Cara Terkini Beli Emas Menerusi My GAP

Untuk makluman sahabat yang dah pernah beli emas Public Gold melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program), Public Gold telah menambah baik sistem pembelian emas GAP (Gold Accumulation Program) yang telah diperkenalkan sekitar tahun 2014 selaras dengan kehendak dan permintaan semasa, dengan menggunakan satu portal baru untuk kemudahan pelanggan sedia ada. Entri berkaitan GAP ini telah pun saya ulas sebelum ini. Klik Sini untuk (Baca Selanjutnya).

Sambutan terhadap GAP ini sangatlah menggalakkan. Apa tidaknya, kita semua tidak perlu menunggu duit yang banyak untuk membeli ketulan demi ketulan emas – boleh mulakan belian emas dengan 1 gram sebagai permulaan!

Public Gold dah implement sistem GAP. Jadi, kita boleh tambah belian hanya melalui website sahaja. Tidak perlu lagi hantar maklumat melalui email. Sangat mudah!


Cara Terkini Belian GAP


#1 : Bank-in Duit

---------------------------------
Layari laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my dan seterusnya rujuk pada harga terkini 1 gram GAP. Bank-in duit ke Akaun Public Gold 5571-3923-8048 (Maybank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” mengikut harga per gram.



Harga GAP disemak sekali sehari. Harga berubah jam 12.00 malam. Bank-in duit genap-genap mengikut berapa gram yang anda nak beli. 

PENTING – Simpan Bukti Pembayaran. Sila pastikan nombor akaun syarikat adalah betul ( 5571-3923-8048), dan sertakan email ( gap@publicgold.com.my) untuk memudahkan urusan pihak syarikat jika anda menggunakan kemudahan perbankan internet (Maybank2u).


#2 - Login website

---------------------------------
Pilih menu Login dan masukkan username (PG kod anda) dan Password dengan betul dan juga ‘Tick’ kata kunci keselamatan yang telah disediakan. Untuk login, ikut step di sini. Setelah berjaya login, sistem akan memaparkan lagi satu menu terbaharu yang diberi nama My GAP

Setelah login, Klik “My GAP”
Klik “Purchase” > “Add New”

#4 - Upload slip bayaran

---------------------------------------------
Apa yang perlu dimasukkan data adalah di bahagian Purchase Information. Isikan semua maklumat dan pastikan 'Payment Amount' dan 'Purchase Amount' di isi dengan jumlah yang sama. Isikan juga 'Reference Number'. Kemudian klik “Choose File” untuk attach/masukkan bukti pembayaran yang anda screen shot / snap. Kemudian, klik “Request”.




#5 - Tunggu GAP Statement

----------------------------------------------------
Public Gold akan hantar GAP statement ke email anda dalam masa 2 hari bekerja. Siap! Kalau tak terima juga statement tu, maklumkan untuk saya follow up dengan Public Gold.

Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan menerima GAP statement email pada hari yang sama.

Seletah menerima email, disarankan agar membuka kembali sistem tersebut. Antara perubahan yang bakal anda lihat adalah pada status pengesahan pembelian. Status Purchase akan bertukar kepada ‘Confirmed’ »»» ‘Approved’ »»» ‘Submitted’.

*Apabila status dah bertukar kepada 'Submitted', bermakna selesailah proses belian & anda boleh menyemak baki emas fizikal dalam akaun GAP anda melalui GAP Statement.

Mudah kan? Dengan sistem baru yang diperkenalkan Public Gold, sangat-sangat menjimatkan masa. Apa tunggu lagi, Jom tambah simpanan emas fizikal anda!


Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign