang dapat ditakar atau diukur baik itu makanan atau selainnya. Atas dasar pendapat ini pula hukum riba berlaku untuk besi. Barangsiapa menukar besi dengan besi haruslah seukuran dan tunai, kerana memiliki jenis yang sama. 

Menurut pendapat ini, maka hukum riba juga berlaku pada emas, besi, tembaga, timah dan lain-lain. Begitu pula berlaku pada barang-barang lain yang dapat ditimbang seperti kain, sutera, kapas, dan semua barang yang dapat ditimbang dikira sebagai barang ribawi. Begitu pula hukum ini berlaku untuk barang-barang yang dapat diukur seperti gandum halus, gandum kasar, kurma, beras dan semua benda cair seperti minyak dan susu. Inilah pendapat pertama iaitu timbangan dan takaran menjadi ‘illah riba. Dengan itu, berlakulah hukum riba pada setiap barang yang dapat ditimbang dan ditakar, baik berupa makanan atau selainnya. 

2. Imam Syafi’I berpendapat - ‘illah emas dan perak adalah kerana keduanya merupakan standard harga. Adapun keempat barang yang lain maka ‘illahnya adalah jenis makanan.Saudara, manakala pendapat kedua adalah pendapat Imam Syafi’i, 


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Imam Syafi'i

Atas dasar pendapat ini, maka hukum riba berlaku untuk emas dan perak sahaja. Adapun timah, besi, tembaga dan sebagainya tidak berlaku hukum ribawi menurut mazhab Syafi’i. Jenis makanan pula, maka setiap makanan termasuk barang ribawi, tidak terkait dengan kondisinya yang biasa ditimbang atau ditakar. 

3. Imam Malik berpendapat bahawa ‘illah emas dan perak adalah sebagai alat tukaran. Adapun empat barang lainnya, maka ‘illahnya kerana barang-barang makanan tersebut merupakan makanan pokok dan makanan simpanan iaitu makanan sehari-hari dan makanan yang dapat disimpan dalam jangka waktu yang lama seperti gandum, maka ia adalah makanan pokok yang biasa disimpan dalam waktu yang lama. Begitu pula gandum, barli, jagung, dan lain-lainnya. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Imam Malik

4. Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa ‘illah emas dan perak adalah alat tukaran, iaitu barang yang boleh digunakan untuk pembayaran bagi barang lainnya. Adapun empat barang lainnya ‘illahnya adalah makanan yang biasa ditakar atau ditimbang. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pendapat Ibnu Taimiyyah
Jom kita lihat contoh yang lebih dalam lagi terhadap perbahasan yang kita bincangkan tadi. 1 kilogram gandum halus ditukar dengan 2 kilogram gandum halus, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berlaku hukum riba, kerana pertukaran terjadi dengan barang yang boleh diukur dan ditimbang. Menurut mazhab Syafi’I berlaku juga kerana pertukaran terjadi pada makanan. Menurut mazhab Maliki berlaku juga hukum riba kerana pertukaran terjadi pada makanan pokok yang biasa disimpan. Manakala menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga berlaku kerana pertukaran terjadi pada makanan yang biasa diukur, ditakar dan ditimbang.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
1 kilogram gandum halus ditukar dengan 2 kilogram gandum halus, apakah berlaku hukum riba?

Mari kita lihat pula bagaimana jika ditukar 1 kilogram besi dengan dua kilogram besi, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, berlaku hukum riba kerana besi termasuk barang yang boleh diukur dengan timbangan. Manakala menurut mazhab Syafi’I, ia tidak termasuk dalam bab riba kerana bukan emas atau perak dan ia buykan makanan pokok yang disimpan. Manakala menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, tidak berlaku kerana ‘illah menurut beliau adalah alat tukaran makanan yang ditakar atau ditimbang.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
jika ditukar 1 kilogram besi dengan dua kilogram besi, apakah berlaku hukum riba? 

Menurut perbahasan tadi, memang di kalangan para ulama berbeza pendapat dalam menentukan masalah ‘illah. Oleh itu, kita mengetahui barang ribawi menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, barang yang menjadi alat tukar seperti riyal, dinar, dan pound serta apa sahaja yang menjadi alat tukaran manusia.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh


Kesimpulannya, dalam masalah selain enam barang ribawi yang disebut dalam hadis, maka para ulama berselisih pendapat mengenainya. Maksudnya selain enam barang ribawi tersebut adalah masalah ikhtilaf dan ijtihad, bukan termasuk dalam masalah ittifaq atau masalah ijma’ sorih yang wajib kita pakai pendapat itu sahaja. Dalam islam, selagimana ia khilaf, kita boleh memakai pendapat khilaf tersebut selama tujuan kita bukan mengikut hawa nafsu dan ia tidak menimbulkan fitnah tambahan pula keadaan masyaqqah yakni susah, menyebabkan ia menjadi rahmat kepada kita memakai pendapat-pendapat yang khilaf itu. 

Perbahasan ini belum selesai, bertemu lagi di bahagian ketiga. Teruskan membaca!

Wallahua'lam.

-------------------------------
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign