EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda

Apakah yang dimaksudkan dengan insuran? 
Insuran ditakrifkan sebagai peralihan sama rata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran bayaran, tugas bagi penjagaan, difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, serta kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).

Bahasa mudahnya adalah kita memperuntukkan sedikit kewangan kita untuk tujuan melindungi atau back-up kepada diri, keluarga dan harta kita sekiranya berlaku malapetaka atau kemalangan dan sebagainya.

Contohnya, insuran kereta. Ramai orang sanggup membayar insuran kereta yang tinggi nilainya setiap tahun, walaupun kita tidak pernah mengharapkan agar kereta kita terlibat dalam kemalangan bukan? Itu hanya cara kita melindungi harta kita dan mengurangkan risiko.
-------------------------------------------------

Tahukah anda bahawa ada satu insuran yang paling mudah? Ya, ianya adalah MEMBELI dan MENYIMPAN EMAS dengan menggunakan sedikit atau lebihan simpanan wang kita. 

Tanpa perlu mengisi borang yang banyak dan tiada proses yang merumitkan. Hanya BELI dan SIMPAN. Inilah INSURAN KEWANGAN terbaik. Sebenarnya ramai yang tidak sedar, beli emas tidak pernah mengurangkan wang kita seperti mana kita membeli belah di pasar raya, tetapi dengan membeli emas anda sebenarnya hanya menukarkan wang anda ke dalam bentuk emas fizikal yang lebih selamat dan kalis inflasi! Emas adalah wang yang sebenar.

Emas Pelindung Kekayaan

Kenapa Emas dikatakan sebagai salah satu Insuran Kewangan Terbaik?? Saya huraikan satu persatu secara ringkas di bawah :

#1 - Keselamatan (Security)

Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan oleh caj-caj pengurusan bank, caj kad debit dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Walaubagaimanapun, simpanan emas sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

#2 - Perlindungan (Protection)

Simpanan dalam bentuk wang kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari yang secara puratanya 10% setahun tetapi 0% pada emas. Sebaliknya, Nilai emas akan sentiasa meningkat dalam jangka panjang secara purata melebihi 20% setahun. Kekayaan anda tidak akan hilang jika menyimpan emas.

#3 - Risiko rendah (Low Risk)

Risiko melabur dalam emas boleh dikatakan adalah sangat kecil dan hampir tiada. Walaupun harga emas ada turun naiknya, namun jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun akan melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Oleh itu, risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

*Jika anda takut simpan emas sendiri, menyimpan dengan Public Safe (anak syarikat Public Gold) adalah langkah yg bijak! (www.publicsafe.com.my)

p/s: risiko rompakan terhadap aset kita adalah perkara yang tidak boleh diketepikan, terutamanya wang kertas yang terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainya.

#4 - Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)

Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan dan banyak lagi. Semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baik pulih, kos ‘maintenance’, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, “If you choose fine gold, fee become free..!”.

p/s: Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan.

#5 - Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)

Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.

#6 - Sangat peribadi (Total Privacy)

Aset seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas boleh diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pelbagai pihak lain. Pihak BNM, Jabatan Audit Negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Akaun simpanan emas seperti Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan Public Bank Gold Investment Account (GIA) walaupun spreadnya kecil, tetapi anda tidak boleh melihat, memegang, memajak atau menjual emas terus pada bila-bila masa yang anda mahu dan ada banyak keraguan dari sudut syarak.

Namun, pemilikan emas fizikal adalah suatu yang sangat peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki tiada dalam pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas. Tiada undang-undang yang boleh mengehadkan pemilikannya. UNLIMITED!

Oleh itu, tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar EMAS yang anda simpan dan miliki termasuk orang terdekat dengan anda apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda yang menceritakannya.

#7 - Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)

Anda beli emas, dapat emas, simpan dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang anda untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan. 

Contohnya tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri, agak sukar untuk mengeluarkannya lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti.

#8 - Mudah Dipindahkan (Portable)

Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas bernilai ratusan ribu (RM100k++) dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasa kita lihat yang dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran wang dalam jumlah yang banyak, duit tersebut akan diletakkan dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa (RM100k++) dalam bentuk emas, anda boleh meletakkannya dalam poket baju sahaja dengan mudah dan selamat tanpa orang menyedarinya.

#9 - Tahan Lama (Durable)

Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam begitu sahaja serta nilainya juga tentu akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas sangat tahan atau kalis terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api, sekalipun hanya melebur pada suhu yang tinggi sahaja (di atas 1083 darjah celcius), emas masih tetap logam mulia dan tetap bernilai tinggi, cuma bentuknya sahaja yang berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. 500gram jongkong emas masih tetap sama sampai bila-bila walaupun telah bertukar menjadi serbuk!

#10 - Mudah Dicairkan (High Liquidity)

Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urus niaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas dan peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkin boleh menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi.

Untungnya apabila ada emas, anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja malah di seluruh dunia dengan mudah. Permintaan yang sangat tinggi terhadap emas ada di mana-mana.

#11 - Menguntungkan (Profitable)

Keuntungan daripada simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan paling kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun.!


Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan Emas adalah harta anda yang sebenar. Oleh itu, Lindungi & Selamatkanlah kekayaan anda dengan Emas bermula dari sekarang! Moga bermanfaat.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign