Cara Login Website Public Gold

Adakah anda mengalami antara masalah berikut :

  • Tidak berjaya login. 
  • Pernah beli emas dengan Public Gold, tapi belum pernah login ke website untuk buat order sendiri. 
  • Pernah login kali pertama menggunakan Temporary Username, tapi kali ni tak dapat login bila guna Username yang sama. 
  • Lupa Password.

Ini isu teknikal biasa yang orang rujuk pada saya. Bagi yang tidak pernah membeli emas daripada Public Gold, ikuti panduan di artikel ini "Beli Emas Public Gold (Online)" atau jika anda berhasrat mulakan simpanan dengan modal kecil secara konsisten, ikuti panduan di sini "Simpan Emas Serendah 1 Gram".

Bagi yang pernah beli, ikut panduan di bawah ini supaya anda jadi pelabur merdeka! Jangan terlalu bergantung kepada dealer. Cuba uruskan sendiri semua urusan jual beli. InsyaAllah, lama-lama pandai. 

3 Langkah Mudah Login ke website Public Gold

Langkah #1 : Dapatkan Username
Langkah #2 : Dapatkan Password
Langkah #3 : Login Ke Website


Langkah #1 – Dapatkan Username
Username ialah Gold ialah Account Code (atau selalu diistilahkan sebagai “PG Code”). Setiap orang yang pernah beli terus daripada Public Gold akan diberi PG Code.

Untuk dapatkan PG Code, buka balik Sales Order yang anda terima daripada Public Gold. Lihat bahagian yang tertulis “Account Code”. Account Code itulah username anda untuk login ke website Public Gold.

Dapatkan PG Code anda daripada Sales Order / GAP statement sebelum ni yang dihantar melalui email.

Jika anda tidak pasti “Account Code” anda, contact introducer yang tolong lock order untuk anda kali pertama beli emas dengan Public Gold. InsyaAllah introducer boleh bantu dapatkan. Kalau anda beli direct dari office Public Gold tanpa melalui dealer, anda call semula cawangan Public Gold yang anda berurusan. Bagi tahu yang anda nak dapatkan PG Code untuk login ke website.


Langkah #2 - Dapatkan Password

Ok, bila dah ada PG Code sebagai “Username”, sekarang ni anda perlu dapatkan “Password” untuk login.


Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”


 Klik  “Forgot Password”.


Masukkan PG Code anda dan klik Submit

Buka email anda, copy “Security Code”, dan klik activition link.

Masukkan “Security Code” yang anda terima dalam email seperti dan masukkan Password anda yang baru


Langkah #3 – Login Website
Ok, sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri. Pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

Masukkan username dan password baru. Dan pastikan tick “I am human”

Jika Masih Tidak Berjaya?

Ada sesetengah orang masih tak dapat login lepas ikut step yang saya terangkan ni. Kalau macam tu, kena minta Public Gold tolong resetkan password. Caranya, masuk website bahagian Where To Buy > Enquiry, isi borang tu dan copy paste ayat di bawah ni dalam ruangan mesej.
I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.


Klik “Send”. Tunggu respond daripada staff Public Gold melalui email selewatnya dalam masa setengah hari bekerja.

Mudah-mudahan panduan ini membantu merungkai segala permasalahan yang anda alami. Moga kita semua menjadi penyimpan emas yang merdeka, insyaAllah.


Wallahu a’lam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign