Isu Wang Tabung Haji. Apa kata Tun Mahathir??

 
Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blognya;
"Wang ini bukan milik Tabung Haji. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB,"

Berikut ialah tulisan penuh beliau bertajuk 'Tabung Haji'.

1. Tiada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

Baca lebih lanjut di sini.

**Persoalannya, Apakah institusi@bank Malaysia masih selamat & berbaloi??

Menurut pakar precious metal, Mike Maloney : 

  • Emas dan perak satu-satunya aset yang tidak berada dalam sistem kewangan. 
  • Hanya kita sahaja tahu berapa banyak emas yang kita ada. 
  • Tiada siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. 
  • Bank dan kerajaan tidak boleh bekukan emas sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. 
  • Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun.
  • Emas secara purata meningkat sebanyak 20-30% setahun. 
  • Simpan emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan.

EMAS VS ASB, TH

(TV3 - Bijak Wang : "PELABURAN EMAS")


Manakah pilihan anda?

Tepuk dada, tanya minda!

Peratus keuntungan menyimpan emas boleh melebihi 20% setahun sedangkan jumlah dividen & bonus ASB@TH tidak pernah mencapai 10% sejak 5 tahun kebelakangan ini, belum tolak lagi dengan zakat dan inflasi.

Emas aset mudah dimiliki sebab boleh beli dalam bentuk kecil. Tidak perlu modal puluh ribu seperti membeli hartanah.

Rugi tak tahu tentang simpanan emas ini dari dulu lagi. Tapi lebih rugi jika dah tahu tetapi tiada tindakan!

Riba Disebalik Pembelian Emas

Hari ini kita dapat mengelakkan riba dalam hutang piutang dengan menghentikan semua urusan dengan institusi kewangan konvensional. Namun itu belum cukup untuk meninggalkan riba sepenuhnya kerana riba wujud dalam kontrak jual beli menerusi urusniaga pertukaran barang tertentu.

Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad) 

Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

‘Illah Bagi Emas dan Perak

Dari hadis ini juga ulama menerusi kaedah qiyas telah menyatakan ‘illah,bagi emas dan perak adalah matawang manakala 4 jenis barang yang lain pula ‘illahnya adalah makanan ruji.

Qiyas merupakan kaedah mengeluarkan hukum selepas sumber al-Quran, hadis, dan kata sepakat para ulama (ijma’). Kaedah ini memerlukan ulama mencari sebab atau ‘illah kenapa sesuatu perkara itu haram berdasarkan sumber al-Quran dan hadis. 
Berdasarkan kaedah ini apa-apa perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis yang dikenalpasti mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal yang disebut dalam salah satu dari dua sumber tersebut, maka hukum asal itu terpakai untuk perkara baru itu tadi. 
Ini bermaksud menggunakan analogi dari hukum asal diaplikasikan dalam situasi yang baru.Kita ambil contoh qiyas dalam pengharaman arak. Ulama menyatakan sebab arak itu haram adalah kerana arak memabukkan. Maka, apa-apa minuman yang memabukkan adalah haram. 
Maka air tuak misalnya menjadi haram sekiranya air tuak itu memabukkan walaupun ia tidak dinamakan sebagai arak. 

Seterusnya jual beli dan pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis walaupun illahnya sama perlu berlaku secara tunai tetapi tiada syarat nilai juga mesti sama. Maka penjualan 10kg gandum dapat berlaku dengan 11kg barli dengan syarat mesti berlaku secara tunai.


Fokus Perbincangan Kita adalah Emas, Perak dan Matawang

Dalam hadis yang lain pula dari Abu Sai’d al-Khudri pula menyatakan:
Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. - (Bukhari) 
Maka walaupun emas dan perak mempunyai ‘illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan perak dua barang ribawi yang berlainan jenis. Maka 10g emas dapat ditukarkan dengan 25g perak asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.

Inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi.
  1. Barang ribawi yang berlainan jenis dan berbeza ‘illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.
  2. Barang ribawi yang berlainan jenis tetapi ‘illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.
  3. Barang ribawi yang sama dan sama ‘illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1g emas ditukarkan dengan 1g emas. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

Bagaimana dengan Isu Kualiti?

Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?

Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.
Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.” 
 Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” - (Muslim & Ahmad) 
Ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih Bukhari, Muslim dan Nasai’ yang membawa prinsip yang sama. Maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis.

Inilah prinsip asas dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan.

Wallahua'lam.

---------------------------------
Kredit : majalahniaga.com

5 'TAK' Yang Menghalang Kita Untuk Beli Emas

5 'TAK' Yang Menghalang Kita Untuk Beli Emas
Bertindak Sekarang

Antara alasan-alasan yang sering bermain di bibir mereka yang masih belum memulakan simpanan emas:

» Tak tahu.
» Tak berani.
» Tak mampu.
» Tak ada simpanan.
» Tak mahu.




  • TAK TAHU


“An investment in knowledge always pays the best interest” ~ Benjamin Franklin.

Pelaburan yang paling penting & utama ialah ILMU. Anda boleh mula luangkan masa hadir ke seminar/talk emas PERCUMA yang Public Gold sediakan. Beli & baca buku-buku berkaitan. InsyaAllah anda akan tahu, bagaimana potensi pelaburan emas ini.

Pesan sifu emas saya; Tn Zulkifli Shafie, "Kalau ada duit tapi tak ada ilmu, duit itu akan HILANG. Kalau ada ilmu, tapi tak ada duit, duit akan DATANG. Bila ada ilmu dan ada duit, duit yang ada akan BERKEMBANG! (InsyaAllah)

  • TAK BERANI


"Risk come from not knowing what you're doing". Anda tak berani kerana anda tak tahu bagaimana nak bermula. Hakikatnya bila kita ada ilmu, dan bertindak dengan ilmu, kita akan lebih berwaspada dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Mulakanlah langkah dengan membeli item emas yg kecil2 (Gold Bar 1g @ 1 Dinar) dahulu untuk meminimakan risiko. Saya juga buat begitu.

  • TAK MAMPU


Biasa dengar orang cakap macam ni, "Takde duit lah nak beli emas, nak beli ini, itu lagi, duit banyak lagi nak guna." Fahaman inilah yang harus diperbetulkan. Beli emas bukan macam kita beli barang lain, yakni duit akan berkurang dan tiada lagi. Emas adalah wang anda yang sebenar. Kita hanya menukarkan matawang kertas kita kepada emas. Nilainya akan semakin meningkat dengan tindakan bijak kita mengikat wang kertas dengan emas. Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal. (Emas tak pernah murah, dari dulu hingga kini & selamanya). Cukup bermula sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.Yang penting > KONSISTEN. 


  • TAK ADA SIMPANAN


Asas dalam pengurusan kewangan adalah membina simpanan. Ubah sikap, tetapkan matlamat dan mulalah menyimpan 10% daripada gaji anda. Kemudian naik kepada 20%, 30% mengikut kemampuan. Tukarkan kepada emas untuk mengelakkan kebocoran wang. Duit simpanan lebih bertahan lama bila ditukar kepada emas kerana nasfu berbelanja akan berkurangan. Gunakan tips menabung 'sayang ijo' yang pernah saya kongsikan untuk menyimpan emas sekurangnya 1gram sebulan dengan mudah tanpa rasa terbeban.

  • TAK MAHU


Jika selepas baca post ini masih tak mahu bertindak, jangan menyesal bila harga emas semakin tinggi nanti. Di saat kita tidak kisah dan tidak peduli, ada orang lain yang nampak peluang dan terus merancang dengan bijak. Anda pula bagaimana?

Wallahu a'lam.

Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas

Di Malaysia, terdapat 2 cara untuk kita menyimpan dan melabur emas. Iaitu samada dalam bentuk pelaburan emas fizikal atau dengan membuat pelaburan emas melalui membuka akaun simpanan emas. 

Persoalannya, melabur dalam Akaun Pelaburan Emas di bank atau beli emas fizikal, mana yang lebih baik??

1. Emas Fizikal


Emas fizikal ialah jongkong emas (gold bar), syiling emas (dinar) dan emas hiasan (barang kemas). Antara 3 pilihan yang ada, pelaburan emas dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) merupakan yang terbaik jika dibandingkan pelaburan emas dalam bentuk emas hiasan (barang kemas). 

Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas
Emas Fizikal Pilihan Terbaik
Ini kerana, jongkong emas dan syiling emas mempunyai bentuk dan berat yang standard, oleh itu, sebarang jualan dan pembelian emas akan lebih mudah. Selain itu, emas hiasan juga mempunyai harga yang tinggi kerana kos upah membentuk emas tersebut serta nilai susut emas hiasan adalah tinggi, iaitu kira-kira 25-40%. 

Oleh sebab itulah pelaburan dalam bentuk jongkong emas (gold bar) dan syiling emas (dinar) adalah yang terbaik, dimana anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas. Sebaliknya, pelaburan emas hiasan menjadi pilihan terbaik apabila kita laburkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. 

Pelaburan dengan cara ini lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan emas dari institusi yang menawarkan pembelian emas secara fizikal, kemudian bayar dan emas itu telah menjadi milik anda sepenuhnya. 

Pelaburan dalam emas fizikal ini terdapat kelebihannya kerana anda dapat secara fizikal emas yang anda beli dan anda boleh menjual atau menggadaikannya pada bila-bila masa. Bagi mereka yang bijak, emas akan disimpan sebagai aset kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan kerana nilainya yang meningkat pada masa akan datang.


Kelebihan yang tedapat pada emas fizikal : 
  • Mudah dibawa 
  • Mudah ditunaikan 
  • Boleh digadaikan 
  • Nilai ‘spread/susut nilai’ (perbezaan harga jualan dan belian) yang rendah 
  • Urusan dan waktu jual beli fleksibel 
  • Patuh Syariah 
  • Selamat daripada dibekukan pihak Bank


2. Akaun emas

Sebelum memulakan simpanan dalam bentuk akaun simpanan emas, pastikan akaun tersebut patuh syariah. Hanya terdapat beberapa bank sahaja yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas yang patuh syariah, antaranya Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi.

Public Gold VS Akaun Pelaburan Emas
Akaun Emas
Akaun simpanan emas ialah salah satu cara untuk anda menyimpan emas dalam bentuk buku akaun. 

Anda boleh membuka akaun simpanan emas di institusi kewangan yang menawarkan khidmat tersebut seperti Maybank, Public Bank dan sebagainya. 

Konsep yang digunakan dalam pelaburan ini adalah mudah kerana anda hanya membuka akaun simpanan emas di bank berkenaan dan anda tidak perlu risau dimana hendak menyimpan emas yang telah anda beli. 

Walaubagaimanapun, anda tidak akan mendapat emas fizikal tetapi belian emas dibuat berdasarkan harga semasa yang ditawarkan oleh bank. Belian adalah dalam bentuk tunai (RM) dan akan direkodkan di dalam buku akaun emas anda. Sama seperti rekod akaun simpanan tunai kita. Keuntungan diperolehi berdasarkan keuntungan modal yang anda laburkan iaitu berdasarkan kenaikkan harga emas. Paling penting untuk anda ketahui bahawa akaun emas yang tidak boleh dikeluarkan emas fizikal adalah tidak patuh syariah.
  • Ditawarkan oleh Maybank, Citibank, Public Bank* dalam bentuk akaun. 
  • Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit (5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank) 
  • Tiada melibatkan emas fizikal. Lihat laman web bank berkenaan. 
  • Harga tetap sama dalam satu hari walaupun berlaku penurunan harga yang mendadak, anda tetap menikmati harga yang tinggi (daily price). 
  • Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter. 
  • Emas yang anda beli tertulis dalam buku (account). 
  • Anda tidak dapat melihat dan merasa. Tiada sijil ketulenenan. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas ni. 
  • Memandangkan anda tidak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash.

Solusi bagi anda yang ingin membeli emas fizikal tetapi tidak mahu menyimpan emas terebut sendiri adalah buka akaun emas yang patuh syariah di bank (setakat ini yang bagus adalah KFH) atau membuka akaun GAP Public Gold sebagai pilihan terbaik.

Kesimpulan

Konklusinya, pada pendapat saya adalah lebih baik memulakan belian emas dalam bentuk emas fizikal berbanding akaun simpanan emas yang tidak patuh syariah berdasarkan point berikut:
  • Beli emas perlu dapat emas, bukan kertas bercetak. 
  • Emas fizikal mudah dicairkan (dijual atau digadaikan untuk mendapatkan tunai) berbanding akaun simpanan emas.
  • Syubhah dalam akaun simpanan emas menyebabkan saya lebih cenderung kepada emas fizikal (walaubagaimanapun, urus niaga emas fizikal juga ada syubhah nya, jadi dua-dua perlu diambil perhatian). 
  • Emas fizikal mempunyai nilai seni tersendiri, mana tidaknya ‘feeling’ pegang emas sangat mengujakan berbanding pegang kertas bercetak. 
  • Akaun simpanan emas di akaun bank tidak mendapat perlindungan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Kalau bank dah muflis, mane anda nak cekau duit lagi? 
  • Emas fizikal boleh dibeli semasa harga betul-betul murah, dan boleh dijual semula dengan harga yang lagi mahal mengikut harga pasaran 

Wallahua'lam.

SISTEM MONETARI : DI MANA TAHAP KEFAHAMAN KITA?

Tidak ramai orang faham sistem monetari (kewangan) kita mengkedanakan yang sudah miskin dan memperkayakan yang sudah kaya. Sistem monetari kita jelas menentang surah AlHasyr ayat 7 yang mafhumnya menuntut supaya kekayaan tidak hanya mengalir diantara yang kaya. Sistem monetari kita secara automatis merompak kuasa beli yang miskin dan dhaif untuk memperkayakan yang sudah kaya.

Cuba buat kajian berapa ramai rakyat bergaji rendah dan penuntut bergantung atas mi segera sebagai makanan harian. Sudah terbukti mee segera diseliputi lilin antara lain, dan memerlukan penyucian 3 hari oleh sistem badan kita sebelum ia boleh dimakan semula. Berapa banyak orang bergaji rendah termasuk penuntut makan mi segera setiap hari?

Berapa ramai yang masuk kedai mamak dan makan hanya nasi dengan kuah? Berapa banyak warung yang menjual hanya nasi kosong dan kepala ikan kembong goreng kepada rakyat yang tidak mampu selebih itu? Ini adalah disebabkan pukulan inflasi kekal sistem monetari kita yang sentiasa melonjakkan harga bahan2, meletak harga sepinggan nasi berlauk biasa, diluar kemampuan yang miskin.

Sistem monetari kita juga telah berjaya meletak harga rumah diluar kemampuan pasangan anak muda yang baru bekerja. Bayangkan bagaimana keadaan untuk cucu cicit kita nanti 20 tahun dari sekarang. Mampukan mereka membeli rumah? Mampukah mereka menyewa?!

Dan kombinasi sistem monetari sekarang dan sistem perbankan berasaskan hutang, sementara memastikan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah kedana, ia juga akan pastikan ribuan graduan baru akan terus menganggur.

Syarikat syarikat Kecil/Sederhana (IKS/SME) secara purata dunia menghasil 80% pekerjaan dalam sesebuah negara. Tetapi ia sentiasa dianak tirikan oleh sistem perbankan kita didalam penumpuan mereka untuk hanya berurusan dengan syarikat besar dan gergasi. Bank bank juga lebih gemar menjual pinjaman peribadi dari membiayai syarikat IKS ini. Walhal mereka telah ditugaskan Negara untuk mengumpul kecairan untuk disalurkan kepada industri. Mereka lebih gemar menjual pinjaman peribadi, kad kredit dan pembiayaan perumahan kepada yang sudah memilikki rumah.

Sumbangan mereka kepada industri ialah menghulur kewangan kepada Syarikat syarikat gergasi yang tidak memerlu kewangan mereka. Apabila IKS kehausan kewangan, pekerjaan tidak tercipta dan graduan menganggur.

Tetapi ada satu lagi kelebihan yang setiap Negara memberi kepada bank bank. Iaitu hak mencipta duit. Anda mungkin bertanya bukan kah penciptaan duit hanya oleh kerajaan? Tidak, bank bank swasta ini pun diberi hak mencipta duit.

Bagaimana mereka mencipta duit? Mereka seolah diberi Mesin cipta duit dan setiap kali mereka memberi hutang mereka mencipta duit baru untuk diberi kepada yang berhutang.

Tak percaya? Inilah hakikatnya. Sekiranya anda didalam golongan tidak percaya, anda bersama ramai lagi termasuk ahli akademik dan ahli kerajaan.

Hakikatnya duit kertas dan duit syiling purata setiap Negara hanya 3% hingga 10% jumlah wang dalam sesebuah Negara. Bakinya apa? Bakinya ialah wang yang dicipta bank melalui sistem buku cek.

Apabila anda menyimpan RM1000 didalam sesebuah bank dan diberi buku cek, duit RM1000 anda itu dipinjam berkali kali oleh sistem bank sehingga begitu ramai orang yang pegang buku cek yakin mereka memilikki RM1000 anda itu, atau sebahagian daripada nya.

Mengapa bank boleh buat begitu? Sebab mereka tahu disetiap masa mereka hanya perlu sediakan 10% dari seluruh pinjaman tersebut dalam bentuk tunai, bakinya anda akan selesai dengan buku cek. Anda nampak penipuan ini? Mereka meminjam wang yang tidak wujud. Tambah lagi dengan internet banking, pembayaran online, ATM dan sebagainya lebih senang untuk mereka meminjam duit yang mereka cipta atas angin.

Pernah dibuat kajian bahawa sekira Bank terpaksa simpan 2% wang deposit pelanggan dengan bank pusat sebelum meminjam kepada orang lain, deposit asal sebanyak RM1,000 boleh menghasilkan RM24,000 duit ciptaan bank atas angin. Dan sekira nya deposit asal berjumlah RM1 billion maka bank akan mencipta RM24 billion wang dari atas angin.

Jadi masihkah kita hairan inflasi yang berlaku selama ini? Contoh yang sering dibuat ialah seorang graduan yang mula kerja dalam tahun 1982 bergaji RM1,200 boleh beli kereta baru termurah dengan harga RM14,000, dan boleh beli rumah teres dengan harga RM60,000. Kini, 33 tahun kemudian, pada 2015 purata gaji graduan baru, hanya naik kepada RM2,200 tetapi harga kereta baru termurah ialah RM40,000 dan harga rumah sudah mencecah RM500,000.

Ini jelas sekali akibat penciptaan wang tanpa sekat oleh sistem bank tanpa jumlah barang dan khidmat (goods and services) mampu mengejarnya.

Kita pernah makan roti canai dengan harga 15 sen, kacang putih 5 sen, teh tarik 35 sen, naik bas 20 sen, sewa rumah RM400 ; berapa harga semua itu sekarang? Bayangkan gaji seorang cashier pasar mini sekarang sebanyak RM700 sebulan? Bagaimana ia mampu menanggung sebuah keluarga?

Tetapi kita di,dalam zon selesa dan jarang sangat kita fikir tentang mereka yang sedang menderita.

Adalah tanggungjawab kita sebenarnya, untuk mengubah sistem monetari sekarang untuk membela mereka yang tidak bersuara ini.

Yang diterang diatas ialah suatu cara bank menghasil wang atas angin dan meminjamkan kepada orang lain dengan bunga. Suatu penemuan baru penciptaan wang atas angin oleh bank ialah bank cipta wang apabila ia meminjam wang kepada pelanggannya.

Bagaimana ini boleh berlaku? Ini telah terbukti dengan kajian empirikal yang telah dilakukan. Bank ialah sebuah institusi yang besar dengan ratusan, malahan ribuan cawangan sekira kita ambil kira cawangan diluar negeri.

Setiap cawangan atau jabatan tidak mampu mempastikan bank secara keseluruhan cukup duit sebelum membuat pinjaman. Setiap transaksi dan operasi berlaku secara ‘live’ dan jumlah deposit dan keluaran dari bank berubah setiap saat.

Jadi apa yang berlaku ialah pinjaman dibuat dengan bebas oleh cawangan dan jabatan. Hanya diakhir hari, Jabatan Perbendaharan atau Treasury, ditugas oleh bank untuk kira sama ada ia terlebih pinjam atau tidak.

Sekira ia terlebih pinjam maka ialah boleh pinjam kekurangan itu dari pasaran wang antara bank supaya ia tidak berada didalam defisit pada hari itu. Jadi ini jelas menunjukkan bank boleh ciptakan deposit apabila ia membuat pinjaman baru. Setiap kekurangan boleh dipinjam dari pasaran wang antara bank.

Katakan lah sebuah bank telah terlebih pinjam secara drastik dan berlarutan, dan pasaran wang antara bank tidak mampu menampung kelompongan ini. Adakah bank pusat akan membiar bank ini bermasaalah kecairan secara lanjutan yang akan mengundang bankrupsi dan penutupan?

Jawapannya tidak, sebab penutupan sebuah bank ada kesan buruk kepada sistem bank dan boleh berjangkit kepada bank lain. Jadi tidak boleh tidak bank pusat akan cipta wang baru untuk tutup kelompongan bank bermasaalah ini.

Jadi sudah jelas lagi terang tiada had untuk bank membuat pinjaman, malah ia benar benar boleh cipta deposit, apabila membuat pinjaman.

Sekira ciptaan wang oleh sistem bank boleh berlaku tanpa had maka ini akan menghasilkan lonjakkan jumlah wang dalam sesebuah Negara. Apabila lonjakan jumlah wang dalam Negara tidak mampu dikejar kenaikkan oleh jumlah barang dan khidmat, maka berlaku inflasi kekal yang akan porak perandakan kehidupan orang miskin dan berpendapatan rendah.

Inilah kepincangan sebuah sistem yang setakat ini tiada usaha diubah kerana rata rata masyarakat tidak memahami hakikat sebenar sistem wang kita.

Kepincangan sistem ciptaan wang oleh bank telah mewujudkan suatu gerakan dunia yang berazam mengubah system ini. Di United Kingdom misi ini dipelopori oleh sebuah institusi bertaraf NGO bernama Positive Money. Begitu berjaya Positive Money sehingga telah berjaya menghasilkan debat diParlimen Britain untuk mengkaji semula peranan bank dalam ekonomi. Matlamat mereka ialah untuk menamat kebenaran untuk bank mencipta wang dalam sistem ekonomi. Mereka berpendapat hak cipta duit tidak boleh diberi kepada swasta ia hanya milik kerajaan.

Dan dalam perkembangan terbaru didalam artikel dibawah mereka telah berjaya mendapat sokongan Lord Adair Turner, seorang bekas Pengerusi Financial Services Authority, United Kingdom yakni sebuah institusi diBritain mirip gabungan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti diMalaysia. Mereka juga telah mendapat sokongan Jeremy Corbyn suatu nama yang hangat diperkatakan akan menjadi Pemimpin Parti Labour terbaru dan dijangka bakal Perdana Menteri Britain mendatang.

Dimana tahap kita di Malaysia? Adakah ahli politik dan ahli kerajaan kita memahami hakikat sebenar sistem monetari kita?

Atau masih mengeluh tanpa memahami. Mengapa jurang kaya miskin kian melebar, mengapa harga barang naik tanpa hentian, mengapa IKS tidak mengembang sepenuhnya, mengapa berkekalan lambakan graduan tanpa kerja, dan mengapa ekonomi sering jadi mangsa serangan kuasa asing?

Ditangan bank diletak hasrat Negara untuk kumpul wang rakyat dan cipta kerja. Yang kita dapati bank bertambah kaya dan rakyat kian menderita. Layak kah kita terus memberi hak cipta wang kepada institusi sedemikian rupa?


Wallahua'lam.

TAUSIAH SYED MOKHTAR BUAT UMAT MELAYU

Syed Mokhtar AlBukhary
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

**************************************************

KAMI LEBIH SUKA MENCARI PERSAMAAN DARIPADA MEMPERTIKAI PERBEZAAN. ADA BANYAK PERSAMAAN FALSAFAH DI SEBALIK TAUSIAH INI BAGI RPWP WALAUPUN TERDAPAT SEDIKIT SEBANYAK PERBEZAANNYA. 

JIKA TIDAK MAMPU MEMBANTU, JANGANLAH SUKA MEROBOH APA-APA USAHA YANG SEDANG DIUSAHAKAN OLEH ORANG LAIN. 

BANYAKKAN BERMUHASABAH DENGAN MENUDING KE DALAM DIRI DARIPADA BANYAK MENYALAHKAN ORANG LAIN. ITULAH YANG PALING MENYULITKAN USAHA PEMBANGUNAN ORANG MELAYU, IAITU "PERANGAI HASAD DENGKI" (PHD).

Wallahua'lam
-----------------------------------
Kredit : Warga Prihatin

Hutang Bank - Sistem Penghambaan

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli lagi rumah baru/kereta baru yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang. 



Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman, baik pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. 

Hari ini kita mampu untuk membeli sebuah rumah bernilai RM500,000 hanya dengan cara membuat pinjaman. Kita ukur kemampuan kita sebulan dengan pembayaran bulanan sehingga menampakkan seolah kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri. 

Tahukah anda, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. 

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan pembayaran semula RM1,500,000. Ketahuilah, hakikatnya bank adalah sistem ciptaan Dajjal melalui agennya Freemason untuk memperhambakan umat manusia. 

Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. 


Riba adalah ciptaan yahudi.


Renung-renungkanlah... 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL 

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan tetapi mengikut kemahuan. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an. 

Cuba anda renungkan..Hidup ini jika tanpa riba; contohnya gaji anda RM3,000 dan anda mampu memiliki kereta yang bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Setelah wang anda dah cukup, anda pergi ke kedai untuk membeli. Bayar dan bawa pulang dengan senang hati. 

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan. 

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. Tetapi apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi semahal itu. 

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba. 

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

Jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar. 

Oleh kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah memberi amaran bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…” ( Surah Al-Baqarah : 275 ) 

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja”. (Riwayat Muslim) 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.” (Surah Ali Imran : 130) 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes, bank itu institusi paling kejam di dunia, tapi jauh lebih kejam kalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. 

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda. 

Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada bank. Percaya, Allah sentiasa bersama kita. 


Wallahualam.

-------------------------------------------
Kredit : Prof. Madya Neil Armsteen


WANG KERTAS & SISTEM DAJJAL

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi. 



China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. 


Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. 

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. 

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya. 

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. 

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. 

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak. 

Jawapannya Saddam digantung mati. Libya ketika dibawah pemerintahan Muammar Gaddafi berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan dilakukan ke atas Libya, dan akhirnya Gaddafi mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang diperalatkan oleh Freemason. 

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa. 

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. 

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri. 

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. 

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka. 

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. 

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. 

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan. (Rockefeller) 

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini. 

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum. 

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. 

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. 

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini. 

Para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga. 

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun. 

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. 

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. 

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. 

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. 

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar. 

Maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. 

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini? 

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. 

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). 

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank. 

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. 

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.. 

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. 

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini. 

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas. 

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. 

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita. 

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Pemerintahan Dunia Baru (New World Order) 

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. 

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. 

Pernah terfikir kenapa Amerika Syarikat menyerang Afghanistan dan Iraq...??? 

Sebab, kedua-dua negara tersebut tidak membenarkan keluarga Rothschild menguasai Bank Negara mereka... 

Bank Negara Malaysia dikuasai oleh keluarga Rothschild dan Malaysia membenarkan Goldman Sachs melebarkan sayap perniagaan mereka di Kuala Lumpur... Beralamat: 

Kuala Lumpur 
Goldman Sachs (Malaysia) Sdn Bhd 
Level 45 (Suite A) 
Menara Maxis 
Kuala Lumpur City Center 
50088 Kuala Lumpur 
Malaysia 

Wallahua'lam.
--------------------------------------------
Kredit : Prof. Madya Neil Armsteen

Emas Rizab Keluarga - Kelebihan menyimpan emas

Bertepatan dengan slogan "ultimate wealth protection" emas adalah insurance anda yang sebenar. Jika kerajaan atau ekonomi sebuah negara itu jatuh, Matawang langsung tak laku manakala emas masih mempunyai nilai di serata dunia. Emas menjadi "dana memulakan kehidupan baru". Pada bila2 masa di mana2 jua. 

Emas menjadi dana memulakan kehidupan baru
Sebagai legasi kekayaan, emas adalah 'aset' mudah disimpan yang menyimpan nilai sepanjang zaman, boleh diwarisi kepada anak dan cucu dengan mudah tanpa perlu pengurusan dari segi perundangan (pihak ketiga). Tanpa disedari orang kita telah lama melakukannya. Nenek memberi rantai dan cincin emas kepada ibu dan ibu memberikan kepada anaknya. Pesanan yg kita biasa dengar, "simpan selagi boleh, jangan jual selagi tak terdesak nak guna duit" 

Emas Ganti Wang

Kekayaan yang mudah alih. Seandainya berlaku kecemasan, kekayaan dapat dipindahkan ke kawasan lain bersama tuan. Emas bernilai RM150k boleh di dimasukkan ke dalam poket atau beg sandang dengan sekelip mata. Namun wang bernilai RM150k adalah terlalu banyak untuk dilarikan ke mana-mana. Pengeluaran dari bank juga memakan masa dan banyak procedure untuk pengeluaran wang banyak sekaligus. 

Satu organisasi "yang berkuasa" dalam dunia ini; bank-bank pusat, hanya ingin memiliki 1 aset maka aset itu harus menarik perhatian kita . Bank-bank pusat mencetak matawang, namun bank2 ini jugalah yang membeli dan menyimpan emas fizikal bukan tanah, bukan rumah, bukan minyak. EMAS!! Jika menyimpan emas adalah baik dalam organisasi kewangan negara, maka ianya juga sudah tentu cukup baik untuk kita


Emas tidak pernah jatuh sifar. Nilai sifar untuk emas tidak pernah berlaku dan pakar mengatakan ia tidak akan berlaku. Proses untuk mendapatkan 1dinar emas, adalah atas usaha beratus-ratus orang di balik tabir. Malah mejangkau cost ribuan ringgit jika dipertimbangkan keseluruhan operasi ; eksplorasi emas, pengeluaran, 'refinement' dan penghantaran. Walaupun boleh dinilai emas berbanding nilai matawang, yang ada naik turunnya, namun nilai intrinsic emas tetap 'melekat' walau menjadi debu sekali pun.

Emas adalah unit yang sama walau berasal dari negara berlainan, tidak kira di mana ianya dilombong dan berapa lama ia tersimpan; tiada tarikh luput. 10g di Malaysia sama dengan 10g di London. Berbeza dengan matawang fiat, bila berada di luar sempadan negara asalnya, maka sudah tidak diterima umum. Contoh RM3.50 menjadi 1USD. Ada matawang yang sama sekali sampai 'luput tarikh' nya, dah tak laku. 

Dengan menyimpan emas, harta kita itu bersifat 'peribadi' tiada rekod, tiada yang tahu berapa kita ada. Tiada track akaun dari bank. Emas adalah rekod 'luar buku kewangan'. Tambahan pula dalam era digital, akaun matawang mudah dibekukan, dirampas dan dikesan. Seandainya semua harta disita dan akaun bank dibekukan, dengan adanya reserve emas kita masih boleh survive. 


*Now, everyone can buy gold! 

Wallahua'lam.

50 Fakta Menarik Mengenai Emas

  1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. 
  2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) 
  3. Nombor atom untuk emas adalah 79 
  4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod 
  5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial 
  6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat. 
  7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi 
  8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia 
  9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat) 
  10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu. 
  11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties. 
  12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi. 
  13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian. 
  14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik 
  15. Emas adalah logam peralihan 
  16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain 
  17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik. 
  18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas 
  19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905. 
  20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik. 
  21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m) 
  22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent 
  23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain 
  24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas. 
  25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik. 
  26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-redEmas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat 
  27. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu. 
  28. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau 
  29. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg 
  30. Warna emas tulen adalah kuning metalic 
  31. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu. 
  32. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa) 
  33. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak) 
  34. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya. 
  35. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. 
  36. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian. 
  37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia. 
  38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang. 
  39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap. 
  40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing. 
  41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods. 
  42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap. 
  43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999 
  44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras. 
  45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k) 
  46. Emas tulen 999 diukur sebagai 24karat (k) 
  47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916). 
  48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat. 
  49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat. 
  50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas. 


Canadian Gold Maple Leaf 


American Gold Eagle 


Wallahua"lam.

Riba Dalam Wang Kertas / Wang Fiat

Secarik-Kertas-3
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279). 
“Dan carilah (kebahagiaan) negeri akhirat, pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu. Dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (Al Qashash:77). 

Sistem kewangan hari ini semuanya berlandaskan kepada wang kertas dan wang elektronik (digital) yang tidak ada jaminan emas dan perak atau apa-apa yang mempunyai nilai intrinsik. Sedangkan saat ini majoriti sarjana Muslim telah mengenal pasti bunga sebagai kos dalam amalan perbankan dan kewangan sebagai riba, mereka tidak memberikan kenyataan yang jelas tentang sifat semula jadi daripada wang kertas atau wang fiat itu sendiri. Dalam entry kali ini, insyaallah kita akan membicarakan tentang wang fiat, yang boleh dikatakan riba bahkan lebih buruk daripada beban bunga.

Sebagai contoh; Apabila seseorang meminjam wang RM1.000.000 dari bank dengan dikenakan bunga 10 peratus per tahun, peminjam harus mengembalikan sebesar RM 1.100.000 pada akhir tahun. Tambahan RM 100.000 bunga pembayaran ini disebut sebagai riba, dengan pulangan yang sudah ditentukan, berdasarkan oleh masa dan tidak melibatkan risiko logik apapun. Tapi dalam sistem kewangan moden, RM 1,000,000 yang dipinjamkan oleh bank kepada pelanggan, memang di ciptakan dari sesuatu yang tidak ada.

Wang RM100.000 Itu adalah wang baru untuk ekonomi, dibuat ke dalam sistem hanya dengan cara rekod-rekod akutansi (digital) ini dicapai melalui apa yang disebut dengan Fractional Reserve Banking (FRB). Jika pembayaran bunga RM 100.000 ini dikatakan sebagai riba, kemudian penciptaan wang baru ini memberikan kuasa beli sepuluh kali dari bayaran bunga yang dikenakan boleh dikatakan sebagai riba yang jauh lebih besar, kerana ianya diperoleh tanpa usaha sedikitpun.

Fractional Reserve Banking adalah suatu sistem yang menetapkan pihak bank untuk menyimpan sebahagian wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan bank yang lain. Mereka beralasan dengan cara ini akan dapat memajukan dan mengembangkan ekonomi. Sedangkan Fractional Reserves Requirement adalah jumlah deposit yang wajib disimpan. Ada negara yang menetapkan 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, ada yang menetapkan 10%, 20% atau 50% yang wajib disimpan.


Dijelaskan sebagai berikut: Abu menyimpan wang sebanyak RM 1.000.000 di Bank A. Bank A wajib menyimpan (reserve) 20% dari wang RM1.000.000 iaitu sebanyak RM200.000. Manakala bakinya yang RM800.000 dipinjamkan ke amin. Amin menggunakan wang ini untuk membayar perabot yang dibeli dari Kedai Furniture. Kedai Furniture kemudian menyimpan RM800.000 ke Bank B. Bank B perlu menyimpan RM160.000, dan boleh memberi pinjaman selebihnya iaitu sebanyak RM640.000 kepada orang lain. Demikianlah wang (riba) itu berputar dari bank ke bank. Perhatikan jadual di bawah ini untuk menggambarkan perkara tersebut:

Tabel FRB

Bayangkan dengan simpanan sebanyak RM1.000, menyebabkan wang tersebut berkembang biak dalam sistem perbankan sehingga mencipta wang sebanyak RM4570 dalam pasaran. Padahal wang tunai yang ada cuma RM1.000. Sila kira sendiri berapa perputaran riba dengan simpanan permulaan bank sebesar RM1.000.000.000?

Begitulah wang fiat dicipta. Bank Sentral mencipta wang kertas atau fiat dan memberi pinjaman kepada bank-bank komersial dengan bunga. Wang kertas ini akan berkembang biak dengan cepat kerana bersandarkan kepada Fractional Reserve Banking

Disamping penjelasan di atas ada istilah yang disebut Seigniorage dalam wang kertas (Istilah ini harus difahami dengan betul. Istilah ini merujuk kepada keuntungan yang diperolehi oleh issuer (Bank Sentral) dari legal tender, umumnya ianya adalah hasil daripada perbezaan kos material (kertas) untuk menghasilkan currency (mata wang) dan nilai (angka) yang dilekatkan di atas sehelai kertas itu. Seigniorage adalah nilai yang diberikan kepada wang fiat. 

Sebagai contoh: kos pengeluaran dan material untuk sekeping wang kertas lebih kurang RM0.10 dan dengan diletakkan atau ditambah angka di atas kertas tersebut jadilah sehelai kertas tersebut bernilai RM 100, ada penambahan nilai sebanyak Rp 99.90). tentunya hal ini membuat sesuatu ketidakadilan dan pemindahan kekayaan dari setiap subjek ekonomi dalam perdagangan, individu, masyarakat, syarikat ataupun bangsa dalam muamalah secara luas, ini sebuah rompakan bank-bank! Wang kertas mengandungi dua jenis riba sekaligus, riba al fadl dan riba an nasi'ah.

Apa yang dapat kita ambil pelajaran ? Pertama bahawa sistem riba, bank wang kertas atau wang fiat ini telah menjadi amalan kaum muslim, komunis, liberal, moden dan semua orang, sama ada anda dapat melihat apa yang saya lihat? Sebenarnya kebebasan, persamaan dan persaudaraan, liberalisme, sosialis, komunisme atau keganasan yang terus disebarkan media mereka tidak lebih dari dialektika palsu bank global penyembah syaitan! Kedua, bahawa kekuasaan tertinggi berada di tangan lintah darat perbankan, bukan lagi di tangan kerajaan atau tidak berada di tangan rakyat atau suara rakyat sekalipun atau pura-pura mahu menjadi pelayan rakyat. Siapa presiden suatu negara atau kerajaan ini tidak lagi penting, selama pihak bank memegang bekalan wang yang telah dijelaskan di atas, merekalah (pemilik modal ribawi) penguasa sesungguhnya.

Kita semua telah masuk perangkap dalam jerat hutang riba dari sistem perbankan dan wang kertas atau wang fiat, hari ini kita hidup tanpa wang lagi seperti yang dimaksudkan dalam pengertian Islam, wang itu adalah emas dan perak atau dinar dan dirham, bukan sehelai kertas yang diciptakan dari angin seperti yang telah di jelaskan di atas.

Penjelasan singkat mekanisme penciptaan wang kertas ini adalah inti dari Bank dan Bank Syariah, keduanya tidaklah berbeza, bank dan bank syariah menyalurkan riba dalam proses mekanisme teras iaitu: Fractional Reserve Banking, Wang kertas atau wang fiat dengan meletakkan angka di atas sehelai kertas dan meciptakan hutang (kredit) bunga berbunga (multiple credit creation). 

Semoga penjelasan ringkas mengenai apa itu wang kertas atau wang fiat ini bermanfaat bagi kita semua. Maka bagi saya, demokrasi adalah pintu belakang kapitalisme global atau bank lintah darat global, orang Islam tanpa sedar telah menerima riba sebagai cara hidup yang dilarang oleh Allah dan rasul. Astagfirullah.
"Akan datang suatu zaman kepada manusia, yang seseorang tidak peduli apa yang ia ambil. Dari yang halal atau dari yang haram.” (H.R. Al Bukhari dari shahabat Abu Hurairah)
Jadi, bagaimana Islam memberikan jalan keluar ataupun langkah yang perlu dilakukan untuk melindungi diri, keluarga, bangsa dan sumber kekayaan alam ini atas kejahatan kapitalisme global yang didasarkan atas riba ini??

Kembalilah kepada matawang Islam yang sebenar iaitu, Dinar Emas dan Dirham perak.


Wallahua'lam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



The Dinar and Dirham Island Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign