Tips Menyimpan Emas Modal Rendah

Memang sukar tetapi kini tidak mustahil lagi terutamanya bagi pelajar di dalam/luar negara atau ibu bapa yang ingin menabung emas fizikal untuk anak secara konsisten dengan modal yang kecil. Letakkan matlamat dan perlu nekad yang kuat, kerana simpanan sangat penting untuk berhadapan dengan tempoh-tempoh sukar di dalam kehidupan. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".

Saudara, sebenarnya mudah sangat nak bermula simpan emas. Kini, anda boleh mulakan simpanan emas dengan serendah 1 gram melalui kaedah Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. 





KENAPA KAEDAH (GAP) TERBAIK ?? 

Kelebihan utama akaun GAP adalah ianya disokong oleh 100% emas fizikal. Anda boleh memilih untuk mengeluarkan pelbagai item jongkong emas atau dinar emas yang anda inginkan. (Baca Selanjutnya) untuk mengetahui produk yang ditawarkan Public Gold, 

Untuk Jongkong Emas, anda boleh memilih samada: 
  • Jongkong emas 1 gram 
  • Jongkong emas 5 gram 
  • Jongkong emas 10 gram 
  • Jongkong emas 20 gram 
  • Jongkong Emas 50g 
  • Jongkong Emas 100 gram 
  • Jongkong Emas 250 gram. 
Untuk Dinar Emas anda boleh memilih samada:
  • Dinar emas ½ Dinar (2.125 gram)
  • Dinar emas 1 Dinar (4.25 gram) 
  • Dinar emas 5 dinar (21.25 gram) 
  • Dinar emas 10 Dinar (42.5 gram) 

1. Jimat masa

Hanya 3 step mudah iaitu BANK IN, EMAIL bukti pembayaran dan TUNGGU respons dari Public Gold.


2. Keselamatan terjamin

Dengan GAP, selesai masalah tempat simpanan. Emas anda disimpan di Safe Box Public Safe, iaitu anak syarikat Public Gold secara PERCUMA selagi mana anda tidak mengambil emas fizikal tersebut. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas fizikal menggunakan perkhidmatan ini, perlu membayar sewa tahunan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Public Safe, klik (www.publicsafe.com.my).

3. Bajet rendah

Tabungan emas ini fleksibel, jika ada lebihan tunai, tukar sahaja duit kertas “RM” kepada emas” dengan cara bank in amount gram emas ke akaun public gold GAP untuk menambah gram emas anda. TIADA KOMITMEN BULANAN.

4. Menabung dgn konsisten

Membantu anda mengumpul emas fizikal secara konsisten dgn modal rendah sebagai ASET KECIL untuk mendapatkan ASET yang LEBIH BESAR seperti hartanah. Bila tiba masa yang sesuai untuk anda beli rumah atau tanah, jual semua aset emas ini utk dapatkan harta idaman anda.


====================================



Saudara, simpanlah emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa ianya penyimpan nilai yang terbaik, Tun Dr Mahathir juga pernah menyentuh isu emas ini untuk digantikan atau sebagai sandaran mata wang dan pada masa yang sama turut menyarankan rakyat untuk menyimpan emas.

Kerajaan India telah mengejutkan dunia dengan membeli 200 tan emas dari IMF. Jika sebuah kerajaan mengambil pendekatan begini mengapa kita masih tidak bertindak lagi??

Buat masa sekarang emas masih senang dan mampu untuk dimiliki. Pernah dinyatakan harga emas akan naik sehingga RM500/g pada tahun 2020.


Rasanya masih mampukan kita sebagai rakyat biasa memiliki emas pada ketika itu? sekarang kita masih lagi mampu untuk membeli emas pada harga yang masih rendah jadi jangan lepaskan peluang ini.

Tidak perlu beli emas dalam kuantiti yang banyak sekaligus memadailah 1 gram emas sebulan atau jika anda mempunyai lebihan duit bolehlah anda beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan untuk diri dan keluarga anda.

Simpanlah emas sebagai simpanan dan “back-up” plan. Menyimpan emas boleh digunakan sebagai persediaan pergi Haji, untuk pendidikan anak-anak, modal perniagaan, perkahwinan dan bermacam-macam lagi.

Bertindak sebelum terlambat. 

~ Emas untuk membangunkan Keluarga, Agama dan Negara.


Wallahua’lam.


Nombor dan Fakta Mengenai Emas

Assalamualaikum, jom kita mengenali emas dengan lebih dekat melalui fakta nombor. Semoga mendapat inspirasi dan motivasi daripada kehebatan logam mulia ini. 

Nombor dan Fakta Mengenai Emas

Emas cair pada suhu 1064 Celcius

Nombor dan Fakta Mengenai Emas

Hanya mendidih pada suhu 2808 darjah celcius 171,300 tan emas dilombong sejak permulaan tamadun manusia.



40,000 pelombong yang menyertai "California Gold Rush"pada 1849 telah diberi gelaran "49ers". Hanyabeberapa orang diantara mereka yang menjadi sangat kaya.


79 = Nombor atom didalam emas, yang bermakna terdapat 79 proton di dalam nukleus setiap atom emas


7.2 Juta = bilangan untuk berapa kali jika semua emas yang ada didunia ini, ditukarkan menjadi dawai bersaiz 5 mikron , boleh membalut seluruh planet ini.


Satu auns emas tulen boleh ditempa menjadi satu lembaran kertas bersaiz 9 meter persegi.
  

Lebih 90 peratus daripada emas dunia telah dilombong sejak "California Gold Rush".


100 Juta orang di seluruh dunia bergantung kepada perlombongan emas untuk menampung kehidupan mereka.

Julius Caesar memberikan 200 syiling emas kepada setiap askar dari harta rampasan perang kerana berjaya menawan Gaul.


Fort Knox memiliki 4,600 tan emas.


Suhu badan manusia adalah 37 darjah celcius.Disebabkan kekonduksian unik emas, barang kemas dari emas dengan cepat menyamai haba badan anda,menjadi sebahagian daripada anda.


Ia adalah sangat sukar untuk mencari satu auns bongkah emas berbanding berlian lima karat.



Peratusan emas dilombong hari ini yang menjadibarang kemas.


750/1000 emas tulen dalam emas 18 karat.


Pada 95 Sebelum Masihi, Maharaja Cina Hsiao Wu I menempa sekeping emas tanda peringatan untuk meraikan pemandangan seekor Unicorn.



Syiling emas terbesar pernah dicetak, Maple leaf Kanada tahun 2007 bernilai $ 1.000.000 mempunyai diameter 53cm.


Walaupun hanya 10 bahagian emas setiap "quadrillion", lautan dunia dianggarkan menyimpan sehingga 15,000 tan emas.


Bongkah emas sebenar yang paling besar seberat 2316 troy auns ketika ditemui di Moliagul di Australia pada tahun 1869. Ia digelar “Welcome Stranger”.


Pada November 2010, Dana saham Emas SPDR (GLD), "World Gold Council" menaja pertukaran dana yang diniagakan, memiliki lebih daripada $ 55 bilion aset di bawah pengurusannya.


Ahli "World Gold Council" secara keseluruhannya mewakili kira-kira 60% daripada semua aktiviti perlombongan korporat.

Alhamdulillah, setelah mengetahui fakta-fakta mengenai emas, anda perlu tahu dan memahami kenapa emas adalah insuran sebenar kewangan anda, (Baca Selanjutnya). Moga bermanfaat.

Wallahua'lam.

Kesilapan UTAMA Pelabur Emas! - Tidak memeriksa berapa susut nilai SEBELUM membeli emas

Susut nilai @ lebih dikenali juga sebagai “spread” merupakan salah satu antara kriteria paling penting untuk memilih emas TERBAIK untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam pelaburan emas.

Spread ialah beza harga jualan dan harga belian emas. Formulanya: (Harga jualan – Harga belian) / Harga jualan x 100%.

SPREAD BUKAN DEPRECIATION


Menurut Mentor Emas saya (Tuan Mohd Zulkifli Shafie), istilah "susut nilai" dalam emas sebenarnya kurang tepat. Ia selalu disalahfahami sebagai "depreciation" (turun nilai). Istilah sebenarnya ialah "spread"; perbezaan antara dua harga semasa yang ditetapkan oleh penjual i.e. harga "JUAL" dan harga mereka "BELI" balik.

Sebagai contohnya beli barang kemas dikedai emas. Bila nak jual emas tu balik, kedai emas membelinya dengan potongan 25% dari harga jualan semasa. Kadar spreadnya ialah 25%!

Spread (beza harga beli dengan jual pada ketika kita beli) emas Public Gold adalah PG Buy (harga semasa jualan balik) yang dipaparkan di website Public Gold (www.publicgold.com.my) dan kadar spread itu kekal walaupun harga emas berubah-ubah. Harga PG Buy itu telahpun ditolak siap-siap kadar spread daripad harga PG Sell.

Sifirnya mudah, 'semakin rendah spread emas, semakin cepat/besar keuntungan yang bakal diperolehi'.

Jadi, bagi saya, sebelum semak harga per gram, perkara pertama yang kena pastikan ialah kadar spread. Kalau beli emas dengan tujuan dapat dijual pada harga tinggi satu hari nanti, pastikan spread tidak melebihi 10%. Kalau lebih 10%, 'ndak la beli jugo' kata orang jambi ^^, maksudnya, tak payah la beli emas tu, lupakan dan cari yang lebih rendah spreadnya.

Bagaimana susut nilai kecil boleh menguntungkan anda??

Saya buat contoh pengiraan dengan anggaran kenaikan emas dalam masa setahun akan datang sekitar 20% :

- 20 gram emas Public Gold katakan berharga RM3500
- kenaikan 20% , iaitu 700 = RM4200
- RM4200 tolak susut nilai 7% , 252 = RM3948
- kira untung ( 3948-3500) = RM448 UNTUNG!

- 20 gram di kedai2 emas atau syarikat XYZ katakan juga berharga RM3500
- kenaikan 20% , iaitu 700= RM4200
- RM4200 tolak susut nilai 20% , 840 = RM3360
- kira untung ( 3360-3500) = (RM140) MASIH BELUM UNTUNG LAGI !!!


Susut nilai emas Public Gold adalah yang terendah dalam pasaran, iaitu hanya 4.5% – 8% sahaja, bergantung kepada jenis item yang dipilih.

Kesilapan UTAMA Pelabur Emas! - Tidak memeriksa berapa susut nilai SEBELUM membeli emas
Spread Gold Bar Public Gold 

Kesilapan UTAMA Pelabur Emas! - Tidak memeriksa berapa susut nilai SEBELUM membeli emas
Spread Dinar Public Gold 

Tahukah anda, bahawa spread emas juga biasanya dipengaruhi oleh berat. Semakin berat emas, semakin rendah susut nilainya. Semakin kecil susut nilai maka semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi sebagai pelabur.

**Public Gold platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia!

Nak tahu kenapa? sila baca selanjutnya di (Kelebihan Utama Emas Public Gold).

Moga bermanfaat.

Wallahua'lam.





Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu

Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu.
Klik Untuk Bermula
Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dahulu kemudian tunggu harganya naik, bukannya tunggu masa sesuai untuk bermula. Kalau kita tunggu dan tak beli-beli alamatnya kita akan terus menungguuuuuu sahaja.

Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungannya setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu.
Harga emas akan meningkat naik 
Emas adalah pelaburan jangka masa panjang (setahun ke atas). Beli emas dulu walau berapa harganya, kemudian baru menunggu. Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Di mana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung. MULAKAN DULU DENGAN MODAL KECIL, kemudian baru monitor harga.

Jangan risau sangat pasal harga sebab kita beli EMAS, hakikatnya duit kita tak berkurang tapi kita hanya menukarkan duit kita kepada wang yang sebenar iaitu EMAS.

Beli Emas Dahulu, Kemudian Baru Tunggu.
Laporan Berita Harian ini boleh dibaca di sini: Berita Harian – Emas dijangka cecah RM503 satu gram (klik untuk baca)

sebenarnya harga emas memang berubah-ubah iaitu turun naik dalam jangka pendek, tetapi sentiasa dalam trend line menaik dalam jangka masa panjang. Walau sesibuk mana sekalipun, saudara masih boleh pantau harga emas dunia dengan mudah dengan melayari :

Langkah Pertama


Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap “langkah pertama”. Pendek kata, mereka sudah tewas ketika masih belum benar-benar bermula lagi…

Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah sebab kita sudah ada BENCHMARK tersendiri.

Bila dah buat belian pertama, kita akan lebih mudah faham harga emas tinggi atau rendah. Selagi tak mulakan membeli, kita akan tunggu harga paling rendah sedangkan pakar analisis teknikal harga emas pun tak tahu bila harga yang boleh dianggap 'paling rendah' itu.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. 

Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap bulan. Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.


Fast Action Fast Result



Orang yang berjaya kebiasaanya mereka yang berani bertindak pantas apabila bertemu dengan peluang. Mustahil anda boleh menguasai sepenuhnya ilmu emas kemudian baru nak mulakan langkah. Memang tidak di nafikan, ilmu sangat-sangat penting, tetapi ilmu itu terlalu luas, tidak akan pernah habis dan tiada penghujungnya. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak tahu sebenarnya.

Memadai anda ketahui ilmu asas tentang emas dan terus amalkan (tindakan), ilmu itu akan semakin berkembang seiring dengan tindakan anda. Itulah prinsip Dato' Louis Ng (pengasas Public Gold) untuk membangunkan syarikat emas fizikal terbesar di Malaysia hari ini.

Kini...

  • Public Gold syarikat yang paling terkehadapan dalam industri Investment Precious Metal (IPM) di Malaysia.
  • Public Gold syarikat tempatan pertama mengeluarkan gold bar dan silver bar di Malaysia.
  • Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang menjalankan jual beli emas mengikut real-time harga emas dunia. 
  • Di waktu banyak company emas masih terkial-kial tentang perlaksanaan GST awal tahun 2015, Public Gold telahpun mendahului syarikat lain dengan mengeluarkan produk bebas GST di Malaysia!
Prinsip yang digunakan oleh Dato’ Louis ialah “mulakan dahulu, adjust kemudian


Masalah Sebenarnya Jalan Untuk Menjadi Lebih Baik



Jika ditoleh ke belakang, semasa Dato’ Louis baru mendapat idea untuk mewujudkan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dari satu konferens di luar negara, Public Gold terus memulakan program GAP SECARA MANUAL kerana masih belum ada sistem. Staff Public Gold terpaksa memprosesnya secara manual. Pada mulanya, memang banyak masalah dan rungutan daripada pihak customer, tetapi akhirnya Sistem GAP dapat dibangunkan dengan jayanya.

Jika dahulu, penyimpan emas GAP hanya boleh semak baki dalam akaun melalui email yang Public Gold hantar, tetapi sekarang sudah boleh semak GAP Statement hanya melalui portal di website sahaja. Dan sekarang, emas dalam akaun GAP sudah boleh dipindahkan (transfer) pula ke akaun GAP orang lain, sepertimana memindahkan duit melalui online transfer sahaja.

Cara Terkini Beli Emas Menerusi My GAP : http://goo.gl/O5bRBd 

Insyallah, Public Gold adalah satu-satu syarikat yang akan menjayakan hasrat Kerajaan Kelantan (satu ketika dahulu) untuk mengembalikan emas sebagai medium transaksi dengan memperkenalkan Dinar & Dirham Kelantan.. Dengam adanya emas LBMA, akaun emas GAP, dan PG Mall (akan datang), Public Gold sedang menyiapkan PLATFORM untuk menjadikan emas sebagai medium transaksi, ia alternatif kepada wang kertas.

Jika anda berhasrat untuk menjadikan emas portfolio pelaburan jangka panjang dan ingin konsisten menyimpan emas serendah 1 gram dengan modal hanya (RM150 – RM200) sahaja, (Baca Selanjutnya). Milikilah emas dan perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai anda untuk masa depan. 

Jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…

Wallahua’lam.

Syarat Jual beli Emas

Syarat Jual beli Emas
Emas Tergolong Dalam Item Ribawi
Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

1. Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

2. Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

3. Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Untuk pengetahuan anda, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti 3 hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya kerana dalam parameter majlis fatwa, tempoh masa yang dibenarkn untuk sempurnakan proses jual beli hingga 3 hari.

Pandangan baru (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC); mereka memfatwakan transaksi jual beli emas dan perak menggunakan kad kredit sebagai HARAM. (Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000). Penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk link ini. zaharuddin.net/kewangan/258-hukum-penggunaan-kad-kredit.html

Berhati-hatilah agar kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya. Akhirnya, perlu di ingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.


Wallahua’lam

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh [Bahagian 1]

Kali ini kita akan membahaskan salah satu tajuk mengenai hukum hakam emas menurut pandangan ulama. Apakah hukum jual beli emas secara tertangguh atau berhutang? 

Apabila kita berbicara mengenai emas dan perak, ada beberapa permasalahan hukum yang perlu diberi perhatian. Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan hukum yang khusus mengenai emas dan perak.


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

  1. Haram menggunakan emas dan perak sebagai bejana/bekas makanan. 
  2. Haram bagi kaum lelaki memakai perhiasan emas, manakala wanita diharuskan. 
  3. Wajib keluar zakat apabila cukup haul (tempoh masa) dan nisab (jumlah). Sesiapa yang enggan keluarkan zakat emas dan perak, mendapat ancaman azab dari Allah s.w.t. pada hari kiamat. 
  4. Ada hukum ribawi untuk emas dan perak, berdasarkan nas. Riba pada keduanya berlaku bila emas dijual dengan emas tetapi diserah secara tertangguh, begitu juga dengan perak. 

Kesemua ini merupakan hukum hakam yang perlu diberikan perhatian dengan nas dan penerangan yang jelas dari sudut agama. Dalam Islam, emas dan perak termasuk barang ribawi. 

Terdapat enam jenis barang ribawi yang perlu diberi perhatian. Maksud barang ribawi adalah transaksi barang ini mengandungi unsur riba. Keenam-enam barang ribawi ini disebut dalam hadis Nabi s.a.w. :

الذَّهَبُ بِالذَّهَب وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ
“Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, gandum dengan gandum, sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitasnya) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus semisal dan semisal, sama dan sama, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbezaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semau kalian selama dilakukan antara tangan dan tangan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim]

Dalam riwayat Sa’id Al-Khudri pula, ada sedikit tambahan yang disebut oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: 
“Barangsiapa menambah atau minta tambah, maka dia terjatuh dalam riba, yang mengambil dan memberi dalam hal ini adalah sama.”
Saudara, keenam-enam barang ini adalah emas, perak, barli, kurma, gandum, dan garam. Ini yang kita sebutkan sebagai barang ribawi. Oleh itu hati-hatilah bila mengadakan pertukaran menggunakan keenam-enam barang ini. Keenam-enam barang ribawi ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang mempunyai ‘illah yang sama.

Apa itu ‘illah?

‘Illah adalah sesuatu alasan yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku. Sebagai contoh, kenapa arak itu haram? Ia haram kerana ‘illah nya yang memabukkan dan mengandungi alcohol. Apabila arak hilang alkoholnya dan bertukar menjadi cuka, maka alasan atau ‘illah untuk menyatakan ia haram telah hilang. 

Berbalik kepada keenam-enam barang tadi yang terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah yang mempunyai ‘illah yang sama. ‘Illah nya adalah makanan. Barang-barang itu adalah gandum, kurma, barli dan garam. Kedua, yang memiliki ‘illah yang sama, ‘illah nya adalah harga; iaitu emas dan perak. Mari kita lihat bagaimana transaksi ini menjadi riba. Pertama, barang ribawi yang sama jenis dan sama ‘illah. Contohnya kita tukarkan gandum dengan gandum, emas dengan emas. Barang ini sama jenisnya dan sama ‘illahnya. 


Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukarkan gandum dengan gandum, emas dengan emas.
Barang ini sama jenisnya dan sama ‘illahnya.
Kedua, barang ribawi yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah. Contohnya menukarkan gandum dengan garam. Barang ini tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu; makanan. Contoh lagi, menukar emas dengan perak yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu nuqud dan harga.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukarkan gandum dengan garam

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar emas dengan perak yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah iaitu nuqud dan harga
Ketiga, barang yang berbeza jenis dan berbeza ‘illah. Contohnya menukar emas dengan gandum, atau perak dengan kurma. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar emas dengan gandum, atau perak dengan kurma
Bagi barang yang sama jenis dan sama ‘illah, maka pertukarannya mestilah sama berat, diserahkan dalam majlis akad yang sama. Contohnya menukar garam dengan garam, mestilah sama berat dan diserah dalam majlis akad yang sama. Menukar gandum dengan gandum mestilah sama timbangan dan akad yang sama, menukar kurma dengan kurma mestilah sama timbangan dan akad yang sama, begitu juga menukar barli dengan barli mesti dalam akad yang sama dan berat yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Begitu juga dengan emas dan perak. Sebarang pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak, mestilah mempunyai timbangan yang sama dan pada majlis akad yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak, mestilah mempunyai timbangan yang sama dan pada majlis akad yang sama.
Manakala bagi barang yang ribawi yang tidak sama jenis tetapi sama ‘illah, maka pertukarannya tidak perlu sama berat, tetapi perlu dalam majlis akad yang sama. Contohnya, menukar kurma dengan garam tidak perlu berat yang sama, tetapi mesti diserahkan pada akad yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Begitu juga jika mahu menukar 100 gram emas dengan 10 gram perak, ia dibenarkan walau tidak sama, akan tetapi mesti pada majlis akad yang sama. Oleh itu, syarat terpenting bagi menukarkan barang ribawi yang tidak sama jenis, tetapi sama ‘illah ini, mestilah ditukar pada akad yang sama, dalam erti kata lain hand by hand. 

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar 100 gram emas dengan 10 gram perak
Seterusnya bagi barang yang tidak sama jenis dan tidak sama ‘illah, tidak mengapa jika pertukaran tidak sama berat dan tidak perlu pada majlis akad yang sama. Sebagai contoh, menukar emas dengan gandum, menukar perak dengan kurma, menukar garam dengan emas dan seumpamanya, maka dibenarkan. Sekiranya Johan memiliki 100 gram emas dan menukarkannya dengan kurma yang seberat 15 kilogram secara berhutang tanpa diserahkan pada majlis akad yang sama, dan tidak sama timbangan, maka hukumnya boleh dan dibenarkan. Kenapa ini dibolehkan? Kerana pertukaran ini melibatkan barang ribawi yang tidak sama jenis dan tidak sama ‘illah.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh
Menukar garam dengan emas
Melalui perbahasan ini dapat kita fahami, bila kita bermuamalah menggunakan emas dan perak, maka ada perkara yang perlu diperhatikan. Pertama, bila menukarkan emas dengan emas, atau perak dengan perak, mesti sama timbangan, sama berat dan diserahkan dalam satu majlis akad. Contohnya membeli emas lama dengan emas baru, mesti sama berat pada timbangan dan diserahkan pada waktu yang sama tanpa tertangguh. Kedua, jika menukarkan emas dengan perak pula, tidak mengapa kalau tidak sama timbangan tetapi mesti diserahkan pada waktu yang sama.

Hukum Membeli Emas Secara Tertangguh

Persoalannya sekarang, adakah matawang ringgit, dollar, rupiah, dan lain-lain boleh dikatakan sebagai barang ribawi?? Apa hukum menukarkan emas dan perak kepada matawang yang disebutkan tadi? Adakah ada unsur ribawi dalam transaksi ini? Yang paling penting, bolehkah membeli emas dan perak dengan harga tertangguh?

Semua persoalan ini akan dijawab dalam bahagian kedua, teruskan membaca ! 


Wallahua'lam

-------------------------------
Kredit : Ustaz Zulkifli Ahmad

DINAR Emas SENJATA Umat Islam - Prof. Dr. Hj. Zuhaimy Ismail

Firman Allah,“….dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya telah dilarang daripadanya, kerana mereka memakan harta dengan jalan yang bathil…” (Suratun-Nisa, ayat 161) 
Bila disebut tentang senjata, ini membayangkan kepada peperangan atau alat untuk mempertahankan diri. Senjata inilah yang akan digunakan untuk membunuh lawan atau menumpaskan mereka yang menceroboh kekawasan kita. Senjata ini apabila digunakan yang memiliki senjata amatlah mengharapkan dengan senjata ini dapat mengalahkan musuh. Sebab itu senjata amat penting dalam mempertahankan diri atau sewaktu menyerang musuh. Keris, parang, pedang dan panah merupakan senjata tradisional masyarakat kita. Di zaman Rasulullah s.a.w senjata yang digunakan ketika itu adalah pedang dan panah disertakan dengan kuda yang mampu dipacu laju. Di dalam peperangan Uhud, tentera Rasulullah s.a.w telah menggunakan strategi yang begitu cermat dengan mengarahkan angkatan memanahnya menduduki gunung Uhud dan berpesan supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Yang jelas bahawa sejarah menunjukkan bahawa tentera memanah Islam telah mungkir arahan ketua dan meninggalkan puncak Uhud dan kesannya semua telah kita ketahui.

Dunia zaman moden kini kita dapati setiap negara berlumba-lumba untuk menyiapkan negara masing-masing dengan persenjataan terkini. Kini kita dapati juga ada negara yang berlumba-lumba untuk memiliki senjata nukliar atau senjata pemusnah lain. Peralatan ketenteraan semakin hari semakin canggih dan dunia ketiga pula sentiasa diajak untuk mengejar perkembangan teknologi ketenteraan terkini. Contoh dari pelbagai negara kita dapati kebanyakan senjata yang dimiliki akhirnya hanya efektif digunakan ke atas rakyatnya sendiri. Jika berlaku peperangan, tidak ada negara boleh berdikari sendiri untuk melawan musuh.

Juga kita dapati bahawa sebaik sahaja hutang pembelian senjata sesebuah negara hampir selesai, senjata baru diperlukan bagi melengkapi kekuatan tentera kerana senjata lama sudah tidak boleh digunakan lagi. Kitaran ini berterusan dan akan berterusan tanpa selesai. Jika kita teliti akan isu persenjataan ini kita dapati di belakang industri alat ketenteraan ini adalah institusi perbankan.

Persoalan kita sekarang, adakah patut kita sebagai negara Islam turut mengejar kekuatan ketenteraan negara dengan secara berterusan dengan menambah pembelian senjata moden buatan Amerika, Rusia atau China. Pembelian senjata yang menelan belanja berbilion dolar Amerika akan menyebabkan negara kita berhutang dengan institusi kewangan dunia. Apakah sesuai senjata yang kita beli itu sedangkan senjata semakin hari semakin canggih? Patutkah kita mula mengenali dahulu siapa musuh kita yang sebenarnya sebelum menyiapkan diri dengan persenjataan? Apakah sesuai senjata moden digunakan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan matawang kita daripada diceroboh oleh penyangak matawang antarabangsa? Apalah gunanya persenjataan ketenteraan yang canggih sedangkan kufar menyerang kita menggunakan senjata yang tidak boleh dikalahkan oleh senjata moden yang canggih. Adalah wajar untuk negara kita mula memikirkan mencari senjata yang sesuai untuk melawan serangan penyangak matawang.

Mereka menggunakan manipulasi matawang, bursa saham untuk merosakkan ekonomi negara dunia ketiga. Wang kita disandarkan kepada dolar Amerika. Apa ertinya kita ada simpanan ratusan bilion dolar jika nilai dolar boleh menyusut 100%? Kita semua ingat peristiwa dalam tahun 1997 di mana Ringgit Malaysia telah susut nilai sebanyak lebih daripada 60% dan banyak kekayaan negara terlepas kepada negara lain dalam masa yang begitu singkat. Kita ingat lagi satu ketika Tun Dr. Mahathir meminta supaya wanita Umno menukar emas yang mereka miliki kepada USD.

Sepertimana yang dikatakan sebelum ini bahawa dunia kita sekarang berada di zaman riba. Kekuatan kuasa kufar berteraskan kekuatan sistem kewangan yang berteraskan kepada riba, sistem wang kertas janji kosong, penjanaan wang kertas tanpa sandaran. Melalui sistem ini, dunia Barat telah berupaya membeli bahan mentah dari negara ketiga dengan harga yang begitu murah. Sistem matawang dunia kini dikuasai oleh Dolar Amerika dan didokong oleh dua insitusi kewangan terbesar dunia iaitu Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monotery Fund) di mana setiap bank pusat diseluruh dunia menjadi ahlinya.


Dolar Amerika Musuh Umat Islam

Mungkin ramai yang tidak bersetuju apabila saya katakan bahawa dolar Amerika adalah musuh umat Islam. Wang kertas hanyalah wang dan merupakan alat pertukaran yang dipaksa ke atas seluruh dunia. Hampir semua komoditi utama dunia dihargakan dalam dolar Amerika malah lebih daripada lapan puluh peratus perdagangan antarabangsa menggunakan dolar Amerika dan ini memberi kekuatan kepada wang kertas dolar.

Walau bagaimanapun nilai dolar Amerika merosot kerana beban hutang Amerika menanggung kos peperangan di Iraq dan ancaman keselamatan Amerika oleh apa yang dikatakan penganas. Ketidakstabilan dunia dengan perkembangan projek nukliar di Iran menyebabkan harga minyak yang meningkat menjadikan kuasa membeli dolar Amerika menyusut. Peristiwa pengisytiharan Negara Cuba untuk tidak membenarkan penggunaan dolar Amerika dan Russia mahu menggantikan pegangan dolar Amerika dengan dolar Euro turut menyusutkan kadar pertukaran dolar Amerika. Banyak penulis mentakrifkan dolar Amerika ini sebagai matawang dalam keadaan tenat dan penggunaan dolar yang tenat ini meningkatkan kos perdagangan antarabangsa. Menyedari akan ketidaktentuan dolar Amerika, dunia kini mula mencari alternatif wang yang lain seperti dolar Euro dan Yen Jepun.


Dinar Senjata Unggul

Alternatif terbaik kepada dolar Amerika dan wang kertas yang lain adalah dinar emas. Umat Islam mesti memulakan pembentukan sistem alternatif berteraskan matawang logam ini. Banyak laporan dan analisis yang tersebar melalui internet bahawa dinar emas mampu digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa dinar emas ini mampu mengantikan dolar Amerika, malah ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu ‘Islamic bomb’ yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan. Orang kufar khasnya kaum Yahudi yang menulis artikel ini nampak akan kekuatan yang ada pada dinar emas dan umat Islam. Umat Islam kuat dari segi bilangan kerana setiap 6 orang di dunia ini salah seorang adalah orang Islam. Mereka akan cuba memastikan supaya umat Islam tidak kembali kepada emas penggunaan sebagai wang dikalangan umat.

Begitulah pandangan orang bukan Islam terhadap potensi kekuatan yang ada pada dinar emas. Umat Islam di negara ini perlu mengetahui sesungguhnya dinar emas boleh memberi kekuatan kepada kita. Jika bom nuklear apabila dijatuhkan akan merosakkan makhluk kejadian Allah s.w.t. seluruhnya, disebaliknya dinar emas akan menyelamatkan makhluk yang sekarang ini diperbodohkan oleh sistem kapitalis. Dinar emas akan menyelamatkan kita daripada bala’ riba yang hukumnya lebih berat daripada berzina. Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan di kalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah pun rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufar adalah melalui sistem kewangan kapitalis berteraskan riba manakala senjata umat Islam adalah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas.

Peristiwa rompakan bank di Ireland Utara di awal bulan April 2005 dengan kehilangan wang berjumlah lebih 40 juta pound sterling, merupakan rompakan terbesar yang pernah berlaku di dunia. Sebenarnya rompakan yang dilakukan oleh spekulator matawang di Asia Tenggara dalam tahun 1997-98 jauh lebih besar dari ini. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bahawa wang kertas kini telah mengantikan emas. Jika dulu kertas yang beredar di kalangan masyarakat sementara puak Yahudi memegang emas, kini pihak bank banyak memegang kertas. Wang yang beredar dikalangan masyarakat kini sudah mula berubah daripada kertas kepada wang digital, wang plastik dan ceks. Rompakan di Ireland tidak merosakkan sistem kewangan negara itu kerana yang hilang adalah kertas yang boleh dicetak semula. Peristiwa ini tidak langsung melemahkan system kewangan mereka malah menggukuhkan lagi sistem kapitalis ini. Kini kos insuran dan perbankan akan terus meningkat dan kos ini akan diserapkan oleh komuniti di Ireland dan di seluruh dunia. Sistem ini akan terus ‘mencekik’ masyarakat mereka sendiri.

Islam melarang dinar emas disorok, tetapi digalakkan beredar di kalangan masyarakat. Sesiapa yang mempunyai lebihan dinar emas digalakkan terlibat dalam perlaburan qirad atau dalam perniagaan. Dinar emas yang diperdagangkan tidak dikenakan zakat tetapi dinar emas yang disimpan tanpa digunakan untuk perdagangan akan dikenakan zakat setelah cukup haulnya. Zakat dinar emas bagi setiap 20 dinar adalah setengah dinar. Perbezaan antara sistem Islam dan kufar adalah Islam memakmurkan masyarakat dengan menggalakkan dinar emas beredar, manakala kufar sebaliknya menyorok dan menyekat perdagangan dengan mengenakan riba.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Yahudi menguasai dunia melalui proksi amatlah tepat. Ini jelas tercatat dalam protokol Yahudi bahawa mereka akan menggunakan orang lain untuk memenuhi hajat mereka bagi menguasai dunia. Mereka sedar akan pentingnya kekayaan untuk menguasai dunia malah dalam protokol ke 21 secara terbuka mereka menyatakan mahu menguasai dunia dengan menguasai pegangan emas dunia. Merekalah orang yang memulakan sistem perbankan dan mengeluarkan resit kertas yang dikenakan riba kemudian menjadi bank sehinggalah diamalkan oleh seluruh dunia. Mereka menguasai dunia melalui sistem perbankan IMF, Bank Dunia dan bank-bank utama dunia yang lain dengan cara pinjaman kepada negara lain. Mereka menjadikan negara lain berhutang kepada koncu-koncu mereka.

Negara peminjam ini akan sentiasa menadah tangan kepada mereka untuk memohon pertolongan. Setelah itu mereka akan bangunkan sistem percukaian dalam negara masing-masing sebagai alat untuk membayar kembali hutang. Kita tahu sistem kapitalis ini menjadikan negara peminjam itu ibarat lintah yang melekat pada badan negara ‘dunia ketiga’, tetapi orang Yahudi sendiri tidak akan melepaskan pegangan mereka. Mereka akan terus berusaha supaya lebih banyak lintah negara Barat terus menghisap sehingga negara itu kekeringan ‘darah’. Jika negara peminjam dikenakan faedah 5% ke atas wang yang dipinjamkan, negara itu terpaksa membayar balik hutangnya berganda dalam masa 20 tahun. Sebab itulah kita katakan Amerika Syarikat akan terus merana dengan hutang kerana hutangnya kini telah lebih US$7 trilion yang akan berlipat kali ganda tidak lama lagi. Dolar Amerika secara logiknya tidak mungkin dapat naik semula.

Jadi Amerika adalah negara yang berhutang, dari mana mereka berhutang? Amerika sebenarnya berhutang dengan Bank Dunia, IMF dan beberapa bank utama dunia yang lain. Amerika berhutang kepada institusi perbankan yang tidak ada ketaatan kepada mana-mana negara dan inilah sifat Yahudi yang tidak memiliki negara dan sehingga kiamat mereka ini akan membuat kerosakan.

Sejarah menunjukkan bahawa orang Yahudi telah diusir dari England dalam tahun 1290. Sebelum itu mereka diusir dari Portugis dan juga Sepanyol. Mereka juga diusir dari Peranchis sebanyak dua kali, pertamanya dalam tahun 1306 dan kemudiannya pada tahun 1394. Dalam tahun 1370 mereka dihalau dari Belgium, seterusnya dari Czecholosvakia, Itali dan Belanda. Dari keadaan tertekan inilah mereka bangkit untuk mengusai dunia dengan menggunakan proksi kerana bilangan mereka yang sedikit.

UN ditubuhkan bagi mengzahirkan negara yang dikenali sebagai Israel untuk orang Yahudi dalam tahun 1948. Ketika itu mereka menggunakan England dan Amerika Syarikat yang memenangi perang dunia kedua. Rakyat Pelestin dihalau keluar dan diletakkan dalam kem pelarian (refugee camp) dan nasib mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Yahudi terus mengganas kerana bagi mereka satu nyawa rakyat Yahudi bersamaan dengan seribu nyawa bukan Yahudi. Ini jelas tercatat dalam buku protokol Yahudi. Mereka terus melakukan kekejaman kepada rakyat Pelestin dan pada waktu yang sama mengaku sebagai bangsa pilihan Tuhan. Mereka mengenakan riba ke atas orang selain bangsa Yahudi tetapi tidak sesama mereka. Mengenai Yahudi ini, Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al-Quran dan menjanjikan hukuman yang berat ke atas mereka kerana mengamalkan riba dan memakan harta orang lain dengan tipu daya,

“….dan disebabkan mereka memakan riba,padahal sesungguhnya telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta dengan jalan yang bathil…” ( Suratun-Nisa, ayat 161 )

Mereka menguasai dunia melalui sistem kapitalis Barat. Institusi riba diperkuatkan dengan perundangan dan kuasa pemerintahan penuh sistematik dan teratur serta terancang semenjak 200 tahun lalu. Negara kita menerima sistem kewangan riba ini yang dikuatkuasakan melalui undang-undang penjajah dan diteruslan sesudah merdeka.

Setelah mencapai kemerdekaan, penjajah akan meninggalkan sebuah perlembagaan yang termakltub di dalamnya sistem kewangan riba itu supaya segala hutang penjajah dapat dijelaskan. Perlembagaan yang ditinggalkan memperuntukkan kedudukan yang selamat kepada penguasa-penguasa riba. Kebanyakan negara Islam yang menjadi jajahan kuasa kufar dipaksa untuk terus menggunakannya.

Perkara ini mungkin tidak disedari masyarakat tetapi inilah yang berlaku. Untuk mengurangkan beban sistem riba ini, amatlah wajar kita bangunkan apa yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menggunakan dinar emas. Menjadi kewajipan pemimpin negara melaksanakan kerana dinar emas terbukti mampu menyelamatkan kekayaan negara kita. Dengan usaha mengukuhkan kefahaman Islam dan dengan pendekatan Islam Hadhari sekarang ini, amatlah sesuai umat Islam memahami apa itu riba dan sistem dinar emas yang ditawarkan sebagai alat untuk mengatasi riba. Program Islam hadhari boleh mengambil usaha untuk menjadikan kembalinya dinar emas matawang umat Islam kembali digunakan. Dalam usaha menggukuhkan ekonomi umat Islam, dinar emas sebagai wang umat Islam mampu menjadi agen penyatuan antara negara Islam dan boleh menjadi senjata untuk memerangi riba.


Wallahua'lam.

Pasangan Muda Digalak Kumpul EMAS Sebagai Permulaan Jaminan Belanja Kahwin

KUALA LUMPUR: Pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada usia muda digalakkan mengumpul emas sebagai permulaan jaminan masa depan perkahwinan mereka.


Ini kerana nilai mata wang tidak terjamin selain ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata pasangan muda yang membuat simpanan dalam bentuk emas merupakan satu pelaburan bijak bagi tempoh jangka masa panjang.

Ini kerana, katanya, jika mengikut trend jangka panjang, harga emas dilihat akan terus meningkat selain merupakan jenis harta yang mudah cair.

"Jika perlu wang, emas ini boleh dijual pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau turut menasihatkan pasangan muda yang bakal melangsungkan perkahwinan supaya tidak membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan perkahwinan mereka.

"Belanja perkahwinan ini buat sekadar mampu dan wajib sahaja. Jangan takut kepada tekanan masyarakat, sebaiknya simpanan itu digunakan untuk mengharungi alam selepas perkahwinan dan bukan untuk perbelanjaan semasa majlis," katanya.

Bagi graduan Universiti Malaysia Perlis, Muhamad Nazrul Zakaria, 25, berkata dia mula mengumpul emas dalam bentuk dinar sejak awal tahun ini sebagai persediaan perkahwinannya pada tahun depan.

Katanya, dinar emas itu akan dijadikan sebagai mas kahwin dan hantaran perkahwinannya kerana ia boleh disimpan oleh bakal isteri dalam bentuk simpanan kekal.

"Emas juga merupakan barang kalis inflasi, walau apa pun yang berlaku pada nilai ringgit (jatuh), ia tidak memberi kesan kepada nilai emas," katanya, yang menyasarkan untuk mengumpul antara lima hingga tujuh dinar sebagai hantaran perkahwinan.

Nazrul, yang berasal dari Kelantan, turut bersetuju bahawa simpanan emas juga merupakan satu bentuk pelaburan untuk jangka masa panjang.

Wallahua'lam
-----------------
Bernama | Diterbitkan pada: Julai 21, 2015 17:25 MYT


Labur Emas Mengikut Syariah


Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya:
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya" (ali-'Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-'Imran: 14 dan 91, al-Nisa': 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang. Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata:
Saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh 'Ubadah bin al-Samit:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
  • Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli). 
  • Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel. 
  • Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak. 
Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya. 

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta. 

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa'd) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:
  • Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.
Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
  • Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan); 
  • Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan. 
  • Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli. 
  • Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban. 
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.


Wallahua'lam
------------------------------ 
ARKIB : 02/02/2012
Oleh NAJAHUDIN LATEH

EMAS Sebagai "INSURAN KEWANGAN" Anda

Apakah yang dimaksudkan dengan insuran? 
Insuran ditakrifkan sebagai peralihan sama rata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran bayaran, tugas bagi penjagaan, difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, serta kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).

Bahasa mudahnya adalah kita memperuntukkan sedikit kewangan kita untuk tujuan melindungi atau back-up kepada diri, keluarga dan harta kita sekiranya berlaku malapetaka atau kemalangan dan sebagainya.

Contohnya, insuran kereta. Ramai orang sanggup membayar insuran kereta yang tinggi nilainya setiap tahun, walaupun kita tidak pernah mengharapkan agar kereta kita terlibat dalam kemalangan bukan? Itu hanya cara kita melindungi harta kita dan mengurangkan risiko.
-------------------------------------------------

Tahukah anda bahawa ada satu insuran yang paling mudah? Ya, ianya adalah MEMBELI dan MENYIMPAN EMAS dengan menggunakan sedikit atau lebihan simpanan wang kita. 

Tanpa perlu mengisi borang yang banyak dan tiada proses yang merumitkan. Hanya BELI dan SIMPAN. Inilah INSURAN KEWANGAN terbaik. Sebenarnya ramai yang tidak sedar, beli emas tidak pernah mengurangkan wang kita seperti mana kita membeli belah di pasar raya, tetapi dengan membeli emas anda sebenarnya hanya menukarkan wang anda ke dalam bentuk emas fizikal yang lebih selamat dan kalis inflasi! Emas adalah wang yang sebenar.

Emas Pelindung Kekayaan

Kenapa Emas dikatakan sebagai salah satu Insuran Kewangan Terbaik?? Saya huraikan satu persatu secara ringkas di bawah :

#1 - Keselamatan (Security)

Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan oleh caj-caj pengurusan bank, caj kad debit dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Walaubagaimanapun, simpanan emas sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

#2 - Perlindungan (Protection)

Simpanan dalam bentuk wang kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari yang secara puratanya 10% setahun tetapi 0% pada emas. Sebaliknya, Nilai emas akan sentiasa meningkat dalam jangka panjang secara purata melebihi 20% setahun. Kekayaan anda tidak akan hilang jika menyimpan emas.

#3 - Risiko rendah (Low Risk)

Risiko melabur dalam emas boleh dikatakan adalah sangat kecil dan hampir tiada. Walaupun harga emas ada turun naiknya, namun jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun akan melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Oleh itu, risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.

*Jika anda takut simpan emas sendiri, menyimpan dengan Public Safe (anak syarikat Public Gold) adalah langkah yg bijak! (www.publicsafe.com.my)

p/s: risiko rompakan terhadap aset kita adalah perkara yang tidak boleh diketepikan, terutamanya wang kertas yang terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainya.

#4 - Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)

Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan dan banyak lagi. Semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baik pulih, kos ‘maintenance’, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, “If you choose fine gold, fee become free..!”.

p/s: Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan.

#5 - Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)

Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.

#6 - Sangat peribadi (Total Privacy)

Aset seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas boleh diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pelbagai pihak lain. Pihak BNM, Jabatan Audit Negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Akaun simpanan emas seperti Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan Public Bank Gold Investment Account (GIA) walaupun spreadnya kecil, tetapi anda tidak boleh melihat, memegang, memajak atau menjual emas terus pada bila-bila masa yang anda mahu dan ada banyak keraguan dari sudut syarak.

Namun, pemilikan emas fizikal adalah suatu yang sangat peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki tiada dalam pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas. Tiada undang-undang yang boleh mengehadkan pemilikannya. UNLIMITED!

Oleh itu, tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar EMAS yang anda simpan dan miliki termasuk orang terdekat dengan anda apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda yang menceritakannya.

#7 - Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)

Anda beli emas, dapat emas, simpan dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang anda untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan. 

Contohnya tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri, agak sukar untuk mengeluarkannya lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti.

#8 - Mudah Dipindahkan (Portable)

Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas bernilai ratusan ribu (RM100k++) dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasa kita lihat yang dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran wang dalam jumlah yang banyak, duit tersebut akan diletakkan dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa (RM100k++) dalam bentuk emas, anda boleh meletakkannya dalam poket baju sahaja dengan mudah dan selamat tanpa orang menyedarinya.

#9 - Tahan Lama (Durable)

Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam begitu sahaja serta nilainya juga tentu akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas sangat tahan atau kalis terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api, sekalipun hanya melebur pada suhu yang tinggi sahaja (di atas 1083 darjah celcius), emas masih tetap logam mulia dan tetap bernilai tinggi, cuma bentuknya sahaja yang berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. 500gram jongkong emas masih tetap sama sampai bila-bila walaupun telah bertukar menjadi serbuk!

#10 - Mudah Dicairkan (High Liquidity)

Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urus niaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas dan peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkin boleh menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi.

Untungnya apabila ada emas, anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja malah di seluruh dunia dengan mudah. Permintaan yang sangat tinggi terhadap emas ada di mana-mana.

#11 - Menguntungkan (Profitable)

Keuntungan daripada simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan paling kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun.!


Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan Emas adalah harta anda yang sebenar. Oleh itu, Lindungi & Selamatkanlah kekayaan anda dengan Emas bermula dari sekarang! Moga bermanfaat.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign