Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh [Bahagian 1]

Kali ini kita akan membahaskan salah satu tajuk mengenai hukum hakam emas menurut pandangan ulama. Apakah hukum jual beli emas secara tertangguh atau berhutang? 

Apabila kita berbicara mengenai emas dan perak, ada beberapa permasalahan hukum yang perlu diberi perhatian. Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan hukum yang khusus mengenai emas dan perak.


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

  1. Haram menggunakan emas dan perak sebagai bejana/bekas makanan. 
  2. Haram bagi kaum lelaki memakai perhiasan emas, manakala wanita diharuskan. 
  3. Wajib keluar zakat apabila cukup haul (tempoh masa) dan nisab (jumlah). Sesiapa yang enggan keluarkan zakat emas dan perak, mendapat ancaman azab dari Allah s.w.t. pada hari kiamat. 
  4. Ada hukum ribawi untuk emas dan perak, berdasarkan nas. Riba pada keduanya berlaku bila emas dijual dengan emas tetapi diserah secara tertangguh, begitu juga dengan perak. 

Kesemua ini merupakan hukum hakam yang perlu diberikan perhatian dengan nas dan penerangan yang jelas dari sudut agama. Dalam Islam, emas dan perak termasuk barang ribawi. 

Terdapat enam jenis barang ribawi yang perlu diberi perhatian. Maksud barang ribawi adalah transaksi barang ini mengandungi unsur riba. Keenam-enam barang ribawi ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w. :

الذَّهَبُ بِالذَّهَب وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ
“Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, gandum dengan gandum, sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitasnya) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus semisal dan semisal, sama dan sama, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbezaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semau kalian selama dilakukan antara tangan dan tangan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim]

Dalam riwayat Sa’id Al-Khudri pula, ada sedikit tambahan yang disebut oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: 
“Barangsiapa menambah atau minta tambah, maka dia terjatuh dalam riba, yang mengambil dan memberi dalam hal ini adalah sama.”
Saudara, keenam-enam barang ini adalah emas, perak, barli, kurma, gandum, dan garam. Ini yang kita sebutkan sebagai barang ribawi. Oleh itu hati-hatilah bila mengadakan pertukaran menggunakan keenam-enam barang ini. Keenam-enam barang ribawi ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang mempunyai ‘illah yang sama.

Apa itu ‘illah?

‘Illah adalah sesuatu alasan yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku. Sebagai contoh, kenapa arak itu haram? Ia haram kerana ‘illah nya yang memabukkan dan mengandungi alcohol. Apabila arak hilang alkoholnya dan bertukar menjadi cuka, maka alasan atau ‘illah untuk menyatakan ia haram telah hilang. 

Berbalik kepada keenam-enam barang tadi yang terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah yang mempunyai ‘illah yang sama. ‘Illah nya adalah makanan. Barang-barang itu adalah gandum, kurma, barli dan garam. Kedua, yang memiliki ‘illah yang sama, ‘illah nya adalah harga; iaitu emas dan perak. Mari kita lihat bagaimana transaksi ini menjadi riba. Pertama, barang ribawi yang sama jenis dan sama ‘illah. Contohnya kita tukarkan gandum dengan gandum, emas dengan emas. Barang ini sama jenisnya dan sama ‘illahnya. 


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukarkan gandum dengan gandum, emas dengan emas.
Barang ini sama jenisnya dan sama ‘illahnya.
Kedua, barang ribawi yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah. Contohnya menukarkan gandum dengan garam. Barang ini tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu; makanan. Contoh lagi, menukar emas dengan perak yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu nuqud dan harga.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukarkan gandum dengan garam

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar emas dengan perak yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu nuqud dan harga
Ketiga, barang yang berbeza jenis dan berbeza ‘illah. Contohnya menukar emas dengan gandum, atau perak dengan kurma. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar emas dengan gandum, atau perak dengan kurma
Bagi barang yang sama jenis dan sama ‘illah, maka pertukarannya mestilah sama berat, diserahkan dalam majlis akad yang sama. Contohnya menukar garam dengan garam, mestilah sama berat dan diserah dalam majlis akad yang sama. Menukar gandum dengan gandum mestilah sama timbangan dan akad yang sama, menukar kurma dengan kurma mestilah sama timbangan dan akad yang sama, begitu juga menukar barli dengan barli mesti dalam akad yang sama dan berat yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Begitu juga dengan emas dan perak. Sebarang pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak, mestilah mempunyai timbangan yang sama dan pada majlis akad yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak, mestilah mempunyai timbangan yang sama dan pada majlis akad yang sama.
Manakala bagi barang yang ribawi yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah, maka pertukarannya tidak perlu sama berat, tetapi perlu dalam majlis akad yang sama. Contohnya, menukar kurma dengan garam tidak perlu berat yang sama, tetapi mesti diserahkan pada akad yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Begitu juga jika mahu menukar 100 gram emas dengan 10 gram perak, ia dibenarkan walau tidak sama, akan tetapi mesti pada majlis akad yang sama. Oleh itu, syarat terpenting bagi menukarkan barang ribawi yang tidak sama jenis, tetapi sama ‘illah ini, mestilah ditukar pada akad yang sama, dalam erti kata lain hand by hand. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar 100 gram emas dengan 10 gram perak
Seterusnya bagi barang yang tidak sama jenis dan tidak sama ‘illah, tidak mengapa jika pertukaran tidak sama berat dan tidak perlu pada majlis akad yang sama. Sebagai contoh, menukar emas dengan gandum, menukar perak dengan kurma, menukar garam dengan emas dan seumpamanya, maka dibenarkan. Sekiranya Johan memiliki 100 gram emas dan menukarkannya dengan kurma yang seberat 15 kilogram secara berhutang tanpa diserahkan pada majlis akad yang sama, dan tidak sama timbangan, maka hukumnya boleh dan dibenarkan. Kenapa ini dibolehkan? Kerana pertukaran ini melibatkan barang ribawi yang tidak sama jenis dan tidak sama ‘illah.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar garam dengan emas
Melalui perbahasan ini dapat kita fahami, bila kita bermuamalah menggunakan emas dan perak, maka ada perkara yang perlu diperhatikan. Pertama, bila menukarkan emas dengan emas, atau perak dengan perak, mesti sama timbangan, sama berat dan diserahkan dalam satu majlis akad. Contohnya membeli emas lama dengan emas baru, mesti sama berat pada timbangan dan diserahkan pada waktu yang sama tanpa tertangguh. Kedua, jika menukarkan emas dengan perak pula, tidak mengapa kalau tidak sama timbangan tetapi mesti diserahkan pada waktu yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Persoalannya sekarang, adakah matawang ringgit, dollar, rupiah, dan lain-lain boleh dikatakan sebagai barang ribawi?? Apa hukum menukarkan emas dan perak kepada matawang yang disebutkan tadi? Adakah ada unsur ribawi dalam transaksi ini? Yang paling penting, bolehkah membeli emas dan perak dengan harga tertangguh?

Semua persoalan ini akan dijawab dalam bahagian kedua, teruskan membaca ! 


Wallahua'lam

-------------------------------
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign