Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold

Antara soalan-soalan popular yang ditanya kebanyakan orang kepada saya; “Public Gold ni bawah Public Bank ke?”, “Bagus ke emas Public Gold ni”, “berapa keuntungan/dividen setiap bulan simpan emas ni?” dan “Apa beza emas Public Gold dengan emas lain?”

Jawapan saya, Public Gold tiada kena mengena @ apa2 hubungan dengan Public Bank, mungkin ramai keliru disebabkan perkatan ‘public’ tu. Public Gold adalah sebuah syarikat terbesar di Malaysia yang menjalankan Jual Beli Emas Fizikal sahaja, beli emas dapat emas fizikal bukan seperti akaun emas yang ditawarkan pihak bank. 

Emas Public Gold paling mudah dibeli, mudah dijual, urus niaga sangat telus dan selamat. Oleh itu, saya berani katakan syarikat Emas Public Gold adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia setakat ni. Pilihlah platform yang telus, selamat dan berprestesi hebat serta kukuh untuk anda memulakan simpanan@ pelaburan emas fizikal.

Anda boleh teliti dan buat perbandingan daripada 13 point kelebihan utama emas Public Gold ini :


1. SYARIKAT EMAS TERBESAR DI MALAYSIA

Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia. Jenama Public Gold sudah berada di pasaran sejak tahun 2008 sehingga sekarang dan mempunyai sebuah anak syarikat ‘Public Safe’ yang mengoperasikan Peti Simpanan Selamat (safe deposit box) di Pulau Pinang dengan kapasiti 5000 buah peti simpanan.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold

Public Gold merupakan jenama emas pertama mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai jongkong emas tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan daripada certified assayer. Public Gold dipercayai oleh orang ramai kerana syarikat ini hanya menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak. Ia tidak terlibat dengan aktiviti jualan langsung dan skim cepat kaya.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold


2. BEBAS GST

Emas keluaran Public Gold di kecualikan daripada dikenakan 6% GST kerana emas berketulenan 999.9 dalam bentuk jongkong dan syiling emas Public Gold diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) bertaraf antarabangsa.

Emas LBMA Public Gold dicetak oleh Nadir Metal, yang diiktiraf di seluruh dunia. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold


3. BERKUALITI ANTARABANGSA (LBMA)

Mulai Disember 2014, Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold. Nadir Metal Refinery merupakan ahli (London Bullion Market Association) LBMA.

Jadi, ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery di iktiraf di seluruh dunia. Website Nadir Metal Refinery : http://www.nadirmetal.com.tr/kalite_e.htm


4. HARGA LEBIH MURAH

Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas dan kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang.

Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama. Cuba anda bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran.

Secara umumnya, saya boleh katakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran. Kenapa perlu bayar lebih untuk membeli emas yang sama berat dan ketulenannya bukan??


5. SUSUT NILAI TERENDAH DI PASARAN

Susut nilai (atau “spread”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.

Susut nilai emas Public Gold hanya 4.5% – 8% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih. Susut nilai emas di kedai emas adalah antara 18% ke 30%.


Susut nilai Gold Bar 250gram hanya 4.5%. Harga emas naik 10%, dah untung paling kurang 5.5%


6. BANYAK CAWANGAN

Urusan jual beli emas Public Gold mudah sebab ada cawangan seluruh Malaysia. Setakat ini, Public Gold ada lebih 18 cawangan di seluruh Malaysia juga di Singapura dan Indonesia (yang terbaru), insyaalah akan datang bakal mengembangkan sayap di Brunei. Setiap negeri ada office Public Gold. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold
Ini adalah senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (boleh klik sini)

7. DITERIMA MELUAS AR-RAHNU


Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit, boleh pajak emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagar. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Mulai Oktober 2013, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain seperti Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.


8. SISTEM BOOKING HARGA 24 JAM SEHARI

Satu fakta yang menarik tentang Public Gold ialah harganya berubah setiap 20 minit mengikut real-time” pergerakan harga emas dunia. Berbeza dengan kedai emas yang lambat berubah harganya (kekadang sampai berminggu-minggu). Jadi anda boleh melihat kenaikan dan penurunan harga dengan pantas.

Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu secara online sahaja. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold. Ia membolehkan anda merancang urusan membeli dan menjual dengan mudah!

Jadi kalau nak beli, kita tidak perlu terburu-buru datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.


9. EMAS DISERTAKAN SIJIL KETULENAN

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer (pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas). Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold.

Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold
Setiap emas ada no siri unik 

Setiap keping emas memiliki nombor siri yang unik. Nombor siri sijil tersebut mesti sama dengan nombor siri pada jongkong emas. Jika nak jual balik, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan pemilik baru menjual balik emas tersebut.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold
Setiap emas disertakan sijil ketulenannya 


10. TIADA YURAN SEBENAR

Tiada ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu untuk layak jadi dealer. Jika anda beli emas RM30,000 dalam satu resit, secara AUTOMATIK anda jadi dealer sah Public Gold. Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja.

Anda beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.

Tak nak jadi dealer?

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan sebaiknya buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau ada modal) sebab boleh dapat REBAT belian 1% (belian RM30,000), 1.5% (belian RM200,000) dan 2.0% (belian RM1 juta).

Public Gold juga akan bayar rebat 0.3% bila kita jual balik emas tu. Maksudnya bila jadi dealer, kita boleh jimat susut nilai sebanyak 1.3%, 1.8% atau 2.3% bergantung tahap dealership. Kalau beli RM200,000, maksudnya jimat RM3,600! Banyak tu. =)


11. KEUPAYAAN BELI BALIK YANG BESAR

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.


Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold


Jika anda masih belum jelas kenapa perlu simpan emas, sila baca artikel yang pernah saya ulas sebelum ini di link (Emas Sebagai Insuran Kewangan). Semoga bermanfaat.


12. ORACLE DATABASE 

database oracle

Bermula tahun 2008 cawangan pertama Public Gold di Bukit Jambul, kini Public Gold semakin berkembang dalam portfolio emas dan perak. Public Gold semakin maju, berkembang dan kukuh dengan adanya lebih 18 cawangan seluruh Malaysia termasuk di Singapore dan Indonesia (akan Brunei).

Bagi sesiapa yang sudah melibatkan diri dengan Public Gold pasti menyedari bahawa sistem pengurusannya sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke semasa.

Daripada sistem belian melalui handphone (call & sms) dan penghantaran melalui serahan tangan, hari ini belian emas boleh di lakukan hanya melalui sistem online (website & application hp) menggunakan sistem database Oracle.

Bukan calang-calang ya..

Hanya company yang serius dan kukuh sahaja yang mampu menggunakan sistem Oracle. 

Website database Oracle boleh menampung kapasiti besar serta back up data online.

Apa itu Oracle?

Oracle Database adalah relational database management system (RDBMS) untuk mengelola informasi secara terbuka, komprehensif dan terintegrasi. 

Nak tahu lebih lanjut, klik di sini.


13. KEMUDAHAN PAJAK EMAS DI PUBLIC GOLD (Premis Baru, Servis Baru)

Berita baik buat orang pantai timur! Alhamdulillah & sekalung Tahniah kepada Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) kerana telah berjaya melangkah setapak lagi dengan membuka cawangan baru ‪‎Public Gold‬ di KB.

Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold

Insyaallah, Public Gold akan terus membeli premis-premis baru demi keselesaan pelanggan dan terbaru, setiap premis Public Gold akan menyediakan kemudahan servis ar-Rahnu iaitu Ar-rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE). 

Kini, pembeli emas Public Gold tak perlu cari ar-rahnu lain dah, boleh pajak terus emas di office Public Gold. :-)
Kelebihan Utama Emas Fizikal Public Gold

Public Gold sentiasa komited membuat penambahbaikan daripada semua sudut dari semasa ke semasa demi 'public'. Sebab tu fakta bahawa #PublicGold syarikat emas TERBAIK No 1 di Malaysia berstatus LBMA (antarabangsa) tak boleh disangkal lagi. ^^,

p/s : alamat PG Kota Bharu Branch ~ Lot 342, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bahru, 15200 Kota Bahru, Kelantan.

Absolutely AMAZING and UNBEATABLE!

Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign