Beli Emas Public Gold (Online)

Kaedah belian secara online yang disediakan oleh Public Gold sangat memudahkan. Anda boleh beli emas hanya di hujung jari bila-bila masa dan di mana jua dengan syarat ada talian internet (24 jam sehari). Selepas place order, selesaikan bayaran, dan boleh ambil emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di cawangan Public Gold terdekat.

Jika anda baru pertama kali membeli emas Public Gold dan mahukan urusan yang lebih mudah, hubungi saya  (WhatsApp - 013 360 9680) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu (1) nama penuh, (2) no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan (6) tinggal area mana untuk saya kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Seterusnya anda hanya perlu selesaikan bayaran ke akaun Public Gold dan ambil emas anda di cawangan terdekat.

Jika anda nak order sendiri, sila ikut step di bawah.

4 Langkah Mudah Membeli Emas Public Gold :

Langkah #1 : Register di Website Public Gold (FREE)
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas


Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Order”.

Klik “Register”


Klik “Ok”



Masukkan maklumat peribadi anda dan letakkan PG kod introducer anda. Ini penting sebab beliau yang akan bantu anda follow-up dengan Public Gold jika perlu. Jika anda mahu beri kepercayaan kepada saya sebagai introducer, letakkan kod “PG054316", dan tekan “Check Introducer”. Pastikan keluar nama “Hidayah Binti Abdul Kadir". 

PERINGATAN - introducer kekal sampai bila-bila setelah anda register nanti. So, pastikan dan pilihlah introducer yang boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab.
Buka email anda, copy “Security Code” dan klik “activation link”.


Proses “Registration” selesai. Buka semula website www.publicgold.com.my dan klik “Login”. Masukkan temporary “Username” dan “Password” yang dihantar ke email anda.


Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)

Klik “Order”, dan “Place Order”


Masukkan bilangan item yang nak dibeli




Pada bahagian “Payment option” terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih :

1. “Full Payment” kalau anda buat belian tunai (bayaran penuh).

2. “Easy Payment” kalau anda nak beli secara ansuran (4 bulan). Anda hanya perlu membayar 25% sebulan daripada nilai belian selama 4 bulan dan akan dikenakan caj 0.5% (sekali sahaja) daripada nilai belian keseluruhan emas.

PERINGATAN - Boleh bayar lebih tapi jangan kurang.

Lengkapkan segala maklumat diperlukan dan klik “Next”.


Pastikan semua maklumat betul sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public Gold mungkin agak sulit. Kemudian klik “Confirm Order”. Proses lock harga selesai.

Langkah #3 : Buat Bayaran

a) Tunggu Sales Order :

Lepas klik “Submit Order”, sistem web Public Gold akan emailkan Booking Order (BO) on-the-spot. Anda boleh buat bayaran terus berdasarkan Booking Order tu atau tunggu sehingga anda terima email Sales Order (SO) seperti di bawah. 

Kalau tidak terima SO dalam masa 2 hari, maklumkan kepada introducer untuk follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, maklumkan introducer untuk buat pembetulan dengan Public Gold.

Contoh Sales Order (Invoice): Maklumat terpenting ialah no. Sales Order PM5-004860 dan A/C Code PG0005898 (Kod Dealer/ Kod Customer PG) untuk rujukan.


b) Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran :

Setelah menerima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 1 hari bekerja (atau selewatnya 4 hari). Pastikan anda simpan slip bank / bukti bayaran ORIGINAL sebaiknya. Public Gold tidak akan membenarkan emas diambil tanpa bukti bayaran original.

Sebaiknya transfer guna Maybank2u jika ada (limit harian RM10,000, kalau RM15,000 kena buat 2 kali bayaran), ataupun bank-in di kaunter kalau amaun melebihi RM10,000.


JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine! 

Ia sangat berisiko sebab jika tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error semasa anda sedang masukkan duit, (2) tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!…

Selepas buat pembayaran, emailkan bukti bayaran (scan/snap foto) ke payment@publicgold.com.my dan cc kepada saya hidayah4591@gmail.co untuk mereka sahkan yang anda telah buat bayaran dan memudahkan saya follow up jika perlu. 

Kalau bayaran tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), anda boleh dikenakan penalti ataupun nama di blacklist.


Langkah #4 : Ambil Emas

Selepas selesaikan bayaran, anda boleh ambil emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1.0% setahun.

Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Untuk cepat dapat emas, lepas buat bayaran, terus call pejabat Public Gold untuk buat stok reservation. 

Bagi tahu no. Sales Order dan tanya mereka bila expected date boleh ambil emas tu. Minta mereka reserve stok dan call semula bila dah sampai. Mudah. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.

Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Contact Us > Branch Details“. Jika ada apa-apa masalah, boleh minta bantuan Introducer (Dealer) anda.

Moga artikel ini dapat membantu anda semua membeli emas Public Gold dengan mudah, cepat dan meyakinkan, InsyaAllah.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign